Part 43


Miyoung merenung kesan love bite pada tubuhnya itu. Dah macam penyakit malaria, walaupun dia sendiri tak pernah tahu malaria itu sakitnya bagaimana.

Kemudian, dia merenung Sehun yang sedang mengutip baju mereka yang berada diatas lantai. Sehun pun tak kalah juga berlebam pada tubuhnya.

Ditambah lagi tumbukan saat mereka bermain PS5 tadi. Asyik-asyik Sehun sahaja menang, buatkan Miyoung sakit hati. Dipukulnya Sehun dengan controller PS5 sampaikan membuat Sehun menangis dikarenakan harganya yang agak mahal—dan juga sakit.

Nasib baik tidak rosak sahaja.

"Kenapa?" soal Sehun, dengan wajah tidak bersalah.

"Nothing. Nak tengok pun tak boleh?" tanya Miyoung. Sehun menggeleng perlahan.

"Tak salah pun. Ingatkan nak minta apa tadi—ataupun nak belasah— lagi," balasnya. Miyoung berdecit. Dia menuju kearah Sehun lantas merampas pakaian mereka.

"Pergi mandilah. Aku pergi basuh baju sekejap," arahnya.

"Awalnya. Ini baru hari pertama kita kahwin. Tak puas lagi manja-manja," rungut Sehun. Miyoung menayangkan wajah sedatar mungkin walaupun dalam hati dia suka melihat betapa clingynya Sehun sekarang.

'Manjalah sangat. Aku pukul kang anak orang ni' - getus Miyoung dalam hati.

"Kau 30 tahun ke 3 tahun ni?"

"Sayang! Mana ada 30 tahun ni! Lambert lagi!" bentak Sehun.

"Dahtu?"

"Dua minggu kot."

"Patutlah manja."

Sehun tersenyum manis lantas menghulurkan kepalanya seperti anjing, meminta diusap. Saat itu, telefon Miyoung berdering. Gadis itu menyerahkan semula bajunya kepada Sehun dan pergi untuk mengangkat telefon.

Nama Irene dan Seulgi tertera di situ. Mereka berdua ingin membuat video call dengan Miyoung sekarang. Miyoung beralih tempat ke ruang tamu, jauh daripada Sehun agar sahabatnya itu tidak melihat suaminya.

Sebaik sahaja panggilan diangkat, Irene dan Seulgi terus menjerit kuat sehingga menyebabkan Miyoung terpaksa menjauhkan telefon dari wajahnya.

"Selamat pengantin baru, kakak ipar!!" teriak Irene dan Seulgi serentak. Miyoung menekup telinganya dan menayangkan wajah menyampah.

"Kacau lah korang ni—"

"Miyoung ke tu? Ini eomonim!"

Wajah Miyoung terus berubah saat melihat ibu Seulgi. Gadis itu terus menunduk hormat.

"Annyeonghaseyo eomonim! Iya ini Miyoung.."

"Aigoo yeppeuda. Mian, eomonim tak dapat datang. Sekolah ada peperikaaan besar semalam," ujar wanita itu. Ibu Seulgi adalah seorang guru di sekolah menengah tinggi.

"Gwenchana eomonim. Miyoung nampak eomonim pun dah gembira dah ni," balas Miyoung.

"Tahniah ya Miyoung? Nampak berseri-seri harini. Selamat pengantin baru," puji wanita itu. Miyoung tersenyum malu.

"Kamsahamnida eomonim!"

"Omma dah lah tu! Seul nak cakap ni!" Kedengaran suara Seulgi berebut telefon dengan ibunya. Miyoung dan Irene tergeleng-geleng kecil.

"Eh Miyoung, apa plan kau harini?" soal Irene sementara Seulgi dan ibunya masih bergaduh.

"Plan? Aku pun tak tahulah. Tengoklah atas Sehun," balasnya.

"Omo. Dengar kata suami ya sekarang ni?" usik Irene.

"Yelah. Dengar cakap suami dapat pahala. Kau? Dengar cakap boyfriend dapat apa?" sindirnya.

"Benci lah kau ni! Aku gurau je tau tadi! Tak payahlah bagi ceramah! Aku suruh Junmyeon jadi father baru kau tahu!"

"La kalau dia jadi father kau tak boleh kahwin dengan dia. Lupa ke sistur? Haa ni mesti ponteng kelas agama dulu. Tulah, orang suruh sekolah, kau pergi hisap gam belakang tandas. Eh, bukan gam, kalau kau ni, mungkin shisha."

Irene termenung seketika.

"Ish! Ada je kan kau ni?! Ha menang lah menang!" Irene merajuk.

"Hey wassup guys. Harini aku nak masak— Aku tertinggal apa ni?"

"Tertinggal sambal penyet. Takdelah. Si Irene ni pagi-pagi cari gaduh," balas Miyoung.

"Pagi kepala ayah pink kamu? Ni dah lepas tengahari tahu?" balas Seulgi.

"Eh ye ke? Patutlah aku lapar. Sayang!! Jom delivery food!" jerit Miyoung.

"Wuuuu. Sayang eh? Sayang mana tuuu," usik Seulgi.

"Alo sweetnyaaa.. sayang sayang sayangg.."

Saat itu, mereka nampak Sehun yang berlari cemas saat mendengar suara jeritan Miyoung. Mujurlah dia sudah memakai baju.

"Kenapa-kenapa? Ada lipas ke?" soal lelaki itu. Dia bukan nak tolong selamatkan, tapi dia nak melarikan diri terlebih dahulu. Lepastu dia akan panggil bomba datang selamatkan isterinya.

Ceh, gurau.

"Aniyo. Nak food," jawab Miyoung. Sehun bercekak pinggang lantas mengusap kepala Miyoung, geram.

"Kenapa tak call je. Nah phone. Gunalah," balas Sehun lantas menyerahkan telefonnya dengan senang hati. Sehun kembali ke dalam, membiarkan Miyoung berbual lagi bersama Irene dan Seulgi.

"Fuyooo. Laki bagi phone macam tu je."

"Ehh mesti. Lockscreen punya id siap muka aku tau." Miyoung menunjuk.

"Sombong. Ini yang buat aku rasa nak kahwin jugak," ujar Irene.

"Kahwinlah. Kesian Junmyeon membujang tunggu kau," kata Seulgi pula.

"Tunggu lah kejap-kejap lagi. Aku tengah bersedia fizikal dan mental beserta rohani ni.."

"La kau bersedia pun, esok lusa jadi bengap balik. Macam lah si Junmyeon tak kenal kau."

"Jaga sikit mulut tu eh! Sebangang-bangang aku, bangang lagi kau dengan Miyoung!"

"Woi! Kenapa masukkan aku sekali? Aku bukan bangang ye? Kau tidak boleh mengeja Bae Irene tanpa b-a-n-g-a-n-g.. Tengok? Aku dengan Seulgi selamat.." balas Miyoung.

"Omma! Tengok kakak ipar dengan Seulgi ni dia bangangkan Rene! Omma!!"

"Omma dah puas tengok dia. Nak suruh omma celik seluas lautan ke?"
Kedengaran suara Puan Bae membalas. Miyoung dan Seulgi gelak jahat.

Tok! Tok!

Miyoung menoleh ke belakang, melihat Sehun yang sedang mengetuk meja dapur. Lelaki itu menunjuk kearah bilik. Miyoung meletakkan telefon mereka di ruang tamu lantas menuju kearah Sehun.

"Wae?"

"I prepared something," ujar Sehun. Dia membawa Miyoung masuk ke bilik, kemudian menuju ke tandas. Saat pintu tandas dibuka, Miyoung ternganga melihat lilin-lilin aroma beserta dengan kelopak bunga di dalam tab mandi.

"A bath for my queen," bisik Sehun. Miyoung tersenyum sehingga ke telinga. Dah lama dia nak merasa mandian sebegini.

"Itu.. mandian susu ke?" tanya Miyoung.

"Eung. Orang dulu selalu mandi guna susu untuk lembutkan kulit. Jadi, sayang rasa sayang patut cuba," jawab Sehun. Miyoung mendekati tab mandi dan menyentuh air mandian itu.

"Sayanggg.. Seronoknyaaa!" jerit Miyoung, teruja. Sehun bersandar pada sinki, melihat Miyoung yang sedang bermain-main dengan kelopak bunga.

Kemudian, dia membuka radio kecil yang memainkan lagu klasik. Itu menambahkan lagi suasana romantik.

"Sehun-ah, bila kau terfikir semua ni? Romantiknya kau," ujar Miyoung. Sehun mendekati Miyoung lantas memegang bahu gadis itu.

"Since before. Don't you want to try?" balas Sehun. Miyoung mengangguk laju.

"And you too?"

"I'm invited?"

"Then what's the point of you here," jawab Miyoung.

...

Hari-hari berlangsung dengan indah bagi ke-dua Miyoung dan Sehun. Mereka benar-benar meraikan hari cuti mereka dengan bermanfaat. Sehun sampaikan membeli permainan VCR semata-mata ingin bermain.

Almaklumlah, sudah lama jiwa kanak-kanaknya menghilang. Sedikit sebanyak, ianya kembali sekarang.

Miyoung dan Sehun berhenti seketika dek kerana Sehun mendapat panggilan. Mata Miyoung terpampar pada ipad Sehun yang berada tak jauh darinya.

Kerana lelah mengeluarkan peluh menumbuk angin tadi, Miyoung membuat keputusan untuk bermain permainan di dalam Ipad Sehun.

Entah tangannya yang licin atau memang dia sengaja, Miyoung terbuka salah satu galeri yang sengaja Sehun kunci dan memerlukan kata laluan khusus.

Tak berfikir panjang, Miyoung memasukkan nombor hari jadinya.

Ting!

Galeri tersebut akhirnya berjaya dibuka. Miyoung menepuk-nepuk dada, berbangga dengan diri sendiri atas percubaan pertama itu. Dia membuka salah satu fail dengan nama 'nae sarang'.

Saat dibuka, Miyoung agak terkedu. Jari-jemarinya menyentuh permukaan skrin, melihat satu-persatu gambar yang berada di dalamnya. Sesekali, dia tersenyum sehingga ke telinga.

Bahkan dia bercermin semata-mata ingin membandingkan dirinya dengan gambar di dalam iPad tersebut. Ini adalah lukisan paling indah yang pernah Miyoung lihat.

Tak lama selepas itu, Sehun kembali. Dia terkejut saat melihat Miyoung yang sedang bermain iPadnya.

"Miyoung.."

Miyoung menoleh. Lantas dia menunjukkan lukisan dirinya kepada Sehun itu.

"Kau lukis gambar aku tapi tak pernah bagitahu pun. Apa ni Sehun?" soal Miyoung, pura-pura merajuk walhal di wajahnya masih terukir senyuman.

"Itu.. aku takut kau ingat.. lukisan tu buruk.."

"Buruk? Hun, ini lukisan paling cantik yang pernah aku tengok. Kau patutnya berbangga tau? You're so talented," puji Miyoung.

Sehun tersenyum. Dia datang dan duduk di sebelah Miyoung sambil melihat lukisan-lukisan tersebut.

"Tapi kenapa ada gambar aku je ni? Yang lain tak ada? Selalunya kau lukis apa?"

"Aku selalu lukis benda cantik je," jawab Sehun. Makin gembira Miyoung dibuatnya. Dia mencubit pipi Sehun dan kembali merenung dirinya sendiri.

"Gomawo, Hun.." ucap Miyoung, teramat berterima kasih kepada Sehun. Entah kenapa dia menjadi terharu pula.

"Waeyo?"

"Aku tak pasti aku dah cakap ke belum, tapi terima kasih sebab sudi cintakan aku. Although kita ada sedikit salah faham waktu pertama kali jumpa dulu, and I'm still mad about it— tapi kau cuba buktikan yang kau betul-betul sayang aku," jelas Miyoung.

Kalau dia ingat semula, waktu Sehun agak tolol dulu, dia nak sangat bunuh Sehun. Tapi membunuh itu salah di sisi undang-undang.

"Hehe. Aku agresif sangat dulu. Nak cepat je. Tapi aku tak sedar yang semua tu perlukan proses yang lama," jawab Sehun.

"Erm. Ngomong-ngomong, ini gambar bila? Aku tak pernah nampak atau ingat pun?"

"Ouh ini. Ini kali ke-tiga kita jumpa rasanya. Masa dekat carwash. Aku lukis kau waktu kau tengah lap cermin kereta. Ingat tak?"

"Serius lah? Tak ingat pun.."

"Memang lah tak ingat. Mana ada orang turunkan cermin kereta dekat carwash sayangku.."

"Eee. Saja nak buat aku nampak macam bodoh kan?"

"Dah memang kenyataan."

"Oh Sehun!!!"

"Ye, I love you too, isteriku."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top