Chapter 20 • O ; JJK

"Gguk? Appa mana?" Eomma memanggil ku tatkala melihat aku baru memasuki biliknya.

Omma yang sedang terduduk di atas kerusi sambil memakai barang kemasnya dipandang dengan sebuah senyuman manis.

"Omma.." pintu biliknya aku tutup sebelum aku mendekati dirinya. Aku berdiri betul-betul dibelakang tubuhnya.

Terkebil-kebil dia melihat aku sebelum dia bertanya, "Gguk..? Gguk dah makan ubat ke belum-- Ergh!"

Belum sempat dia menanyakan aku soalan, pantas rambutnya ditarik kuat. Mulutnya disumbat dengan kain, menghalang dia daripada membuat sebarang bunyi. Takut, jikalau Y/N yang berada diruang tamu terdengar.

"Omma, kenapa semua orang nak bunuh Gguk??" perlahan aku bisikkan padanya.

Dia menggelengkan kepala, airmatanya mula mengalir deras. Tangannya cuba untuk menolak aku tetapi lagi kuat tanganku menarik rambutnya sehingga ada yang tercabut.

"Omma, Gguk cuma nak bahagia macam orang lain t-tapi kenapa omma tak suka? Kenapa omma suka tengok Gguk sengsara?" Pisau lipat yang berada ditangan kanan terus dibuka sebelum diletakkan dileher omma.

"Jawab," kain yang disumbat ke dalam mulut omma, dibawa keluar.

Omma tercungap-cungap mengambil nafas. "G-Gguk.. bertenang. Ini omma kamu, sayang. Omma sayang kamu-- UCK!" Rambut omma terus dilepaskan.

Lehernya yang sudah terbuka akibat dipotong dengan pisau lipatku, membuatkan aku tersenyum sendiri.

Perlahan-lahan, aku terduduk disebelahnya.

Senyumanku terus jatuh saat aku melihat sebutir airmata yang mengalir keluar dari mata omma.

Wajah pucat omma disentuh, bibir dan tanganku mula menggigil, mataku pula berkaca melihat wanita yang selalu menyayangi aku kini sudah bertukar menjadi sekujur mayat kerana diriku.

Apa yang aku sudah buat..?

"O-Omma--"

BUM!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top