Part 7

Vote anak-anak 💙

Miyoung bangun juga akhirnya. Seluruh badannya sakit kerana tidur diatas lantai tanpa alas. Macam manalah dia boleh tidur disini semalam?

Dia mabuk ke? Seingatnya tak ada pula.

Miyoung bergerak ke dapur sambil meregangkan ototnya. Dia ada kelas sekejap lagi. Air minuman diminum terlebih dahulu.

Dia cuba untuk mengingat apa yang terjadi semalam. Dia bekerja sehingga lewat malam dan dihantar oleh Sehun. Lepastu, Sehun—

Miyoung tersembur air yang diminumnya. Dia menjerit kerana hidungnya terasa pedih sekarang.

Dia baru teringat yang Sehun cium dia semalam. Miyoung melompat-lompat tak tentu pasal. Dia bukan gembira tapi dia terkejut.

Dia tak mimpi kan?

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Miyoung yang sedang mengumpat Sehun mengambil telefon yang berada didalam begnya.

"WARGH!!"

Miyoung terkejut saat melihat nombor Irene pada skrin telefonnya. Takut-takut dia mengangkat panggilan.

"MIYOUNG!! DAH SIAP BELUM?!!"

Jeritan Irene menyebabkan telinga Miyoung hampir pecah. Dia menjauhkan telefonnya. Tak perlu buka speaker pun suara Irene dah kuat.

"Belum. Kenapa?" Jawabnya.

"YAHH MICHEOSSEO?! KITA ADA PRESENTATION DEKAT SYARIKAT APPA AKU LAH! OUR FREAKING ASS ASSIGNMENT!!!"

Miyoung turut sama menjerit sekarang. Ini sebahagian daripada tugasan mereka sebagai pelajar jurusan bisnes. Mereka memilih syarikat keluarga Irene memandangkan mereka boleh dapatkan markah dengan senang disana.

"IRENE EOTTEOKHAE?!"

"KAU MANDI SEKARANG JUGAK! AKU DENGAN SEULGI ON THE WAY DENGAN BAJU KAU! JANGAN BERANI NAK PAKAI BAJU SAMA!"

Panggilan dimatikan. Miyoung dengan segera menerjah bilik mandi dan membersihkan dirinya. Tak lama selepas itu, Irene dan Seulgi sampai.

Mereka terus melempar baju kepada Miyoung. Rambut Miyoung diikat bun supaya lebih kemas. Seulgi menolong mengemas barang-barang Miyoung yang diperlukan manakala Irene mendandan muka Miyoung.

Selepas siap, mereka berlari masuk ke dalam kereta dengan kasut tumit tinggi. Nasib baik masih sempat. Tapi tak boleh berlengah juga.

"Siapa interviewer?" soal Seulgi.

"Molla. Appa tak nak bagitahu,"

Miyoung dan Seulgi berdebar-debar. Ini projek solo sebenarnya. Mereka akan menyampai presentation secara berasingan terlebih dahulu sebelum melakukannya sebagai satu kumpulan.

Irene tak adalah berdebar sangat memandangkan semua orang disyarikat kenal dengan dia. Berani lah kacau markah assignment dia. Dia pecat sekor-sekor lepas dia naik pangkat nanti.

Tiba disyarikat, mereka bertiga bergegas ke ruangan wawancara. Ketiganya berpisah.

Miyoung diberikan kad nama oleh salah satu pekerja. Dia terus membetulkan baju dan rambutnya agar kekal kelihatan kemas. Pendrive ditangan digenggam erat lantas dimasukkan ke dalam poket.

"Cik Miyoung, boleh masuk sekarang." kata seorang pekerja. Miyoung mengangguk faham.

Sebaik sahaja masuk, Miyoung menyapa orang yang bakal mendengar pembentangannya. Dia masih ingat dengan tata cara pembentangan yang sebetulnya. Semuanya dipraktikkan dengan betul.

"Annyeonghaseyo. Kim Miyoung imnida.. Saya—"

Pengenalan diri Miyoung terhenti saat melihat siapa yang berada dihadapannya. Hanya ada lelaki itu sahaja bersama seorang lagi lelaki disebelahnya. Manakala seorang lagi dibelakang. Mungkin itu setiausahanya.

Miyoung yang masih membongkok kaku disana. Sehun merenungnya dengan pandangan datar. Ingatkan Sehun nak senyum pada dia tadi.

"Teruskan.." kata Sehun sambil membelek profil milik Miyoung.

"Nae. Saya pelajar bisnes dari Universiti Seoul. Saya akan menyampaikan pembentangan saya bertajuk XXXX sekarang,"

Miyoung menyucuk pendrivenya pada laptop. Dia mula menyampaikan pembentangan sambil diperhati Sehun.

"Kau dah ada boyfriend?"

"Nae?"

"Pukul berapa kau habis shift kerja?"

"Tuan Sehun—"

"Hari apa je kau free?"

"Maafkan saya tapi apa kaitannya dengan pembentangan saya?"

Sepanjang pembentangan, Sehun asyik menganggunya dengan soalan-soalan yang tidak berkenaan. Itu membuatkan Miyoung terganggu. Dia menggigit bibirnya dan menahan geramnya.

"Tuan. Saya tengah bentangkan cadangan—"

"Saya tak nak dengar. Bosan,"

Sehun menyerang Miyoung. Itu membuatkan Miyoung sakit hati.

"Apa yang kamu bentang tu dah kami tolak awal-awal lagi dalam mesyuarat tahun lepas. Dah lapuk. Cara penyampaian kamu pun tak berapa nak meyakinkan. Macam ni ke nak kerja dengan syarikat kami? Kamu ingat semua ni main-main?" sambung Sehun.

"Saya.."

"Nak pertahankan diri pun tak boleh. Nak kerja dekat sini, kau perlu jadi kuat. Tahu apa yang kau nak! Bukannya datang dan cuma buat kerja macam robot! Hafal apa yang kau tulis dan berani kau bentangkan semua tu depan aku?!" bentak Sehun sambil melempar ipad milik syarikat dihadapan Miyoung.

Ipad tersebut jatuh dihadapan kaki Miyoung. Bahu gadis itu terhinjut kerana terkejut.

Lelaki disebelah Sehun kelihatan serba-salah jugak. Dia macam nak menyampuk tapi aura Sehun membuatkan dia tak terkata.

Kenapa Sehun nak marah sangat pada dia ni? Mata Miyoung berair. Dia menjeling Sehun. Tak sanggup memalukan diri, Miyoung berlari keluar dari ruangan.

Tag namanya dibuang ke lantai. Miyoung menangis. Dia mengelap air matanya dengan hujung lengan. Drama sangat.

Jongin mengutip ipad yang telah rosak itu. Dia merenung Sehun dengan wajah tak berpuas hati.

"Kau dah kenapa?! Elok je aku tengok dia buat kerja tadi. Lagipun, mana ada benda ni dah dibincangkan tahun lepas! Kau pun baru masuk tahun ni! Yang kau cakap bukan-bukan kenapa?!" Marahnya.

Sehun diam. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tiba-tiba marah Miyoung. Padahal, dia yang asyik menggangu Miyoung tadi.

"Yelah Tuan Sehun. Saya pun tertarik dengan dia tadi. Ke dia ada curi duit tuan sampai tuan naik angin macam tu?" sindir lelaki yang satu lagi. Sehun menjelingnya tajam.

"Janganlah pasal kau suka dia, kau buat macam tu pulak. Kalau Irene tahu ni.." Jongin sengaja mengugut Sehun.

Sehun menulis sesuatu pada kertas dan terus berdiri.

"Haish yelah aku kejar dia.." ujarnya. Dia malas nak mendengar leteran Jongin.

"Ha baguslah. Lepas marah, pujuk. Lelaki! Dah macam perempuan kau ni mood swing!"

"Tuan Sehun kenal ke perempuan tu?"

"Kot. Miyoung tu ada tegur dia masa kitorang pergi kafe haritu. Lepastu ni hah," Jongin menunjukkan ipad milik Sehun kepada rakan sekerjanya itu.

"Aik. Ni kan—"

"Iya. Dia yang lukis muka budak perempuan tu."

Sehun mencari keberadaan Miyoung disyarikat ini. Rasanya Miyoung belum pergi kerana Irene dan Seulgi masih belum keluar. Sehun ternampak Miyoung yang sedang duduk di kafe syarikat sendirian ditepi tingkap.

Dia mendekati Miyoung dan duduk dihadapan gadis itu.

Miyoung terkejut. Dia ingin pergi namun dihalang oleh Sehun.

"Duduk dulu. Aku nak bercakap dengan kau,"

Miyoung akur. Dia duduk semula tapi tak memandang pun kearah Sehun.

"Aku minta maaf. Aku tak sengaja tadi," kata Sehun. Miyoung diam.

"Aku memang mudah marah bila lapar," sambungnya. Jam ditangan dipandang.

"Patutlah. Dah lepas waktu sarapan. Aku tak makan pun lagi. Kau nak?" ajak Sehun. Miyoung bisu. Buat apa dia layan lelaki aneh macam ni. Sehun perlahan-lahan bangun dan pergi mengambil makanannya didapur kafe.
Tak lama kemudian, dia kembali bersama sedulang nasi.

"Nak?"

"Kau ingat aku ni apa? Tadi kau marah-marah, sekarang kau makan depan aku. Apa masalah kau?" marah Miyoung. Sehun berhenti menyuap makanan.

"Aku tak ada masalah. Aku dah cakap kan aku mudah marah bila lapar?"

"Tak lucu lah!"

"Kau buat dengan baik tadi. Aku tengking sebab aku tak nak Jongin ingat aku luluskan kau sebab benda lain," jelasnya.

"Sebab benda lain?"

"Dia ingat kita.. bercinta.."

Hampir tercekik Miyoung dibuatnya.

"Kenapa.. Kenapa dia fikir macam tu?!"

"Panjang ceritanya. Kau marah aku lagi?"

Miyoung mengangguk. Sehun ketawa dan menghulurkan sapu tangan kepada Miyoung.

"Buat lap air mata kau. Nanti hilang makeup," ujar Sehun. Miyoung menerimanya dan mengelap sisa air matanya itu.

"Tadi kau cakap kau luluskan aku? Betul ke ni?"

"Ya. Kau lulus,"

Miyoung baru boleh tersenyum. Sehun menyerahkan surat yang memiliki penilaiannya itu kepada Miyoung. Gadis itu mengambilnya dan terus bangun.
Kerana terlalu gembira, Miyoung melompat-lompat teruja dan menarik Sehun bersama.
Dia mencekup pipi Sehun dan memeluk lelaki itu tanpa disedarinya.

"Kamsahamnida!" ujarnya lalu berlari mendapatkan Irene dan Seulgi.

Sehun tak sempat membalas kata-kata Miyoung kerana masih terkejut. Dia menggeleng kecil lalu ketawa. Kemudian, Sehun mengeluarkan telefonnya dan menghubungi seseorang lagi.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top