Part 29

Sistur is bosan so sistur update

Seluruh keluarga Bae dan anak-anak syarikat telah pun berada dipantai. Mereka sedang menunggu Tuan Bae untuk bersiap-siap dan menyertai acara sukaneka.

Irene dan Seulgi datang menyapa Miyoung yang tiba dengan Sehun tadi. Dah pandai bertolak secara berasingan sekarang ni nampaknya. Kedua gadis itu menayangkan wajah mengusik.

"Siapa eh haritu kata lagi rela hidup bujang daripada kahwin dengan Irene punya abang sepupu?" soal Seulgi sambil menilik Miyoung.

"Siapa jugak haritu yang menidakkan bercinta dengan Steven oppa eh?" sambung Irene pula. Miyoung menatap mereka dengan wajah datar.

"Jeng jeng jeng! Kim Miyoung!!" Teriak Irene dan Seulgi serentak menggunakan speaker. Mereka mulai menjerit bahagia sambil memeluk Miyoung.

Nampaknya, seorang lagi sahabat mereka berjaya mendapatkan pasangan hidup. Irene lah yang paling gembira kerana dia yang melebih-lebih dalam membayangkan bibit-bibit percintaan antara Sehun dan Miyoung.

Mereka mencium pipi Miyoung serentak kerana terlalu bangga. Miyoung tak akan mati bujang nampaknya.

"Weh janganlah kecoh. Kalau orang dengar?"

"Tak ada orang kisah! Diorang pun dah biasa dengan kita punya kecoh! Kan?!"

"Ya, Cik Irene!" jawab pekerja-pekerja syarikat Tuan Bae serentak dan semua yang menjawab adalah lelaki. Irene tergelak.

"Suka la malukan aku," rungut Miyoung.

"Puih! Yang kau dengan Sehun hampir snogging tak malu pulak? Sejak bila kau liar ni?" balas Seulgi. Miyoung terus menutup mulut sahabatnya itu dan mengarahkan dia untuk diam.

"Alamak! Alert! Alert! Kim Miyoung malu mood on! Beri perhatian—"

"Bae Irene! Tutup speaker tu sebelum aku bagitahu Junmyeon yang kau masih chatting dengan budak mat saleh tu walaupun dia dah larang!" Jerit Miyoung menggunakan speaker Seulgi. Para lelaki tergamam dan overreacted.

Junmyeon yang sedang menikmati makanannya tersedak lagi.

"Kim Miyoung kenapa kau bocorkan rahsia aku?! Kita kan dah janji!" Jerit Irene pada speakernya juga.

"Bae Irene!" Junmyeon terus datang untuk mendapatkan Irene. Dengan pantas, Irene melarikan diri sebelum dihukum lagi.

"Appa! Omma! Tengok Junmyeon nak cubit Irene!" tempik gadis itu.

Miyoung leka ketawa sehinggalah Sehun datang memeluknya dari belakang. Lelaki itu menghadiahkan ciuman pada pipinya.

"Yah Oh Sehun.. Jangan dekat sini lah!" Larang Miyoung.

"Haah. Tak nampak ke aku tengah tengok? Gross!" Rungut Seulgi sambil menggulingkan bebola matanya. Dia mencebik.

Mentang-mentang dah official, suka pula cium-cium secara terang-terangan.

"Pergilah cari Jongin. Dia tengah tolong susun jet ski," arah Sehun. Mata Seulgi kembali bersinar mendengar nama Jongin. Matanya melilau mencari sahabat Sehun itu.

"Thanks Sehun. Jagakan Miyoung sekejap eh? Selama-lamanya pun boleh!" ujar Seulgi dan terus berlari pergi.

Wajah Miyoung merah seperti tomato lagi. Sehun mencubit pipi Miyoung. Geram dengan girlfriend sendiri.

"Pipi ni kawal sikit boleh tak? Geram nak makan!" ujar Sehun sambil mencekup wajah Miyoung dan menyondol pipi gadis itu dengan geram. Dah macam bayi pun ada.

"Pipi ni bukan untuk dimakan!" balas Miyoung.

Miyoung melepaskan tangan Sehun daripada terus memegang pipinya. Haihlah girlfriend. Nasib baik girlfriend, bukan isteri. Kalau tidak, memang tak selamat Miyoung sekarang ni.

"Kalau tak boleh makan, kenapa tembam sangat?!" ujar Sehun, geram. Miyoung menayangkan wajah datarnya. Gila punya Sehun.

Acara bermesra mereka dihentikan dengan kehadiran Tuan Bae.

Sukaneka dimulai. Seluruh keluarga Bae menyertai setiap acara yang disediakan terutama Irene, Junmyeon, Seulgi, Jongin, Miyoung dan Sehun.

Acara yang paling Irene, Junmyeon dan Sehun suka ialah pepero challenge. Siapa yang dapat pepero paling pendek, akan memenangi sepuluh kotak pepero limited edition.

Sehun meregangkan tubuhnya seperti atlet meski acara itu cuma memerlukan pergerakkan mulut sahaja.

Miyoung berkerut memandang Sehun. Dia terus menumbuk perut Sehun agar tidak berlebihan. Sehun tersengih gatal. Masing-masing mulai mengemam pepero.

Selepas wisel dibunyikan, para pasangan mulai memakan pepero dengan pantas. Miyoung membuat muka terkejut saat Sehun dengan cepatnya menikmati pepero kegemarannya dan mendahului.

Belum sempat pun dia mula, Sehun dah habiskan separuh. Kedudukan wajah mereka terlalu dekat sekarang. Sehun mengenyitkan matanya seraya mencium bibir Miyoung dengan sengaja.

"Out!" Ujar Jaehyun kepada Sehun dan Miyoung. Lebihan pepero itu ditelan oleh Miyoung.

Miyoung terus menumbuk badan Sehun kerana sengaja mengambil kesempatan.

"Tengok kita dah kalah dah!" Jerit Miyoung, tak berpuas hati. Sehun menjauhkan diri daripada Miyoung sambil meminta maaf.

"Miyoung-ah. Sepuluh kotak tu apalah sangat. Aku boleh beli lagi banyak dari tu," ujarnya.

"Bukan itu masalahnya. Tapi kita tengah main game ni!"

"Okey-okey aku serius kejap lagi. Nak main-main dengan girlfriend sendiri pun tak boleh," kata Sehun dan giliran dia pula bersedih.

"Mianhae. Sehun-ah. Janganlah merajuk."

"Hiks. Kau dah lama menang Miyoung. Kau kan dah dapat aku? Hadiah yang tak akan habis. Siap boleh buat kau tersenyum lagi."

"Ingat sweet lah tu?"

"Kalau tak sweet, kenapa pipi merah? Panas? Nak aiskrim? Atau nak kiss?"

Miyoung tak menjawab. Bencilah pipi ni. Asal lah kalau dia malu je mesti blushing. Dia bukannya Incheon gal dalam EXO NEXT DOOR. Pipi oh pipi. Kawal sikit please.

Sehun mengusap rambut Miyoung dan memakaikan topinya kepada gadis itu untuk melindunginya daripada panas. Mereka kembali menonton pasangan lain yang sedang berebut untuk menang.

Akhirnya, Tuan dan Puan Bae yang mendapat hadiah tersebut. Mereka berjaya mengalahkan Irene dan Junmyeon.

"Hm. Tak apalah. Bakal mertua yang menang," ujar Junmyeon.

...


Tiba giliran permainan seterusnya.

Miyoung memandang horror kearah salah satu pekerja yang sedang terbang dilangit sambil diheret bot itu.

Paragliding.

Dia mengundur perlahan-lahan ke belakang kerana tak mahu terlibat. Badan Miyoung terlanggar Sehun yang nampaknya bersemangat sekali untuk bermain.

"Aku tak nak naik benda tu sorang-sorang," ujar Miyoung, takut.

Dia ada tengok beberapa berita tentang kemalangan saat bermain paragliding. Miyoung takut akan terjadi hal sama kepadanya.

"Kita naik berdua. Bila lagi kan boleh buat ni?" cadang Sehun. Dia terus mengambil topi keledar dan jaket keselamatan lantas dipakaikan kepada Miyoung yang tidak rela itu.

Roh Miyoung seolah-olah gentayangan saat melihat Irene dan Seulgi yang telah naik terlebih dahulu. Dia dapat mendengar suara Irene menjerit dari sini. Entahlah ketakutan ataupun seronok. Wajahnya pula menjadi pucat.

Tiba giliran mereka, Miyoung cuma pasrah sahaja saat dipakaikan alat penyambung parachute. Bahkan saat pekerja disana memberi kata-kata sokongan seperti, "Awak cantik." dan "Fighting!", pun Miyoung tak peduli.

Lain pula dengan Sehun yang nampak seperti ingin menumbuk satu-persatu manusia disana.

Sehun menggosok bahu Miyoung untuk menenangkan gadis itu.

"Dalam kiraan tiga, lari je ke depan. Okey?" bisiknya. Miyoung tidak mengangguk ataupun menggeleng.

Mereka mulai berlari sehingga ke hujung dek dan perlahan-lahan terbang ke udara. Miyoung menjerit ketakutan sehingga tidak sanggup memandang ke bawah sementara Sehun berteriak kerana seronok. Dia mendepakan tangan dan menggoyangkan kaki dengan riang.

Sehun mulai menyanyi lagu I Believed I Can Fly dan mengarahkan Miyoung untuk ikut sama. Gadis itu mengulang tapi dalam nada menangis. Dia cuba membuka matanya dan melihat sekeliling. Memang cantik, tapi menakutkan. Tak lama selepas itu, mereka akhirnya turun juga. Miyoung dah berubah menjadi pendiam sekarang.

Dia memukul kepala Sehun sebaik sahaja lelaki itu membuka topi keselamatan. Miyoung merajuk.

Sehun sampaikan perlu memeluk Miyoung untuk mengurangkan rasa takut gadis itu. Dia mengusap kepala Miyoung dengan lembut.
Selepas ini, mereka akan mengikut Irene dan Seulgi untuk skydiving pula.

Dia cuba untuk menolak daripada ikut sama tetapi Irene dan Seulgi bertegas. Katanya, Irene nak tambah gambar mereka berskydiving didalam koleksi fotonya. Nak tak nak, Miyoung kena ikut. Miyoung perhatikan Sehun yang nampaknya tidak berani untuk menolak cadangan Irene. Tapi lelaki itu akan ikut sama untuk mengawasi Miyoung.

Dia mengekori ketiga-tiga manusia itu naik ke dalam helikopter yang bakal membawa mereka ke udara. Sebentar lagi, dia bakal melakukan terjunan yang boleh dianggap sebagai cubaan bunuh diri itu. Kalau diperhatikan, Miyoung seolah-olah berada didunia asing sekarang. Sedangkan Irene dan Seulgi sedang bergelak-tawa kerana teruja.

Sepanjang perjalanan untuk sampai sahaja pada ketinggian yang ditetapkan untuk melakukan terjunan, Miyoung berpaut pada badan helikopter. Dia tidak berani untuk memandang ke bawah.

Mereka ditemani dengan orang-orang profesional yang sedia memberi arahan untuk terjunan tersebut. Irene dan Seulgi akan bersama pelatih profesional sementara Miyoung akan terjun bersama Sehun. Mujurlah, teman lelakinya itu ada sijil dalam terjunan skydiving dan boleh dikatakan seorang profesional juga.

Mereka bersiap-siap memakai parachute sementara Miyoung tidak. Gadis itu sedang cuba untuk memandang ke bawah meskipun dia sebenarnya gayat. Tangan Miyoung bergetar.

"Sehun.. saya tak nak terjun.." rayu Miyoung. Sayangnya, suaranya tidak dapat didengari kerana tekanan tinggi diatas sana yang memerlukan dia untuk menjerit.

Baru dia menoleh ke belakang, Miyoung tiba-tiba terkejut kerana melihat Sehun yang berada betul-betul dibelakangnya. Kerana hilang imbangan, Miyoung dengan tidak sengaja terjatuh dari helikopter tanpa sebarang alatan keselamatan padanya.

Irene dan Seulgi yang ternampak terus menjerit histeria.

"Miyoung!"

Sehun terkedu. Apa yang baru sahaja dia lihat tadi?

Tanpa berfikir panjang, Sehun terus terjun dari helikopter tanpa menunggu arahan pelatih profesional yang lain. Tangannya digapai kearah Miyoung yang sedang menjerit ketakutan itu.

"Sehun!!" Jerit Miyoung dengan mata yang berair. Dia dapat merasakan betapa lajunya dirinya untuk jatuh menimpa daratan. Miyoung tidak dapat bertenang.

Dia seolah-olah mendapat serangan panik sekarang. Dia tak dapat bernafas.

Sehun pula meluruskan badannya agar kelajuannya dapat ditambah. Tangannya masih didepakan ke hadapan seperti saat Spiderman cuba untuk menyelamatkan Gwen Stacy. Tapi Sehun tak nak Miyoung berakhir seperti Gwen. Sehun nak Miyoung menjadi MJ—nya.

Miyoung pasrah. Dia juga cuba untuk menggapai tangan Sehun tapi ketakutan menguasai dirinya. Tangannya hampir-hampir sahaja tidak dapat disambut oleh Sehun.

Akhirnya, Sehun berjaya mendapatkan Miyoung. Kakinya melilit kaki Miyoung supaya gadis itu tidak terbang jauh darinya. Dia juga memakaikan gogel miliknya kepada Miyoung dengan berhati-hati. Sehun memandang jam pada tangannya. Mereka hampir menjejak tanah.

Dia membuat kiraan sebelum menarik tali pada bahagian belakang badannya untuk membuka payung terjun.

Kelajuan mereka akhirnya berkurang. Sehun dapat rasakan yang Miyoung telah pun jatuh pengsan. Badan gadisnya itu lembik sekarang.

Mereka jatuh tergolek-golek diatas tanah kerana pendaratan kecemasan yang tidak berapa sempurna itu. Sehun menjaga kepala Miyoung daripada tercedera. Dibawah, ambulans telah pun bersedia setelah menerima panggilan kecemasan daripada pelatih dari helikopter sebentar tadi.

Sehun membuka penyambung payung terjun dari badannya dan membaringkan Miyoung. Dia membuka gogel milik Miyoung seraya menepuk pipi gadis itu. Sehun terus memeriksa gadisnya itu samaada masih bernafas atau tidak.

"Tolonglah bangun! Miyoung jangan pengsan!" rayu Sehun. Dia menekan dada Miyoung, cuba memberi CPR.

"Oh tuhan! Miyoung! Sehun!" Puan Bae berlari datang dengan cemas. Sehun merenung ibu bapanya dengan mata yang berair. Dia tak tahu apa yang patut dia buat.

Pekerja keselamatan datang dan mengarahkan Sehun untuk berundur. Mereka mengangkat Miyoung dan membawa gadis itu masuk ke dalam ambulans. Sehun tak berdiam diri. Dia ikut sama naik sambil memerhati Miyoung yang sedang diberikan bantuan pernafasan itu.

Sungguh, Sehun kesal. Betul lah apa yang omma dan appanya katakan. Dia memang belum matang.

Seharusnya dia sedar kalau keputusannya tadi salah. Dia sepatutnya tidak membiarkan Miyoung naik keatas sana. Kalau terjadi apa-apa pada Miyoung, Sehun akan menyalahkan dirinya buat seumur hidup.

to be continued


maaflah sis memang suka buat drama.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top