Part 20

Beberapa minggu selepas temu janji tak terduga itu, tiba juga masa untuk meraikan anniversary syarikat Tuan Bae.
Keluarga Bae bersama Miyoung dan Seulgi akhirnya mendarat juga di bumi New Zealand. Mereka juga telah sampai di villa persendirian keluarga Bae.

Selain dari membeli tanah disini, keluarga Bae juga merupakan tuan tanah kepada pantai cantik disana. Ianya dibuka kepada orang tempatan untuk sama-sama menikmati pantai tersebut. Selalunya, orang yang membeli tanah disini bakal menjadikan pantai disana sebagai kawasan persendirian tapi berbeza dengan keluarga Bae.

Itu yang membuatkan Miyoung dan Seulgi suka dengan keluarga Bae. Mereka terlalu baik untuk dunia.

Miyoung dan Seulgi nampaknya terpegun melihat kecantikan pantai di negara orang itu. Mereka berdua asyik ternganga sejak tadi. Walaupun dah selalu merantau ke luar negara bersama Irene, mereka masih lagi tak dapat menghilangkan perasaan cepat kagum itu.

"Miyoung-ah! Jom tengok mat saleh hensem!" ajak Seulgi. Miyoung mengangguk setuju. Mereka dah bercakap tentang mencari teman lelaki yang seiras dengan Leonardo DiCaprio ataupun Johnny Depp dizaman muda sejak berada didalam kapal terbang lagi.

Dia membiarkan Seulgi dan Irene pergi terlebih dahulu kerana ingin memastikan begnya selamat dengan butler. Usai menyerahkan begnya, Miyoung kembali menoleh kearah pantai. Dia terkena silauan cahaya matahari sampai terpaksa menutup matanya.

Saat itu, Sehun terus memakaikan cermin mata hitamnya kepada Miyoung tanpa berkata apa-apa. Dia terus masuk ke dalam villa, meninggalkan Miyoung yang masih terpinga-pinga.

"Miyoung-ah! Palli!" jerit Seulgi.

"Oh? Nae! Kejap!"

...

Selesai mencuci mata dengan melihat lelaki inggeris yang hanya berboxer, Seulgi, Miyoung dan Irene kembali ke villa. Wajah mereka merah-merah kerana tersipu-sipu malu melihat abs-abs milik lelaki bermata biru disana. Dasar byuntae.

Sampai didalam rumah, mereka bertemu dengan ahli keluarga Irene yang lain. Mereka nampaknya dah terbiasa dengan kehadiran Miyoung dan Seulgi. Dah macam ahli keluarga sendiri.

"Cik Miyoung, Cik Seulgi, saya dah sediakan bilik cik berdua," ujar butler. Miyoung dan Seulgi mengangguk.

"Erm. Seul pergilah dulu. Aku nak guna tandas lah," ujar Miyoung. Seulgi mengangguk faham. Seulgi pergi terlebih dahulu bersama Irene dan butler sementara Miyoung menyelesaikan misinya.

Tak lama selepas itu, dia mencari butler untuk mengetahui keberadaan biliknya.

"Cik Miyoung. Saya dah sediakan bilik cik," ujar sang butler.

"Oh? Okey," balas Miyoung. Ini bukan butler yang menyapa dia dan Seulgi tadi. Tapi Miyoung ikutkan sahaja. Dia mengekori butler ke tingkat bawah dan sampai dihujung ruangan.

"Ini bilik Cik Miyoung."

"Gomawo," ujar Miyoung. Sebaik sahaja Miyoung membuka pintu bilik, mulutnya terus ternganga.

"Se-Sehun?"

Sehun memandang kiri kanannya kemudian mengangguk.

"Ya. Kenapa?"

"Kenapa kau ada dalam bilik aku?!"

"Bilik kau? Ini bilik aku lah,"

"Huh? Tapi butler- Encik butler!"

Jangan-jangan butler tersilap letak begnya disini. Miyoung menutup semula pintu dan pergi mencari butler. Dia perlu menukar bilik secepat mungkin.

"Butler-nim! Saya nak tukar bilik!" jerit Miyoung, kalut. Butler tersebut menoleh seraya ingin berkata sesuatu sebelum dicelah oleh Haechan, salah seorang sepupu Irene.

"Haechan ambil bilik gaming!" jeritnya. Butler terus menutup mulutnya sebentar.

"Maaf Cik Miyoung, nampaknya bilik dah penuh. Bilik gaming tu bilik terakhir sebelum Tuan Haechan ambil. Saya beredar dulu."

"Tapi.. tapi.. bukan ke saya sebilik dengan Seulgi-" Miyoung kecewa. Dia memandang sekeliling villa tersebut. Penuh dengan semua keluarga Bae. Nampaknya, terpaksalah dia berkongsi bilik dengan orang yang paling dia tak suka sekali.

Oh my god, they were roommates!

...

Miyoung memasamkan mukanya sambil duduk diatas lantai, mogok kerana tak dapat menukar bilik. Sehun yang sedang mengemas pakaiannya itu sesekali menoleh kearah Miyoung sambil tersenyum kecil.

Miyoung memandang beg Sehun yang persis sekali dengan beg Seulgi. Ini tak lain tak bukan butler tersalah anggap yang beg Sehun itu beg Seulgi. Yang Sehun pergi beli beg sama dengan Seulgi tu kenapa?!

"Tak nak simpan baju?" soal Sehun. Miyoung menjelingnya tajam.

"Tak nak!" balasnya, marah. Takkan lah dia nak keluarkan pakaiannya dan letak disebelah pakaian Sehun. Habis lah dia nanti. Manalah tahu Sehun ni pervert ke?

"Macam mana villa sebesar ni boleh ada satu bilik kecil yang tak ada sofa?! Mana aku nak tidur malam ni?!" rungutnya. Miyoung terus berdiri dengan geram.

Bilik punyalah besar, tapi satu kerusi pun tak ada. Yang ada cuma katil bersaiz King sahaja. Wutt?

(bilik ni macam bilik Cha Eung Sang dalam The Heirs. Depan kolam renang 🌚)

"Entahlah. Pergilah tanya uncle. Mintak dia datang tidur sini lepastu kau tidur dengan mak Irene," sindir Sehun. Miyoung mendengus kasar. Dia menarik bagasinya menuju kearah Sehun. Lantas, ianya diletakkan disebelah almari.

"Malam ni, kau tidur atas lantai," ujar Miyoung kepada Sehun.

"Hello? Katil ni aku cop dulu," balas Sehun, tak mahu mengalah.

"Ala mengalah lah sikit. Jebal?" Rayu Miyoung lantas memegang lengan Sehun. Dia menayangkan wajah aegyonya namun Sehun menolak.

"Kata suka aku. Takkan tak boleh nego?"

"Tak nak. Kalau kau nak jugak katil tu, kita kongsi. Kalau tak nak tak apa, kau tidur bawah," balas Sehun. Dia melepaskan tangan Miyoung seraya masuk ke dalam tandas. Miyoung mengetap giginya.

Dia kena sorokkan hal ni daripada Irene dan Seulgi. Habislah dia kena buli kalau mereka berdua tahu dia tidur sebilik dengan Sehun.

Sementara Sehun pula, dia sendiri tak sangka yang dia akan sebilik dengan Miyoung. Dia ingatkan beg lebihan itu beg salah satu ahli keluarganya yang lain. Bila Miyoung masuk tadi, nak tercabut jantungnya bila tahu yang Miyoung teman sebiliknya. Sehun boleh sahaja menjerit riang seperti fanboy tapi dia tahan.

Agaknya, kongsi bilik boleh buat diorang akur ke tidak?

to be continued

Villa ni macam rumah Kim Tan dalam The Heirs tu. Miyoung duduk dalam bilik Cha Eun Sang gitu. Bawah tanah. Tapi bukan bawah tanah sangat. Dia hujung bukit gitur. Lepas kolam renang tu ada ruang kecil sikit and then hujung tu terus laut :")

Lepastu villa ni tiga tingkat. Anggaplah Irene dengan Seulgi duduk tingkat ke tiga. Paham?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top