Part 48

Sehun merenung bangunan usang yang berada di hadapannya. Dia sedang menunggu di dalam kereta, berselindung di sebalik bangunan lain sambil memerhati ketibaan Chanyeol dan Miyoung.

Beberapa pihak polis juga telah berada di sana dan mereka juga sedang menyorok terlebih dahulu. Sehun frust. Dia sampaikan berkali-kali merenung langit, meminta maaf kepada ibu bapa Miyoung yang telah tiada itu kerana kecuaiannya.

Junmyeon yang berada di dalam van polis di belakang kereta Sehun menghubungi lelaki itu.

"Hun.. Ada sebuah kereta masuk dari arah kiri kau. Jangan keluar selagi kami tak bagi arahan. Dia mungkin ada bawa senjata berbahaya.." ujarnya.

Sehun meraut wajahnya, resah. Sebuah kereta hitam meluncur laju sampai ke bangunan yang sudah lama ditinggalkan itu. Chanyeol keluar dari sana dan menarik Miyoung keluar dari kereta.

Sehun hampir-hampir sahaja membuka pintu kereta sebelum dicegah Jongin. Lelaki itu menggeleng. Dia menunjuk kearah pistol yang berada di belakang poket seluar Chanyeol.

Meski pandangan mereka terganggu kerana hujan, tapi mereka masih boleh nampak dengan jelas senjata berbahaya itu.

Mereka juga khawatir Chanyeol bakal melepaskan tembakan kalau Sehun keluar sekarang. Sehun mengetap gigi. Dia melihat bagaimana kasarnya Chanyeol memperlakukan Miyoung.

Di hadapan matanya, Chanyeol membawa Miyoung seperti seorang hamba. Tangan gadis itu diikat seperti tambatan lembu. Sehun menumbuk dashboard kereta dengan geram.

"Jun, takkan nak berdiam diri je? Isteri aku kot kat dalam tu!" marah Sehun.

"Sabar. Chanyeol mungkin ingat yang kita tak sampai lagi. Kita tunggu sampai pukul lima atau sampai dia telefon balik. Ingat Sehun, nyawa Miyoung berada di tangan Chanyeol sekarang." ujarnya.

Lemah lutut Sehun mendengar perkataan tersebut. Dia tak mampu menangisi kelalaiannya. Telefonnya dipandang, menunggu bila Chanyeol mahu menelefonnya.

Sehun mengusap cincin perkahwinannya itu. Tak lama kemudian, telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Chanyeol.

"Miyoung mana?! Aku nak bercakap dengan dia?!" tempik Sehun sebelum sempat Chanyeol berbicara.

"Sehun.. sabar!" bisik Jongin. Dia takut Sehun ternaikkan darah Chanyeol. Kedengaran suara Miyoung sayup-sayup memanggil nama Sehun di sebalik telefon.

"Kau bawa surat perceraian tu?" soal Chanyeol.

"Aku nak bercakap dengan isteri aku!" tegas Sehun.

"Tak ada surat, tak ada isteri.." balas Chanyeol.

"Setan! Kalau kau tengah bercakap pasal diri sendiri, aku boleh je nak tolong tepuk tangan untuk kau."

"Hahaha! Pity Oh Sehun. Risau ya, kalau aku sentuh kekasih aku ni?"

"Kekasih? Kau jangan nak berangan Park Chanyeol! Apa motif kau culik isteri aku?!" jerit Sehun. Jongin yang berada di sebelah mengeluh mendengar tempikan Sehun itu.

Junmyeon dan beberapa orang polis yang mendengar perbualan itu juga terpaksa menanggalkan headphone mereka. Cukup mendengar tanpa membuka pembesar suara.

"Motif? Hmm, aku fikir Miyoung dah beritahu semuanya. Aku dengan Miyoung pasangan kekasih," jelas Chanyeol, membuatkan Sehun rasa ingin menembak lelaki itu sehingga mati.

"Dia isteri aku! Siapa kau nak panggil dia kekasih kau?!"

"Lah. Aku kekasih pertama dia. Membesar pun sama-sama dengan dia. First in everything.. Dia tak beritahu ya? Kesiannya.." sindir Chanyeol.

Rahang Sehun mengeras. Kata-kata Chanyeol itu jelas hanyalah kiasan. Hampir-hampir telefonnya itu dihempas.

"Aku tak peduli pasal kau. Aku nak isteri aku kembali!"

"She must be that great that even you can't let her go. Sampai hati kau rampas kekasih aku ya Oh Sehun? Bakal isteri aku ni," ujar Chanyeol.

Sehun mendengar bunyi Chanyeol yang sedang membuat sesuatu kepada Miyoung sehingga gadis itu menjerit.

"Hello? Park Chanyeol! Kau buat apa dengan Miyoung?! Park Chanyeol kalau kau sentuh isteri aku walau sehelai rambut je, kau tak akan bernafas pun esok!"

"Aww. Aku cuma sentuh sikit je kau dah marah. Kalau aku buat lebih?"

"Jangan cabar kesabaran aku Park Chanyeol!"

"Kau tahu.. beberapa tahun dulu, aku dengan Miyoung bahagia sangat. Dia pun dah janji nak kahwin dengan aku. Tapi aku sedih sebab dia lari pada kau. Apa yang kau suap pada dia? Kau tak rasa bersalah sebab dah curi bakal isteri aku? Miyoung pun dah pernah mengandungkan anak aku. Kau tahu? Kau masih nak simpan dia?"

Sehun berkerut. Apa yang Chanyeol merepekkan? Adakah ini strategi murahan Chanyeol untuk mengumpan amarah Sehun? Dia mendengar bunyi gelutan di sebalik telefon.

"Kalau aku nak simpan pun kenapa?" balasnya, cuba bertenang.

"Kau rugi lah kot. Sebab aku dah rasa isteri kau lebih awal. Hahahaha.."

"Kau jangan nak hina isteri aku macam tu! Bagi telefon tu pada Miyoung! Aku nak bercakap dengan dia!" tegas Sehun. Chanyeol berdecit.

"Macam mana eh? Miyoung dah tunggu surat perceraian ni? Kan sayang kan?"

Sehun mengertap gigi lagi. Tak ada siapa boleh panggil Miyoung 'sayang' selain dirinya!

"Park Chanyeol!"

"Tch. Panas baran. Hah, Sehun nak bercakap dengan kau.." ujar Chanyeol kepada Miyoung. Telefon itu diserahkan kepada Miyoung.

Hanya kedengaran bunyi nafas yang tercungap-cungap sahaja sekarang. Nafas orang ketakutan.

"Miyoung? Sayang kau ke tu? Sayang ini aku ni, Sehun. Dia cederakan kau ke?" soal Sehun. Suaranya berubah lembut.

"Hun—Hun-ah.. Jangan percaya apa yang Chanyeol cakap Hun-ah. Aku tak pernah buat semua tu dengan dia. Sumpah. Aku sayang kau sorang je. Hun-ah.. Jebal.. Selamatkan aku.. Hiks.. Saya takut.." rayu Miyoung.

Hati Sehun menjadi luluh mendengar suara Miyoung yang agak serak kerana menangis itu. Miyoung tak mahu dia salah faham atas penipuan Chanyeol.

"Gwenchana, sayang. Aku percaya. Jangan nangis. Shh.. Aku akan selamatkan kau, jangan risau. Kau dengar kan?"

"Dengar. Sehun cepatlah datang. Pallii.."

"Nae.. Tapi sebelum tu, dia ada pistol ke tu?" soal Sehun. Miyoung yang berada di dalam bangunan itu memandang Chanyeol yang berada di tepi tingkap, sedang memerhati sesuatu.

"A—ada.."

"Sayang dengar sini. Bawa bertenang. Jangan buat apa-apa yang boleh buatkan dia marah. Kim Miyoung, aku percayakan kau. Aku sentiasa percayakan kau. Tunggu aku datang naik sekejap je lagi. And I love you, my wife.." ujar Sehun. Miyoung teresak-esak di seberang sana mendengar kata-kata Sehun.

"I love you too—"

"Dah-dah. Simpan I love you kau tu dalam kubur. Alang-alang kau dah ada dekat sini, aku nak kau naik ke atap dan bawa surat tu sekali. Sorang-sorang. Kalau tidak, mungkin isteri kau pun akan melayang dari dunia ni.."

Chanyeol terus mematikan panggilan. Sehun terkedu. Dia mencuba menelefon Chanyeol semula tetapi nombor telefon itu sudah tidak dapat dihubungi. Dia merenung Jongin.

"Dia tahu kita dah sampai," ujar Sehun.

"Aku tahu. Diorang kata kau boleh masuk sekarang. Diorang akan cover dari jauh," ujar Jongin. Sehun mengangguk.

Dia terus keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam bangunan tersebut. Lelaki itu terpaksa menggunakan tangga dek kerana lif yang tidak berfungsi. Tak lama kemudian, dia tiba juga di bahagian atap.

Buka sahaja pintu, dia melihat Miyoung yang sedang berdiri di sana seperti menanti kehadirannya. Tangan gadis itu masih diikat dan kelibat Chanyeol tidak kelihatan. Miyoung menggeleng laju, seperti memberi isyarat supaya tidak datang kearahnya.

Sehun yang mungkin tidak faham dengan isyarat Miyoung berlari kearah gadis itu kerana ingin menyelamatkannya sebelum sebuah tembakan dilepaskan dan jeritan Miyoung kedengaran.

"Sehun jangan!" jeritnya. Sehun menunduk saat mendengar bunyi tembakan itu.

Dia menoleh ke belakang, melihat Chanyeol yang berada di sebelah pintu atap. Lelaki itu meniup asap yang keluar daripada hujung pistolnya dan menghalakannya kearah Sehun.

"Gerak satu langkah lagi pada Miyoung, picu ni aku tarik," dia memberi amaran.

Sehun mengangkat kedua tangannya, mengundur daripada mendekati Miyoung. Chanyeol berjalan mendekati Miyoung lantas meraih gadis itu mendekati hujung bangunan.

Leher Miyoung dirangkul dengan lengannya, membuatkan gadis itu sedikit tercekik.
Pistol tersebut diletakkan di kepalanya.

"Chanyeol, letak pistol tu ke bawah. Kita boleh bincang elok-elok," pinta Sehun.

"Erh. Perbincangan tu dah tamat. Mana surat tu?" soal Chanyeol. Sehun mengeluh perlahan.

Dia mengeluarkan sehelai surat dari dalam poket bajunya. Surat tersebut ditunjukkan kepada Chanyeol.

"Letak atas lantai dan pusing ke belakang," arahnya. Sehun mengikuti arahan.

Dengan pantas Chanyeol mengambilnya dan kembali kearah Miyoung. Sehun menoleh semula, melihat surat yang sudah berada ditangan Chanyeol.

"Eyy aku minta kertas sekali dengan cop kau. Kenapa kosong je? Ouh, atau kau nak Miyoung yang isi dulu?" ujar Chanyeol. Sehun merenung tajam kearahnya.

"Chanyeol, jangan buat macam ni. Apa lagi yang kurang? Kalau kau nak aku naikkan gaji, boleh! Aku buat. Apa-apa ja. Tapi jangan libatkan nyawa orang."

"Kau ni tak faham bahasa ya? Aku bukan buat untuk duit. Aku cuma nak Miyoung aku balik. Faham?"

Sehun memejamkan matanya sebentar, pasrah dengan kedegilan Chanyeol.

"Sayang aku ni sedih sebab kena kahwin dengan kau. Kau tahu, aku terseksa setiap kali nampak kau bermesra dengan dia sedangkan tempat kau tu sepatutnya milik aku! Padahal aku yang cintakan dia dulu!" marah Chanyeol.

"Tapi Chanyeol, cinta tak boleh dipaksa. Kau mungkin cinta pertama dia, tapi dia akhirnya pilih aku!"

"Sebab kau yang hasut dia! Kau bagi kemewahan pada dia! Miyoung aku bukan gilakan harta macam yang kau fikir. Kan Young kan? Kau terseksa kan terpaksa berpura-pura suka dengan harta dia? Kau lebih pilih cinta sejati daripada cinta harta kan? Kau percaya kuasa cinta pertama kan?" ujar Chanyeol sambil mengusap pipi Miyoung.

Miyoung memejamkan matanya, takut dengan sentuhan Chanyeol. Sehun boleh sahaja melompat dan menyerang Chanyeol sekarang kerana telah membuat Miyoung tidak selesa, tetapi dia tahan.

Nyawa Miyoung nombor satu.

"Sehun.. tolong.." rayu Miyoung, perlahan.

Chanyeol tergelak. Leher Miyoung dicekik kuat.

"Kalau kau tak muncul dalam hidup dia, dia tak akan pernah kenal kau! Ini semua salah kau Oh Sehun! Kau sial—"

Pistol di tangan Chanyeol terpelanting saat tangannya ditembak oleh seseorang sewaktu dia ingin menembak Sehun. Chanyeol memandang kearah bangunan sebelah. Dia nampak ada snipers di sana.

Chanyeol terus mengeluarkan pisau dari poketnya dan mengancamnya pada leher Miyoung. Dia mengundur ke belakang dan naik keatas penghadang. Dia juga membawa Miyoung bersamanya.

"No! No! Jangan buat kerja gila Chanyeol! Please please I'll do anything but please! Don't drag her!" rayu Sehun. Saat itu, Jongin masuk dengan beberapa orang polis bersama mereka.

Mereka mengacukan pistol kearahnya juga.

Chanyeol semakin gila. Dia ketawa. Pisau tadi ditekapkan pada leher Miyoung dengan semakin dalam.

"Park Chanyeol, anda sudah dikepung!" ujar salah seorang pihak polis di sana.

"Turunkan senjata atau kami tembak!"

"Mwoya? Kau panggil pasukan SWAT sekali? Tetap tak akan buat aku mengalah. Kalau kau setuju untuk ceraikan Miyoung, baru aku lepaskan dia," balas Chanyeol.

Sehun tak bodoh. Mana mungkin Chanyeol akan lepaskan Miyoung. Dia berjalan mendekati mereka, perlahan-lahan.

"Sehunn.. saya tak nak mati.. Sehun-ahh.." panggil Miyoung. Dia sudah pun menggigil kerana berada di hujung bangunan.

Masih segar di ingatan Miyoung akan peristiwa dirinya yang jatuh dari ketinggian yang mematikan itu. Miyoung tak ingin kejadian sama berulang. Cuma kali ini tiada Sehun dengan parachute untuk menolongnya.

"Tak apa, sayang. Jangan takut. Kau tak akan mati. Pandang aku. Percaya cakap aku.." pujuk Sehun. Miyoung menggeleng laju. Sudahlah tangannya diikat sekarang. Pergerakannya terhad.

"Sampai tiga kalau kau tak isi surat ni, aku terjun.." ugut Chanyeol dan melempar semula surat perceraian itu kepada Sehun. Sehun menyambutnya.

"Chanyeol, turun dulu. Baru kita bincang.."

"Tiga.."

"Benda boleh settle atas meja bulat. Kau tak perlu buat sejauh ni. Tolonglah aku sayang Miyoung sebagaimana kau sayang dia. Kita sama-sama sayang dia," rayu Sehun.

"Dua.."

"Dia je yang aku ada. Ini bukan caranya Chanyeol!"

"Dan aku pun cuma ada dia. Nampaknya, masa kau dah tamat Oh Sehun. Kalau aku tak boleh miliki Miyoung, kau pun dah boleh miliki dia. Jadi, boleh ucapkan adios?"

Chanyeol tersenyum.

"Andwae! Andwae! Andwae!!"

"Argh!! Omma!!"

Lelaki psiko itu terus terjun dengan membawa Miyoung bersamanya. Sehun berteriak kencang. Dia berlari kearah penghadang dan memandang ke bawah.

Sangkanya, Chanyeol dan Miyoung sudah pun menghempas tanah. Namun jantung Sehun masih kekal utuh saat melihat mereka berdua yang terjatuh  ke atas jaringan yang dipasang oleh pasukan SWAT, yang mana ia bersambung diantara bangunan usang itu dengan bangunan sebelahnya.

Badan Chanyeol dan Miyoung melambung kecil diatas jaring tersebut. Miyoung terkejut separa mati. Dia tidak dapat bergerak. Matanya merenung langit yang semakin cerah itu.

Apa yang baru sahaja berlaku tadi terlalu pantas baginya.

Chanyeol terus ditangkap oleh pihak polis sementara Miyoung diselamatkan. Mereka membantu membuka ikatan pada tangan Miyoung.

Sehun tanpa berlengah terus turun untuk mendapatkan Miyoung. Sampai di sana, dia melihat Miyoung yang sedang ditenangkan oleh pasukan penyelamat.

"Miyoung!" jerit Sehun.

Nampak sahaja Sehun, air mata Miyoung berderaian turun. Dia berlari mendapatkan suaminya itu. Tubuh Sehun dipeluk erat.

"Se..Hun!!" tangis Miyoung.

Sehun turut sama mengalirkan air mata.

"Miyoung-ah. Syukur kau selamat. Ya tuhan.." ujar Sehun, gembira. Dia mengeratkan pelukan gadis itu. Wajah Miyoung diusap. Seluruh tubuh gadis itu diperiksa.

"Sehun.. saya takut.."

"Gwenchana.. gwenchana.. dia dah kena tangkap.. gwenchana.. Mianhae sayang, aku tak mampu lindungi kau. Mianhae kau terpaksa alami benda ni. Aku menyesal tak jaga kau betul-betul.." kata Sehun. Dia mencium dahi Miyoung, lama.

Miyoung menggeleng perlahan.

"Saya ingat saya tak akan jumpa awak lagi dah. Saya tak nak berpisah dari awak Sehun. Itu perkara terakhir yang saya tak mahu fikirkan dalam hidup saya. Sumpah!" balas Miyoung. Sehun mengangguk.

Dia mengusap belakang Miyoung, cuba menenangkannya. Asalkan Miyoung selamat, dia bersyukur.

"Me too. Dia ada cederakan kau ke? Dekat mana? Malhaebwa," tanya Sehun.

Miyoung tidak dapat menjawab. Baginya, Chanyeol telah menyakiti dirinya samaada dari dalam atau dari luar. Terutama sekali hatinya. Miyoung sakit hati dengan perbuatan Chanyeol.

Gadis itu menoleh ke tepi, melihat Chanyeol yang sedang digari. Lelaki itu masih mampu tersenyum sambil memandang kearahnya.

Sehun semakin mengeratkan pelukannya. Dia melindungi Miyoung dengan tubuhnya.

"Aku tak akan berhenti, Miyoung! Selagi aku tak dapat kau, selagi tu aku akan cari kau! Hahaha! Kau milik aku! Kau milik aku!" jerit Chanyeol sambil diheret pergi.

Sehun menekup telinga Miyoung agar gadis itu tak mendengar.

"Jangan dengar. Dia akan melingkup dalam penjara selamanya. Dia tak akan ganggu kita lagi dah," bisik Sehun. Miyoung mengangguk.

"Aku akan jaga kau sebaik mungkin mulai sekarang. Aku tak akan lepaskan mata dari kau walau sepenat mana pun aku. Dan aku janji kau akan jadi isteri aku untuk selama-lamanya.."

Sehun tidak melepaskan Miyoung pergi meski untuk diperiksa oleh perawat di sana. Dia sebolehnya tak mahu Miyoung berada terlalu lama di bangunan ini. Sehun mendukung Miyoung dan membawa gadis itu masuk ke dalam ambulans bersama.

Sepanjang perjalanan, Sehun memegang erat tangan Miyoung dan mengurutnya perlahan. Dia mengelap air mata Miyoung yang masih belum mengering itu.

"It's okey. Kau selamat sekarang. Aku akan jaga kau."

to be continued

Disclaimer : Miyoung akan guna 'saya' bila dia soft atau takut je eh. Kalau guna aku means dia normal balik.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top