Part 46

Sehun dan Miyoung memutuskan untuk berpesta di sebuah kelab malam. Memandangkan tak lama lagi mereka berdua bakal menjelajah dunia, risau pula tak dapat berjumpa rakan-rakan yang lain selalu.

Sampai di kelab tersebut, mereka di sapa oleh pemiliknya, Bos Kyungho. Pembantunya, juga bernama Sooyoung namun lebih kurus dan tinggi turut ada bersamanya. Mereka berjabat tangan dan berbicara sebentar, mengalu-alukan kedatangan Sehun dan Miyoung.

Sehun lah yang paling talkative sekali sementara Miyoung sekadar memerhati. Kelab ini terlalu mewah dan nampak gah sekali. Bahkan ada jazuki di dalamnya.

Miyoung ternampak Taeyeon dan Baekhyun yang sedang memasuki kelab. Gadis itu mencium pipi Baekhyun sekilas kemudian berpisah. Baekhyun sekarang menuju kearah mereka.
Kerana tak mahu berdiri lama-lama di sini, Miyoung memutuskan untuk pergi menemani Taeyeon.

"Sayang, nak pergi jumpa Taeyeon sekejap," pinta Miyoung.

"Taeyeon ada? Ouh, patutlah." Sehun tak jadi bertanya lebih setelah melihat Baekhyun. Dia memberi kebenaran dan sempat mencium dahi Miyoung sebelum gadis itu pergi.

Miyoung melepasi beberapa ruangan sehinggalah menemui bilik yang dipenuhi ramai orang. Di dalamnya, mungkin gadis-gadis yang bekerja di sana sedang bersiap-siap untuk malam ini. Dia mendekati Taeyeon yang sedang memakai gaun bling-blingnya.

"Taeyeon-ah!" panggil Miyoung, gembira. Dia berlari kearah Taeyeon dan merangkul lengan gadis itu.

"Hai, Miyoung! Buat apa dalam ni? Kitorang tengah bersiap ni. Nanti diorang tersilap tarik kau sekali, tak pasal-pasal kau kena pole dance tau?" ujar Taeyeon, sekadar bergurau.

Mata Miyoung terbeliak. Janganlah sampai jadi begitu. Mahu sakit jantung Sehun nanti.

"Eh janganlah. Mati katak suami aku nanti tak tahan dengan keseksian aku," balas Miyoung. Taeyeon ketawa.

"Kau macam dah biasa je tempat ni Taeyeon?" soal Miyoung. Taeyeon tenang sahaja membuka laci-laci untuk mengambil barang tanpa perlu mencari, seolah-olah dia tahu semuanya berada di tempatnya.

"Mestilah. Ini tempat kerja aku dulu sebelum jumpa Baekhyun," jawab Taeyeon. Tempat ini meninggalkan nostalgia kepadanya.

"Jinjja? Wow.." Miyoung berasa kagum. Sementara Taeyeon, hidungnya kempas-kempis, bangga.

"Pergi lah dulu. Sehun mesti tengah tunggu tu. Ajak lah dia menari. Sebelum tu, kitorang nak bersiap dulu," arah Taeyeon. Miyoung mengangguk faham. Dia meninggalkan Taeyeon dan pergi mencari Sehun.

Suaminya sedang berbual bersama Baekhyun pula. Miyoung melambai-lambai kearah Sehun seraya menuju kearahnya. Dia mengikuti Sehun mendengar cerita Baekhyun meskipun dia sebenarnya tidak tertarik langsung. Yelah, Baekhyun berbual pasal bola je. Dia mana minat semua tu.

Tak lama kemudian, perhatian mereka teralih saat Taeyeon datang. Mereka duduk di salah satu tempat duduk dan ketiga-tiganya mulai menikmati persembahan Taeyeon yang disertakan muzik rancak itu.

Baekhyun menjerit keriangan. Dia bersorak seperti seorang fanboy. Mereka diberikan alkohol oleh para pekerja untuk meraikan hari tersebut. Miyoung memandang Sehun sambil membuat wajah pelik kerana kerenah Baekhyun itu. Tawa mereka terus terhambur kuat.

Miyoung dan Sehun melayan satu sama lain di sana sebelum diganggu dengan kehadiran para lalat.
Irene, Seulgi, Junmyeon dan Jongin yang baru sahaja tiba di sana. Mereka menarik Miyoung supaya berhenti berciuman dengan Sehun dan membawanya ke lantai tari.

Sehun sampaikan hampir mahu terjatuh kerana tak mahu melepaskan isterinya

Gadis-gadis itu menari dengan rancak di sana sehingga melupakan hal dunia. Alkohol yang diminum membuat mereka hilang kawalan. Tambah-tambah lagi lagu yang sedang dimainkan oleh DJ pula merangsang mereka untuk berpesta.

"Yah, korang baru datang tapi dah mabuk?!" jerit Miyoung kepada Irene dan Seulgi.

"Kitorang low-tolerance dengan alcohol!" balas Irene dan Seulgi serentak.

"Patutlah! Sama!!"

"Eyyy, bestie!!"

"Bestieee!!"

Miyoung, Irene dan Seulgi berpelukan dan berpusing-pusing di sana dengan gembira. Mereka sampai terlanggar orang-orang yang sedang menari di sana.

Saat itu, Taeyeon turun dari pentas dan menyertai ketiga-tiga gadis itu. "Bestie!!" Teriak mereka. Para gadis itu semakin meliar.

Baekhyun dan Sehun memerhati sambil menggigit bibir. Sedangkan Junmyeon menepuk dahi, risau kalau-kalau Irene pengsan. Jongin pula sibuk menari sendiri.

"She's so hot.." ujar Baekhyun. Sehun menjeling Baekhyun.

"Siapa?!" marahnya.

"My fiancé dumbass!" balas Baekhyun.

Sehun lega. Dia fikir Baekhyun memaksudkan Miyoung. Kerana di mata Sehun sekarang, Miyoung yang paling seksi di sana. Dia meneguk liur, tergoda.

"Rene-ah, jangan galak sangat!" jerit Junmyeon, takut. Baekhyun dan Sehun sudah tidak mempedulikan jeritan kerisauan Junmyeon.

"There's a room upstairs.." ujar Baekhyun kepada Sehun.

"And?"

"I've got VIP key."

"And?"

"Dude tak payah pura-pura la. Go get her." Baekhyun menyerahkan kunci tersebut kepada Miyoung. Dia menepuk paha Sehun, membuat lelaki itu senak. Baekhyun tersenyum sinis, faham dengan kerutan di wajah Sehun.

"No no. Kitorang datang ni bukan untuk—"

"Bukan untuk lepas pada orang lain. Bro, bini secantik tu kau nak tahan? Kalau aku, tak bro. Aku dengan Taeyeon tu hari-hari surrender," ujar Baekhyun. Sehun tersedak.

"Don't choke bro, it should be her." Baekhyun mulai lagi dengan perkataan kotornya.

"Damn you professional sugar daddy," kutuk Sehun.

"Dang. Ex okey?"

Baekhyun dan Sehun menuju ke lantai tari, menyapa para gadis di sana. Miyoung nampaknya sudah mabuk. Dia menyapa Sehun dengan gembiranya. Pipi Sehun dicekup dan dicium.

"Miyoung—"

"DJ got us fall in love again! So dance dance—" Miyoung ikut sama menyanyikan lagu yang sedang dimainkan. Dia menarik Sehun supaya ikut dengannya.

Sehun tak ada pilihan lain. Untuk menjaga Miyoung daripada disentuh orang lain, Sehun kekal dalam jarak yang begitu dekat dengan gadis itu.

Sehun merangkul pinggang Miyoung, menghentikannya daripada terus melompat. Tangannya mulai menjelajah. Sehun mencium dari leher Miyoung, naik ke wajah gadis itu. Bibirnya menjadi sasaran.

Bahagian bawah bibir Miyoung digigit sehingga membuat Miyoung menjerit kecil. Miyoung mencubit perut Sehun dengan geram. Sehun mendekatkan bibirnya kepada telinga Miyoung, kemudian membisikkan sesuatu.

Miyoung yang agak mamai itu mengangguk sahaja. Sehun terus meninggalkannya dan pergi dahulu. Miyoung yang pandangan matanya agak kabur itu terhuyung-hayang cuba mengejar Sehun.

Dia berlanggar dengan pelayan dan diberikan alkohol lagi. Tak tahu kenapa, kepala Miyoung semakin berat sekarang.

Miyoung berpaut pada kaunter bar, dan bertemu pula orang yang tidak disangka.

"Johnny?" soalnya. Johnny yang sedang mengelap gelas terkejut.

"Miyoung? Kau buat apa dekat sini?" soalnya. Miyoung tersedu.

"Aku? Parti lah."

"Dengan siapa?"

"Suami aku.. hiccup! Sehun.." balasnya. Johnny berkerut. Tak tahu pula Miyoung dah berkahwin.

"Habistu mana dia?" soalnya.

"Dia.. "

"Honey, kenapa ada dekat sini? I've been searching for you.." ujar seorang lelaki tinggi yang datang memeluk Miyoung dari belakang. Johnny memerhatinya, gusar.

Dia melihat cincin yang berada di tangan kiri lelaki itu. Bentuknya sama seperti cincin di tangan Miyoung.

"Erm, kau ni Sehun ke?" soal Johnny. Lelaki itu mendongak, lantas tersenyum.

"Kau bukan Se—"

"Ya. Sorry, I need my wife back." ujarnya lantas membawa Miyoung pergi. Johnny memerhati keduanya yang pergi keluar dari kelab malam.

Tak lama selepas itu, seorang lagi lelaki datang. Dia sedang menelefon seseorang, seperti mencari seseorang.

"Ada nampak perempuan pakai dress hitam, tinggi 160cm, rambut separa pendek tak? Dia pakai cincin macam ni," soalnya. Johnny merenung cincin di jari lelaki itu. Matanya terbeliak.

"Eh? Kau pun ada cincin yang sama?" soal Johnny.

"Hah?"

"Ini cincin macam Miyoung punya," jelas Johnny.

"Wait. Kau kenal Miyoung?"

"Yelah. Dia kawan aku."

"Dia isteri aku."

"Kau siapa?"

"Aku Oh Sehun."

"Hah?! Tadi baru je Sehun bawa Miyoung keluar— Holysheet!"

Gelas di tangan Johnny terlepas. Sehun sudah pun cemas.

"Bro, I'm so sorry! Aku tak cam muka kau jadi aku ingat lelaki tadi tu kau! Dia ada cincin yang sebijik macam kau punya. Dia mengaku yang dia 'Sehun'," jelas Johnny.

"What do you mean?! Habistu dia bawa Miyoung pergi mana?!"

"Diorang dah keluar—"

Sehun berlari keluar dari kelab malam, mencari kelibat Miyoung. Tiba di jalan, dia cuma melihat orang lalu-lalang sahaja. Tiada kelibat mencurigakan di sana. Sehun menjerit memanggil nama Miyoung.

"Kim Miyoung!!" teriaknya. Tiada sahutan. Sehun meramas rambutnya, kesal.

Dia kembali ke dalam menuju kearah Johnny.

"Kau nampak rupa lelaki tu? Dia pakai baju apa?!" soal Sehun.

Junmyeon dan Baekhyun datang setelah mendengar suara Sehun yang agak meninggi itu.

"Kenapa ni?" soal Baekhyun.

"Tuan Byun! Tadi kawan saya—isteri dia dibawa orang lain keluar. Salah saya, saya ingatkan itu encik ni," jelas Johnny.

"Miyoung ke? Kenapa ni? Siapa bawa Miyoung?"

"Aku tak tahu. Budak ni cakap lelaki tu mengaku jadi aku! Siap ada cincin sama dengan aku punya!" tunjuk Sehun pada jari kanannya.

"Kau pergi mana tadi?"

"Aku pergi tandas sekejap. Aku beritahu Miyoung supaya tunggu aku dekat kerusi. Tapi bila aku datang balik, dia tak ada. Tahu-tahu dah jadi macam ni."

Sehun nampak serabut. Rambutnya diramas kasar lagi.

"Tenang-tenang. John, buka bilik CCTV. Mungkin kita boleh nampak muka dia. Aku rasa dia tak lari jauh lagi," arah Baekhyun. Johnny mengangguk faham.

Mereka dibawa ke bilik CCTV untuk mencari pelakunya. Johnny memanggil bos Kyungho agar memberi kebenaran kepada mereka dan mujurlah lelaki itu bersetuju.

Saat mereka meneliti melalui layar kaca, mereka nampak gerak-geri seseorang yang mencurigakan. Lelaki itu memerhati kedua Sehun dan Miyoung sejak awal mereka sampai.

Sehinggalah saat Sehun meninggalkan Miyoung sebentar, barulah lelaki itu bergerak. Dia menuju kearah Miyoung, memeluk gadis itu dan cuba bermesra. Sehun nampak dia yang sedang berbicara dengan Johnny.

"Masa ni lah, dia tunjuk cincin tapi pada jari kiri. Sebab itu aku percaya," terang Johnny.

Sehun mengepal penumbuk, sebal kerana Miyoung ditarik keluar dari premis berkenaan. Mereka mencari nombor plat kenderaan lelaki terbabit.

"Boleh tak zoom muka lelaki tu. Rasa mungkin kau cam ke Sehun?" pinta Baekhyun.

Saat gambar itu dibesarkan, Sehun tersentak. Dari tepi, rasanya dia kenal rupa itu.

"Kejap. Tak mungkin." ujar Sehun.

"Nombor plat kenderaan palsu. Kereta ni dah diubah suai," kata Junmyeon sambil menunjukkan hasil pencariannya.

"Mestilah.. Sehun, kau cam ke?" balas Baekhyun.

"Park Chanyeol.." jawab Sehun.

"Park Chanyeol? Siapa?"

"Pekerja aku. Cuma dia orang pertama yang tahu pasal Miyoung," jawabnya. Sehun tampak begitu terkejut. Tangannya yang dikepal itu sampai menggeletar.

"Cari kedudukan dia sekarang," arah Baekhyun.

Saat itu, telefon Sehun berbunyi. Ada nombor tidak dikenali yang sedang menghubunginya.

Setelah dianggap, mata Sehun bergenang dengan api kemarahan.

"Yah Park Chanyeol!!" teriak Sehun, geram. "Pulanglah isteri aku sebelum aku siat-siat badan kau!!!"

Chanyeol ketawa di sebalik telefon.

"Jumpa di bangunan XX pada pukul lima pagi. Siapkan dokumen penceraian sekali dengan tandatangan. Buat, atau Miyoung mati."

"Sehun!!—"

"Woi! Bagi aku dengar suara Miyoung! Chanyeol! Chanyeol! Sial!"

Sehun mencampak telefonnya ke dinding dengan geram. Chanyeol menamatkan panggilan sebelum sempat dia mendengar suara gadis itu. Sehun mulai menghentak meja.

Sudahlah mereka mendengar bunyi seperti pistol tadi.

"Aku akan hubungi ketua polis. Kita tak boleh buat sendiri," ujar Junmyeon. Mujurlah, ketua polis itu ialah ayahnya.

Sehun terduduk diatas lantai. Cuma mampu berharap yang Miyoung selamat. Cincinnya diusap.

"Please be save, sayang."

to be continued

Happy Birthday Miyoung in another parallel iaitu Wendy 💙 - Daripada Oh Sehun dan Park Chanyeol dan anak-anak angkat yang lain 💙

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top