Part 23

Triple update 💛

"Sehun-Sehun!" jerit Miyoung sambil cuba melepaskan pegangan tangan Sehun.

Kerana tak mahu Miyoung lari semula kepada lelaki bermata biru, Sehun terus mendukung Miyoung. Terkejut separa mati Miyoung dibuatnya. Tekad sangat ni.

"Sehun kalau kau tak turunkan aku-"

Sehun berhenti sebentar lalu memandang Miyoung.

"Apa lagi?" soal Sehun.

"Aku gigit hidung kau sampai putus," balas Miyoung. Sehun terus menurunkan Miyoung.

"Heh. Tahu takut," bisik Miyoung. Sehun pula masih dalam mood cemburunya.

"Apa tadi tu? Yang kau tiba-tiba serang diorang tu kenapa? Diorang bukannya jahat pun!" marah Miyoung. Sehun terus bercekak pinggang. Dia menjeling tajam kearah Miyoung.

"Tak jahat? Dia sentuh kau sesuka hati! Itu tak jahat?!"

"Kitorang kawan!"

"Baru jumpa harini dah berkawan?!"

"Salah ke?"

"Yelah salah!"

"Kenapa salah?"

"Salah sebab kawan mana boleh pegang-pegang sesuka hati!"

"Habistu kau boleh pulak?"

"Ya!"

"Oh Sehun! Kau cemburu ke?"

"Ya! Aku cemburu!"

Kedua Sehun dan Miyoung terus terdiam. Sehun dah terlepas cakap nampaknya. Lelaki itu gugup sekarang. Bibirnya bergerak ingin mengatakan sesuatu namun suaranya tak terkeluar. Miyoung mengerdipkan matanya beberapa kali, tak percaya dengan pengakuan Sehun.

Seketika, gadis itu ketawa. Sehun sampai bingung melihatnya.

Miyoung tahu dia tak patut seramah ini dengan Sehun tapi dia rasa tahap angau Sehun ni dah melebihi langit. Kadang jadi comel pun ada bila Sehun seolah-olah merayu perhatian kepadanya.

"Miyoung?"

"Kau tahu tak kau nampak comel sangat bila cemburu?" ujar Miyoung sambil mengusik Sehun. Dia menyiku lengan Sehun sambil tersenyum-senyum.

"Co..Comel?"

"Relaks lah. Kita bukannya ada hubungan pun sampai kau nak cemburu macam ni. Kau ni lawak lah," sambung Miyoung. Sehun menghela nafasnya perlahan. Tak ada hubungan. Ini yang buatkan dia semakin nak dapatkan Miyoung.

"Tapi.. aku suka tengok kau cemburu macam ni. Lain kali buat lagi. Macam anak anjing. Woof woof," Miyoung tiba-tiba sahaja menyalak seperti anak anjing dihadapan Sehun. Sehun terkejut.

"Maknanya kau suka aku ke?" soal Sehun. Miyoung tak mengangguk mahupun menggeleng. Dia cuma menjongketkan bahunya.

"Yahh aku tanya ni. Kau suka aku tak?" soal Sehun lagi.

"Erm.. Aku- Wah alien datang serang bumi! Tengok sana!"

Entah Sehun ni mudah terpedaya atau dah terlalu buta dengan cinta, dia terus menoleh kearah yang ditunjuk oleh Miyoung. Saat itu, Miyoung mengambil kesempatan untuk lari.

"Mana? Tak ada pun?" Sehun bingung. Bila dia kembali memandang ke hadapan, Miyoung dah pun tiada. Sehun termangu.

"Aku dah diperbodohkan oleh dia ke?"

...

Miyoung, Irene dan Seulgi sekarang sedang bermandi-manda didalam laut sambil diapungkan oleh pelampung. Semasa dimarahi Junmyeon tadi, Irene terus menangis supaya lelaki itu berhenti. Dia dengan tidak bersalahnya meminta Junmyeon agar melupakan sahaja apa yang telah dia lakukan.

Akhirnya, dia kembali ke pantai dengan alasan mahu meluangkan masa bersama sahabat-sahabatnya itu. Junmyeon sekarang sedang memerhati mereka bersama dengan Sehun dan Jongin. Sikap posesif Junmyeon dan Sehun nampaknya sudah keluar sekarang.

"Korang! Jom lah join!" teriak Seulgi, riang. Junmyeon, Sehun dan Jongin tidak bereaksi. Mereka lebih memilih untuk berjemur dibawah matahari sahaja.

Mereka bercadang ingin menaiki banana boat sekarang. Cumanya, mereka tak nak naik bertiga sahaja.

"Seul! Pergi ajak lagi sekali lagi!" arah Irene. Seulgi mengangguk. Gadis itu keluar dari air dan berlari kearah Jongin.
Kaca mata lelaki itu dilepas.

"Weh! Apa ni!"

Seulgi terus menarik Jongin supaya berdiri.

"Cepatlah! Kitorang nak naik banana boat!" rayu Seulgi.

"Daripada kau naik banana boat yang tu, baik kau naik banana boat aku," balas Jongin, malas. Seulgi berkerut, memikirkan sebentar ucapan Jongin teus. Malas nak panjangkan masalah, Seulgi mengabaikannya.

"Yang tu lain hari. Cepatlah! Dah nak turn kitorang ni!" Paksanya. Seulgi menarik Jongin pergi dari sana sekuat hati.

Irene pun sama datang memaksa Junmyeon. Lelaki itu masih merajuk nampaknya. Irene merayu-rayu sehinggalah Junmyeon mengalah. Mereka berdua berpegangan tangan mengikuti Seulgi dan Jongin.

Miyoung yang sedang berseronok itu juga terus menerpa Sehun. Dia memegang lengan sasa lelaki itu sambil tersenyum menampakkan giginya.

"Sehun, jomlah! Nanti turn kita orang lain ambil!" Ujarnya. Sehun tak banyak songeh dan terus mengikuti Miyoung walaupun dia masih sakit hati kerana ditipu tadi.

Sehun menolong memakaikan jaket keselamatan kepada Miyoung. Keduanya bertentangan mata seketika.

"Giliran kita! Cepat naik!" teriak Irene, paling bersemangat.

Sehun naik dan berada dibelakang Miyoung. Secara refleks, Sehun memeluk pinggang Miyoung kuat supaya gadis itu tidak terjatuh.

Bot mereka bergerak sekarang. Awalnya perlahan dan kemudiannya memecut ditengah laut. Mereka menjerit keriangan sehinggalah saat bot melakukan pusingan, banana boat yang mereka naiki terbalik. Masing-masing terjatuh ke dalam air secara paksa seperti yang dijangka.

Untunglah, jaket keselamatan menyelamatkan mereka daripada tenggelam. Timbul sahaja keatas, Miyoung terus berpaut pada manusia yang berada dihadapannya.

Sehun.

Miyoung berbatuk-batuk seraya memeluk leher lelaki itu. Dia memandang Sehun yang tampak begitu kacak dengan rambut yang basah dan tidak serapi tadi. Boleh dikatakan sebagai keindahan dunia. Tak sampai beberapa minit, dia ketawa kerana terlalu seronok.

"Second round!!" Jerit Miyoung sebelum sempat Sehun mengatakan sesuatu. Irene dan Seulgi menyahut setuju.

Irene pun sedang bergantung pada Junmyeon sementara Seulgi, nampak macam sedang melemaskan Jongin. Sebelum bot tadi kembali, Miyoung melepaskan keluhan gembira.

"Miyoung..."

"Yah Oh Sehun! Cubalah jangan ketat sangat. Gembira lah sikit. Kita tengah berseronok ni!" ujar Miyoung sambil menggosok kepala Sehun dengan kasar. Dia dah lupa diri agaknya. Hakikatnya, inilah Miyoung yang sebenar.

Yang kasar dan tak peduli pasal sekeliling. Bukannya yang lemah dan tak berdaya.

Sekembalinya bot tadi, mereka terus meminta untuk melakukan pusingan kedua. Sedar tidak sedar, Miyoung dan Sehun sudah melakukan skinship lebih daripada yang mereka boleh bayangkan.
Berpegangan tangan, berpelukan, saling mengelus rambut yang berantakan, mengelap wajah satu sama lain akibat air laut dan lain-lain.

Sehun dan Miyoung sempat berkongsi ais-krim setelah penat bermain. Boleh dikatakan, Sehun menjaga Miyoung dengan penuh teliti disini. Dia tak membiarkan Miyoung kedinginan, kelaparan atau dikacau oleh sesiapa pun.

Bahkan saat ada habuk memasuki mata Miyoung, Sehun yang menolong meniup mata gadis itu supaya Miyoung tidak kesakitan.

Sehun pun rela dijadikan mangsa untuk ditimbus dengan pasir saat mereka membuat istana pasir. Semuanya atas permintaan Miyoung.

Demi Miyoung, Sehun rela digunakan.

Mereka sudah berada dipantai sehinggalah waktu menjelang petang. Seharian disana, mereka bersuka-ria sampai tidak ingat dunia. Matahari hampir tenggelam.

Miyoung berdiri di tepi gigi pantai sambil meminum air kelapa. Dia menggigil kecil saat angin menerpa tubuhnya. Patutnya dia pergi mengambil kardigan yang berada di bilik simpanan dipantai itu.

Tatkala itu, Sehun datang dan membalut tubuh Miyoung dengan tuala. Baru je dia rasa sejuk, Sehun dah datang tolong hangatkan walaupun tidaklah seberapa. Sehun cuma berdiri disebelahnya sambil menikmati pemandangan yang damai itu.

"Tak sangka matahari nampak cantik sangat waktu-waktu macam ni," ujar Sehun, kagum. Ada sinar dimatanya. Miyoung menjeling sekilas memandang sisi wajah Sehun yang nampak seperti ukiran paling terindah itu.

"Kau mesti dah selalu tengok kan? Maklumlah, kau kan duduk UK dulu. Pantai-pantai dekat sana mesti lagi cantik kan?" balas Miyoung. Sehun menggeleng kecil.

"Entah. Ini kali pertama aku datang pantai. Dan tengok matahari terbenam," jawab Sehun. Miyoung tahu Sehun tak menipu dari riak wajah lelaki itu. Bibirnya dimuncungkan untuk bertanya sesuatu.

"Ini kali pertama? Kau pergi mana sebelum ni? Takkan lah girlfriend kau tak pernah ajak kot?" soalnya, tak percaya.

"Aku terlalu sibuk untuk buang masa macam ni. Dan aku tak ada girlfriend. Jangan risau, posisi kau sebagai calon isteri aku masih ditangga pertama," jawab Sehun. Pipi Miyoung merona merah. Cepat-cepat gadis itu menoleh kearah lain.

"A-apa lah kau. Ma-mana ada pergi pantai buang masa. Tadi.. Tadi kau pun seronok kan?" Miyoung cuba untuk mengabaikan kata-kata terakhir Sehun itu. Sehun berdecit.

"Nae. Aku seronok. Itu pun sebab kau ada," jawab Sehun dan terus memandang kearah Miyoung.

Miyoung jadi salah tingkah saat sinaran matahari memancar ke wajah Sehun sehingga membuat lelaki itu seolah-olah malaikat yang dikirimkan ke dunia secara tidak sengaja.

Dia mengundur ke belakang kerana gugup dan secara tak sengaja terlanggar kaki sendiri. Hampir sahaja dia terjatuh sebelum disambut oleh Sehun. Pinggangnya dipegang kemas oleh Sehun.

Sehun mendekatkan wajah mereka sambil tersenyum. Makin merona wajah Miyoung. Buah kelapa didalam tangannya didakap semakin kuat. Hampir-hampir lagi mereka berciuman disana. Tapi Sehun terus melepaskan Miyoung sambil menggeleng kecil.

Tidak. Dia boleh sahaja mencium Miyoung disini, namun dia tak mahu Jongin berserta Irene nampak.

"Kau tak nak ikut diorang makan? Diorang dah siap buat unggun api tu," ajak Sehun. Miyoung berpura-pura batuk seraya menoleh ke belakang, memandang yang lain. Dia rasa malu pula. Mati-mati ingat Sehun nak cium tadi. Kalau Sehun fikir yang dia gatal macam mana? Jatuh maruah dia.

"Nak!" jawab gadis itu. Sehun tersenyum. Dia terus menggenggam tangan Miyoung menuju ke sana.

Tapi saat mereka berada semakin hampir dengan unggun api, Sehun melepaskan pegangan dan berpura-pura tiada apa yang terjadi antara mereka.

"Miyoung! Ini marshmallow kau! Sinilah cepat! Kau pergi mana tadi?" Jerit Seulgi.

"Ada je ni! Pergi tengok ketam masuk rumah. Kejap-kejap!" balas Miyoung dan berlari kearah bertentangan dari Sehun. Dalam diam, dia memerhati Sehun yang sedang mengeringkan rambutnya itu.

Rasanya, dia dah mula menyukai lelaki itu.

....

Malam menjelma. Junmyeon datang membawa gitar yang dipinjam dengan orang tempatan. Mereka berkumpul disekeliling unggun api sambil mendengar Junmyeon dan beberapa orang tempatan mendendangkan lagu.

Miyoung mengikut rentak mereka dengan bertepuk tangan, menunjukkan sokongan. Sesekali dia menjamah marshmallow yang dibakar oleh Seulgi.

Mereka berada terlalu lama dihadapan unggun api sampaikan rambut yang tadinya basah pun dah mengering. Miyoung menukar bajunya kepada dress pendek separas paha. Boleh masuk angin dia kalau pakai bikini sepanjang hari.

Dia memerhati sekeliling dengan senyuman manis. Masing-masing berada dengan pasangan sendiri. Ada yang sedang berpelukan menikmati lagu daripada Junmyeon, ada yang sedang saling menyuap dan ada yang sekadar menatap satu sama lain dengan penuh cinta.

Bosan.

Dia perhati pula pada tempat duduk Sehun. Lelaki itu tiada disana? Miyoung terus bangun dan pergi mencarinya. Dia nampak Sehun sedang berjalan-jalan ditepi pantai bersendirian.

Kerana tak betah duduk disana sendirian, Miyoung terus mengekori Sehun. Dia diam-diam memerhati Sehun dari belakang.

Miyoung menunduk ke bawah, memandang tapak kaki Sehun yang membekas diatas tanah. Dengan berkaki ayam, dia terus memijak tapak kaki tersebut tapi bukan untuk menghapusnya.

Miyoung sedang mengukur saiz kakinya dengan Sehun. Dia tersenyum sendiri saat melihat betapa kecilnya saiz tapak kakinya nak dibandingkan dengan Sehun.

Sementara Sehun, dia sebenarnya tengah melayan perasaan sendiri. Dah lama dia tak rasa setenang ini. Satu hari dimana dia boleh melupakan semua masalah negara.

Sehun berhenti menapak saat terasa seperti ada yang sedang mengekorinya. Bila dia toleh ke belakang, dia terkejut saat ternampak Miyoung.

Bila dia toleh ke bawah, dia nampak Miyoung yang sedang bermain-main dengan tapak kakinya seperti anak kecil. Sehun tersenyum lalu dengan sengaja membesarkan jarak langkahnya supaya Miyoung perlu bersusah-payah mengejarnya.

Wajah Miyoung berubah saat dia perlu menapak dua kali lebih besar daripada biasa. Sehun pula seronok melihat wajah Miyoung yang berkerut itu.

Dia tak jadi untuk membelakangi Miyoung dan terus menukar arah menghadap Miyoung. Bingung Miyoung dibuatnya bila tapak kaki Sehun tiba-tiba menghadapnya. Bila dia dongak, matanya terus bertemu Sehun.

"Dah puas main? Stalker?" sindir Sehun. Miyoung berdecit. Dia pula dituduh stalker.

"Aku bosan ada dekat sana. Diorang mencemarkan pemandangan mata aku," luahnya. Miyoung terus memeluk tubuh, tak berpuas hati.

"Oh. Rindu aku rupanya," balas Sehun. Sengaja dia nak mengusik Miyoung.

"Hei! Suka hati kau je putar belit ayat aku," ujar Miyoung, tidak berpuas hati.

"Ceh. Rindu cakap je sayang. Tak perlu malu-malu."

Miyoung mendengus kasar.

"Kau buat apa sorang-sorang tepi pantai ni? Tak takut ke? Gelap-gelap ni?" soal Miyoung, terus menukar topik.

"Saja nak cari duyung. Mana tahu boleh ajak kahwin," jawab Sehun.

"Kau nak ajak duyung kahwin?"

"Yelah. Dah dugong depan aku ni tak nak."

Buk!

Miyoung terus menumbuk belakang badan Sehun dengan kuat.

"Aku bukan dugong lah!"

"Tak cakap pun kau. Kalau terasa tu yelah- Aduh!!"

Makin menjadi-jadi pula tumbukan Miyoung. Tapi tumpuannya terus terganggu saat melihat cahaya bulan yang memancar dipermukaan air laut. Mulut Miyoung ternganga.

"Omo. Yeppeuda.." pujinya.

"Kau memang cantik," balas Sehun.

"Ish! Bulan tu lah."

"Yelah. Kau bulan aku."

"Suka sangat bagi pickupline tak menjadi kan?"

"Kalau tak menjadi, kenapa blushing?"

Miyoung hampir tersedak.

"Eh. Ini sebab penat. Penat kejar kau tadi," dalihnya. Sehun ketawa. Dia terus mencangkung dihadapan Miyoung dan menepuk bahunya.

"Apa?" soal Miyoung.

"Naiklah. Aku dukung kau. Kata penat?" tawarnya.

"Jangan mengadalah. Bangun sekarang Sehun!"

"Naiklah. Bukannya ada orang nampak pun. Kau pun untung sebab tak payah jalan," tegasnya lagi. Miyoung menghela nafasnya.

Dia terus memeluk leher Sehun dengan kemas dari belakang. Sehun segera berdiri dan membuatkan Miyoung memaut kakinya pada perut Sehun. Sehun pula menyokong paha Miyoung dengan lengannya agar gadis itu tidak terjatuh.

"Kau cakap tak pernah datang pantai dan tak ada girlfriend sebelum ni. Kenapa? Sibuk sangat ke? Kau jual dadah eh?" Duga Miyoung. Sehun rasa nak je campakkan diri dalam air laut sekarang disebabkan pertanyaan dungu Miyoung.

"Aniyo, sayang. Aku ada hal lagi penting nak buat dari tu. Mana sempat aku nak cari girlfriend dekat sana. Lagipun perempuan inggeris banyak sangat songeh," jawabnya. Miyoung tersenyum sinis.

"Yelah tu."

"Sumpah tak tipu. Aku bercakap dengan perempuan pun tak pernah, kecuali kau."

"Irene?"

"Itu tak kira la. Dia kan adik sepupu aku."

"Kira sweet lah tu? Konon aku orang pertama yang bercakap dengan kau?"

"Hm. Kalau kau tak muncul dekat rumah Irene haritu, mungkin sampai sekarang aku masih tak tahu cara bersosial dengan orang selain lelaki," ujar Sehun.

"Wah. Syukur. Oh Sehun dah jadi manusia akhirnya," sindir Miyoung.

"Eh tapikan. Kalau macam tu, aku ni first love kau lah?!" jerit Miyoung ditelinga Sehun. Nasib baik tak pekak anak orang tu.

"Aww! Dah bagi hint banyak kali pun masih tak faham. Apalah nasib aku ni," rungut Sehun. Miyoung mencubit pipi Sehun dengan geram.

"Bagi hint buat apa aku bukan google nak tahu semua tu. Dasyat jugak aku ni eh? Dapat jadi first love seseorang," ujar Miyoung, gembira.

"Kau tengah senyum ke tu? Aku tak nampak ni?"

"Tak. Aku tengah marah. Kau rasa?"

"Rasa macam ada orang tu dah mula terbuka hati nak terima aku. Betul kan?"

"Silakan berdoa Encik Oh. Manalah tahu doa tu dimakbulkan."

"Kalau macam tu, hari-hari aku akan berdoa supaya kau terima aku. Aku serius ni."

'Ye. Aku tahu.' Miyoung bermonolog dalam hati.

Mereka kembali ke tempat berkumpul tadi dan duduk bersebelahan. Nampaknya tak ada yang perasan mereka menghilang seketika tadi.

Sesi perkumpulan mereka diteruskan dengan slot cerita hantu pula. Banyak kali juga para gadis menjerit ketakutan kerana disergah.

Beberapa kali Miyoung dikenakan oleh orang-orang disana sampaikan matanya berair. Kalau sekali dua boleh lah, ini sampai berkali-kali dia yang jadi mangsa, sampai tak sempat jantungnya nak bertenang.

Sehun yang perasan akan hal itu terus membawa Miyoung pergi dari sana. Dia mengambil kain yang bakal digunakan sebagai pelapik dan membawa Miyoung duduk berdekatan dengan air.

Kain tadi dihamparkan diatas tanah dan dia menyuruh gadis itu duduk.

"Kau okey? Aku boleh pergi kerjakan diorang kalau kau nak?" soal Sehun. Miyoung menggeleng perlahan.

Sangka Sehun, Miyoung nak dia pergi kerjakan orang-orang itu namun Miyoung menghalang.

"Duduk lah. Aku cuma terkejut sikit je."

"Mana boleh sikit. Muka kau sampai pucat ni!" Sehun menekup pipi Miyoung sehingga membuat bibirnya muncung ke hadapan.

"Dah okey dah ni. Aku berani okey."

"Boo!"

"Argh!"

"Kata berani tadi?"

Miyoung terus mencubit lengan Sehun kerana geram. Sehun tersenyum sahaja menerima cubitan itu. Dia memandang Miyoung yang sedang merenung langit sekarang.

Sehun terus menolak Miyoung supaya berbaring dan sama-sama memandang langit. Keduanya diam untuk seketika.

Tak lama selepas itu, tangan Miyoung dihalakan keatas dan digerakkan seperti mengeja sesuatu.

"Buat apa?" soal Sehun.

"Tengah eja nama aku," jawabnya. Miyoung sedang menyambungkan titik-titik bintang sehingga membentuk namanya.

"Huh?"

"Macam ni.." Miyoung menarik tangan Sehun dan mengajarnya untuk mengeja namanya sendiri.

"Ini S..Ini E.. H..U..N.. Sehun.. Yang ini.. M..I..Y..O..U..N..G.. Miyoung.."

Miyoung tidak melepaskan tangan Sehun. Ada sesuatu yang bermain difikirannya. Pegangan tangan itu menjadi semakin kuat.

"Miyoung? Kalau nak pegang tangan cakap jelah.." ujar Sehun. Miyoung terus tersedar dari lamunannya.

Serentak itu, Sehun terus menekapkan bibirnya pada bibir Miyoung. Meskipun cuma sesaat, ciuman itu sudah cukup menggembirakan Sehun. Miyoung pula kekal dengan reaksi pura-pura tak pedulinya.

"Aku suka kau, Miyoung. Betul-betul suka kau," ujar Sehun.

Dan setakat itu sahaja perbualan mereka berakhir. Miyoung memilih untuk diam sampailah mereka tertidur disana beralaskan kain tadi. Miyoung tidur didalam dakapan Sehun dengan berbantalkan lengan lelaki itu.

Gadis membuka matanya sebentar untuk memandang Sehun yang sedang tidur dengan lena itu. Dia mengukir senyumannya kerana teringat dengan ciuman kilat Sehun tadi. Mana mungkin dia tunjuk depan-depan.

Dan mungkin dah tiba masanya untuk dia buka hatinya yang pernah tertutup rapat dahulu. Gadis itu kembali menutup matanya dan tertidur semula.

Giliran Sehun pula. Dia mencium dahi Miyoung dalam keadaan mamai sebelum membalut tubuh Miyoung dengan pelukannya.

Biarlah dia seorang yang terkena demam dan bukannya Miyoung.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top