Part 49

Miyoung memotret gambar Great Wall of China dengan menggunakan kamera DSLRnya. Gadis itu tersenyum, berpuas hati dengan hasil potretannya.

Ini adalah hasil foto yang entah ke berapa ribu kalinya bagi Miyoung. Seperti yang dijanjikan, Miyoung dan Sehun benar-benar merantau ke seluruh dunia untuk mengisi hari muda mereka. China, adalah destinasi ke-sepuluh mereka.

Bayangkanlah sudah berapa tahun mereka merantau sekarang. Mungkin tiga setengah tahun?

Mereka akan tinggal di negara terpilih untuk masa yang agak lama demi mencari pengalaman baru. Mungkin tiga minggu paling lama. Keduanya lebih gemar melawat tempat bersejarah kerana tempat sebegitu mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Tempat yang nyaman buat Miyoung. Sehun dan Miyoung benar-benar memanfaatkan masa mereka bersama.

Sudah merata tempat mereka melancong, sehingga penuh sudah setem-setem unik untuk Miyoung tunjuk kepada rakan-rakannya nanti. Disebabkan jarang orang mengumpul setem di zaman sekarang, Miyoung mengambil kesempatan untuk mengembalikan hobi unik itu. Tumpuan gadis itu terganggu saat melihat Sehun berdiri di hadapan matahari yang sedang terbenam.

Miyoung mengangkat kameranya semula dan menangkap gambar Sehun, pemandangan baginya.

Teringat pula dia pada pickup linenya dulu.

"Dah siap?" tanya Sehun. Miyoung mengangguk. Sudah berjam-jam mereka berada di sini sampaikan petang menjelma.

"Sayang, nanti kita singgah kedai bawah tu ya? Beli cederamata untuk Irene, Seulgi dengan Taeyeon. Haechan mesti suka dapat gula-gula.." pinta Miyoung. Haechan adalah anak sulung daripada Taeyeon dan Baekhyun. Dia akan berusia tepat setahun dalam beberapa minggu lagi.

Hm. Maaflah dik kau dapat auntie dengan uncle yang tak fikir pun pasal gusi kau yang belum ditumbuhi gigi tu. Entah-entah mak bapak kau yang makan sampai habis coklat tu.

"Boleh. Tapi kita turun dulu. Jauh ni," ujar Sehun. "Nak dukung tak?" tawarnya.

"Tapi berat.."

"Nanti penat. Larat tak ni?" Sehun prihatin pada keadaan Miyoung. Dia takut isterinya letih sahaja.

"Tak apa. Kalau penat, pandang muka kau je dah boleh buat aku gembira. You're my strengthhh.." balas Miyoung. Sehun tertawa.

Mereka berjalan bersama-sama menuruni tangga sambil berbual-bual. Hubungan Miyoung dan Sehun semakin membaik dari hari ke hari setelah kejadian buruk itu.

Chanyeol telah pun dipenjarakan sekarang. Mereka juga dimaklumkan bahawa Chanyeol mempunyai masalah mental sejak beberapa tahun lalu. Namun lelaki itu tidak pernah mendapat rawatan sebelum ini.

Miyoung dan Sehun pula sudah menganggap Chanyeol tidak wujud dalam hidup mereka.

Mujurlah, Miyoung tidak mengalami kecederaan teruk atau trauma yang melampau. Dia sekadar mengigau sahaja di malam hari selama beberapa bulan dan kini masih menjalani sesi terapi dengan pakar psikologi.

Sehun lah yang sentiasa berada bersamanya, memberi sokongan agar Miyoung cepat sembuh. Sehun tak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun Chanyeol sendiri.

Baginya, dia yang salah kerana telah lepas tangan. Apa yang terjadi antara Chanyeol dan Miyoung dahulu, itu perkara lalu mereka. Miyoung pun dan cerita semuanya.

Kalau Chanyeol ada di depannya, mahu sahaja dia memukul lelaki itu kerana pernah cuba untuk melakukan pelecehan seksual kepada isterinya. Sehun tak habis fikir macam mana Miyoung boleh menghadapi semua kejadian itu sendirian. Disebabkan itu, dia sentiasa menghibur Miyoung kerana tidak mahu gadis itu sedih.

Sehun berusaha memanjakan Miyoung agar gadis itu berasa disayangi.

Sudah cukup lama Miyoung menderita. Mungkin tuhan hantar dia supaya menjadi cahaya di dalam kegelapan hidup Miyoung.

Sehun sering terfikir, kalau pun Chanyeol masih cintakan Miyoung, tidak menjadi masalah baginya kerana Sehun tahu, hati Miyoung sudah dimiliki olehnya.

Apa yang terjadi dulu adalah kesalahannya kerana meninggalkan Miyoung dalam keadaan bawah sedar. Kalau pada waktu itu dia tidak pergi ke tandas, Miyoung pasti tidak akan merana sebegini. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Mereka perlu berlapang dada dan meneruskan hidup sahaja.

Pegangan tangan Sehun pada Miyoung semakin erat. Sehun bangga dengan isterinya itu. Rambut Miyoung diseka ke belakang telinga. Gadis itu masih leka dengan kameranya.

Sampai di bawah, Sehun membantu memilih cenderamata untuk dibawa pulang. Dia begitu fokus sehingga tidak sedar gambarnya sedang dipotret oleh Miyoung.

Tipikal Sehun, ujar Miyoung dalam hati.

Miyoung gembira walaupun Sehun kadang-kadang selalu perasan macam tengah photoshoot. Sudahlah suaminya itu kacak, bila berlagak macam tu, lagi lah naik aura kekacakkannya. Ini yang buat dia nak marah.

Kalau ada orang suka Sehun macam mana? Dia cemburu la. Cuma dia je yang boleh puji dan suka Sehun. Orang lain tak boleh. Tapi nak buat macam mana, dah takdir orang kacak.

Miyoung memeriksa gambar-gambar tersebut sekilas sambil meneliti beberapa hadiah yang sesuai. Saat itu, tekaknya terasa agak loya. Perutnya menggelegak seperti ingin memuntahkan sesuatu.

Tiba-tiba sahaja dia berasa mual sebegini. Miyoung mulai rasa tidak selesa.

"Yang ini cantik tak?" soal Sehun sambil menunjuk pada beg rotan kecil di tangannya. Miyoung menyembunyikan rasa mualnya dengan senyuman, kemudian dia mengangguk.

"Comel. Hun-ah, nanti kita singgah kedai tepi hotel tu eh? Rasa macam nak makan benda masam," pinta Miyoung.

"Mestilah boleh. Sayang ni macam mengidam pula. Haritu nak makan sirip ikan yu masak kicap, sotong kurita hidup, kepala arnab, cengkerang kura-kura lah, banyak betul," ujar Sehun. Miyoung ketawa tidak bersalah. Dia merangkul lengan Sehun dan menyandarkan kepalanya pada suaminya itu.

"Tekak orang perempuan memang memilih macam ni. Sayang mana faham. Pembetulan, lelaki kan payah nak faham," balasnya. Sehun membuat muka mengejek.

"Malam nanti tak ada yang tu. Tunggu bulan depan ke tahun depan ke.. Nak merajuk.."

"Eh. Ugut pula. Mana boleh. Takde-takde.
Nanti sunyi.." bantah Miyoung.

"Tahu pun. Tapi asal bangun pagi je dia merungut penat. Lepastu marah. Gigit kang.." bebel Sehun. Miyoung menggulingkan bebola matanya, menyampah. Lengan Sehun dipukul.

"Dahlah! Cepat pilih. Nak balik. Sejukkk.." arah Miyoung. Sehun menggeleng kecil. Tahan sahajalah perangai keanak-anakan Miyoung.

"Ye-ye. Sabar sayang. Nak cepat-cepat nak pergi mana? Nak kahwin lain?" balasnya. Miyoung tidak menjawab. Dia mencubit lengan Sehun dan cuma bersandar sahaja pada badan lelaki itu, menunggu suaminya itu membayar barang-barang tersebut.

...

Miyoung terkebil-kebil memandang alat di hadapannya itu. Dia nampak tercengang. Miyoung nampak seperti tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat.

Bunyi ketukan pintu tandas menyedarkan lamunannya. Suara Sehun bergema.

"Miyoung, okey tak kat dalam tu?" soalnya. Dah lima minit Miyoung tak keluar dari tandas. Risau dia. Tadi dia yang berjanji nak main sama-sama. Main Domino. Baru je beli dekat kedai petang tadi.

"Haa. Okey.." balasnya.

"Bunyi macam tak okey je?"

Sehun terus masuk ke dalam tanpa berbasa-basi. Kalau dia masuk masa Miyoung tengah berak pun, dia tak rasa bersalah. Nak malu buat apa?

Tapi sakit adalah bila kena pelengkung dengan gayung yang dibaling oleh Miyoung. Tak gayung, kertas tisu.

Dia melihat Miyoung yang sedang menyentuh perutnya sendiri di hadapan cermin. Sehun mendekatinya kemudian turut sama menyentuhnya, risau.

"Kenapa? Masuk angin ke? Nak makan apa-apa? Ke nak ubat?" tanya Sehun. Miyoung menggeleng.

Dia merenung dirinya sambil mengusap perutnya yang sedikit mengembung itu. Miyoung fikir yang dia bertambah gemuk kerana kuat makan sahaja selama mereka merantau ke beberapa negara itu. Sehun pun tak ada tegur, mungkin takut Miyoung terasa. Atau takut kena pukul.

Tapi makin lama dia makin pelik saat tekaknya lebih selesa selepas memakan benda masam. Kalau tidak, pasti pahit sahaja. Jadi, Miyoung mencuba melakukan pregnancy test dan hasilnya, keluar lah dua garis merah.

"Hun-ah.."

"Hmm?"

"Ini.."

Miyoung menghulurkan pregnancy test itu kepada Sehun. Sehun terdiam seketika. Dia nampak seperti terpegun. Sehun faham jelas dengan apa yang dia lihat itu.

"Serius?"

Miyoung mengangguk, polos.

Sehun melepaskan keluhan gembira. Dia nampak bingung seketika. Matanya berkerdip beberapa kali. Dia ketawa. Sehun menutup sebahagian wajahnya, seperti ingin menyembunyikan matanya yang berair sekarang.

"Ah waee.." rengek Miyoung saat melihat Sehun berkelakuan seperti itu. Dia menarik-narik tangan Sehun tetapi Sehun tetap menangis.

"Gomawo.. Miyoung-ah.." ujar Sehun. Dia memeluk tubuh Miyoung dengan gembiranya.

Sehun tak sangka yang dia akan diberikan kejutan seperti ini. Jadi selama ini, sifat manja yang melebih-lebih Miyoung yang aneh itu berasal daripada si kecil yang berada di dalam badannya? Sehun rasa terharu.

"Eungg! Sehun-ah, janganlah nangis.." rayu Miyoung. Dia mengelap air mata Sehun tetapi suaminya itu tidak mahu berhenti. Sehun mencium dahi Miyoung dan kembali merenung alat pregnancy test itu.

"Sejak bila?"

"Nan molla. Saya rasa mual tadi, itu yang cuba. Hun-ah, mungkin dah beberapa minggu. Patutlah rasa nak makan macam-macam," ujar Miyoung.

Mereka berdua keluar dari tandas dan duduk di hujung katil. Tak seronok pula bergembira di dalam tandas dengan orang ketiga. Sehun melutut, mengusap perut Miyoung dan merenungnya seperti tidak pernah melihatnya. Pandangan kagum.

"Rasa nak makan apa-apa lagi tak?" soal Sehun. Miyoung menggeleng.

"Tak ada. Cuma rasa pelik."

"Pelik?"

"Eung! Ada orang hidup dalam ni."

"Anak appa ada dekat dalam tu ya?" panggil Sehun. Miyoung tergelak. Dia memegang kepala Sehun, dan mengusap kepalanya. Geram pula dengan rambut lebat Sehun. Jadi Miyoung dengan sengaja menariknya sehingga membuat kepala Sehun terteleng ke tepi.

Sabar jelah Sehun. Dapat bini bengong macam ni. Sehun merenung Miyoung dengan wajah datar sementara Miyoung menayangkan wajah tak bersalah. Baru nak bermanis-manis dengan anak.

"Mianhae, appa tak perasan anak appa ada dalam tu. Jangan minta macam-macam dekat omma ya? Kesian dia kena makan banyak. Nanti gemuk. Kesiankan appa geram tengok omma montel macam mochi. Penatlah appa nak hug dia selalu," ujar Sehun.

"Jangan fitnah baby la appa! Omma yang mengada nak makan!" balas Miyoung dengan suara bayi. Sehun mendongak kemudian mencubit pipi gadis itu.

"Ouhh omma dia yang mengada. Patutlah geram je rasa..." Sehun menggeletek perut Miyoung sehingga membuatkan Miyoung geli.

Gadis itu terbaring dan menampar tangan Sehun kerana tak tahan dengan gurauan kasar itu. Sampai berair matanya kerana ketawa. Nasiblah Sehun dah tahu kelemahan dia.

Dia paling mudah diserang pada kawasan perut dan ketiak. Tahanlah dia digeletek. Nasib baik tak kena tendang je si Sehun ni.

"Hunn!!"

"Alolo ommanya marah. Meh sini nak sayang-sayang.." ajak Sehun. Dia menarik Miyoung mendekatinya. Keduanya terdiam sekarang.

"Serius lah ada baby dalam ni?" soal Miyoung, tidak percaya.

"Wae? Tak rasa eh?" tanya Sehun semula.

'Memang la tak rasa. Terbentuk pun tak lagi. Geram jugak aku dengan suami sendiri kadang-kadang.. Macam tak belajar sains pun ada.. Eh terkutuk..' umpat Miyoung dalam hati.

Sehun berkerut memandang wajah Miyoung. Ini mesti tengah mengumpat dia dalam hati.

'Biasalah..' balas Sehun dalam hati.

"Hurm. Aniy. Sebelum ni kan kita berdua je. Apa-apa ada kita je. Dah nak jadi tiga orang sekarang. Rasa macam lain sangat," ujar Miyoung. Dia memandang Sehun, tepat ke matanya.

"Wae? Apa yang kau risaukan?"

Miyoung mengemam bibirnya. Kemudian dia menunjuk kearah dirinya.

"Kalau aku lagi sayangkan baby dari kau macam mana? Siapa nak sayang kau? Siapa nak dodoi malam-malam sebelum tidur? Tolong suap makan? Tolong mandikan— eh TMI."

Sehun ternganga. Kemudian dia mengembungkan pipinya, tidak berpuas hati.

"Tak boleh! Kau kena sayang aku lebih dari siapa-siapa! Mana boleh ada orang rampas permaisuri aku! Andwae!" bentak Sehun. Dia mencium wajah Miyoung berkali-kali kemudian bangkit mencium perut Miyoung.

"Anak appa tak boleh rampas kasih sayang omma dari appa! Appa pun baby tau? Kalau nak boleh, tapi kita bahagi dua. Anak appa dapat 1%, lagi 99% bagi dekat appa," ujar Sehun. Miyoung memiat telinga Sehun, perlahan.

"Apa cakap dekat anak macam tu. Nanti dia derhaka baru tahu."

"Berani dia nak derhaka? Buat lah kalau nak nama dia kena buang dari senarai pembahagian harta warisan," ugut Sehun. Miyoung ternganga. Mulut Sehun ditampar.

"Eee. Bibir ni lama-lama gigit kang! Orang gurau je lah tadi. Dia serius pulak. Jaga lah kalau dia yang lagi sayangkan baby dari kita. Nak piat-piat satu badan," balas Miyoung sambil menjeling tajam kearah Sehun.

"Tengok-tengok dia yang menangis masa nak hantar baby pergi tadika. Tengok jelah nanti. Sayang anak lebih dari ommanya," sindir Miyoung.

"Tak adanya. Aku sayang semua dengan adil. Tapi lagi sayang isteri tercinta. I love you.."

"Muak dengar. Tak ada benda lain dah?"

"Je t'aime?"

"Urgh. Itu bahasa lain— uwerk!"

Miyoung berlari masuk ke dalam tandas untuk memuntahkan isi perutnya. Sehun terkejut sampaikan terjatuh dari katil. Dia terus berlari mengikuti Miyoung.

"Miyoung-ah, gwenchana?! Nak pergi hospital tak?! Sakit dekat mana?! Cakap je!" jerit Sehun. Miyoung yang sedang muntah terus menolak wajah Sehun agar ke tepi supaya pergi menjauh.

''Uhuk! Uhuk! Aku muntah bukan nak beranak! Tepi lah! Kalau aku muntah dekat muka kau— Uwerk!!"

Miyoung kembali menyambung. Sehun yang risau menepuk-nepuk belakang Miyoung dengan kuat. Tak peduli kata-kata Miyoung tadi, Sehun terus menelefon ambulans. Yang penting kandungan Miyoung terjaga sahaja.

Dan bersiap-sedia lah Sehun untuk menerima pukulan di kepala kerana telah membuat panggilan palsu.

Pukulan daripada Miyoung dan petugas kesihatan.

to be continued

Instagram

todayis_miyoung


940412❤ ▷
todayis_miyoung ajak dinner tapi bawak pergi tempat gelap. nak makan ke nak
tengok movie ni? kalau cerita cinta kita tak apa 💙🐥

view all comments
renebaebae eww sejak bila steven oppa beruban 😭 kesian kakak ipar aku!!

hi_sseulgi lu pikir gue gak tau lu mau menunjuk pergi dinner tempat mahal?! @/zkdlin peka please 🙄

taeyeon_ss miyoung bila nak balik? haechan dah tanya pasal auntie dia 😜

todayis_miyoung @/renebaebae hei jangan kutuk the papa muda please..
@/ taeyeon_ss membongak je kerja kau. Haechan gigi pun tak tumbuh lagi.

renebaebae Hah?! Papa muda?! What is this?! Bukak group mama muda sekarang!!

oohsehun


940221❤▷
oohsehun my baby with another baby 💙🐿 eat well wifey. je t'aime

comment on this post have been limited.

-

oohsehun

940412 ❤▷
oohsehun my other half took this picture of me 🐿💙

todayis_miyoung


940221 ❤▷
todayis_miyoung last dinner in China with @oohsehun 🍷🍷👀

p/s when ur mad because he's gorgeous
af

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top