Chapter 22 • O ; JJK

Souyul sudah terkebil-kebil, pucat.

"Macam mana—"

"Oh? Kau fikir, aku tak tahu? Hahahahahaa aku mungkin nampak gila, tapi aku tak dungu macam yang kau sangka," Jeongguk senang bersandar di besi balkoni itu, melihat wajah cuak Souyul.

"Aku tak nak pengakhiran kita macam ni sebab aku akan rindukan kau nanti.. Tapi nak buat macam mana, kau suka permainan ni."

BUM!

Tiba-tiba pintu bilik itu ditutup sendiri. Tanpa sesiapa menutupnya.

BUF!

Pistol ditangan Souyul jatuh, wajah Jeongguk yang tersengih mula menghampiri dirinya.

"Aku nampak, dari mata kau.. Ianya menunjukkan kemenangan. Seperti rancangan kau untuk memerangkap dan tangkap aku sangat senang. Jadi.. Aku buat ia menjadi susah." Ujar Jeongguk lalu ketawa besar apabila melihat riak wajah terkejut Souyul.

Souyul cuba untuk melepaskan diri, tapi iris mata lelaki itu merenung dirinya, membuatkan dia tidak mampu bergerak.

Jeongguk mula berjalan mengelilingi Souyul, tidak ubah seperti seekor ikan yu memerhatikan makanannya.

"Seokjin kawan aku sejak dari kecil. Model? Itu bukan kepakaran dia walaupun dia selalu flex dengan wajah kacaknya tapi Seokjin lebih kepada sains. Apa yang kau fikir semasa membuat perjanjian dengan dia? Kau fikir, dia boleh menipu aku? Wrong move." Helaian rambut wanita itu dihidu, sebelum tiba-tiba dia lepaskan.

"Oh maj-a! Orang tua tu.. Yang kau gelar keluarga itu. Haih, kau benar-benar fikir aku ni dungu, bukan?" Soal Jeongguk bersama tawa yang bersisa.

"Petik jari saja, aku boleh dapat semua maklumat yang aku mahukan. Termasuk keluarga palsu kau. Ah.. Perlu ke kau bazirkan semua duit Chief Inspektor kau, semata-mata sebab nak dekati aku? Serius, aku agak terharu melihat semangat kau tapi itulah.." ayat seterusnya sengaja dihenti.

Jeongguk mula bergerak menjauhi Souyul, kembali semula ke hujung, besi balkoni. Dia bersandar dan melihat Souyul seakan sedang menonton filem sebelum hujung bibirnya terangkat.

"Kau yakin, kau dah periksa latar belakang aku sebelum membuat penyamaran ni?"

TAP!TAP!TAP!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top