Part 16
Hari-hari berlanjutan seperti biasa. Sehun sekarang lebih gemar menginap dirumah keluarga Bae daripada penthousenya sendiri. Sebabnya, cuma dia dan Miyoung sahaja tahu.
Miyoung perasan dari hari ke hari Sehun pasti ada sahaja ulah untuk mendapatkan perhatiannya. Sampaikan dia pernah sengaja melanggar Miyoung supaya dapat memegang tangan gadis itu.
Ada hari tu, sewaktu Miyoung, Irene dan Seulgi sedang bermain ditepi kolam renang, Sehun sengaja berjalan ke sana dan mengenyitkan matanya kearah Miyoung. Tak pasal-pasal Miyoung tersedak dan terjatuh ke dalam kolam.
Ada pula saat dimana Sehun secara tiba-tiba pulang dengan membawa sejambak bunga ros ditangannya. Baru Miyoung nak perasan, Sehun tiba-tiba mengubah haluannya dan menyapa orang lain. Rupa-rupanya, dia memberikan bunga tersebut kepada pembantu rumah yang boleh digelar nenek oleh mereka. Sikit sahaja lagi Miyoung nak memalukan dirinya.
Sehun geli hati melihat ekspresi Miyoung. Dia sepertinya ingin mengejek gadis itu kerana perasan. Padahal, memang dia nak beri pada Miyoung, cuma dia sengaja nak mengusik sahaja.
Semenjak tinggal diistana keluarga Bae juga, Sehun lah yang menjadi pemandu kepada Miyoung dan Irene untuk ke kampus. Selalunya, Irene yang duduk didepan bersama Sehun kerana Miyoung memberi alasan yang dia masih tidak selesa dengan lelaki itu.
Irene juga tidak bertanya lebih. Gadis itu lebih peduli tentang temu janjinya bersama Junmyeon sahaja. Apalah nasib jadi bujang.
Sudah hampir masuk sebulan Miyoung tinggal bersama Irene. Secara tiba-tiba, Sehun berkelakuan normal. Tak ada perangai aneh. Tak ada prank bodoh. Tak ada percakapan tidak penting. Tak ada pertemuan dibelakang keluarga Bae secara diam-diam dan sebagainya.
Lelaki itu juga lebih fokus dengan kerjanya sepanjang Miyoung memerhatikan Sehun. Kadang-kadang, dia nampak Sehun yang terlalu lelah sampaikan tertidur diruang tamu. Tapi takkan lah dia nak tanya kan? Nanti Sehun fikir dia dah menyerah pula.
"Miyoung, hari ni aku balik dengan Junmyeon tau? Dia nak ajak pergi Lotte World," ujar Irene seusai selesai mengemas barang-barangnya. Miyoung termangu seketika.
"Kejap! Nak ikut!" pinta Miyoung. Kalau Irene tak balik dengan dia maknanya dia akan naik kereta bersendirian dengan Sehun. Tak nak lah dia.
"Apa? Ikut dating. Oh no honey. Jangan harap kau boleh menyibuk! Steven oppa bukan makan orang pun. Dahlah aku dah lewat ni baibai! Junmyeon-ah! Baeby datanggg!" Irene terus berlari mendapatkan Junmyeon yang sudah menunggunya diluar kelas.
"Yahh! Bae Irene! Irene! Irene jangan tinggal aku!!"
Miyoung menjerit memanggil nama Irene dengan cemas. Dia dalam dilema sekarang. Nak kejar Irene atau kemaskan barang-barangnya dulu? Miyoung mendengus kasar. Dia kembali ke tempat duduknya dan kembali mengemas.
Dalam hatinya dia mencarut dan meminta agar Sehun sibuk hari ini. Balik dengan bas pun jadilah asalkan bukan dengan Sehun.
Miyoung berjalan sendirian tanpa Seulgi kerana gadis itu tidak hadir hari ini. Seulgi mengalami demam campak katanya. Dulu waktu kecil Seulgi tak pernah rasa demam campak. Bila dah dewasa ni, tiba-tiba terkena pula. Kesian. Harapnya Seulgi cepat sembuh.
Miyoung menunggu dihadapan dewan utama, tempat dimana pelajar sentiasa menunggu selain perhentian bas diluar sana. Sehun masih belum hadir nampaknya. Kalau Sehun lewat lima minit lagi, Miyoung akan pergi sahaja menaiki teksi.
"Lama tunggu?" soal seseorang dibelakang Miyoung sambil tersenyum manis. Saat Miyoung menoleh, wajah gadis itu terus masam mencuka.
Sehun.
"Tak. Baru je," jawabnya dan segera mengalihkan pandangan. Tak mahu memandang Sehun.
"Aku park jauh sikit. Sorry. Jom?" ajak Sehun. Miyoung mengangguk. Sehun menghulurkan tangannya kepada Miyoung seperti meminta sesuatu.
"Nak apa?" tanya Miyoung.
"Beg. Biar aku pegang," jawabnya. Miyoung memandang Sehun dari atas ke bawah. Dia mulai kelihatan serba-salah.
"Tak apa. Aku boleh bawa sendiri," jelas gadis itu. Sehun menurunkan tangannya, tidak mahu memaksa Miyoung. Dia sepertinya sedikit kecewa. Terus dia pergi berjalan mendahului Miyoung.
Miyoung menjongketkan keningnya. Haih, dah putus asa? Apa ni? Sedangkan Sehun sebenarnya dah tersenyum-senyum.
Dia sengaja menghubungi Junmyeon supaya keluar dengan Irene hari ini agar dia dapat bersama Miyoung. Nasib baik Junmyeon sporting. Bagus bakal adik ipar, aku approved kau.
Sehun terus masuk ke tempat pemandu tanpa membuka pintu kepada Miyoung. Miyoung abaikan sahaja walaupun pada awalnya dia fikir Sehun akan membukakan pintu buatnya. Eh, dah kenapa macam mengharap sangat ni Miyoung?
"Pakai tali pinggang," arah Sehun, dingin. Miyoung memandang Sehun seketika, pelik dengan perangai Sehun.
"Kenapa?" tanya Sehun. Miyoung terus menggeleng. Dia terus menarik tali pinggang keledar dan memakainya. Secara tak sengaja, tangannya terlanggar tangan Sehun. Itu membuatkan bulu roma Miyoung naik. Entahlah seram atau perasaan lain.
"Aku ada kerja sekejap. Kau ikut aku pergi pejabat dulu boleh?" pinta Sehun. Miyoung mengangguk perlahan.
"Tapi jangan lama-lama sangat,"
"Ya. Sekejap je."
...
Sampai di pejabat, Miyoung duduk diatas sofa sementara Sehun menyiapkan kerjanya. Dia bermain sebentar dengan telefon untuk menghabiskan masanya. Kadang-kadang, dia memandang sekeliling, memerhati deco pejabat Sehun.
Dia menghembus nafasnya dengan kuat kerana bosan. Sesekali, Miyoung memandang kearah Sehun. Fokus benar lelaki itu. Perlahan-lahan, Miyoung bangun dan mendekati Sehun. Dia memerhati kerja Sehun.
Entah lah berapa lama dia memandang skrin komputer sampai dia tidak sedar pun yang kepalanya dah melebihi kepala Sehun sehingga menghalang pemandangan lelaki itu. Miyoung menoleh ke sebelah saat terasa hembusan nafas pada pipinya. Terus dia berdiri tegak sebaik sahaja tersedar.
"Mian.." ujar Miyoung, kekok.
"Kalau lapar, boleh pergi ambil makanan dekat pantri. Komputer ni tak boleh dimakan. Aku pun tak boleh dimakan," kata Sehun, tenang. Miyoung mengangguk meskipun kesal mendengar ayat terakhir Sehun.
"Kerja kau lambat lagi ke?" soal Miyoung.
"Kenapa? Tak selesa duduk lama-lama dengan aku?" usik Sehun. Miyoung tak menjawab.
"Aku dah kata Miyoung. Selagi aku tak dapat kebenaran kau, aku tak akan apa-apa kan kau," sambung Sehun.
"Aku.. pergi makan kejap."
Miyoung terus keluar dari sana, malas nak membalas kata-kata Sehun. Jantungnya berdegup kencang sekarang. Dia takut yang dia tak boleh percayakan Sehun sahaja.
Miyoung mendekati pantri sambil memasukkan segala biskut mahal yang ada disana ke dalam poketnya. Sambil-sambil itu dia meronda. Cantik juga tempat ni.
Kemudian, dia kembali ke pejabat Sehun dengan diam dan duduk semula diatas sofa. Miyoung memandang kearah bunga ros yang berada didalam pasu bunga bersebelahan dengannya. Dia mencium bau bunga itu sambil tersenyum.
"Itu untuk kau. Kalau kau suka.." ujar Sehun. Miyoung tak menjawab. Tapi mana Sehun tahu dia suka bunga ni?
...
Malam menjelma. Miyoung sudah pun tertidur diatas sofa semasa menunggu Sehun. Tak mahu menganggu gadis itu, Sehun menyelimutkan Miyoung dengan bajunya. Dia duduk disebelah Miyoung, memerhati gadis itu.
Sehun mengamati wajah Miyoung. Gadis itu terlalu cantik baginya. Macam mana seorang lelaki berusia 27 tahun sepertinya yang tidak pernah terpikat dengan mana-mana gadis sebelum ini, tiba-tiba terperangkap dengan Miyoung?
Sehun menyandarkan badannya pada sofa dan perlahan-lahan turut sama tertidur. Tak lama selepas itu, Miyoung tersedar. Dia terus menolak Sehun kerana terlalu terkejut.
"Apa kau nak buat dengan aku?!" jerit Miyoung. Dia mengambil jaket Sehun dan melibas badan lelaki itu dengan kuat.
"Hei hei! Aku tak buat apa-apa lah!" jerit Sehun pula. Miyoung berhenti dan menilik dirinya yang masih berpakaian itu. Terus dia menyerahkan jaketnya kepada Sehun.
"Ma-Mana tahu.."
"Mana tahu apa? Rogol kau? Aku bukannya murahan sangat, Miyoung."
"Habistu yang nak beli aku bagai tu? Bukan macam sugar daddy lagi ke tu?"
"Sugar daddy sugar daddy. Aku sugarkan mulut kau dengan mulut aku baru tahu," ugut Sehun, geram. Lagi-lagi bangkitkan hal itu. Miyoung terus menjarakkan dirinya dari Sehun. Sehun menggulingkan bebola matanya, menyampah. Dia melempar jaketnya kepada Miyoung sehingga menutupi kepala gadis itu.
"Pakailah. Malam-malam ni sejuk. Mana tahu tiba-tiba ada tangan pucat pegang kau dalam lif nanti," usik Sehun lagi. Terus Miyoung memakai jaket tersebut dengan tergopoh-gapah.
"Jangan bergurau lah! Tak lawak!" marah Miyoung, takut.
"Cakap je okey? Hahaha. Bukannya ada hantu-" Sehun berhenti mengusik tapi meneruskan tawanya.
Sebelum keluar, Miyoung diam-diam mengambil sekuntum bunga ros dari pejabat Sehun untuk dibawa pulang.
Mereka sama-sama keluar dari ofis yang gelap-gelita itu. Sepanjang perjalanan, Miyoung berada dibelakang Sehun sahaja. Gadis itu memerhati sekeliling dengan takut-takut.
Saat itu, dia terdengar bunyi barang terjatuh disebelahnya. Miyoung terus menjerit kerana terkejut.
"Opocot!"
Dia tersadung kakinya sendiri dan terus memeluk lengan Sehun.
"Omma jangan kacau aku.. Aku tak kacau kau.. Please pergi jauh-jauh.. Huaaa.." rayu Miyoung sambil memejamkan matanya. Sehun terkebil-kebil memandang gadis itu. Tapi dia suka adalah bila Miyoung takut macam ni.
Sehun memandang sekeliling dan ternampak kucing milik pengawalnya yang sedang bermain-main disana. Dia menggeleng kecil.
"Shh.. Tak ada apa-apalah," ujar Sehun.
Dia menuntun Miyoung masuk ke dalam lif dan segera menekan butang G untuk turun ke bawah. Dia perlu memaklumkan hal kucing tadi kepada pengawal nampaknya. Sepanjang didalam lif, Miyoung memegang erat lengan Sehun dan langsung tak mahu membuka matanya.
"Dah sampai bagitahu," pinta Miyoung.
"Iya," jawab Sehun.
Pintu lif terbuka juga. Tanpa meminta kebenaran, Sehun terus mendukung Miyoung dan membawanya ke tempat parking kereta. Miyoung menjerit kecil. Dia membuka matanya.
"Kau nak buat apa?!" soal Miyoung dengan wajah yang merah merona. Nasib baiklah orang-orang sudah berkurangan pada waktu sebegini.
"Selalu fikir negatif pasal aku. Kalau nak tunggu kau buka mata, esok agaknya. Hantu pun malas nak layan kau," jawab Sehun. Miyoung memeluk erat leher Sehun supaya tidak terjatuh.
"Lain kali aku tak nak dah datang sini sampai malam," ujar Miyoung.
"Kenapa? Takut hantu ke takut aku?" soal Sehun.
"Dua-dua. Dua-dua boleh buat sakit jantung," balas gadis itu. Sehun ketawa. Dia menurunkan Miyoung disebelah kereta.
"Sakit jantung eh? Susahlah. Aku pun ada satu je jantung kalau nak bagi kau. Kenapa tak nak sakit buah pinggang je? Boleh aku bagi lagi sebelah. Jadilah soulmate gitu."
"Belum tentu sepadan! Jangan perasanlah!" Marah Miyoung dan terus masuk ke dalam kereta.
"Ha dah merajuk dah. Belum couple dah merajuk macam ni. Nanti dah sah macam mana lah agaknya."
"Siapa entah nak sah-sah dengan kau."
"Kau lah. Tunggu je. Dalam dua tiga tahun nanti, dekat jari manis kau tu, ada cincin kita," kata Sehun dengan penuh yakin. Miyoung ketawa sinis.
"Eleh. Cincin tikam lah tu," balas gadis itu.
"Tikam pun tikam lah. Asal kau jadi isteri aku," kata Sehun seraya menghidupkan keretanya.
"Confident eh kau dapat jadi suami aku? Entah-entah lepas aku graduate nanti, kau pun dah jumpa pengganti," ujar Miyoung pula. Sehun menggeleng kecil.
"Aku yakin. Tapi kau pun kena janji dengan aku, jangan jumpa lelaki lain selain aku," kata Sehun, serius.
"Asal aku nak kena janji dengan kau? Takde-takde. Aku tak janji."
"Kalau macam tu, aku yang akan pastikan kau tak akan jumpa mana-mana lelaki selain aku."
"Hei apa main ugut-ugut ni? Psiko?"
"Well, you got me feeling like a psycho. Tapi aku bukan psiko. Aku cuma sayang je. Protective."
"Yelah tu, Encik Oh Sehun. Teruskan mengarut."
"Sama-sama Puan Oh Miyoung."
"Jangan berani nak tukar nama keluarga aku lah!"
Sehun ketawa. Dia mengelus kepala Miyoung namun disambut dengan tamparan kasar oleh gadis itu. Sehun menggeleng-geleng kecil.
Dia mulai memandu pulang. Sepanjang perjalanan, Sehun asyik memandang Miyoung yang sedang merenung ke jalan. Sehun terus memutarkan lagu pada radio kerana tak mahu membuat Miyoung berasa tidak selesa.
Can I call you baby?
Can you be my friend?
Can you be my lover up until the very end?
Kebetulan, lagu kegemaran Sehun keluar. Dia mulai bersenandung kecil sambil menggerakkan jari-jemarinya pada stereng. Miyoung pun sama. Perlahan-lahan, kaki dan kepalanya bergerak mengikut rentak.
Let me show you love, oh, I don't pretend
Stick by my side even when the world is givin' in, yeah
Oh, oh, oh, don't
Don't you worry
I'll be there, whenever you want me
I need somebody who can love me at my worst
No, I'm not perfect, but I hope you see my worth
'Cause it's only you, nobody new, I put you first
And for you, girl, I swear I'll do the worst
If you stay forever, let me hold your hand
I can fill those places in your heart no else can
Let me show you love, oh, I don't pretend, yeah
I'll be right here, baby, you know I'll sink or swim
Miyoung menoleh ke arah Sehun seusai Sehun selesai menyanyikan bait-bait lagu tersebut. Entah kenapa, dia rasa Sehun menujukan lagu tersebut kepadanya.
Tolong beritahu dia yang pipinya tak blushing sekarang? Sesiapa?
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top