Part 25

"Nampaknya, ada orang tu tengah pura-pura tak bersalah," sindir Seulgi sambil menjeling nakal kearah Miyoung. Gadis itu sudah memendam sejak semalam lagi untuk menyakat Miyoung.

Irene yang tidak tahu menahu mendongak. Dia memandang kearah Seulgi dengan wajah lugu.

"Siapa? Kenapa-kenapa?" soalnya, sibuk. Seulgi tak menghiraukan Irene.

Miyoung buat-buat tuli dan menyorokkan wajahnya disebalik majalah. Takut lah kena soal siasat macam ni. Dah macam menghadap polis.

"Weh ceritalah! Siapa? Aku nak tahu!" arah Irene. Lengan Seulgi digoyang-goyangkan.

"Ada orang tu, ada hubungan dengan abang kau. Tapi dia buat macam tak je. Sanggup dia tipu kita eh?"

Mulut Irene ternganga. Matanya tertumpu pada Miyoung sekarang. Tangannya terus dihalakan pada Miyoung.

"Kan! Aku dah agak dah! Korang mesti ada apa-apa ni!" Jerit Irene, terlalu bersemangat.

"Mestilah. Sampai mengaku boyfriend semalam. Peluk-peluk atas banana boat tu lagi," sambung Seulgi.

"Bukanlah! Kitorang tak couple lah!" bantah Miyoung. Nafasnya naik turun.

"Marah-marah tu, betullah tu," ujar Seulgi.

"Cantik muka kau! Marah sebab pertahankan benda betul! Aku sumpah tak ada kaitan dengan dia!" tegas Miyoung. Seulgi masih lagi tak mahu percaya.

"Habistu semalam apa citer? Takkan lah tak ada apa kalau sampai sweet-sweet tu?" soal gadis bermata sepet itu lagi.

"Semalam tu. Common sense! Kau ni mesti tak pernah ada kawan lelaki sampai semua benda nak diromanticize? Lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa jatuh cinta okey?" jawab Miyoung.

Seulgi mendecit. Tapi betul juga apa kata Miyoung itu.

"Fine. Aku kalah," ujar Seulgi. Miyoung tersenyum kemenangan.

"Gaduh je kerja. Apa kata malam ni lepak bilik Miyoung. Kita layan movie?"  ajak Irene.

Miyoung yang mendengar namanya disebut lagi terus membuntangkan matanya. Memikirkan yang Irene dan Seulgi masih belum mengetahui siapa yang berkongsi bilik dengannya, itu membuat Miyoung cemas. Terus dia menggeleng laju.

"Tak boleh!" bantahnya kuat sehingga membuat semua yang berada diruang tamu menoleh kearahnya. Lagi-lagi kerana Miyoung dengan dramatiknya berdiri diatas kerusi sambil menyilang tangannya membuat gerakan 'X' yang bermaksud tidak.

Miyoung terus duduk sambil menutup mukanya dengan majalah sekali lagi kerana malu.

"Rene. Bukan tak nak bagi tapi bilik tu kecil. Dan, takkan rumah ni tak ada bilik wayang kot?" Miyoung cuba untuk tidak nampak mencurigakan.

"Ouh. Ada. Tapi tak syoklah. Kita kan nak bergosip jugak," jawabnya. Miyoung kembali berdiri dengan dramatik.

Dia memegang kepalanya dan berpura-pura pening. Majalahnya dibuang keatas lantai.

"Aduh! Aku rasa harini tak boleh. Aku penatlah dan pening kepala. Nak masuk tidur dulu," ujar Miyoung dan segera ingin mengelak daripada Irene dan Seulgi.

"Kitorang bawak kau pergilah. Nanti kau jatuh tengah jalan pulak," celah Seulgi. Miyoung hampir terkena strok. Dia menggeleng laju.

"Aku boleh sendiri! Aku.. Aku perlukan privasi!" jerit Miyoung. Irene dan Seulgi ternganga. Kenapa Miyoung nampak macam nak sorokkan sesuatu dari mereka ni? Dengan pantas Miyoung berlari menuju ke biliknya.

Irene dan Seulgi memandang satu sama lain kemudian mengangguk. Mereka terus mengejar Miyoung. Saat itu, Miyoung nampak Sehun yang sedang keluar dari bilik.

Dia terus merempuh Sehun masuk ke dalam bilik sehingga Sehun terjatuh keatas lantai. Miyoung mengunci dan mengambil kerusi lebihan yang dimintanya kepada butler sebelum ini lalu menahannya pada pintu.

Sebaik sahaja Miyoung menoleh ke belakang, dia tersepak kaki Sehun sehingga tubuhnya tumbang keatas lelaki itu. Dahi mereka terhentak sehingga menyakiti satu sama lain. Baru Sehun nak menjerit kesakitan, Miyoung menekup mulutnya kerana bunyi ketukan di pintu.

Suara Irene dan Seulgi kedengaran. Mereka cuba membuka pintu tetapi tidak berjaya. Miyoung meminta agar Sehun diam dan masih lagi menekup mulut lelaki itu. Awalnya, Sehun rasa terganggu tapi dia suka pula bila melihat Miyoung dari sudut bottom ini.

Sehun terus memeluk pinggang Miyoung. Mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Yah Oh Sehun kau buat apa—"

"Shh. Nanti diorang dengar," bisik Sehun. Dia terus menolak Miyoung dan mengambil alih posisi gadis itu tadi. Miyoung terkejut.

"Ya.. Yah.. Kalau ada orang masuk.. dan nampak kita.. macam ni.."

"Kenapa? Bukan kau dah kunci pintu?" soal Sehun dengan senyuman yang ngeri.

Miyoung menutup wajahnya untuk menghalang Sehun daripada mengapa-apakan dia. Beberapa minit berlalu, Sehun masih tak melakukan apa-apa. Miyoung mengalihkan tangannya dan melihat Sehun yang sudah pun tiada disana.

Sehun kini berada dihadapan pintu sambil memandang aneh kearahnya.

"Kenapa tidur atas lantai? Katil sebesar tu tak selesa? Nak aku belikan katil baru?" soalnya, berpura-pura tiada apa yang baru antara mereka tadi. Miyoung menggigit bibir bawahnya, kesal.

Dia terus berdiri dengan perasaan malu sebesar gajah. Tak guna Sehun. Ingatkan nak cium tadi. Kan dah melepas. Sehun ketawa.

"Baru usik macam tu dah takut. Macam mana malam pertama kita nanti?" sambung Sehun dan terus keluar.

Miyoung tergamam. Dia terus memukul telinganya setelah mendengar kata-kata Sehun. Miyoung menjerit dalam hati.

Oh Sehun byuntae! Demam dah kebah ni tiba-tiba jadi gatal balik eh?!

Nasib baiklah masa Sehun keluar, Irene dan Seulgi dah tiada. Dan mujurlah, mereka tak tahu pun yang dia pergi ke villa Sehun awal pagi tadi. Mana nak tahunya kalau bangun pun tengah hari. Nasib baik tak hangus je kena jemur bawah matahari.

...

Miyoung, Irene dan Seulgi melawat tempat dimana majlis ulang tahun syarikat bakal diadakan. Mereka sekadar memerhati kerana ingin melihat tema yang bakal diadakan tahun ini terutama sekali Irene.

Gadis itu ingin membeli pakaian yang bakal membuatkan sesiapa yang melihat tahu bahawa dia adalah pusat tumpuan pada malam majlis itu nanti walaupun bukan itu tujuan sebenar majlis.

Dan katanya lagi, takut terjumpa Tom Cruise. Boleh bergambar sakan nanti.

"Jongin!" teriak Seulgi saat ternampak Jongin datang ke sana bersama Sehun. Seulgi melambai-lambai ceria kepada sahabat barunya itu sementara Jongin tampak cemas.

"Holyshit. Sehun, kau nampak tak bidadari tu?" soal Jongin sambil memandang Seulgi.

"Nampak," jawab Sehun tapi merujuk kepada Miyoung.

"Kenapa aku dekat syurga ni sedangkan aku belum mati?"

Sehun menjeling Jongin sekilas. Nampak seperti menyampah dengan soalan Jongin.

"Aku pun tak tahu." Alih-alih ingin mengkritik Jongin, Sehun berpihak pula dengan sahabatnya itu.

"Jongin! Hai Sehun! Pinjam kawan kau sekejap eh?"

"Nak pinjam aku lama-lama pun boleh," sahut Jongin.

"Good!"

Seulgi terus menarik Jongin pergi dari sana kerana lelaki itu sudah berjanji untuk membawanya mengelilingi kawasan disana.

Irene dan Miyoung tergelak melihat Jongin yang diperlakukan seperti itu. Jarang-jarang Seulgi rapat dengan lelaki ni.

"Steven oppa! Okey tak kalau Irene ambil baju macam ni. Ini contoh je tau," sapa Irene sambil menunjuk salah satu dress dari jenama Miu Miu kepada Sehun. Lelaki itu mengangguk setuju walaupun tak berapa berkenan sebenarnya.

"Urm. Tak rasa macam baju ni bagi kau nampak gemuk ke? Aku rasa patut ambil yang lagi satu," bantah Miyoung. Padahal orang tak tanya dia pun.

Sehun memandang Miyoung yang sedang menunjukkan baju seterusnya kepada Sehun dan Irene. Ianya daripada jenama Prada.

"Ini. Lagi cantik kan?" ujarnya.

Sehun diam sebentar kemudian dia yang mengangguk. Walhal Irene tidak bersetuju. Dia ingin membantah tapi dipotong oleh Sehun.

"Cantik. Cantik pada badan kau," jawab Sehun sambil merenung Miyoung. Mulut Irene tak dapat ditutup. Dia ingatkan dia tersalah dengar tadi. Matanya berulang-alik merenung Sehun dan Miyoung. Rasa macam orang ketiga pula. Tumpang lalu, orang taken sebenar nak perhatian ni?

"Fuh. Panasnya dekat sini. Hello Junmyeon? Nak jumpa? Okey kejap ye sayang."

Irene dengan pantas melarikan diri daripada sana kerana tidak tahan dengan sexual tension yang dikeluarkan daripada Miyoung dan Sehun.

"Kenapa cakap macam tu depan Irene? Kalau dia syak—"

"Kau suka dress tu?" celah Sehun. Dia tidak mempedulikan lagi tentang Irene. "Tapi Irene tu—" Miyoung mengeluh perlahan kemudian mengangguk.

"Kalau aku suka pun tak penting— eh kau nak bawak aku pergi mana?" soal Miyoung saat Sehun menariknya pergi dari sana. Mereka menuju kearah kereta sekarang. Belum sempat Miyoung ditolak masuk ke dalam, gadis itu terus menekapkan tangannya pada dahi Sehun.

"Kau dah betul-betul sembuh ke ni? Kau tu demam, tapi dah kerja balik," soal Miyoung, risau.

Sehun memegang tangan Miyoung sambil tersenyum kemudian menolak gadis itu masuk ke dalam kereta. Kepala Miyoung ditepuk lembut.

"Dah. Kan ada bidadari dah jaga aku," balasnya. Dia tak adalah sembuh sepenuhnya cuma selesemanya dah berkurang, berkat jagaan Miyoung.

Sehun terus menutup pintu kereta. Miyoung yang berada didalam memegang dadanya sendiri yang sedang berdegup kencang. Makin lama, makin menggila jantungnya.

Sedar-sedar sahaja, mereka dah pun berada di butik Prada. Miyoung memandang barisan pekerja yang sedang mengumpulkan baju-baju yang mungkin disukainya.

"Sehun. Apa semua ni?"

"Kau dah ada dress untuk majlis tu?"

Miyoung menggeleng.

"Pilihlah. Kau pun kena nampak cantik depan aku nanti," ujar Sehun. Miyoung mengerdipkan matanya beberapa kali.

Bukan depan orang lain, tapi depan Sehun. Dia nak sangat menjerit kerana terlalu senang mendengar kata-kata Sehun itu tapi ditahan.

"Tak rasa melebih-lebih ke? Baju-baju ni mahal lah."

Sehun datang dan terus memeluk Miyoung dari belakang. Dia terus membisikkan sesuatu agar tidak didengari oleh pekerja disana. Padahal mereka bukannya faham pun.

"I'm your sugar daddy, Kim Miyoung. Kau sendiri yang cakap dulu. Ambil je apa yang kau nak. You are my baby now."

Tak semena-mena, perut Sehun dicubit.

"Awwhh!"

Miyoung sedikit bengang dengan kata-kata Sehun tadi. Buatkan dia seolah-olah dipermainkan. Sehun terus meminta maaf kerana tidak sensitif dengan kata-katanya.

"Mian. Aku tak patut cakap pasal tu lagi.." ujar Sehun. Miyoung menghembus nafasnya, perlahan.

"Hmm. Nasib baik kau minta maaf cepat-cepat. Baru nak bagi penangan penampar ni," balas gadis itu. Wajah Sehun terus pucat.

"Excuse me, sir. You wife dress is ready now.." ujar pengurus disana kepada Sehun dan Miyoung.

"Huh? No I'm not his wife—"

"Take her to the dressing room. Pick only the best dress for her," tegas Sehun.

Miyoung terus dibawa masuk ke bilik persalinan. Hadaplah dia baju-baju disana untuk berjam-jam.

Selesai membeli, mereka berjalan-jalan seketika. Sehun memegang kesemua beg pakaian yang dia pilih untuk Miyoung. Miyoung turutkan sahaja. Tujuan asalnya nak pilih satu je dress, alih-alih dah ada sepuluh sekarang ni. Kata Sehun, semuanya nampak cantik pada Miyoung.

Sampai sakit badan Miyoung sebab kena mencuba baju-baju disana.

"Hun, nak aiskrim tak?" soal Miyoung sambil melihat aiskrim yang dijual disana. Dia terliur.

"Nak ke? Aku pergi belikan—"

"Takpe, tunggu sini!"

Miyoung berlari kearah gerai kecil disana dan membeli satu con aiskrim berperisa vanilla strawberry. Sehun tergelak kecil. Dah serupa budak kecil dah cara Miyoung berlari. Gadis itu kembali kearah Sehun tak lama kemudian dengan senang hati.

"Aaaaa..." perintah Miyoung sambil menghalakan aiskrim kepada Sehun.

"Takpelah. Makan lah," tolak Sehun. Yelah, dah dia pergi beli satu je. Takkan Sehun nak ikut makan sama?

"Aaaaa.." Miyoung menggunakan kaedah sama untuk memancing Sehun makan.
Mereka berkongsi aiskrim sambil berjalan. Sesekali, Miyoung menolong mengelap kesan aiskrim ditepi bibir Sehun.

Sedang mereka berjalan, jari-jemari mereka saling bertembung antara satu sama lain. Sehun terus memegang tangan Miyoung dan cuba untuk berlagak biasa. Dan nasib Sehun baik kerana Miyoung mengeratkan pegangan tersebut.

Sehun hampir gila dibuatnya.

Dia yakin dalam dua tiga hari lagi, orang disebelahnya ini akan menjadi kekasih rasminya.


to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top