The End
Sehun membancuh susu di malam hari sendirian di dalam gelap saat terdengar bunyi anaknya menangis kelaparan. Ya, Miyoung telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki sebulan yang lalu.
Isterinya itu masih dalam tempoh berpantang. Sehun tidak mahu Miyoung terlalu stres jadi dia yang mengambil alih penjagaan baby terutama di malam hari.
"Iya, sekejap appa datang. Baby jangan lah nangis nanti omma bangun," ujar Sehun dalam keadaan mamai.
Dia mendukung anak lelakinya itu dan cuba meredakan tangisannya. Sehun mencuba susu buatannya itu untuk memeriksa samaada ianya terlebih panas atau tidak. Tak sedar, dia terminum susu tersebut sehingga hampir separuh botol.
Sehun tersendawa dan terkebil-kebil memandang anaknya yang kini sudah pun berhenti dari menangis. Ia menatap Sehun seolah-olah mengatakan, 'Seriously appa? Susu adik appa minum?'
"Hehe. Mian. Appa pun lapar," ujar Sehun. Anak kecil itu kembali menangis setelah Sehun bercakap. Sehun terus meng'shush'kan anaknya berkali-kali tapi tidak berjaya.
Saat itu, lampu bilik tidur bayi terbuka. Miyoung tercegat di tepi pintu sambil menatap Sehun, lama.
"Sayang ke hantu tu?" soal Sehun. Hampir-hampir sahaja dia menyerahkan anaknya sebagai ganti kepada hantu itu.
"Baby nangis ke? Kenapa tak kejut?" soal Miyoung, menghiraukan soalan Sehun tadi. Seraya itu, dia menuju kearah Sehun dan bersila di tepinya. Miyoung mengambil bayi tersebut dari tangan Sehun.
"Ayang tak nak ganggu sayang. Ayang boleh uruskan sendiri," ujar Sehun.
"Awak bagi susu formula ke? Mana boleh bagi lagi. Baby patutnya minum susu ibu kalau boleh sampai umur setahun lebih. Kenapa tak tanya dulu ni? Kan saya dah pam susu semalam. Ada dalam peti tu," bebel Miyoung. Dia bermain-main dulu dengan hidung anaknya yang kemek itu. Dah besar nanti mancung la tu.
"Ouh ye ke? Tak tahu lah pula," ujar Sehun dan kembali meneguk susu tadi. Miyoung terus merampas botol susu tersebut dari tangan Sehun.
"Awak minum susu baby?! Pukul tiga pagi macam ni?!"
"Shssh! Jangan kuat sangat. Anak dengar tu," kata Sehun.
"Yelah. Anak dengar, anak nampak. Tak senonoh punya bapak. Awak pergi tidurlah! Saya nak susukan baby kejap," arah Miyoung.
"Gwenchana. Saya tunggu," tolak Sehun. Dia duduk di sebelah Miyoung, menunggu wanita itu menidurkan semula anak mereka.
Miyoung tergeleng kecil. Dia menyusukan anak sulungnya sambil menepuk punggung bayi itu. Dia tersenyum melihat kecomelan anaknya bersama Sehun itu.
"Sayang mianhae. Appa minum susu anak omma ni. Nanti kita hukum dia eh?" bisik Miyoung kepada anak lelakinya itu. Entah faham atau tidak budak tu.
Miyoung merenung Sehun yang sudah pun tertidur di pahanya. Siap berdengkur lagi. Dia mengeluh perlahan. Kepala Sehun diusap perlahan.
"Terpaksalah berjaya sampai pagi.. Dari satu baby, tambah lagi satu baby nak kena jaga. Haih."
...
"Omo!! Kwiyowo!! Muka macam makcik dia!" jerit Irene, keriangan. Pipi anak Miyoung itu dicubit-cubit geram.
"Mana ada muka kau! Dia macam aku tau? Tengok dia punya kecomelan tu mengingatkan pada aku zaman aku kecil tau?" balas Seulgi. Keduanya bergaduh siapa yang lebih seiras dengan anak Miyoung sekarang.
"Kalau dia ada muka korang, memang kena lah Sehun aku kerjakan," balas Miyoung dengan wajah datar. Irene dan Seulgi tersenyum dengan wajah tidak bersalah.
"Silakan. Tapi kitorang bawa lari baby ni dulu," balas Irene. Miyoung berdecit.
Irene terus mendukung anak kecil itu dan membawakannya kepada Junmyeon yang berada diatas sofa. Keduanya bermain dengan anak itu sementara Seulgi menyemak di sana.
"Irene, pegang baby elok-elok," nasihat Puan Bae dari jauh.
Miyoung merenung Sehun yang sedang melipat kain atas paksaannya. Sehun tampak tenang sahaja meski dalam hati, dia risau kalau Irene tersalah pegang anaknya itu. Tak pasal-pasal leher anaknya belok. Miyoung bangun dari duduknya dan pergi ke sebelah Sehun.
Gadis itu turut sama menolong Sehun. Kesian pula suaminya dipaksa sebegitu.
"Eh tak payah. Saya boleh buat," ujar Sehun. Dia mengambil semula baju yang dipegang oleh Miyoung.
"Tak apa ke? Banyak ni," ujar Miyoung. Tak adalah banyak sangat, cuma baju-baju baby sahaja.
"Iya. Awak pergi la main dengan diorang," arah Sehun.
"Tak nak lah. Bagi lah diorang main kejap. Saya temankan awak," balas Miyoung. Dia merenung Sehun dan berdiam diri sahaja di sana.
"Kenapa diam je ni? Ada nak cakap apa-apa ke?" soal Sehun. Miyoung menggeleng.
"Tak ada. Awak mesti penat kan? Bawah mata awak dah hitam," ujar Miyoung sambil menyentuh wajah Sehun. Sehun sekadar tersenyum.
"Saya tak pernah penat untuk awak dan anak kita," ujarnya. Miyoung mengherotkan bibirnya ke tepi seperti tidak percaya. Dia mengusap rambut Sehun dengan lembut.
"Gomawo. Suami mithali," kata Miyoung. Sehun tergelak.
"Sayang. Nak—"
"Auncie!(Auntie)" Haechan datang menyibuk dengan memeluk Miyoung dari belakang. Anak Taeyeon dan Baekhyun ini memiliki nama yang sama dengan sepupu Sehun dan Irene.
Agak pening juga lah Miyoung kerana perangai mereka pun sama sahaja. Sehun mengunci semula mulutnya saat melihat Haechan berada di sini.
"Haechannie nak apa?" soal Miyoung.
"Haechan jangan kacau auntie Miyoung. Meh sini main dengan adik?" ajak Taeyeon. Gadis itu keluar dari dapur untuk membuat susu kepada Haechan.
Haechan menggeleng perlahan.
"Auncie(auntie) Mi—young," balasnya. Miyoung memandang kearah Sehun sekilas.
Dari dua baby, kena tambah lagi satu untuk jaga. Haih.
"Haechan main dengan baby eh? Auntie sibuk ni," pinta Miyoung.
"Capi(tapi)—"
"Haechan, uncle dah cop auntie dulu. Auntie kena main dengan uncle dulu sebelum Haechan. Haechan pergi main dengan adik baby eh?" pinta Sehun. Haechan akur. Dia mengangguk.
"Aechan nak main engan(dengan) babyy.."
Terkedek-kedek kakinya menuju kearah Taeyeon.
Haechan baru berusia setahun lebih tetapi sudah boleh berjalan dan bercakap meski agak pelat. Entah bagaimana Haechan boleh sayangkan Miyoung sangat. Mungkin kerana Miyoung sering memberi hadiah ultraman kepadanya.
Seluruh keluarga sedang berkumpul di rumah Tuan Bae sekarang. Itu yang kecoh.
Saat itu, anak Miyoung dan Sehun tiba-tiba menangis. Barangkali kerana Junmyeon yang menunjuk muka aneh kepadanya. Terus kalut Irene, Seulgi dan Junmyeon dibuatnya.
"Miyoung!! Dia nangis! Eoteokhae?!" jerit Irene.
"Kau la ni muka hodoh sangat. Tu yang dia nangis," ujar Seulgi yang turut sama menangis. Junmyeon cuba membuat peekaboo kepada bayi itu tetapi Seulgi pula yang ketawa.
Tak sekarang ni siapa yang baby?
Miyoung menepuk dahi memandang sahabat-sahabatnya itu.
Dia merenung Sehun kemudian tergeleng. Memang patutlah mereka tak kahwin lagi. Saat itu, Irene baru tersedar akan bau busuk yang datang dari bayi dalam pangkuannya.
Irene terus berdiri, menjerit dan menangis. Taeyeon yang sedang menyusu Haechan sampaikan terpaksa membawa Haechan jauh dari gadis itu.
"Arrghh dia berak!! Omma!!"
Miyoung dan Sehun semakin galak ketawa. Mereka mengelak daripada mengambil anak sendiri saat ingin diberikan semula oleh Irene.
Sehun berselindung di sebalik Miyoung dan menarik isterinya itu daripada menyambut anak mereka. Mereka berlari sehingga mengelilingi rumah.
Bukan sahaja mereka, tapi seisi rumah. Orang-orang tua keluarga Oh dan Bae yang sedang menikmati makanan di meja makan menoleh melihat kekecohan yang berlaku.
"Apa bising-bising tu? Nak dibawa lari ke mana cucu aku tu?!" teriak mereka kepada Irene.
"Baby berak!!"
Habis kecoh satu rumah mendengar bahawa cucu sulung mereka berak di tangan Irene.
Orang-orang tua yang awalnya nak mengambil baby terus membatalkan niat. Irene semakin pasrah.
Tak rela tangannya dinodai dengan tahi, Irene ingin meletakkan baby ke tanah tapi secara tidak sengaja tersepak kaki sendiri sehingga melambung anak Miyoung ke udara. Seisi rumah merenung keatas dengan mata yang terbeliak luas.
Masa seakan-akan terhenti. Muzik klasik mulai dimainkan.
Miyoung jatuh pengsan sementara Sehun berlari dan melompat ingin menyelamatkan anaknya. Irene pula menekup telinga seolah-olah bayi itu adalah bom.
Orang-orang tua memegang dada seperti ingin terkena serangan jantung. Junmyeon pula melempar bantal sebagai perlindungan. Seulgi pula sekadar menangis.
"Andwae!! Baby dah jadi superman!"
Dan kisah mereka berakhir.
The End
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top