Part 37

"Miyoung-ah, dah sihat?" soal Taeyeon sebaik sahaja Miyoung tiba di pejabat. Kening Miyoung terjongket saat mendengar pertanyaan Taeyeon itu.

Mana dia tahu yang Miyoung sakit? Taeyeon boleh tengok masa lampau orang ke? Erk.

"Wae? Semalam kan kau yang mesej kata tak boleh datang sebab demam. Tak ingat?" balas Taeyeon kerana melihat Miyoung yang sedang kebingungan itu.

Miyoung terus membuka telefonnya, mencari mesejnya bersama Taeyeon. Memang betul ada peninggalan mesej disana tapi bukan dia yang tulis. Ini mesti kerja Sehun.

"Ouh ini. Lupa," jawab Miyoung. Taeyeon menggeleng perlahan.

"Ngomong-ngomong. Kau tahu Jongin kena panggil tadi?" bisik Taeyeon. Mula dah mulut tempayan dia. Miyoung terkejut.

"Siapa panggil?"

"Ish! Bos kita lah. Aku nampak muka Jongin tu murung semacam. Bos pun garang nau," sambungnya. Lengan Miyoung dicengkam agar tidak lari daripada mendengar gosipnya.

"Dia marah Jongin sebab haritu ke?" soal Miyoung kepada dirinya sendiri. Taeyeon pula yang clueless sekarang.

"Hah? Kau pun ada cerita jugak ke? Kenapa-kenapa dengan haritu? Cerita cerita ceritaa!!" gesanya. Entahlah perasaan Miyoung sahaja atau telinga Taeyeon sekarang sedang membesar kerana mendengar gosip murahan.

"Tak lah. Saya tak tahu apa-apa."

"Ye ke. Buat orang tertanya-tanya je. Jom lah pergi makan dulu. Aku lapar lah. Temankan?"

"Tapi ni baru pukul berapa—"

"Semalam tak makan. Cepatlah sebelum aku pengsan dekat sini."

"Okey-okey."

Kedua gadis itu sampai di kafe. Pada waktu sebegini pun rupanya dah ada yang datang untuk makan. Patutlah Taeyeon beria-ria nak datang. Ramai lelaki kacak sedang beratur.

Sedang mereka menunggu giliran, seseorang terlanggar Miyoung sehingga membuatkan gadis itu hampir terjatuh. Mujurlah Taeyeon sempat memegangnya. Taeyeon hampir menyumpah saat melihat siapa yang melanggar Miyoung itu.

"Sorry—Erh. Kau, Kim Taeyeon," ujar gadis itu, sombong. Dia yang awalnya cuba bersopan membatalkan niat untuk membantu Miyoung disebabkan Taeyeon.

"Kau. Lee Mijoo," balas Taeyeon pula. Mereka menatap satu sama lain bak musuh.

Beberapa saat kemudian, keduanya melibas rambut dan berpusing membelakangi satu sama lain. Taeyeon menarik Miyoung pergi dari sana sementara Mijoo pula beredar.

"Kenapa tadi tu?" soal Miyoung, tertanya-tanya.

"Lee Mijoo. Perempuan jahat," jawab Taeyeon.

"Perempuan jahat?"

"Erm. Bekas sugar baby Baekhyun."

Dum! Miyoung tersedak.

"Su—sugar baby?"

Taeyeon tersentak. Dia menghela nafas panjang kemudian memandang sekeliling. Taeyeon menarik Miyoung menjauh untuk memberitahu sesuatu kepada gadis itu.

"Miyoung, kalau aku cakap ni kau jangan bagitahu orang tau?"

"Bagitahu pasal apa?"

"Aku ada sugar daddy."

"Hah?!"

Lidah Miyoung kelu. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia sedang dengar sekarang. Tak mungkin gadis sebaik Taeyeon ini mempunyai sugar daddy. Walaupun mulut Taeyeon kadang-kadang elok dicili, tapi Taeyeon tetap ada hati yang baik.

"Aku tak sempurna, Miyoung. Aku tak kaya. Aku perlukan dia untuk teruskan hidup," jelas Taeyeon.

"Dia siapa?"

"Baekhyun. Lelaki yang kau nak sangat tahu dalam lif haritu."

Miyoung tersentak lagi. Selama ni Taeyeon perasan ke yang dia kepoh sikit pasal hal gadis itu? Aduh, tak boleh menipu betul.

"Ma—mana ada aku nak tahu. Kenal pun tidak."

"Dah kalau kenal buat apa kau nak tahu. Berbalik pada tadi, Lee Mijoo tu bekas sugar baby Baekhyun sebelum aku muncul. Dia sampai sekarang berdendam dengan aku sebab rampas Baekhyun padahal dia sendiri yang berperangai macam setan," cerita Taeyeon.

Jelas dimata Taeyeon betapa geramnya dia dengan Mijoo.

"Maaf kalau aku tanya. Tapi macam mana kau boleh jadi sugar baby dia?"

"Baekhyun yang mula-mula tegur aku. Dia jumpa aku dekat kelab masa tu. Kalau difikirkan balik, memang lawak. Dia sampai cari maklumat pasal aku sampai lubang cacing dan paksa aku tinggal serumah dengan dia. Dia jugak yang bayarkan hutang aku semata-mata nak aku terima dia," jelas Taeyeon.

Miyoung terdiam. Dia meneguk liurnya mendengar cerita Taeyeon. Kenapa dia macam pernah dengar sahaja cerita ini?

"Awalnya Baekhyun macam sugar daddy yang lain. Kau faham maksud aku kan? Apa yang diorang nak. Tapi lama-lama, kami jatuh cinta dan Baekhyun dah tak paksa aku. Ni, cincin tunang."

Taeyeon menunjukkan cincin pertunangannya kepada Miyoung. Dia tersenyum-senyum kalau mengingat semula kenangan itu.

"Memang semua sugar daddy akan minta benda tu dulu ke?" Tanya Miyoung.

"Erm, Baekhyun kata depends. Ada yang terus-terang macam dia. Ada jugak yang berpura-pura sampailah satu tahap, dia akan minta balik apa yang dia bagi selama ni. Kalau tak dapat pulangkan, well, kau tahulah apa yang kau kena serahkan," jawab gadis itu.

Miyoung rasa otaknya seolah-olah kosong sekarang. Pandangannya juga kosong.

"Miyoung? Kau kenapa macam baru nampak hantu ni?"

"Taeyeon. Kenapa kau cerita semua ni pada aku?" soal Miyoung pula. Adakah Taeyeon tahu sesuatu yang dia tak tahu?

Taeyeon tergelak.

"Serius sangat kau ni. Aku bagitahu sebab kau boleh dipercayai," jelas gadis itu.

"Aku boleh dipercayai? Mana kau tahu?"

"Sebab Baekhyun kenal kau. Jadi aku percayakan kau," jawab Taeyeon dengan senyuman misterinya. Miyoung semakin bingung sekarang.

"Heol. Aku sendiri tak tahu rupa Baekhyun tu macam mana. Macam mana dia kenal aku?"

"Entah. Apa-apa pun, aku tahu kau takkan bagitahu orang lain."

"Yakinnya kau?"

"Mestilah. Sebab Baekhyun pun kenal orang yang tinggal dengan kau sekarang ni."

Duk!

Miyoung tersentak. Baekhyun, sugar daddy Taeyeon kenal dengan Sehun? Kalau macam tu, Sehun berkawanlah dengan Baekhyun? Jadi...

"Kau bergurau kan? Takkanlah Sehun pun—"

"Eyy. Jangan cepat sangat bersangka buruk. Aku cerita sebab aku nak jadi kawan kau. Kau berkawan dengan pencuri, tak semestinya kau pencuri jugak kan?"

"Mian. Aku kena pergi dulu," ujar Miyoung, meminta diri untuk pergi. Dia tak mahu lagi mendengar kata-kata Taeyeon.

Hatinya berkecamuk sekarang. Kalau Baekhyun kenal dia, maknanya Sehun mesti ada cerita tentang dia. Jadi selama ini, dia dah lama diperhatikan oleh kelab sugar daddy atau apa?

Bukankah perkara itu menjijikkan?

Miyoung terserempak dengan Sehun dan Jongin yang sedang keluar dari lif. Nampaknya mereka sedang ingin menuju ke suatu tempat. Sehun menghadiahkan senyuman pendek kepadanya. 

"Nak pergi mana?" tanya Miyoung.

Sehun memandang sekilas pada Jongin.

"Jongin.. Omma dia..."

"Ouh! Jongin omma kau dah okey?" tanya Miyoung dan mengabaikan Sehun sebentar. Jongin mengangguk kecil.

"Dah. Cuma tak boleh berjalan lagi sekarang. Tapi tak teruk sangat lah. Kau nak ikut?"

"Boleh ke?"

"Mestilah. Kenapa aku nak larang?"

Miyoung memandang pula pada Sehun. Kemudian, gadis itu menolak pelawaan Jongin.

"Tak apalah. Aku tak nak ganggu korang. Sampaikan salam aku pada omma kau. Semoga dia cepat sembuh," ujar Miyoung. Jongin mengangguk.

"Miyoung—"

"Jangan cakap kuat sangat. Dekat sini ramai orang perhati. Kita masih lagi pekerja dan bos kan?" Miyoung memperingatkan Sehun. Gadis itu terus beredar.

"Dia merajuk sebab kau tak ajak kot." Jongin mempalatao.

...


Sehun mengintai sekeliling, mencari kelibat Miyoung. Rumah gadis itu gelap sahaja meski sekarang masih jam sembilan malam. Dia baru dapat pulang sekarang kerana sibuk berbual dengan omma Jongin. Sehun ingatkan nak balik ke penthousenya sahaja tapi kesian pula Miyoung ditinggalkan sendirian.

Sehun menuju kearah ruang tamu, hanya untuk melihat Miyoung yang sedang meneguk soju sehingga hampir tujuh botol. Gadis itu sudah pun hilang 'kewarasan'.

"Miyoung!" jerit Sehun, risau. Lelaki itu terus duduk bersila di tepi Miyoung dan merampas botol soju di tangan Miyoung.

"Aigoo, uri Miyoung. Kenapa kau mabuk macam ni? Esok hari penting sayang," ujar Sehun. Dia menguraikan rambut Miyoung yang sedikit kusut itu.

"Betul ke.. kau.. ni.." Miyoung tidak dapat menyambung ayatnya. Matanya terasa begitu berat sekarang.

Sehun yang salah sangka, hanya mengangguk. Dia fikir Miyoung ingin bertanya kalau itu benar-benar dirinya. Padahal, Miyoung ingin bertanya kalau Sehun itu benar-benar sugar daddy atau tidak.

Gadis itu mengeluh kasar. Dia terus mencengkam pipi Sehun.

"Lepastu kenapa kau tak tunjukkan diri kau yang sebenar dari awal!" bentak Miyoung. Sehun berkerut.

Miyoung nampak dia dalam bentuk malaikat ke sekarang? Erk.

"Kejutan? Kau tak suka?" tanya Sehun.

Miyoung terus menolak wajah Sehun. Dia cuba untuk bangun tapi kakinya terasa lembik. Sehun terus menyambut badan Miyoung.

Gadis itu tertawa. Dia dah benar-benar mabuk sekarang. Dia meringkukkan tubuhnya agar berada di dalam pelukan Sehun.

"Aku sayang kau Sehun.." gumam Miyoung perlahan. Sehun dengar.

"Nado.." jawabnya.

"Tolonglah.. cakap.. ini mimpi.. Kau... bukan.. macam tu.." sambung Miyoung. Dia memerhati wajah Sehun dengan mata yang kuyu.

Seluruh wajah Sehun disentuh dengan jarinya.

"Sugar daddy.. he.. he.." Miyoung tertawa.

Mata Sehun terbeliak. Miyoung cakap apa tadi?

Sehun sahaja ke yang perasan atau cuma perasaannya sahaja yang Miyoung sekarang sedang ketawa tapi dalam nada menangis?

"Sehun.. kau selalu jujur.. kan? Dengan aku?" tanya Miyoung.

"Mestilah."

"Good. Good boy. Deserve good girl."

"Miyoung. Maaf tak ajak tadi. Aku baru dapat tahu je pasal omma Jongin. Itu yang—"

Miyoung kembali cuba untuk bangun. Dia memandang ke hadapan, cuba untuk kembali ke bilik. Dia diperhati oleh Sehun dari belakang. Risau kalau Miyoung jatuh tergolek ke lantai.

"Aku bukan toy kan?" soal Miyoung lagi.

"Miyoung, kau kan manusia? Kenapa nak jadi mainan pulak ni?" balas Sehun, tidak faham dengan apa yang Miyoung mengarutkan.

"Not even for you?"

"Sayang kenapa aku nak anggap kau sebagai mainan pula? Kau dah mabuk teruk ni."

Sehun cuba menolong Miyoung kembali ke katil supaya tidur. Tetapi sebaliknya bila Miyoung menarik Sehun dan menindihnya.

"Kalau macam ni?"

Sehun sekadar menayangkan wajah datarnya. Meskipun saat Miyoung membuka butang bajunya satu demi satu. Sehun tak faham kenapa Miyoung cuba menggodanya seperti ini. Bengang, dia terus menghalang dan kembali berdiri.

"Lepas ni jangan mabuk lagi!" marahnya.

Walaupun dia seorang lelaki, tetapi tidak suka diperlakukan sebegini. Dia sayangkan Miyoung, jadi dia tak mahu Miyoung atau dia buat sesuatu yang bakal mereka sesali di masa akan datang kelak.

Dia mengangkat Miyoung dan membawanya masuk ke dalam tandas.

Tak diduga, Sehun merendam Miyoung di dalam tab mandi untuk menyedarkan gadis itu. Pili air dibuka. Saat Sehun ingin pergi, Miyoung mencengkam pergelangan tangan Sehun dengan kuat.

"Jangan.. pergi.." rayunya. Miyoung menepuk air, memberi arahan supaya Sehun masuk bersama. Sehun menurut.

Gadis itu menyandarkan kepalanya pada dada Sehun. "Apa aku nak buat.. tanpa kau.." gumamnya. Perlahan-lahan, dia tertidur.

Sehun mengeluh perlahan. Dia membawa Miyoung keluar dan menukar pakaian mereka yang sudah basah itu.

"You must be having such a hard time today, kan?" bisik Sehun.

"I'm sorry.. I wasn't there.." sambungnya. Sehun mencium dahi Miyoung, lama.

"Kau tak perlu cemburu dengan sesiapa pun, Miyoung. Hati aku dah terikat pada kau untuk selamanya. Jangan menangis lagi dalam diam ya? I won't let you go.. even if you insist.."

to be continued


spoiler alert.

Otw kahwin

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top