Part 9


Miyoung turun awal pagi ke syarikat pengeluar surat khabar. Dia perlu melapor diri terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran. Saat tiba disana, Miyoung pelik saat melihat kad kehadirannya hilang.

Dia memandang sekelilingnya. Mencari kadnya yang mungkin terjatuh. Orang lain sudah pun selesai melapor diri dan pergi bekerja sekarang.

Miyoung masih mencari sehinggalah tinggal dia bersendirian. Saat itu, bosnya datang. Lelaki itu menegur Miyoung.

"Bos.. saya.. kad saya hilang bos.."

"Bukan hilang.. tapi saya dah buang.."

"Buang?"

"Kamu dipecat Miyoung,"

Dang! Miyoung rasa nak tercabut jantung. Dia tak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia ketawa.

"Bos jangan tipu. Saya nak kerja betul-betul ni,"

"Saya tak tipu. Kamu dah dipecat. Dah baliklah rumah.."

"Bos! Saya nak kerja mana nanti?!"

Lelaki itu pergi meninggalkan Miyoung. Miyoung tercengang. Apa salah dia sampai diberhentikan sebegitu?

"Kejap..bos!! Gaji!!"

...

Dengan wajah yang masam, Miyoung datang ke tempat kerjanya di kafe Gangnam. Hyunsik, senior merangkap managernya datang menegur.

"Ada pelanggan dah tempah kafe," katanya. Miyoung mengangguk sahaja. Dia memakai apron dan mula membuat kerja.

Loceng kafe berbunyi. Seseorang masuk dan berhenti dihadapan Miyoung yang sedang mengelap meja kaunter.

"Maaf, encik. Kafe ni dah ditempah—"

Miyoung kaku saat melihat Sehun dihadapannya. Lelaki itu tersenyum penuh makna. Miyoung mengepal penumbuknya.

"Keluar. Kafe tutup," arah Miyoung tanpa memandang kearahnya. Dia terus mengelap kaunter tanpa mempedulikan Sehun.

"Ouh tuan dah sampai rupanya! Miyoung!"

Hyunsik menyenggol lengan Miyoung. Gadis itu terkejut. Jadi Sehun lah yang menempah kafe mereka?

"Tuan nak pesan apa?" tanya Hyunsik, sopan.

"Semua yang ada dalam menu," jawabnya. Satu pandangan sinis diberikan kepada Miyoung. Nak tunjuk kekayaan ke tu?

Hyunsik menolak Miyoung ke tepi dan mula memasukkan pesanan. Dia mengarahkan Miyoung untuk menyedaikan pesanan secepat mungkin.

Walau tak suka, Miyoung tetap perlu melakukan kerjanya. Sehun duduk sambil memerhati Miyoung yang sedang bermasam muka.

Sebanyak 50 pesanan air disiapkan kepada Sehun. Jongin yang berada disebelah mengambil minuman yang dia suka dan terus mencubanya.

"Ini pesanan terakhir.. 50 pesanan yang ada dalam menu.." kata Miyoung sambil memandang lantai.

Malas rasanya nak bertentang mata dengan Sehun.

"Is this how you treat your customer?"

Miyoung mengepal penumbuk. Nak saja dia jawab, only with you, pervert man.

"Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya pergi dulu—"

"Ada satu lagi pesanan kau tak bagi,"

Miyoung mengerutkan dahinya. Setahunya, semua dia dah buat dengan bersusah-payah tadi.

"You." sambung Sehun dengan senyuman sinis.

Saja nak mempermainkan Miyoung.

"Aku nak Kim Miyoung satu, bungkus ikat tepi,"

Nafas Miyoung tak teratur sekarang. Jongin sudah pun tercekik oreo. Dia bangun dan berlari ke tandas. Tak mahu menganggu Sehun dan Miyoung.

Tak semena-mena, Miyoung menghempas dulang ditangannya keatas meja. Separuh air yang dia buat tumpah. Manakala Sehun masih dengan senyuman tak bersalahnya.

"YAH! ISAEKKIYA! APA MASALAH KAU HAH?!" Jerit Miyoung.

Hyunsik yang berada didapur keluar. Dia terkejut mendengar jeritan Miyoung.

"KENAPA KAU IKUT AKU?! APA LAGI YANG KAU NAK DARI AKU?!" Jerit Miyoung lagi.

Hyunsik datang dan cuba menarik Miyoung pergi. Miyoung menolak Hyunsik daripada menghalangnya.

"Kau keluar dari kafe ni sekarang sebelum aku telefon polis! KELUAR SEKARANG!!"

Sehun tak mempedulikannya. Dia melipat tangan separas dada dan menyilangkan kakinya dengan sungguh teruja.

'Ganas..'  ujar Sehun dalam hati.

Hyunsik bercekak pinggang. Dia sudah hilang kesabarannya.

"Kim Miyoung! Kenapa kau jerit pada pelanggan kita?! Kau nak kena pecat ke?!"

"Tapi dia yang mulakan senior! Dia ni gila!"

"Aku tak nak dengar alasan lagi! Kau dipecat Miyoung!"

Miyoung terkejut lagi. Dia merenung Sehun dengan pandangan benci.

Miyoung mencabut apron dan melempar topinya ke lantai. Dia mengambil begnya dan keluar dari kafe dengan perasan marah.

"Kau tahu? Aku pun memang tak nak kerja dekat sini! Jadi aku bukan dipecat! Sebaliknya aku yang tarik diri! Faham?!"

Sangka Miyoung, semuanya berakhir disini. Miyoung mendapat panggilan yang dia berhentikan kerja ditempat mencuci kereta. Kali ketiga, dia tak dapat pun gajinya lagi.

Miyoung tak faham apa yang sedang terjadi hari ini. Kenapa semua orang nak pecat dia ni?

Sekarang, Miyoung berdiri dihadapan restoran tempatnya bekerja. Ini harapan terakhir dia. Baru sahaja dia ingin masuk melalui pintu hadapan, tuan kedai datang menariknya ke belakang.

Wanita itu memberitahunya bahawa ada seseorang yang memaksanya untuk memecat Miyoung daripada restoran ini. Dia sendiri tak faham kenapa. Yang pasti, Miyoung tak dibenarkan mendekati restoran ini lagi. Bahkan dia tidak dibenarkan mendapatkan bayarannya.

Miyoung terkedu. Dia mengalirkan air matanya.

"Eomonim. Miyoung nak kerja mana nanti? Miyoung tak ada duit eomonim. Tolonglah kesiankan Miyoung.." rayunya.

"Mianhae Miyoung.. Dia ugut eomonim.."

"Eomonim.. Eomonim dah macam eomma pada Miyoung. Tolonglah. Miyoung nak makan apa nanti?" rayu Miyoung.

Wanita itu mengelap air mata Miyoung. Sedikit duit diberikan kepada Miyoung.

"Ambil ni. Ini je yang eomonim boleh bagi. Guna elok-elok ya?"

Miyoung berjalan pulang dengan patah hati. Sepanjang didalam bas, dia cuma menangis sahaja.

Penat lelah dia selama berbulan bekerja, tapi tak menerima bayaran. Mana dia nak tanggung hidup dia sekarang?

Miyoung masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lelah. Dia terjatuh berdekatan sofa dan meraung. Buat letih je dia bazirkan masa waktu cuti tapi tak dapat apa.

"Sekarang kau faham?" suara Sehun menerpa ditelinganya.

Miyoung menoleh. Sehun sedang tenang memandangnya sambil memakan buah epal didapurnya. Dia menayangkan muka tak bersalah.

"Kau.."

Patutlah Sehun beria-ria tunjuk kekayaannya. Dia nak kata yang dia boleh beli semuanya dengan duit lah ni? Jadi dengan duit, dia boleh beli Miyoung sesuka hati lah?

"Kau tak guna.." cemuh Miyoung. Sehun tak memberi respon.
"Kenapa kau buat aku macam ni?! Aku perlukan kerja tu!"

"Aku dah cakap kan aku nak beli kau! Aku boleh tanggung kau! Kau cuma perlu buat apa yang aku suruh je!"

"Aku cakap tak nak kan!! Aku lagi rela kerja sampai patah tulang daripada jadi patung pemuas nafsu kau!"

"I didn't say I wanna have sex with you!!" Sehun terus mendekati Miyoung. Dagu Miyoung disentuh.

"Aku cuma nak kau ada depan aku. Susah ke?"

Miyoung menolak tangan Sehun daripada menyentuhnya.

"Aku tak nak! Aku boleh hidup sendiri!"

"Kau nak tinggal mana? Kau dah pun dihalau dari rumah ni,"

Miyoung mendongak semula. Dia memandang sekelilingnya. Dia berdiri. Beg bajunya telah pun dikemas. Miyoung tergamam.

"Kerja kau ke ni?!"

"Aku cuma buat apa yang patut.."

Miyoung kelu. Dia tak faham lagi dengan Sehun. Lelaki ni psiko ke? Dia kembali menoleh memandang Sehun.

"So.. how much should I pay you?"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top