Part 32
Miyoung menggeleng kecil melihat tangan Sehun yang telah dibalut oleh doktor itu. Hari ini, dia dah boleh keluar dari hospital. Keadaannya telah pun stabil menurut doktor.
"Sikit je lagi tangan tu nak kena potong Oh Sehun!" Bebel Miyoung lagi.
Sekembalinya Sehun daripada ruangan doktor, Miyoung terus menjerit dan memarahinya kerana tidak menemui doktor terlebih awal. Dekat setengah jam juga Miyoung membebel sampaikan beberapa jururawat menjenguk ke dalam bilik rawatan untuk melihat.
Sehun mencebik. Dia terus memeluk Miyoung untuk menghentikan bebelan yang berasas itu. Sifat manjanya kembali.
"Tapi tak kena potong pun kan?"
"Melawan lagi! Melawan lagi!"
Miyoung mengusap rambut Sehun dengan lembut. Dia juga membalas peluukan Sehun.
Keluarga Oh dan Bae masuk ke dalam bilik rawatan untuk menjemput Miyoung. Mereka memandang satu sama lain sambil tersenyum. Nampaknya Miyoung dan Sehun dah berbaik.
"Omma!" jerit Miyoung, gembira saat melihat Puan Bae datang. Dia berlari lantas memeluk wanita yang dianggap sebagai ibu itu.
"Ya tuhan jangan lari, Miyoung. Kamu tu baru sihat," balasnya. Miyoung tertawa cantik.
Dia diperhatikan oleh Tuan dan Puan Oh.
"Dah lama sihat lah. Miyoung bukannya patah tengkuk pun," dia menjawab dan mula membuat lompat bintang. Puan Bae berdecit.
"Kamu dengan Sehun dah berbaik ke? Baguslah kalau macam tu. Kesian omma tengok Sehun susah nak makan. Mandi pun tak basah," usiknya. Miyoung menumbuk perlahan lengan Puan Bae.
"Ish. Sepatutnya Miyoung yang susah makan, mandi tak basah semua tu," rungutnya.
"Tapi kita mana ada gaduh kan?" Miyoung menjeling tajam kearah Sehun.
"Sikit lah."
Sengaja Sehun tidak menyebelahi Miyoung. Dia nampak Miyoung yang menjegilkan matanya dengan garang. Dah jadi girlfriend ni tiba-tiba jadi garang macam singa. Tapi kenapa nampak comel dimata Sehun? Geram nak cubit.
Dasar angau.
"Ouh ya Miyoung. Ini Irene ada nak bagitahu sesuatu," celah Tuan Bae sambil menolak Irene masuk ke dalam bilik rawatan. Irene yang sebenarnya tak mahu masuk dan merayu terus-terusan diluar tadi kini terdiam.
"Rene! Nak cakap apa?" soal Miyoung. Irene menggaru belakang kepalanya. Dia kelihatan serba-salah.
"Aku.. nak minta maaf.." kata Irene sambil menunduk ke bawah.
"Sebab?"
"Sebab apa yang Sehun oppa buat. Aku yang nak sangat kau ikut. Aku tak fikir pasal trauma kau dengan ketinggian. Aku kawan yang jahat.." Irene menyedut semula hingusnya daripada mengalir.
Miyoung mengerutkan dahinya. Dia hampir ketawa melihat Irene yang nampak seperti sedang mengadu kepada ibunya kerana membuat kesalahan besar.
"Bukan salah kau. Aku dah kerjakan pelaku yang sebenar. Tak payahlah buat macam aku ni polis pulak. Yang kau nak takut-takut ni kenapa?"
Irene terus mendongak. Matanya kembali bersinar. Tangan Miyoung dipegang.
"Betul kau dah kerjakan Sehun oppa? Jadi kau takkan tampar aku, simbah air macam dalam drama dan putuskan persahabatan kita lah kan?" ujar Irene bersungguh-sungguh. Seulgi yang berada berdekatan dah pun menanggung malu.
"Kau merepek apa ni, Bae Irene? Omma tengok budak ni."
"Dah selalu tengok dah. Bosan dah. Bila lah Junmyeon nak masuk meminang."
Seulgi yang berada berdekatan menghela nafasnya. Memalukan betul si Irene ni. Dia dah cakap Miyoung bukannya orang gila macam dalam drama Penthouse.
"Cukup-cukuplah berdrama tu. Nak balik ke tak ni?" Soal Tuan Bae sambil bercekak pinggang. Dia dah lah tua, nak pula kena berdiri layan drama anak-anaknya ini.
"Nak!" jawab Miyoung dan Irene. Tuan Bae tergeleng kecil. Macam budak-budak. Nasib baik Seulgi matang sikit. Eh? Yakin ke tu?
Yang lain-lain keluar terlebih dahulu dari sana. Miyoung menoleh kearah Sehun sambil menghulurkan tangannya. Mereka keluar bergandingan tangan dari sana sambil tersenyum.
"Miyoung. Auntie nak cakap sekejap boleh?" sapa Puan Oh sebelum mereka keluar dari hospital.
"Cakap je dekat sini," Sehun mencelah.
"Bukannya omma nak culik girlfriend kamu. Ini hal perempuan. Pergi sana sekejap. Omma pinjam sekejap je bakal menantu omma ni," arah Puan Oh. Sehun mencebik. Sengaja dia mencium dahi Miyoung dihadapan ibunya itu untuk memberi bukti betapa seriusnya dia dengan Miyoung.
Miyoung terpana.
'Sehun ni kan, memang sengaja nak bagi aku malu!' Monolog Miyoung dalam hati.
Sebaik sahaja Sehun hilang dari pandangan, Puan Oh menarik Miyoung ke taman diluar hospital. Ada sesuatu yang dia nak tanyakan pada Miyoung.
...
"Omma cakap apa?" tanya Sehun, gopoh. Dia takut kalau ibunya ada memberitahu sesuatu yang boleh menyakitkan hati Miyoung.
"Tak ada apa," balas Miyoung.
Mereka sedang berkemas untuk pulang ke Korea sekarang. Sehun tak berpuas hati dengan jawapan Miyoung. Dia menarik tangan Miyoung untuk menghentikan gadis itu daripada mengemas baju.
"Cakaplah. Omma suruh kita putus ke? Ke dia ada ugut apa-apa? Dia ada simbah air ke? Dia ada lempar cek bernilai 50 ribu ke?" soal Sehun bertubi-tubi.
"Ini lagi sorang yang terpengaruh dengan drama macam Irene. Tak adalah! Tak baiklah syak yang bukan-bukan dekat omma sendiri!" tegas Miyoung. Dia tak sangka pula Sehun ni mudah terpengaruh seperti Irene. Patutlah jadi adik-beradik tak official.
"Mana lah tahu kan? Mak-mak zaman sekarang. Ganas," bisik Sehun supaya tak didengari Miyoung.
"Saya dengarlah."
"Whatever. Takkan lah tak ada apa-apa kalau sampai lima minit bercakap. Mestilah kena ada apa-apa."
"Yang awak nak ada apa-apa ni kenapa?"
Sehun masih tak mahu mengalah. Dia takut. Takut kalau Miyoung berpura-pura dan akan meninggalkan dia sebaik sahaja pulang ke Korea. Tolonglah jangan jadi macam drama.
"Fine. Kitorang cakap pasal benda yang kau tak nak tahu dan tak pernah buat," jawab Miyoung.
"Hm? Pasal apa?"
Miyoung memandang kearah katil sebentar. Kemudian, dia memandang Sehun dari atas ke bawah. Sehun terus menutup bahagian bawahnya terus pantas.
"Apa ni?! Gangguan seksual! Bad girl! Bad girl!" jerit Sehun. Miyoung hampir-hampir nak memukul kepala Sehun.
Dia buat gangguan seksual boleh pulak? Giliran Miyoung, tak boleh pulak?
"Bukanlah! Itu yang auntie cakapkan! Nak tahu sangat kan?"
"Tapi.. Untuk apa? Kenapa omma nak tahu? Omma nak tahu saiz?"
"Bukanlah! Pervertnya! Lembap lah dia ni! Dia nak tahu sebab kalau dah buat dia nak suruh kahwin secepat mungkin! Faham?!"
"Okey faham! Tak payahlah jerit!"
"Kau pun tak payahlah jerit!"
Sehun dan Miyoung sama-sama menekup mulut masing-masing supaya diam.
"Jadi bila nak kahwin ni?"
"Lepas rusa beranakkan keldai."
"Kalau macam tu aku cari saintis suruh diorang breedkan rusa dengan keldai cepat-cepat!" Tekad Sehun.
"Nonsense. Tepi sikit! Dahlah tangan kena balut. Tak boleh kemas barang pulak. Ingat aku maid?"
Sehun menyondolkan kepalanya pada Miyoung sambil ketawa manja.
"Chagiyaaa.. Janganlah marah. Janji tak buat lagi dah next time."
"Betul? Kalau sakit jangan tunggu lama dan jumpa doktor terus?"
"Janji!"
"Good boy."
"Thank you for the compliment good girl."
"Eee. Kau dah macam sugar daddy tau cakap macam tu?" Miyoung tergelak. Sehun pula mengerutkan dahinya, bingung macam mana Miyoung tahu perkara-perkara kotor sebegini.
"Holy— Miyoung kau tengok cerita 18 keatas eh? Dengan siapa?! Bila?!"
"Mwo—Mwo?! Tak lah! Siapa cakap?!"
"Tu kau tahu benda-benda tak elok macam ni. Hayook! Kantoi tengok benda tak elok tak ajak!" Rungut Sehun. Miyoung terus menarik mulut Sehun dengan kuat.
"Tak ajak kepala bapak kau! Byuntae byuntae!"
"Bukan bawah umur pun. Aigoo. Fikiran uri Miyoung dah tak suci. Aigoo. Macam mana perempuan boleh lagi maju daripada lelaki ni? Ini tak boleh jadi! Lelaki kena maju ke hadapan—"
"Oh Sehun jangan berani nak pergi tengok cerita macam tu! Datang sini balik! Sehun jangan bukak youtube guna incognito atau vpn! Yah Oh Sehun bukak pintu bilik air ni! OH SEHUN!!!!!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top