Part 34
Masa berlalu dengan pantas seperti halilintar. Sudah hampir masuk sebulan Miyoung bekerja disyarikat milik keluarga Bae itu.
Miyoung turun daripada bas setelah sejam lamanya terperap didalam sana. Kesesakan lalu lintas di Seoul makin menjadi-jadi. Gadis itu juga berkeras ingin datang sendiri kerana tak mahu mengumpul gosip dengan Sehun. Nanti dia tak selesa pula nak bekerja. Sehun merayu dengan memberi alasan risau terjadi apa-apa pun, Miyoung buat tak peduli. Bukannya dia tak boleh jaga diri sendiri.
Miyoung meregangkan tubuhnya kerana tidak sempat untuk duduk tadi. Sempat dia memerhati sekeliling sambil membuat larian setempat. Saat itu, dia terpandang Taeyeon yang sedang keluar dari sebuah kereta Audi mewah.
Miyoung kagum sebenarnya pada Taeyeon. Gadis itu memang pintar walaupun mulut tak ada insurans dan perangai tak semengah. Dia tertanya-tanya juga siapalah yang bertuah untuk memiliki Taeyeon nanti.
Satu lagi hal yang dia perasan, Taeyeon sentiasa memakai pakaian mahal dan semestinya limited edition pada tubuhnya. Bukannya Miyoung ragu dengan gaji yang didapatkan oleh Taeyeon, cuma harga setiap pakaian itu bahkan berlipat kali ganda daripada gaji dia dan Taeyeon kalau dikumpulkan.
Miyoung kembali teringat tentang hal yang sudah lama dia lupakan. Hal yang mungkin boleh membangkitkan permasalahan antara dia dan Sehun semula.
Sugar Daddy.
Gadis itu mendekati Taeyeon dan masuk ke dalam lif bersama-sama. Dia menyapa Taeyeon yang sedang mengenakan lipstick itu. Miyoung bukan nak menyibuk, tapi dia memang nampak jelas kesan lovebite saat Taeyeon menurunkan baju turtlenecknya sebentar untuk mengeluarkan rantai dari dalam baju.
"Seorang ke?" soal Taeyeon. Miyoung mengangguk.
"Irene selalu datang dengan driver dia. Seulgi pulak abang dia yang hantarkan," jelas Miyoung. Taeyeon mengangguk faham. Dia nampaknya tak ada rancangan untuk meneruskan perbualan. Sekadar ingin berbasa-basi.
"Boyfriend eh?" Miyoung terlepas. Dia terus memukul mulutnya.
"Huh? Ouh, yang tadi ke? Bimil(secret)," jawab Taeyeon sambil tersenyum-senyum penuh makna.
Sampai di pejabat, dia ternampak Irene dan Seulgi yang sudah pun berada disana. Irene sedang menikmati ramen pada awal pagi. Itu membuatkan Miyoung risau. Jarang sekali sahabatnya itu nak menikmati ramen murah. Paling-paling dia beli ramen dari restoran jepun.
Seulgi pula sedang menjeling kearah Irene kerana bunyi yang dikeluarkan oleh Irene saat makan. Dia menyampah. Junmyeon lah ni yang tiba-tiba ajar Irene cara-cara untuk merendah diri. Sudahnya Irene terpengaruh.
Seulgi melambai kearah Miyoung ketika menyedari kehadiran sahabatnya kemudian kembali mengkritik Irene. Miyoung menghela nafasnya. Malaslah dia nak melayan Irene dan Seulgi.
"Baru masuk dah mengeluh. Sehun tak bagi kasih sayang ke?" Soal Jongin kepada Miyoung sambil tersenyum manis.
Miyoung terperanjat. Apa ni tiba-tiba datang berbisik dekat telinga teman wanita orang?
"Yah! Cakap slow sikit! Nanti orang dengar!" Balas Miyoung, cemas.
"Ouh macam ni eh? Se-Hun tak ba—gi ka—sih sa—yang ke?" Alih-alih bercakap dengan suara yang perlahan, Jongin melambatkan percakapannya pula. Miyoung mengepal penumbuknya, geram. Kalau boleh dia nak sangat cekik Jongin sekarang.
"Woah. Garangnya, Puan Oh Miyoung. Ke Cik? Apa-apa jelah. Tapi jaga-jaga. Nanti Sehun terkam," Jongin mengusik.
Miyoung terus menekup mulut Jongin sambil memandang sekelilingnya. Bengang dengan usikan Jongin, dia terus pergi ke mejanya. Jongin ketawa. Patutlah Sehun sayang sangat. Miyoung memang comel.
...
Sedang Miyoung menaip, dia tidak perasan Sooyoung, setiausaha Sehun sedang memerhatinya. Gadis itu bangun lantas mendekati Miyoung perlahan-lahan. Meja Miyoung diketuk dengan pen.
Miyoung mendongak. Dia hampir ternganga saat melihat rambut Sooyoung yang mengerbang seperti yang dia lihat dalam iklan. Sudahlah rambut hitam panjang itu bersinar seperti menggunakan syampu Aveda Korea. Eh! Iklan pula.
Bila Miyoung memandang Sooyoung sekali lagi, baru dia perasan. Patutlah rambut Sooyoung mengerbang tadi. Dia tengah halakan kipas ke mukanya. Itu pun masih nampak cantik. Dengan potongan badannya yang seksi itu, Miyoung semakin merasakan dirinya mengecil.
"Kim Miyoung kan?" soalnya.
"Nae. Cik Sooyoung nak apa?" soal Miyoung kembali. Dia cuba agar tidak kedengaran sedang menyampah. Sooyoung tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.
"Tak perlu cik. Kita seumur juga," balasnya.
Miyoung tersenyum hambar, malas nak melayan. Dia kembali fokus kepada komputer. Sooyoung masih lagi dengan senyumannya.
"Ouh ye ke. Ada apa-apa ke yang saya boleh bantu Sooyoung?"
Sooyoung menggeleng.
"Tak ada. Saya datang cuma nak periksa je."
"Periksa? Periksa apa?"
Sooyoung tak menjawab. Dia kembali ke tempatnya selepas berpuas hati. Itu membuat Miyoung semakin tertanya-tanya. Irene dan Seulgi yang tadinya sedang mencuri dengar terus menolak kerusi mereka mendekati Miyoung.
"Musuh kau cakap apa weh?" soal Irene.
"Dia nak apa? Dia nak apa? Kau nak kitorang serang dia?" soal Seulgi juga.
"Nothing. Dia datang nak check something," jawab Miyoung, sedikit gementar sebenarnya.
"Check apa? Weh! Jangan-jangan perempuan tu nak buat benda tak elok!" duga Seulgi.
"Eih. Takkanlah.." Miyoung menolak kemungkinan tersebut.
"Dahtu apa lagi? Cuba kau bagitahu aku?"
Miyoung tak menjawab. Dia pun kelu. Miyoung kembali insecure dengan dirinya. Tangannya digenggam kuat.
"See? Kau pun tak boleh jawab," ujar Seulgi.
"Acah misteri betul perempuan tu. Entah apa dia nak dengan Miyoung. Jagalah dia. Aku tak terima dia jadi kakak ipar aku. Aku sayang dan terima Miyoung je," ujar Irene, tak berpuas hati.
Miyoung mengetap giginya. Betul, perempuan itu memang misteri. Tak sedar, Miyoung sebenarnya sedang mengepal kertas kerjanya kerana geram.
"Oh my god. Miyoung kau tengah cemburu lah," ujar Seulgi. Miyoung tersedar. Dia memandang kearah tangannya.
"Jangan cakap yang kau insecure dengan dia? Hey! Steven oppa tak pandang body lah. Kalau tidak, dia tak pilih kau," kata Irene. Dia menerima cubitan tajam dari Seulgi kerana tidak sensitif. Irene mulai rasa bersalah sekarang.
Miyoung menggeleng laju.
"Mana ada aku insecure! Aku lagi cantik dari dia! Jangan mengarut!"
...
"AKU INSECURE!! MEMANG AKU INSECURE! KALAU SELAMA NI SEHUN CURANG MACAM MANA? KALAU SEHUN TAK CINTAKAN AKU LAGI MACAM MANA? KALAU SOOYOUNG DATANG TENGOK AKU TU SEBAB NAK BANDINGKAN AKU DENGAN DIA MACAM MANA?!" Jerit Miyoung sambil menekup wajahnya pada bantal.
Kedua tangan dan kakinya menumbuk katil. Mereka sekarang berada dirumah keluarga Bae. Irene dan Seulgi memandang sahabat mereka itu dengan rasa kesian.
Miyoung terus terbangun dan menuju ke hujung katil. Dia menghulurkan kepalanya ke hujung katil sambil merenung siling.
Irene dan Seulgi duduk mencangkung disana sambil menongkat dagu memandang Miyoung.
"Kalau dia cakap yang aku ni noob pada Sehun macam mana? Bayangkan dia cakap, I lagi seksi dan memenuhi apa yang you nak. Miyoung tu flat. Tak seronok. Eotteokhae?!!" Jerit Miyoung sehingga terasa ingin menangis.
Dia menggeleng-gelengkan kepala dengan laju.
"Kalau Sehun pun setuju macam mana? I tahu. Tapi I tahan je dulu sebab I kesian. Sekurang-kurangnya I kena bantu bagi boobs dia membesar sebelum I tinggalkan dia. At least kena tinggalkan benda baik jugak kan? Tak!! Aku tak boleh bayangkan!!!"
Irene dan Seulgi memandang kearah payudara Miyoung. Mereka nak tergelak tapi ditahan.
"Kau ingat semua lelaki fikir pasal tu je ke?" soal Seulgi. Miyoung membalikkan badannya. Dia tak mengangguk ataupun menggeleng.
"Tapi Sooyoung cantik. Tak mungkin Sehun tak tergoda. Dia lelaki. Kecuali lah dia gay," jawab Miyoung.
"Kalau Steven oppa gay, buat apa dia bercinta dengan kau?" balas Irene. Miyoung semakin terasa sesak didadanya.
"Mana aku tahu. Kot nak tutup perangai buruk dia?" balas Miyoung.
"Hish! Daripada kau buat andaian bodoh macam ni, baik aku tanyakan Jongin terus. Dia kan kawan baik Sehun," ujar Seulgi. Dia mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi lelaki itu.
Miyoung terus bangun dan menahan Seulgi. Dia merayu-rayu sekarang.
"Jangan! Jangan telefon! Kalau Jongin bagitahu Sehun macam mana? Malu lah muka aku!" rayunya. Seulgi mendengus kasar, tidak setuju dengan Miyoung.
Miyoung pula bukannya apa. Dia takut Jongin mulut lembik macam Irene.
"Jongin tu bukannya macam Irene yang selalu terlepas cakap pasal rahsia orang," Seulgi membela sahabat baik lelakinya itu. Macam tahu-tahu je Miyoung tengah fikir pasal Irene.
"Hei! Mana ada! Aku cuma tersasul je!"
"Sama je, ngok!" Seulgi terus mengabaikan Irene. Dia kembali fokus kepada Miyoung.
"Tapi kan.. Mungkin Sehun sengaja nak buat kau cemburu kot Miyoung. Lagipun korang dah lama bercinta kan? Mungkin dia nak uji?"
"Tak mungkinlah. Steven oppa suka benda ringkas. Kenapa dia nak uji sedangkan dia boleh dapatkan dengan semudah memetik jari?" Irene menolak hipotesis tersebut. Miyoung nampaknya bersetuju.
"Tapi kita tak boleh cara dia berfikir."
"Tapi Seul. Kenapa baru sekarang nak uji? Kau ada nampak Miyoung keluar dengan lelaki lain? Kau ada nampak Miyoung curang? Bukan selama ni dia duduk dengan Miyoung selama lima hari seminggu! Lima hari tu! Lagi dua hari dia balik sini atau duduk rumah dia. Jadi, apa tujuan dia nak uji? Cuba kau ulas!" kata Irene dengan tegas.
"Lelaki ni, bukan macam kita. Kita ni selalu overthinking sebab nak jadi yang terbaik dekat depan diorang! Meanwhile lelaki, diorang suka main-main. Ya, ada masa diorang serius, tapi ada masa diorang pun ragu-ragu. Kadang-kadang, dia tak faham pun yang cara dia tu sebenarnya menyakitkan kita!"
"Kalau Sehun tu ragu-ragu, kenapa dia tak buat apa-apa terus pada Miyoung?! Untuk pastikan Miyoung milik dia! Selama lima hari dalam seminggu tu macam-macam dia boleh buat! Kau sendiri cakap kita tak boleh predict orang lelaki!"
"Yang kau nak marah-marah sangat kenapa?! Sehun tu boyfriend kau ke boyfriend Miyoung?!"
"Sebab dia abang sepupu aku lah aku marah! Dan aku ni pun ada boyfriend Seulgi! Bila kau cakap macam tu, seolah-olah Junmyeon pun terlibat! Kau fikir aku tak tersinggung?!"
Seulgi dan Irene saling berbalah sehingga mengabaikan Miyoung. Miyoung ternganga. Bukan dia ke yang patut marah?
"Aku tak cakap pun Junmyeon! Nak terasa tu kenapa?!"
"Kau tu tak faham sebab kau mana ada boyfriend!"
"Aku ada boyfriend ke tidak, sekurang-kurangnya aku lagi pandai handle hidup aku dari kau!"
"Ohh! Kau nak cakap aku bodoh lah sebab ada boyfriend?!"
"Dah dah DAH DIAMMMM!!!!" Miyoung menjerit sekuat hati sehingga memecahkan gelas kaca yang digunakan oleh mereka. Seulgi dan Irene terdiam.
"Stop bergaduh pasal boyfriend aku! dan boyfriend kau, Irene! Pergi mati lah semua assumptions tak guna tu! Aku tak nak ambil tahu dah!" Marah Miyoung. Hatinya berbara-bara sekarang.
"So, kau tak nak tahu lah ni? Kau lagi rela hidup dalam penipuan selama-lamanya dan fikir yang Sehun curang daripada tahu kebenaran?"
Miyoung mengangguk laju tanpa berfikir. Seulgi menepuk dahinya, terkejut dengan keputusan Miyoung sekarang.
Saat itu, telefon gadis itu berbunyi. Tertera nama Sehun disana yang sedang menghubunginya. Kebetulan, ianya berada bersebelahan dengan Seulgi.
"Jangan angkat!"
"Kalau kau tak tanya, sampai bila-bila kau sakit hati Miyoung. Dengarlah cakap aku," ujar Seulgi. Dia mengambil telefon Miyoung dan terus menjawab panggilan.
"Ya, Sehun. Ni aku Kang Seulgi. Miyoung ada dekat sini. Dia tengah—"
Seulgi terkejut saat melihat Miyoung yang sedang berpura-pura tidur disana. Dia hampir-hampir sahaja mencekik gadis itu kerana tindakan bodohnya itu.
"Dia tengah tidurlah. Kecuali kalau kau rela dan tak malunya masuk dalam bilik perempuan dan ambil kekasih kau ni," sambung Seulgi.
"Okey. Nanti aku bagitahu dia."
Sebaik sahaja Seulgi menamatkan panggilan, dia nampak Miyoung yang sudah pun terbangun. Macam-macam betul lah perangai.
"Seulgi-yah. Irene-ah. Macam mana aku boleh jadi dari haram cintakan Sehun kepada Sehun dah tak cintakan aku ke?"
"Cinta. Cinta mengubah segalanya. Aku faham," jawab Irene sambil membuat gerakan sama seperti saat spongebob menyebut imaginasi.. Tapi dia sebenarnya tengah menyindir Seulgi.
Seulgi terus menarik Miyoung supaya menangis dibahunya. Dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.
"Menangis lah kau pada penipuan yang kau pilih. Nanti Sehun nak jumpa kau. Baik kau habiskan air mata sekarang sebelum dia tahu. Tak pasal-pasal banjir rumah ni nanti kalau kau nangis depan dia. Macam lah aku tak tahu kau macam mana bila depan Sehun. Terus lembik macam sotong." Bebel Seulgi.
"Seulgiiiii.." Rengek Miyoung dan memeluk Seulgi dengan lebih erat. Irene pun turut sama datang dan memeluk Miyoung dari belakang.
Seulgi mengeluh. Dia mengusap-ngusap kepala sahabatnya yang sedang dalam dilema percintaan itu.
"Aigooya. Kim Miyoung. Kenapa lah kau jadi sesedih ni?"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top