Part 44

Sehun dan Miyoung ke pejabat setelah seminggu bercuti. Tiada yang tahu tentang perkahwinan mereka kecuali beberapa orang penting sahaja. Tidak lain tidak bukan, Irene, Seulgi, Jongin, Sooyoung dan Taeyeon sahaja.

Hari ini, Miyoung bersetuju untuk datang bersama Sehun. Memandangkan dia sudah menjadi isteri Sehun, jadi dia perlu mendengar arahan lelaki itu. Sehun sempat mencium dahi Miyoung sebelum keduanya berpisah mengikut jalan yang berlainan untuk naik ke pejabat.

Tiba di sana, Irene, Seulgi dan Taeyeon menyambut Miyoung dengan meriah. Mereka menarik Miyoung menuju ke tempat duduk gadis itu untuk mendengar cerita selama seminggu Miyoung tidak hadir.

"Cepat-cepat! Bila boleh dapat anak saudara?" soal Taeyeon, teruja. Miyoung terkejut.

"Hei! Janganlah cepat sangat! Kitorang baru je kahwin lah!" bentak Miyoung. Merah pula pipinya saat ditanya hal sedemikian. Taeyeon mencebik.

"Habistu buat apa seminggu ni? Sia-sia lah kitorang membayangkan—"

"Korang bayang apa?!" Miyoung semakin terkejut. Nakal jugak rakan-rakannya ini ya?

"Sikit je. Kau jangan risau," balas Irene. Miyoung menayangkan wajah jijik. Walaupun dia dah melepasi frasa itu, tapi kalau mendengar ada orang membayangkan apa yang telah mereka lakukan itu, ianya tetap menjijikkan baginya.

"Pengotor lah korang ni! Tak baik lah fikir benda macam tu!" marah Miyoung.

"Eleh. Kedekut. Dia tak nak kita bayang Sehun tak berbaju—"

Miyoung terus menekup mulut Taeyeon dengan kuat. Dia sampai terdorong Taeyeon ke belakang kerana tak mahu orang lain mendengar.

Taeyeon bergelut ingin melepaskan diri. Tak lama selepas itu, Bae Jinwoo datang bersama seseorang mendekati mereka. Dia memanggil kesemua pekerja untuk mengenalkan seseorang.

Keempat-empat gadis itu berdiri bersebelahan ingin menyambut rakan baru mereka. Sangka Miyoung, hidupnya akan aman selepas berkahwin dengan Sehun.

Tapi bom nuklear kembali ditanam berhampirannya saat melihat Chanyeol yang berada di tepi Jinwoo. Lelaki itu menayangkan senyuman palsunya, ingin mencipta personaliti innocentnya.

"Ini Chanyeol. Dia dari department lain sebelum ni dan ditukarkan ke sini atas sebab-sebab tertentu. Dia senior korang jadi tolong hormat dia. Mulai hari ni, Chanyeol akan menjadi ketua bahagian media untuk kumpulan kita," jelas Bae Jinwoo. Taeyeon dan yang lain-lain bertepuk tangan menyambut kehadiran Chanyeol.

Miyoung menunduk ke bawah, tidak mahu membuat sebarang eye contact dengan Chanyeol. Malangnya, lelaki itu perasan akan kehadirannya. Dia nampak cincin yang tersarung di jari gadis itu. Senyuman palsunya itu perlahan-lahan ingin pudar. Dia nampaknya sedang menahan amarah.

"Chanyeol, tempat duduk kau belakang Taeyeon dekat sana. Taeyeon, boleh tunjukkan tempat?" pinta Jinwoo. Taeyeon mengangguk.

"Jom, Chanyeol?" ajak Taeyeon, mesra. Lelaki itu mengangguk faham. Saat dia melepasi Miyoung, matanya tidak lari daripadanya.

Sebaik sahaja Chanyeol beredar, mereka semua kembali ke tempat masing-masing. Miyoung duduk dengan diam sambil menghidupkan komputernya.

Mereka fokus dengan kerja sehinggalah waktu makan siang. Miyoung nampaknya tidak berselera untuk ke kafe. Dia asyik memikirkan tentang Chanyeol sahaja. Sudahlah meja Chanyeol itu menghadapnya tapi dari bahagian kanannya. Walaupun agak jauh, tapi Miyoung dapat merasakan pandangan Chanyeol terhadapnya.

"Ala Sehun tak larinya. Makan sekejap je dengan kitorang. Yang lain-lain pun tengah tunggu tu," ajak Seulgi. Mereka bercadang ingin makan bersama yang lain-lain untuk menyambut kedatangan Chanyeol.

Miyoung tak dapat menolak lagi. Kalau dia mengelak dan tertangkap bersama Sehun, makin susah dia nak fokus pada kerjanya. Miyoung mengekori Seulgi, Irene dan Taeyeon ke kafe.

Chanyeol sudah pun berada di sana sedang berbual sambil tergelak-gelak. Sungguh palsu.

Mereka mengambil tempat masing-masing di meja panjang di sana. Malang lagi buat Miyoung, dia terpaksa duduk di sebelah Chanyeol kerana terlambat berebut kerusi dengan yang lain-lain.

"Yang ini Irene, Seulgi dan itu Taeyeon. Kau dah kenal kan? Lepastu ini Miyoung," perkenal Jinwoo kepada Chanyeol. Chanyeol membuat eye contact dengan mereka berempat.

"Wah, korang semua ni cantik-cantik ya? Lagi-lagi Cik Miyoung," pujinya. Mereka ketawa ayu.

"Eh biasa-biasa je," balas ketiga-tiga gadis itu kecuali Miyoung. Dia nampak sungguh tidak selesa dengan jelingan Chanyeol.

"Cincin tu, Cik Miyoung dah berpunya ke?" soal Chanyeol. Miyoung tersentak. Tangannya terus disorokkan di bawah meja.

"Aik? Miyoung dah ada tunang ke?" soal Jinwoo, keliru. Sangkanya, Miyoung bujang.

"Ini.. tak adalah. Saya pakai saja-saja je," jawab Miyoung, tidak mahu tertangkap. Jinwoo berkerut.

"Selamat. Saya masih ada peluang lah kan?" usik lelaki itu. Miyoung ketawa dengan tidak ikhlasnya.

"Apa kata awak tanggalkan cincin tu? Risau nanti kotor nak makan," cadang Chanyeol. Miyoung terus menjeling tajam kearah Chanyeol. Sesuka hati dia sahaja menyuruhnya menanggalkan cincin perkahwinannya ini.

"Takpe. Boleh basuh," balas Miyoung, dingin. Gadis itu sudah pun bersedia untuk menikmati makanan. Chanyeol tersenyum.

"Kalau macam tu, kita boleh teruskan makan. Silakan," pelawa Jinwoo. Mereka semua mulai menikmati hidangan.

Miyoung mulai mengasingkan telur kuning sementara Chanyeol mengasingkan putih telur. Dengan serentak, keduanya memberikan bahaian yang tidak disukai itu ke dalam pinggan masing-masing.

Saat itu, Miyoung baru tersedar. Keduanya bertatapan seketika. Nampaknya, Miyoung masih ingat lagi dengan apa yang Chanyeol tidak suka dan kebiasaan itu kembali.

"Gomawo.." ujar Chanyeol, perlahan.

Miyoung tidak menjawab. Dia makan dengan senyap. Dirinya kesal dengan apa yang sudah dia lakukan tadi. Tapi mahu buat macam mana? Sudah hampir sepuluh tahun dia mengenali Chanyeol. Tidak mungkin dia melupakan rutin harian mereka dalam sehari.

Selesai makan, keduanya meminta diri untuk naik ke atas terlebih awal. Pada mulanya, Miyoung yang meminta izin untuk pergi terlebih dahulu, kemudian Chanyeol menyusul.

"Jahat kan? Kahwin tak ajak," ujar Chanyeol, berjaya mengejar Miyoung.

"Tak penting pun ajak kau," jawab gadis itu.

"Wah. Dah kasar eh? Sejak bila ni? Sejak kena bang dengan Sehun?" sindir Chanyeol. Miyoung menggenggam penumbuknya, geram.

"Chanyeol ini tempat kerja. Tolonglah profesional sikit!" gertak Miyoung.

"Profesional sentiasa ada dalam diri aku, kecuali bila ada dengan kau. Macam mana aku nak serius kalau kekasih aku ada depan mata aku?" balasnya. Chanyeol tersenyum lebar kearah Miyoung.

Senyuman yang sering dia berikan saat mereka bercinta dahulu.

"Ex. Ex Chanyeol," Miyoung membetulkan gelaran dirinya.

"No. Aku tak pernah minta putus. Apatah lagi kau," bantahnya.

Miyoung terus menayangkan cincin di tangannya ke muka Chanyeol. Dengan pantas Chanyeol menepis.

"Kau lari dari sana dan tinggalkan aku. Secara teknikalnya, kau masih kekasih aku! Cincin ni tak akan pernah halang aku."

"Chanyeol kau gila ke?! Aku isteri orang lah!"

"Okey? Habistu kau nak aku buat apa? Menangis? Kau isteri dia, tapi aku orang pertama yang cintakan kau. Aku cinta pertama kau," tegas Chanyeol. Keduanya masuk ke dalam lif namun tidak menekan butang naik ke tingkat atas.

"It's an old story! Chanyeol kau musnahkan segalanya dan sekarang kau cuba nak rosakkan rumah tangga aku?!" marah gadis itu. Chanyeol menggeleng laju.

"Musnahkan? Kau tu yang tak sepatutnya kahwin dengan dia sedangkan kau tahu aku ada! Kau putuskan untuk hukum aku atas perkara yang kita tahu hal kecil je! Macam tu eh kau?"

"Hal kecil? Cubaan rogol aku tu hal kecil?! Kau rasa macam mana aku hidup selama ni dalam ketakutan, tak ada mak ayah, takut bila ada lelaki tegur sedangkan diorang nak berkawan je?! Even waktu Sehun cuba nak berkawan— aku— aku masih fikirkan pasal kau! Aku takut dia pun sama sampah macam kau!" luah Miyoung. Matanya bergetar. Kalau boleh, mahu sahaja dia menumbuk Chanyeol sekarang.

"Kau overreacted. Girlfriend boyfriend mana yang tak buat semua tu? Sex is normal for teens."

"Kau gila.."

"Dan kau arrogant. Berlagak macam malaikat tak boleh kena sentuh sebelum kahwin. Padahal. Berapa kali kau dengan Sehun sebelum korang betul-betul sign kontrak kahwin?"

Pang!

Chanyeol menerima tamparan hebat disebabkan mulut celuparnya. Pipinya tercalar, kesan daripada cincin di tangan Miyoung.

"Aku sampaikan hampir pengsan bila teringat pasal malam tu. Apa yang kau buat pada aku. Kau kata aku sombong? Terima kasih. Disebabkan kesombongan aku, aku dapat berjumpa Sehun yang jauh lebih baik dari kau! Disebabkan aku yang berlagak macam malaikat ni, aku berjaya lari daripada teman lelaki tak guna macam kau!"

Miyoung terus menekan butang untuk keluar dari lif. Dia memilih untuk naik dengan lif di sebelah. Meninggalkan Chanyeol dalam keadaan tercengang.

Sampai di tingkat atas, Miyoung ternampak Sehun yang baru sahaja keluar dari pejabatnya. Hanya ada mereka berdua sahaja sekarang.

Miyoung segera menyembunyikan perasaan marah dan sedihnya lantas tersenyum manis kearah Sehun. Sehun membalasnya dan menuju kearah Miyoung untuk menyapa.

"Sayangg.. Rinduu.." rengek Sehun, manja. Miyoung tertawa.

"Nado. Hun-ah, nanti balik kita makan aiskrim boleh?"

"Mestilah. Sayang, tak boleh ke teman kan dalam sana tu? Bosan lah sorang-sorang. Kalau tidak, ada si Jongin tu je. Mana sayang selera nak buat kerja," pinta Sehun. Miyoung berkerut.

"Buat kerja pun nak kena berselera tak berselera jugak?"

"Mestilah. Lagi-lagi jadi pengantin baru ni. Isteri kena la ada depan mata selalu," jawab Sehun. Dia memeluk Miyoung dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya.

"Mengada. Sebelum ni elok je?"

"Aura malam pertama masih ada.."

"Yah!" Miyoung panik. Sehun ni kalau bercakap memang suka main lepas je kan?

"Tak ada orang lah. Tak perlu risau— Oh! Miyoung! Bagus-bagus! Kerja yang bagus!"

Sehun terus menjarakkan diri dan berubah perwatakan saat Bae Jinwoo datang. Miyoung yang bingung menoleh ke belakang untuk melihat. Dia cemas dan turut sama masuk ke dalam lakonan.

"Kamsahamnida Tuan Oh! Kalau macam tu, saya akan sambung kerja saya!" balasnya seperti askar.

"Good gi— Good! Sambung-sambung. Eh. Jinwoo. Apa khabar?!" jerit Sehun. Jinwoo tersenyum kekok.

Dah kenapa dia macam nampak askar dan prebet sedang berbicara ni?

"Bos. Saya baik-baik je. Bos sakit tekak ke sampai terjerit-jerit?" soal lelaki itu.

Miyoung melarikan pandangan sementara Sehun berdehem. Malu pula mereka dibuatnya.

"A—adalah sikit. Sa—saya pergi dulu. Bai!" jerit Sehun ke telinga Jinwoo. Miyoung menekup mulutnya, cuba untuk tidak ketawa. Jinwoo hampir pekak disebabkan jeritan Sehun.

Sebaik sahaja Sehun hilang, Jinwoo memandang tajam kearah Miyoung.

"Ketawa la ketawa. Potong gaji tu kang!"

"Cubalah kalau berani," cabarnya. Miyoung terus kembali ke tempat duduknya dengan senang hati. Sementara Jinwoo bercekak pinggang di sana.

"Huh! Dasar bos pelik! Nasib baik bos!"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top