Part 26
Miyoung menahan dirinya daripada tersenyum selepas pulang daripada butik. Sepanjang berada didalam kereta, dia dan Sehun cuma menjeling satu sama lain kemudian tersenyum saat tertangkap.
Sampai sahaja dirumah, Sehun menolong membawakan beg-beg pakaian dan masuk ke bilik terlebih dahulu. Miyoung menyusul kemudian kerana tidak mahu tertangkap.
"Boo!" jerit Mark ke telinga Miyoung sehingga membuat gadis itu menjerit kuat. Miyoung terus memukul Mark kerana telah menakutkannya. Mark ketawa sambil diperhatikan Jaemin dan Haechan.
"Ayok. Ada orang pergi dating senyap-senyap," usik Jaemin dengan senyuman jahatnya.
"Sampai hati noona curang dengan kitorang. Sakit hati Haechan," Haechan dengan dramatiknya berpura-pura menangis. Dia memegang dadanya, seolah-olah telah ditikam.
Jaemin memeluk bahu Miyoung dan merehatkan kepalanya disitu.
"Noonaaa kenapa tak tunggu Jaemin cukup umur dulu? Tinggal berapa tahun je lagi? Huhu," ujar Jaemin.
"Jangan merepeklah! Jangan usik noona lagi!" marah Miyoung walaupun dia dah malu sebenarnya.
"Ecececeeee. Miyoung noona malu. Miyoung noona malu~"
"Woi! Bukan korang patut pergi buat persiapan ke? DJ siapa nanti?" sergah Sehun sehingga membuatkan ketiga-tiga budak lelaki itu menjadi sopan. Mereka berdiri diantara Miyoung sambil menunduk.
Tangan kanan mereka memegang pergelangan tangan kiri, seperti menyambut tuan rumah. Kemudian, Mark mengangkat tangannya sambil tersenyum seperti kerang busuk, menjawab pertanyaan Sehun.
"Kitorang DJ," jawabnya.
"Dahtu? Tunggu apa lagi?" Sehun menayangkan wajah angry birdnya yang menakutkan. Itu membuatkan ketiga-tiga budak lelaki itu berlari ketakutan. Sehun menggeleng kecil. Baru dia tinggal sebentar, dah ada orang cuba nak ganggu Miyoung dia.
Miyoung mengemam bibirnya, menahan diri daripada tersenyum. Ekspresi Sehun sangat lucu baginya sekarang. Dengan kening tidak seberapa lebat dan tajam yang hampir bercantum itu, Sehun betul-betul nampak seperti angry bird merah. Sehun merenung kearah Miyoung, meminta penjelasan kenapa gadis itu seakan-akan ingin menertawakannya.
"Wae?"
"Comel.." puji Miyoung. Pipi Sehun membahang sekarang. Lagi-lagi dia dipuji comel oleh gadis cantiknya.
"I'm not cute.." bantah Sehun.
"Yes you are. Even the world can't handle it."
"Daeng! Only you can handle me."
Sehun mengajukan wajahnya mendekati Miyoung, sengaja ingin mengusik gadis itu. Sayangnya, Eunwoo datang menganggu sehingga kedua-dua terus menjarakkan diri lagi. Miyoung menggosok belakang lehernya sementara Sehun berpura-pura menelefon seseorang walaupun telefonnya itu terbalik.
"Erm, Miyoung. Saya nak minta tolong boleh? Saya ada buat dessert untuk majlis esok. Irene kata awak pandai buat dessert jadi saya nak awak tolong rasa," ajak Eunwoo tanpa menghiraukan Sehun disana.
Miyoung yang mendengar sahaja tentang makanan tentu sekali tak menolak. Dia memang suka buat dessert apatah lagi yang berkaitan dengan coklat.
"Boleh!" jawab Miyoung dengan penuh bersemangat. Sehun mengepal penumbuknya. Dia ingatkan Miyoung nak menolak.
"Cool!" Eunwoo tanpa segan-silu terus menarik tangan Miyoung pergi. Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan, Sehun terus menyumpah seranah Eunwoo.
Nasib baik saudara sendiri. Kalau tidak, dah lama dia tumbuk sampai berkecai.
...
"Seronok main tepung dengan Eunwoo?" soal Sehun, dingin sebaik sahaja Miyoung masuk bersama dengan sedulang brownies yang dibuat oleh Eunwoo.
Gadis itu berkerut. La? Cemburu ke? Dia berusaha mengabaikan soalan itu kerana ada hal yang lebih penting daripada itu iaitu makanan!
Miyoung mendekati Sehun lantas menghulurkan brownies itu kepadanya untuk dirasa.
"Try lah. Sumpah serius sedap Eunwoo buat! Macam dari kedai tau! Patutlah dia jadi chef pastri! Dah lah hensem, muda, pandai masak pulak," Miyoung memuji Eunwoo habis-habisan. Tak sedar agaknya yang Sehun dah cemburu teruk.
"Ouh. Hensem. Muda. Pandai masak. Taste kau lah?" soalnya. Miyoung berfikir sebentar kemudian mengangguk.
"Lebih kuranglah. Tapi—"
Tak semena-mena, Sehun yang tadinya duduk diatas kerusi kini berdiri dan mencium hujung bibir Miyoung. Miyoung tak bergerak. Dulang makanan itu dikepal kuat. Bibir Sehun lembut sangat, macam bibir bayi.
Sehun kembali mengundur sambil menjilat bibirnya kemudian berdecit.
"Manis sangat. Lama-lama kencing manis," ujarnya. Miyoung mendengus kasar.
"Mana ada manis sangat. Kitorang dah sukat cukup-cukup je gula—"
"Bukan brownies tu. Bibir kau," celah Sehun. Dia mengambil kuih tersebut dan keluar dari bilik untuk menenangkan diri. Keluar sahaja dari sana, Sehun terus menahan dirinya pada dinding.
Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya dengan sedikit tidak teratur.
"Wtf. Lama-lama dalam tu dengan dia boleh buat aku gila. Sabar Sehun. Tinggal halalkan je!"
...
Irene dan Seulgi meneropong Sehun yang sedang naik dari tingkat bawah itu. Mereka bersembunyi ditepi tangga untuk menyiasat hubungan antara Sehun dan Miyoung. Keduanya tidak mempedulikan pandangan orang lain.
"Asal Sehun senyum-senyum?" soal Seulgi sambil mengunyah keropok.
"Dapat projek berbillion kot. Boring," jawab Irene. Mereka terus memerhati Sehun yang sesekali menyentuh bibirnya itu seperti orang gila bayang.
"Dia sakit gigi ke weh?" soal Seulgi.
"Yelah kot. Muka dia merah tu. Kesiannya," jawab Irene lagi. Mereka berkongsi keropok sekarang. Sehun menuju kearah tandas yang berada berdekatan sambil memandang sekelilingnya. Itu membuatkan Irene dan Seulgi kehilangan jejak lelaki itu.
"Tu je?" Rungut Irene, tidak berpuas hati.
"Macam tak ada guna je kita stalk macam ni. Baik kita tunggu depan tandas tu tanya dia terus. Dia kan tak boleh menipu kau?" cadang Seulgi. Mereka terus bangun dari meniarap tadi. Irene membersihkan pakaiannya yang mungkin kotor itu.
"Siapa cakap dia tak boleh menipu? Mungkin aku je yang tak tahu bezakan mana satu ayat jujur dia. Baik kita tanya Miyoung terus."
"Tanya apa tu?" Soal Puan Oh daripada belakang. Kedua gadis itu hampir berteriak kerana terkejut.
"Eh, auntie. Tak ada apa," balas Irene seraya memeluk lengan wanita itu. Wanita itu turut sama memandang ke bawah, melihat siapa yang sedang dibicarakan oleh Irene dan Seulgi.
"Auntie cari siapa?" soal Seulgi.
"Orang yang kamu tengah umpat. Auntie pun nak join."
"Tak de siapa-siapa pun. Miyoung dengan Steven oppa je—Opps."
Seulgi menepuk dahinya. Irene ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah. Sudahlah tembelang mereka pecah dihadapan ibu Sehun.
"Huh? Sehun dengan Miyoung? Miyoung yang comel-comel tu?" tanya wanita cantik itu. Jadi betullah gadis itu ada hubungan dengan Sehun? Duganya dalam hati.
Irene dan Seulgi terpaksa mengangguk.
"Kitorang syak je, auntie. Diorang mungkin tengah bercinta. Tapi baru teka. Auntie jangan bagitahu Steven oppa eh?" Rayu Irene. Dia takut juga kalau-kalau Sehun memarahinya kerana menyibuk urusan dia. Puan Oh tersenyum.
"Rahsia selamat. Auntie nak pergi jumpa uncle kejap. Teruskan mengintip. Fighting!" balas wanita itu dan terus pergi. Irene dan Seulgi memandang satu sama lain.
"Tandas!" jerit mereka dalam nada yang terkawal. Mereka terus berlari dan mengintip apa yang sedang Sehun lakukan dibawah sana.
Mereka syak, Sehun dan Miyoung mungkin berbual melalui telefon didalam tandas supaya tiada sesiapa yang mendengar. Namun, sebaik sahaja telinga mereka ditekap pada lubang pintu, mereka mendengar suara aneh dari dalam sana.
Telinga Irene naik merah, sementara Seulgi pula pada wajahnya. Irene dan Seulgi menutup mulut masing-masing, hampir tidak percaya dengan apa yang sedang mereka dengar.
Sehun sedang menyebut nama Miyoung didalam sana dengan suara terseksa. Mereka terus berdiri tegak dan perlahan-lahan menjauh dari tandas.
"Oh my god. Aku trauma. Kalau Junmyeon tahu aku mengintai abang sendiri masturbate, mesti aku kena denda no kiss and hug selama sebulan," ujar Irene.
"Kau ingat ni EXO punya konsep ke kiss and hug zaman 2013 dulu? Xoxo Xoxo—Eh kejap. What the f— masturbate kau tahu tapi sugar baby kau tak tahu pulak! Banyaklah kau punya trauma!"
Sementara itu didalam tandas, Sehun meringis kesakitan kerana hujung kakinya terlanggar bucu dinding. Itu yang dia sampai menyebut nama Miyoung kerana ingin meminta tolong.
Tapi apakan daya, suara serak basahnya menyebabkan salah faham terjadi. Kejang kaki dibuatnya.
to be continued
sis is trying to create a healthy relationship here tapi tak tahu lah akan menjadi ke tidak nanti. penat dah cerita pasal toxic relationship 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top