Part 24

"Hacchum!"

Sehun tak berhenti-henti bersin sejak pulang dari pantai tadi. Wajahnya pun pucat sahaja seperti tidak cukup makan.

Miyoung yang baru sahaja keluar dari bilik air memandang dengan penuh risau. Dia mendekati Sehun yang sedang bersandar pada katil lantas memeriksa suhu badan lelaki itu.

"Nak pergi jumpa doktor tak?" soal gadis itu.

"Tak nak.." ujar Sehun dengan mata yang tertutup.

"Habistu? Nak sakit sampai lusa?"

"Tak nak.."

"Habistu?"

"Kita pergi dari sini."

Terkejut beruk Miyoung dibuatnya. Sehun tengah ajak kahwin lari ke ni? Dah kenapa pula? Kan demam tu, tiba-tiba nak berlari pula.

"La.. Lari pergi mana? Larat ke?"

"Lari? Aku cuma tak nak ada dekat villa ni buat sementara waktu. Nanti orang lain terjangkit.." ujar Sehun.

Miyoung ketawa dengan kekoknya. Kan dah malu! Salah cakap lagi.

"Kau nak pergi mana?"

"Banglo keluarga aku."

"Keluarga kau pun ada rumah dekat sini?! Oh- tak pelik pun. Kau boleh drive? Nak aku panggilan butler?" soal Miyoung lagi. Sehun menggeleng.

"Aku boleh drive-"

"Tak payah! Biar aku yang drive!" Miyoung mencelah. Sehun terkebil-kebil memandangnya.

"Kau nak ikut?"

"Yelah. Takkan nak tinggal kau sorang-sorang? Buatnya jadi apa-apa dalam perjalanan tu. Risau aku! Lagipun ni Irene dengan Seulgi tak balik lagi. Aku tak nak jumpa diorang lagi sebab malu.." jelas Miyoung. Dia pergi mengambil beg kecilnya untuk dibawa bersama.

Mereka bangun paling awal daripada yang lain kerana tahu-tahu sahaja, air laut dah mencecah kaki. Sikit lagi nak kena seret dengan hantu air. Yang lain masih tidur dibawah rimbunan pokok-pokok. Mabuk lah tu.

Miyoung menarik Sehun keluar dari sana dengan berhati-hati. Sehun menunjuk kearah salah satu kereta yang berada disana dan menyerahkan kunci kepada Miyoung. Gadis itu memastikan Sehun berada dalam keadaan selesa sebelum memandu mengikut GPS.

Tak lama selepas itu, mereka sampai juga. Miyoung terpegun saat melihat betapa mewahnya banglo dihadapannya ini. Tak kalah dengan villa keluarga Bae. Dia membantu Sehun untuk keluar dan memimpinnya masuk.

"Bilik kau dekat mana?" soal Miyoung.

Sehun menunjuk kearah tingkat satu. Dia sebenarnya tak faham kenapa Miyoung nak tolong dia berjalan padahal dia larat je. Tapi Sehun layankan sahaja. Bila lagi dapat rasa pegangan erat daripada crush.

Sampai sahaja didalam bilik, Miyoung mencari almari pakaian Sehun, ingin mengambil pakaian yang selesa untuk dipakai oleh lelaki itu.

"Sehun. Baju kau ada dekat sini kan?" soal Miyoung. Sehun mengangguk.

Miyoung tanpa berlengah terus membuka almari dan mengambil baju sweatshirt. Bolehlah daripada Sehun sejuk nanti.

"Miyoung?"

"Ya?"

"Aku nak makan bubur abalone boleh tak?" pintanya.

"Abalone? Ada ke?" Nampaknya Miyoung tak menolak permintaan Sehun.

"Ada. Maid dekat sini selalu beli," jawabnya.

Miyoung mengangguk perlahan. "Okey. Tapi mandi dulu tau?" Dia terus pergi dan turun ke dapur untuk memasak.

Sedangkan Sehun, hatinya berbunga-bunga. Senyumannya tak lekang dibibir. Kan bagus kalau dari dulu mereka akur seperti ini.

"Haachum!"

...

Seperti yang Sehun katakan, memang betul peti ais disini penuh dengan makanan. Tapi Miyoung tak nampak pula pembantu rumah dimana-mana. Pelik.

Sebaik sahaja bubur siap, Miyoung menuangkannya ke dalam mangkuk. Sempat lagi dia menghiasnya dengan rumpai laut dan membentuk wajah kartun yang senyuman. Comel.

Dia mendaki tangga menuju ke bilik Sehun sambil menatang dulang. Masuk sahaja ke sana, dia nampak Sehun yang sedang mengeringkan rambutnya. Sehun sedang memakai sweatshirt yang dipilihnya tadi.

Miyoung terus meletakkan bubur tersebut keatas meja ditepi katil dan mendekati Sehun. Tuala ditangan Sehun diambil dan dia menolong mengeringkan rambut lelaki itu. Kakinya terjengket memandangkan perbezaan ketinggian mereka agak ketara.

Sedar akan hal itu, Sehun terus menunduk supaya Miyoung tak perlu bersusah-payah.

Baru nak bermanja, Sehun sekali lagi bersin. Nasib baik bukan dihadapan muka Miyoung.

"Aigoo.. Kesiannya. Mianhae, Sehun-ah. Kalau bukan sebab aku mesti kau tak sakit," ujar Miyoung. Dia mengambil tisu yang berada diatas meja dan menyerahkannya kepada Sehun.

"Manada. Bukan salah kau."

"Hmm. Bubur dah siap. Cepatlah makan. Nanti sejuk," ujar Miyoung. Dia menolak badan Sehun kearah katil dan menyelimutkan badan lelaki itu.

"Suap?" pinta Sehun lagi.

"Banyak songeh."

"Sekali je. Tak larat lah," rayunya.

Kesian melihat wajah sedih Sehun, Miyoung menurut lagi. Tapi sebelum itu, Sehun sempat melihat hiasan didalam makanannya. Dia tersenyum lantas mengambil telefonnya dan mengambil gambar sebagai kenangan.

"Comel. Macam kau," puji Sehun. Miyoung tersenyum.

"Bukak mulut. Aaa.."

"Aaaa.."

Sehun turut sama membuat bunyi seperti budak kecil. Dia mengunyahnya sehingga mengembungkan pipi. Padahal boleh je telan. Miyoung ketawa.

"Yah. Jangan buat muka macam tu lagi lah," ujar Miyoung. Bukan apa, nampak comel sangat. Kalau dia pengsan sebab tak tahan dengan kekacakkan Sehun macam mana?

"Kalau kau janji takkan masam muka lagi depan aku, aku berhenti."

"Okey."

"Kalau macam tu aku-kau setuju?"

"Iya. Tapi harini je. Sebab kau sakit," balas Miyoung.

"Huh! Harini pun harilah."

Miyoung kembali menyuap Sehun sehinggalah habis semangkuk besar bubur abalone itu. Tak lupa Sehun juga memuji masakan Miyoung sampaikan membuat gadis itu besar kepala. Perasanlah tu dia masak sedap.

"Boleh tak kau masakkan hari-hari?"

"Tak boleh."

"Kau belajar masak dekat mana?"

"Rahsia."

"Gula dekat rumah kau mesti selalu habis kan?"

"Kenapa?"

"Sebab semua kemanisan gula tu diserap oleh kau."

"Kamsahamnida.."

"Cis. Sombong betul. Padahal tadi dah janji nak senyum harini.." ujar Sehun, perlahan. Miyoung yang mendengar leteran sedih Sehun itu terus menggulingkan bebola matanya.

Dia menarik wajah Sehun menghadapnya kemudian mengukir senyuman.

"Puas hati?"

"Kalau cakap puas nanti kau berhenti. Bagi satu hari dulu."

"Dah sekarang ni waktu untuk kau makan ubat- Aik? Dah tidur?"

Bingung Miyoung dibuatnya. Rasanya tadi elok-elok je bercakap. Tak sampai sesaat dah tidur lepas sebut ubat.

Sehun membuka sebelah matanya untuk melihat samaada Miyoung masih berada disana atau tidak. Cepat-cepat dia kembali tidur kerana Miyoung sedang memegang panadol sekarang.

"Badan je besar tapi takut makan ubat," sindir Miyoung.

"Bukan takut. Pahit lah. Tak sedap," jelas Sehun.

"Aik, dah bangun dah?"

"Miyoung-ahh.. Tak nak lah ubat tu. Kau jelah yang makan.." tolak Sehun. Miyoung menggeleng laju.

"Cubalah. Tak pahit pun. Kau pandang je aku. Nescaya manis," pujuk gadis itu. Sehun menghela nafas panjang. Dengan payahnya, dia mengambil ubat yang berada ditangan Miyoung itu.

"Pandang je aku," arah Miyoung.

'Ye. Makan jelah. Tak mati tercekik pun lah. Eii dia ni..' Monolog Miyoung dalam hati.

"Betul?"

"Hmmmm.."

Sambil memandang Miyoung, Sehun terus menelan ubat tersebut dan terus disua dengan air kosong. Sehun menahan perit sakit pada kerongkongnya sambil memegang tangan Miyoung.

"Tengok? Mudah je kan? Good job.." Ujar Miyoung, bangga. Dia menepuk-nepuk kepala Sehun dengan lembut.

Sehun mencebik. Baru kalini dia tak menolak memakan ubat. Sebelum ini, dia selalu dipaksa sampaikan menangis-nangis seharian. Entah apalah yang Miyoung dah buat padanya.

"Sekarang. Kau tidur. Kejap lagi eloklah tu," ujar Miyoung lagi. Sehun menahan Miyoung daripada pergi dan terus memeluknya.

"Temankan.. Aku sejuk.." rayunya.

Sehun merehatkan kepalanya pada bahu Miyoung. Miyoung jadi tak keruan dibuatnya. Dia tak dapat bergerak.

Tangannya perlahan-lahan mendodoi Sehun supaya tertidur. Dia dapat rasa kehangatan tubuh Sehun, hasil daripada demam yang dia dapat kerana tidur ditepi pantai tanpa khemah. Dan tak lama selepas itu, keduanya tertidur lagi.

...

Tuan dan Puah Oh tiba dibanglo mereka setelah menziarahi keluarga Bae. Mereka pulang sebentar sahaja kerana ingin mengambil pakaian. Harini, mereka akan menginap di villa keluarga Bae.

Masuk sahaja ke dalam rumah, mereka disapa dengan para pembantu yang sudah pun berkumpul disana. Mereka juga perasan ada sebuah kereta milik keluarga Bae berada disana. Tapi mereka tak tahu milik siapa.

"Butler. Kereta dengan luar tu, siapa yang datang?" soal Tuan Oh.

"Tuan Muda Sehun, Tuan." jawabnya.

"Sehun?!" Puan Oh nampaknya terkejut. Setahunya, Sehun jarang nak balik ke rumah keluarga kecuali atas sebab-sebab tertentu.

"Ya. Dan Tuan Muda Sehun pun nampaknya tengah sakit, Puan." sambung pembantu yang lain. Benar tekaan Puan Oh. Sakit adalah salah satu sebab Sehun akan memunculkan diri dirumah. Barangkali kerana dia lebih selesa menginap ditempat yang familiar dengan dirinya.

"Awak pergilah ke bilik dulu. Saya nak sediakan makanan untuk Sehun," ujar Puan Oh, gembira. Bukan gembira kerana Sehun sakit, tapi kerana ini peluang untuk dia membaiki hubungannya dengan Sehun.

Tuan Oh setuju. Tapi tak lama selepas itu, dia turut sama membantu isterinya. Dia menolong membawa bubur sementara isterinya berjalan mendahului. Sampai dihadapan bilik, Puan Oh masuk.

Namun, mereka disapa dengan pemandangan asing. Sehun sedang tidur bersama seorang gadis diatas katil.

"Urm. Itu kawan Irene kan awak?" soal Puan Oh. Tuan Oh menilik wajah Miyoung kemudian mengangguk.

"Ya. Kim Miyoung kan?" balasnya. Puan Oh menghela nafasnya panjang. Dia mendekati mereka lantas meletakkan makanan tersebut ke tepi mangkuk bubur yang dimasak oleh Miyoung tadi.

Tak tahu lah apa perasaan yang tepat untuk digambarkan sekarang. Sehun yang dipeluk oleh Miyoung dan bukannya sebaliknya. Seolah-olah gadis itu yang mendodoinya.

"Mereka.. bercinta ke?" soal Tuan Oh. Setahunya, Sehun mana pernah berhubungan dengan mana-mana wanita.

"Molla. Tapi nampak macam rapat," balas isterinya.

Sehun bergerak, membuatkan Tuan dan Puan Oh menahan nafas. Tapi anak lelaki itu mereka cuma membetulkan posisi tidur sahaja.

"Jom lah kita keluar. Biarkan mereka berehat. Nanti Sehun marah pula," cadang Tuan Oh. Puan Oh sepertinya ingin menolak tapi dia terpaksa juga bersetuju.

Dia tak mahu orang asing tahu akan hubungan sebenar keluarga mereka. Biarlah ianya menjadi rahsia dahulu sebelum dia pastikan samaada Miyoung boleh dipercayai atau tidak.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top