Part 40


Sehun mundar-mandir di hadapan bilik persalinan, menunggu Miyoung keluar. Dua orang pekerja yang bertugas pun naik berbulu mata melihat Sehun yang seolah-olah menunggu isteri keluar dari wad kecemasan. Padahal, Miyoung sedang mencuba gaun perkahwinan mereka sahaja.

Majlisnya akan berlangsung minggu depan, tepat pada hari jadi Sehun. Mereka tak berkompromi dan terus memilih tarikh terdekat atas perbincangan selama seharian selepas selesai memujuk Mr.Zhang untuk bekerjasama dengan syarikat SeaHarbor.

Miyoung yang berada di dalam, berpusing beberapa kali dengan tidak yakin. Ini kali ke-lima dia mencuba tapi belum ada yang mampu membuat rahang Sehun terjatuh kerana terpegun.

Walaupun setiap kali dia keluar, tiap kali itu jugalah Sehun terpesona, ianya masih tidak mencukupi. Dia mahukan sesuatu yang boleh membawa efek Cinderella kepada semua orang.

Dia mahu semua mata tertumpu kepadanya sahaja nanti.

"Eottae? Saya rasa yang ini bagus.." ujar pekerja disebelah Miyoung. Dia perasan yang Miyoung nampaknya masih belum berpuas hati.

"Erm. Ye ke? Tapi saya nampak gemuk," kata Miyoung pula. Dia memegang perutnya yang sedikit menimbul itu. Tak adalah menimbul sangat, mungkin perasaannya sahaja.

"Kami ada sediakan bengkung kalau cik nak? Tapi saya risau pula anak cik kemik kat dalam sana," balas pekerja itu, polos.

Miyoung tersedak oksigen. Anjir. Dia gemuk sangat ke sampai orang ingat mengandung?!

"Aniyo! Tak payah! Saya boleh kempiskan sekejap waktu keluar," bentaknya. Pekerja itu mengangguk. Dia mulai menolak langsir yang pengantaraan antara Miyoung dan Sehun tadi.

Sebaik sahaja terbuka, Miyoung diberikan tepukan gemuruh oleh dua lagi pekerja lelaki sementara Sehun sekali lagi termangu seperti tidak pernah melihat bidadari.

"Miyoung. Neomu—"

"Buruk! Aku nampak gemuk kan? Kalau orang ejek macam mana?" Raung Miyoung. Sehun terus menuju kearahnya dan cuba untuk menenangkan Miyoung.

"Sayang. Mana ada gemuk. Sayang berisi sikit je."

"Sehun!" Jerkah Miyoung. Sehun terperanjat dan mulai ketawa dengan tidak bersalahnya.

"Okay-okay, sorry. Kalau kau tak nak yang ni, kita cuba butik lain," pujuk Sehun. Ini dah butik ke-tiga mereka singgah tapi masih belum ada yang memenuhi standard Miyoung.

"Dia kata aku gemuk.." bisik Miyoung sambil menunjuk kearah pekerja tadi. Sehun memandang gadis itu sekilas.

"Iya? Tak boleh marah sebab dia tak menipu—"

"Oh Sehun!"

Sehun ketawa lagi. Pipi Miyoung yang tembam itu dicekup manja.

"Alolo sayang. Cantik tu sementara. Dah tua nanti kita keriput jugak," pujuknya.

"Itu fikir nanti tua lah! Ini dah esok lusa! Kau nak aku nampak macam nenek-nenek ke dalam gambar kahwin kita? Jahatnyaaa!!" Miyoung menolak Sehun ke tepi. Dia memuncungkan bibirnya, ingin merajuk. Sehun tergaru-garu. Bingung mahu buat apa.

"Maaf mencelah, tapi kami sebenarnya ada satu lagi design yang kami belum tunjuk. Cik nak cuba? Saya pasti cik akan suka," ujar pekerja tadi.

"Design baru?"

"Iya. Cuma ada satu sahaja. Saya yakin cik akan suka."

Miyoung memandang kearah Sehun seperti meminta keizinan.
Sehun mengangguk, menerima cadangan pekerja tersebut.

"Okey. Tapi.. kali ni.." Miyoung membisikkan sesuatu kepada pekerja butik itu. Gadis itu tersenyum dan mengangguk bersetuju.

Sehun berkerut, tidak faham apa yang mereka sedang bisikkan. Kedua gadis itu masuk semula ke dalam bilik persalinan. Tak lama selepas itu, Miyoung keluar tapi dengan memakai pakaiannya sendiri.

"Eo? Gaunnya mana?" soal Sehun. Miyoung tersenyum, misteri. Lengan Sehun dirangkul dengan manja. Wajahnya berseri-seri sekarang.

"Tengok nanti aku dah tua. Kau kan suka nenek-nenek.." sindir Miyoung. Sehun digelakkan oleh dua orang pekerja di sana. Mereka cepat-cepat berpura-pura bercakap dengan patung saat Sehun menoleh.

"Kim Miyoung.."

Miyoung tersenyum.

"Hun-ah. Surprise.." bisik gadis itu sambil mengenyitkan matanya. Dia mengarahkan pekerja butik untuk membungkus gaun pengantinnya dan tidak membenarkan Sehun untuk melihat.

Mereka membayar pakaian dan menuju ke butik lelaki untuk membeli baju Sehun pula.

"Tapi.. aku pun nak tahu macam mana rupa kau dalam gaun tu," rungut Sehun. Miyoung menggeleng-geleng perlahan.

"Hei. Cinderella effect tu penting okey? Aku nak lah nampak mempesona depan kau nanti. Ini sekali seumur hidup tau?" balas Miyoung.

"Tapi lambat lagi.. Kita kahwin esok terus lah."

"Yahhh.. Mengada eh?"

Miyoung mencubit pipi Sehun dan kembali menyandarkan kepalanya pada bahu lelaki itu. Sehun memandu dengan sebelah tangannya sahaja sekarang. Macho sangat.

Sampai di kedai tuxedo, Sehun dan Miyoung mulai memilih baju yang sudah pun mereka survey beberapa jam lalu. Miyoung kelihatan bersemangat ingin melihat Sehun di dalam baju tuxedonya.

Dia menunggu Sehun diluar sambil mengeluarkan telefonnya, bersedia untuk mengambil gambar. Sebaik sahaja Sehun keluar, Miyoung tak berhenti-henti mengambil gambar Sehun seperti paparazzi sehingga membuatkan Sehun malu.

"Omo. Oh Sehun. Kpop idol pun kalah tau dengan kau. Boyfriend siapa ni?" usik Miyoung. Sehun ketawa malu.

Miyoung mulai merakam mereka bersama.

"Sehun-ah, sakit tak?" soal gadis itu.

"Sakit? Sakit apa?"

"Sakit tak lepas jatuh dari syurga?"

Telinga Sehun terus merona merah sekarang. Pekerja di kedai itu menahan gelak mereka.

"T—Tak.. tak tahulah.."

"Aish. Mestilah tak sakit. Kan ada bidadari bersayap tolong tangkap. Lupa?"

"Uwuuuu.." Para pekerja di sana mulai mengusik mereka juga. Miyoung tersenyum nakal sementara Sehun sudah hampir meletup. Dia mencekup wajah Miyoung, geram.

"Pandai eh goda orang sekarang?"

"Hehe. Anyways, you like it?"

"Hundred percent!"

"Bukan. Maksud aku baju ni," jelas Miyoung.

"Ouh.. Molla. Apa pendapat kau?" Sehun mahu mendengar pendapat Miyoung juga. Mana boleh kalau dia seorang yang dapat Cinderella effect tu. Sehun pun nak. Sama-sama adil lah kan? Tapi tak nak bahagian tercabut kasut tu. Malu.

"Cuba yang lain pulak," cadangnya.

"Arasseo!"

Sehun kembali ke bilik persalinan. Tak lama kemudian, dia kembali dengan tuxedo yang memiliki design berlainan.

"Omo. Sehun-ah.." Miyoung nampak terkejut.

"Wae?"

"Ada hati lebih tak?"

"Kenapa?"

"Sebab kau dah curi satu dari aku."

"Ciaaaaaaaa!!"

Sehun termangu. Miyoung tersenyum sinis. Lelaki itu mengerdipkan matanya beberapa kali. Betul ke ni Miyoung?

"Hei!" panggil Sehun.

"Apa?"

"Kau tak penat eh?"

"Penat kenapa?"

"Sebab kau asyik bermain dalam fikiran aku sejak kali pertama kita berjumpa."

Giliran Sehun pula membalas. Dia pun mengenyitkan matanya juga.

"Omooo.. Kiyowooooo.." ujar Miyoung lalu berlari mendapatkan Sehun. Dia memusingkan Sehun menghadap cermin.

"Jalsaenggeosseo!(kacak)" puji Miyoung. Dia memandang mereka berdua didalam cermin itu.
"Dah lah hensem, pandai pickup line pulak tu. Geramnyaaaa boyfriend siapa lah niii!!"

Miyoung fokus kepada pakaian Sehun sementara Sehun memerhati Miyoung. Gadis itu nampak bersungguh sekali.

"Miyoung-ah. Let me try another one then we go dating.." pinta Sehun. Rasanya dia dah buat pilihan untuk membeli baju yang mana.

"Eurm? Cepatnya. Okey!" balas Miyoung. Dia melepaskan Sehun dan kembali ke sofa.

"Dah lama ke?" soal salah satu pekerja disana. Miyoung menoleh kearah mereka sambil tersenyum manis.

"Dia nampak baik. Bertuah cik," ujar lelaki itu.

"Macam mana awak tahu dia baik?"

"Dari cara dia layan cik pun saya boleh tahu. Kebanyakkan yang datang sini, selalunya mereka terus pilih satu baju dan pergi. Lagipun lelaki kan? Buat apa nak lama-lama macam pilih gaun pengantin perempuan? Tapi korang berdua, korang sempat berbincang tadi dan masing-masing hormat pandangan satu sama lain. Tak macam pasangan lain," jelasnya panjang lebar.

"Dan selalunya pengantin perempuan tak ikut sama ke sini. Cuma pengantin lelaki yang datang. Korang berdua memang sepadan," sambungnya. Miyoung gembira mendengar pujian tersebut daripada salah satu pekerja disana.

"Kamsahamnida. Sehun memang baik orangnya. Cuma saya je yang kurang sikit," balas Miyoung.

"Tak apa cik. Semua orang ada kekurangan. Jarang nak jumpa lelaki sesabar bakal suami cik tu. Cik jaga lah dia elok-elok dan sebaliknya," nasihatnya. Lelaki yang berkemungkinan dalam usia 30 lebih itu nampak seolah-olah pakar dalam hal perkahwinan.

"Kamsahamnida, encik berapa lama kahwin?" balas Miyoung.

"Saya? Saya masih bujang."

"Erk."

Tak lama selepas itu, Sehun keluar. Tapi dia juga seperti Miyoung, sama-sama tidak mahu masing-masing melihat baju perkahwinan mereka. Miyoung berdecit perlahan.

"Woi! Tiru orang!" bentak gadis itu.

"Siapa suruh mula. Werkk.." balas Sehun. Baju Sehun dibungkus seelok mungkin dan dimasukkan ke dalam kotak. Selesai membeli, mereka keluar bertemu janji seperti yang dijanjikan Sehun tadi.

Sehun memandu ke bandar sambil sebelah tangannya memegang tangan Miyoung, lagi. Gadis itu pula sibuk dengan telefonnya sambil menangkap gambar Sehun. Dah lama mereka tak berdua-duaan seperti ini. Ceh, mengada.

"Sayang, budak-budak zaman sekarang selalunya dating dekat mana eh?" tanya Miyoung sambil mencari sesuatu di instagramnya.

Sehun belum dapat menjawab. Dia tengah memproses sesuatu didalam otaknya. Miyoung baru panggil dia sayang ke?

MIYOUNG PANGGIL DIA SAYANG?!

"Sa—sayang?"

"Ye, sayang. Cepatlah! Takkan tak tahu. Kuno la dia ni," ujar Miyoung.

"Bukan budak-budak sekarang terus masuk hotel ke?"

"Yah! Jugullae?!"

"Gurau-gurau. I don't know. Dekat mana kedai viral dekat sini?"

"I don't know either.. Habistu nak dating dekat mana?" ujar Miyoung, sedih.

"Cis. Dia pun kuno jugak. Sia-sia ada iphone pro max semua tu," kutuk Sehun

Dia merampas telefon Miyoung dan membuangnya ke belakang. Begitu juga dengan telefonnya. Begini lah nasib bercinta di kalangan orang noob.

"Kalau dating dalam kereta macam ni tak boleh? Kenapa nak tunjuk hubungan kita pada orang luar? Dekat sini tak sweet lagi?" cadang Sehun. Miyoung tersenyum nakal.

"Ouh. Padahal dia nak cuddle kan? Kan? Kan? Wae? Kau suka eh aku peluk waktu kau drive?" soal gadis itu. Sehun mengangguk dengan polosnya. Miyoung ketawa.

Dia kembali mendekatkan dirinya pada Sehun.

"Hun-ah.. Tahu tak? Kalau kita pergi tanah besar China kan, aku tak perlu tengok pemandangan The Great Wall of China pun," ujar Miyoung.

"Kenapa? Kan tempat tu menarik?"

"Memanglah. Tapi macam mana nak tengok kalau kau la pemandangan tu?"

Sehun blushing lagi.

"Kau pernah driving tak?" ujar Sehun pula.

"Soalan apa kau ni? Kan ada haritu sekali dua sebab kau paksa?" Miyoung mencebik.

"Ouh, patutlah. Sebab kau tengah driving me crazy sekarang ni," balas Sehun.

"Eee cheesyyy!! Lagi-lagi!" pinta Miyoung.

"Last-last. Kau time traveller ke?"

"Tak. Kenapa?"

"Sebab aku nampak kau di masa depan dengan aku."

Miyoung menepuk-nepuk tangannya gembira. Entah apa yang lawaknya. Hambar.

"Okey mine last too. Sehun-ah, ada peta tak?"

"Takde. Kenapa?"

"Sebab aku selalu sesat bila ada dengan kau."

Sehun tergelak. Dia memberhentikan sebentar kereta di tepi jalan lalu membuka tali pinggang keledarnya.

"Iriwa. Ppo ppo satu!" ujar Sehun. Dia mencium bibir Miyoung dan melepaskan tali pinggang keledar gadis itu juga. Miyoung menolak manja wajah Sehun kerana geli dengan sentuhan teman lelakinya itu. Nasiblah sebab Sehun belum mencukur misainya yang tidak seberapa lebat itu.

"Sehun-ah," panggil Miyoung.

"Erm?"

"Kita dah bagitahu semua orang ke pasal tarikh perkahwinan tu?"

Sehun terdiam. Dia yang tadinya sibuk memberi ciuman pada pipi Miyoung kembali tersedar.

"Shit.."

"What?"

"Omma dengan appa.. semua tak tahu pun lagi.." jawab Sehun. Padahal tinggal berapa hari sahaja lagi.

"MWO?! Kita dah gila ke?"

to be continued

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top