Part 39
"Pergi.." Arah Miyoung kepada Chanyeol. Matanya berkaca-kaca sekarang.
"Miyoung? Kau menangis ke? Aku baru bagitahu pendahuluan tak masuk isi-isi penting lagi," ujar Chanyeol lantas ketawa.
Miyoung mengambil gelas wain yang berada di tangan Chanyeol dan mencurahnya ke wajah lelaki itu. Lalu, gelas tersebut dilempar ke dalam laut.
"Enough! Jangan kacau aku lagi!" gertak Miyoung. Dia pergi dari sana sambil menghentak kakinya dengan kuat.
Doyoung yang ingin menyapanya itu disenggol dengan bahu. Miyoung tak mahu sesiapa nampak yang dia sedang menangis.
"Miyoung! Kim Miyoung?! Kau nak pergi mana?" jerit Doyoung, risau. Dia terus mengekori Miyoung yang sedang menuju ke bahagian bawah kapal. Miyoung memilih untuk bersembunyi di tepi tangga kecemasan.
Dia melutut di sana sambil tersedu-sedan memikirkan apa yang dikatakan oleh Chanyeol. Doyoung masuk ke sana lantas menutup pintu dan duduk berhadapan Miyoung.
Dia bingung kenapa Miyoung tiba-tiba menangis disini.
"Hei? Siapa yang buat kau menangis ni?" soal Doyoung. Miyoung tersentak.
Dia mendongak memandang Doyoung dengan mata yang agak merah. Miyoung kembali menghamburkan tangisan kerana membayangkan wajah Sehun pada muka Doyoung.
"Aniyo. Dia tak macam tu. Tak mungkin dia buat aku macam ni.." ujar Miyoung. Tangisan gadis itu semakin kuat. Doyoung pula gementar kerana tak tahu bagaimana untuk memujuk perempuan.
"Yah yah. Aku tak tahu siapa tapi janganlah macam ni, Miyoung. Tak berbaloi kau menangis macam ni," ujarnya.
"Doyoung.. Aku rasa macam dipergunakan. Kalau dia kongsi maklumat aku dengan member dia macam mana? Ini pasal hidup aku! Mana aku nak letak muka?!" luah Miyoung lagi. Doyoung semakin clueless.
"Kalau macam tu, report polis. Kau teraniya jadi kau berhak dilindungi."
Disebabkan jawapan Doyoung, Miyoung makin menjadi-jadi dibuatnya. Mana mungkin dia melaporkan Sehun tanpa bukti. Itu pun jenayah juga.
"Doyoung aku tak tahu nak buat apa. Aku sayang dia tapi aku tak nak berpisah dengan dia. Tapi dalam masa yang sama, aku takut kalau aku cuma dipermainkan. Doyoung kenapa aku asyik overthinking sebab dia? Kenapa aku tak berani untuk tanya dia? Kenapa aku jadi macam ni?"
Kerongkong Miyoung sakit kerana bercakap sambil mengeluarkan air mata. Dia sampai tidak cukup nafas semata-mata ingin bercerita.
'Mungkin kau period kot' - Nak sangat Doyoung membalas ini tapi nanti dia kena pukul pula.
"Overthinking tu patut tapi jangan selalu. Kau tak boleh jadi toxic macam ni. Kau kena beritahu dia. Atau kau nak aku tolong?"
Miyoung menggeleng. Doyoung menepuk-nepuk bahu Miyoung dan menariknya ke dalam pelukan. Belakang badan Miyoung ditepuk-tepuk lagi.
"Menangislah tapi jangan di bahu aku lagi lepas ni. Kau menangislah pada teman lelaki kau tu. Aku cuma boleh bantu sikit-sikit je sebagai kawan," ujar Doyoung. Miyoung mengangguk faham.
"Kau tak tengok drama Run On eh Miyoung? Korang kena belajar untuk keluar dari lingkungan toksik. Nanti lama-lama retak tahu?"
"Kau ingat aku ada masa nak tengok drama bila ada dengan dia?!"
"Ouh. Jadi korang lagi memilih untuk buat drama lah?"
"Kim Doyoung!"
Doyoung memberikan tisu kepada Miyoung dan membawa gadis itu keluar. Dia ketawa melihat Miyoung yang sedang marah itu. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan Sehun yang nampaknya sedang mencari Miyoung juga. Wajahnya berubah kelat saat melihat Miyoung yang sedang menangis itu.
"Tinggalkan kami sekejap," arah Sehun. Doyoung cemas.
"Tuan Oh! Miyoung tak ponteng kerja pun. Betul kami cuma terserempak je. Tolong jangan marah dia!" ujar Doyoung, cuba melindungi Miyoung daripada dimarahi. Sehun tak membalas.
Dia cuma memberi pandangan kosong dan masih lagi menunggu Doyoung untuk pergi. Perlahan-lahan, Doyoung meninggalkan mereka. Sesekali, dia menoleh ke belakang untuk melihat Miyoung, takut kalau Miyoung ditengking. Tapi rasanya mata Doyoung dah rosak agaknya.
Dia nampak bosnya yang sedang mengelap air mata Miyoung seperti mereka sudah kenal begitu lama. Tak mahu masuk campur, Doyoung segera pergi.
"Miyoung, budak tu yang buat ke?" tanya Sehun. Miyoung menggeleng.
"Habistu siapa? Kenapa kau menangis?"
Suara lembut Sehun membuatkan Miyoung semakin kesal dengan dirinya. Dia perlu juga tahu kebenarannya. Dia tak boleh lagi hidup dalam penipuan.
"Sehun-ah, kau curang dengan aku ke?" Suara Miyoung tersekat-sekat saat bertanyakan soalan itu. Itu membuatkan Sehun terkejut.
"Mwo?"
"Kau dah tak cintakan aku ke? Kenapa kau tipu aku? Aku betul-betul sayangkan kau. Kenapa kau buat aku macam ni?" Tangisan Miyoung terhambur kembali.
Sehun yang cemas menarik Miyoung masuk ke dalam salah satu bilik. Dia membawa gadis itu masuk ke dalam dan berdiri di sebelah beranda.
"Miyoung, siapa yang cakap ni? Aku tak pernah curang dengan kau. Cuma kau wanita yang aku cintai," jelas Sehun.
"Habistu Sooyoung tu apa?"
"Sooyoung? Kami kawan—"
"Kita pun kawan dulu! Tapi Sooyoung dah melebih sampai mengandung!"
"Sayang, sumpah! Aku dengan Sooyoung cuma kawan. Dia pun dah berkahwin lah," jelas Sehun. Miyoung masih lagi tak percaya.
"Hiks. Jadi korang dah kahwin lah?"
"Ya tuhan, sayang! Sooyoung dah berkahwin dengan kawan aku. Sebab itu, kami pun rapat. Tak percaya? Nak aku tunjuk gambar diorang kahwin?"
Sehun terus menunjukkan gambar bukti kepada Miyoung. Memang benar, Sooyoung dah berkahwin dengan lelaki lain.
"Ini kan.. Yook Sungjae. Penyanyi tu—"
"Nae. Sebab itu dia rahsiakan. Tak ada siapa pun yang tahu diorang kahwin kecuali orang terdekat," kata Sehun.
Dia kemudiannya tersenyum.
"Kau cemburu ke ni?" Sehun baru sahaja ingin mengusik tapi Miyoung kembali dengan topik seterusnya.
"Oh Sehun. Kalau macam tu, kenapa kau boleh berkawan dengan Baekhyun? Dia pun sugar daddy kan? Macam mana Baekhyun boleh tahu pasal aku?" Soal Miyoung bertubi-tubi.
"Eo? Macam mana kau tahu Baekhyun?" Sehun dan Miyoung sama-sama terkejut.
"Tak penting macam mana aku tahu. Aku cuma nak tahu kenapa kau boleh terjebak dengan dia? Sehun, selama ni kau nak simpan aku dan gunakan aku macam orang lain ke? Kau pun akan layan aku macam sugar daddy layan kekasih dia?"
"Miyoung. Ada orang ugut kau ke?" tanya Sehun, tidak menjawab pertanyaan Miyoung itu. Miyoung terdiam.
Firasat Sehun benar. Anak mata Miyoung bergetar sekarang.
"Tak ada. Jangan nak ubah topik!"
"Habistu siapa yang beritahu semua ni? Untuk pengetahuan kau, Baekhyun tu kawan aku waktu dekat UK. Kami sekelas. Sebab itu aku kenal dia. Ya, salah aku sebab terberitahu dia pasal kau. Aku terlalu teruja sebab kita kan dah bersama. Pasal Baekhyun jadi sugar daddy tu, sumpah aku tak tahu. Aku cuma anggap dia kawan sekelas, kawan se-dorm aku je."
"Jadi, kau tak ada kaitan.. de—dengan semua tu? Kau bukan nak jadikan aku..."
"Tak pernah langsung. Aku sayang kau Miyoung. Kenapa aku nak buat semua benda tu? Tak cukup lagi masa kita bersama? Waktu yang aku luangkan untuk kau?"
Miyoung kembali menangis. Fikirannya berkecamuk.
"Mianhae. Aku selalu tuduh kau macam-macam Sehun-ah.. Mianhae.." ujar Miyoung. Dia menangis habis-habisan, kesal dengan sikapnya ini.
"Miyoung.."
"Aku melampau fikir yang kau mungkin tak sayang aku macam dulu. Aku ingat kau cuma nak gunakan aku. Aku tuduh kau macam-macam tapi kau tak marah pun. Girlfriend apa aku ni?"
Sehun mengeluh perlahan. Dia terus menarik Miyoung ke dalam pelukannya. Lantas, air mata Miyoung dilap menggunakan ibu jarinya.
"Miyoung. Aku rasa kita kena berbincang lah," cadang Sehun.
"Bi—bincang?" Miyoung ketakutan. Sehun nak putus ke?
"Mulai harini, kita kena luahkan apa je yang terbuku dalam hati. Kalau kau rasa tak pasti dan syak sesuatu, terus bagitahu aku. Dan aku pun akan buat benda yang sama. Dengan cara ni je kita dapat kenal satu sama lain dengan lebih baik. Tak boleh abaikan satu sama lain lagi. Arasseo?"
Miyoung mengangguk faham. Rasanya, dia perlu jauhkan diri daripada Chanyeol dan tidak termakan lagi penipuan lelaki itu. Kenapalah dia boleh percayakan Chanyeol tadi?
"Good girl. Jadi, kenapa Doyoung ada dengan kau tadi? Betul ke terserempak?" tanya Sehun. Perasaan cemburunya kembali.
"Sebenarnya.. Doyoung yang jumpa aku nangis dekat tepi tangga tadi. Sebab itu dia bawa aku keluar. Mian," jawab Miyoung. Sehun tersenyum.
"Dia ada peluk ke?"
"Ada. Dia tepuk-tepuk belakang macam ni." Miyoung menunjuk cara Doyoung memujuknya tadi. Dengan pantas Sehun menyapu kawasan tersebut dengan tangannya dan kembali memeluk Miyoung.
"Hish. Sekarang baru bersih. Tak ada sesiapa boleh sentuh kau selain aku tau? Ini, ini, ini dan ini semua aku punya."
Sehun menunjuk pada mata, hidung, mulut dan seluruh tubuh Miyoung sebagai hak miliknya. Miyoung tergelak.
"Mr.Zhang macam mana? Dah selesai ke?" soal gadis itu.
"Rehat sekejap."
"Jomlah pergi sana balik. Nanti dia tertunggu-tunggu pulak."
"Aip. Takkan nak pergi macam ni? Make-up dah cair tu," ujar Sehun sambil menilik wajah Miyoung.
"Jinjja?! Heung.. Sehun-ah.. Eotteokhae?"
Sehun tergelak.
"Tunggu sekejap."
Sehun menelefon Sooyoung untuk membawakan barang-barang makeupnya kepada Miyoung. Tak lama selepas itu, Sooyoung sampai. Miyoung terus meminta maaf kerana telah salah faham dengan gadis itu.
Sooyoung cuma tersenyum sahaja. Dia dah agak dari awal yang Miyoung rasa tergugat dengannya. Sooyoung memaafkan Miyoung dan mereka mulai bersahabat.
"Duduklah. Biar aku makeup kan—"
"Tak payah. Kau pergilah jaga Mr.Zhang tu dulu," halang Sehun. Dia perlukan masa bersama Miyoung sekarang. Sooyoung mengangguk faham.
Sebaik sahaja dia pergi, Sehun mulai merias wajah Miyoung.
"Gwenchana. Aku boleh buat sendiri. Tapi kan, mana kau belajar ni?" ujar Miyoung.
"Tak nampak aku pagi-pagi selalu perhati kau depan cermin?"
"Eung. Nampak," Miyoung terkedu sebentar.
"Yah! Aku ingatkan kau tengah mengagumi kecantikan aku! Rupa-rupanya tengok cara aku makeup." Miyoung kedengaran kecewa sekarang.
"Correction. Aku memang tengah mengagumi kecantikan kau dan dalam masa yang sama tengok apa yang kau buat. Two in one, sayang."
"You're so sweet, Sehun.. Beruntung siapa yang dapat kau," luah Miyoung.
"Then, kita kahwin nak?"
"Mesti tak sempat lagi macam dulu."
"Aku akan kosongkan jadual secepat mungkin. Kita pilih satu tarikh dan selesaikan secepat mungkin," ujar Sehun. Dia nampak bersungguh-sungguh sekarang.
"Okey. Aku ikut je. Asalkan, no more tangguh-tangguh."
"Anything for you."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top