Part 15
Tengah malam, seperti yang dijangka, Miyoung terbangun saat perutnya berkeroncong kuat kerana lapar. Irene sudah pun berada disebelahnya, tidur dengan nyenyak.
Miyoung turun ke bawah untuk mencari makanan seperti pencuri. Bukan perkara aneh pun untuk dia meronda-ronda didalam rumah Irene pada waktu malam seperti ini. Tekaan Tuan Bae benar. Miyoung memang tak asing lagi dengan istana ini.
Sebaik sahaja sampai didapur, Miyoung terus menuju ke peti sejuk. Dia mengambil air tanpa berasa curiga langsung dengan keadaan dapur yang cerah itu.
Sebaik sahaja dia menoleh, Miyoung terkejut saat melihat Sehun sedang menuju kearahnya dalam pakaian tidur satinnya. Badan tegap Sehun terbentuk disebabkan kain baju tidurnya itu. Tak dinafikan, lelaki itu memang menawan. Sehun nampak selamba sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Bahkan, dia sedang mengambil air dari dalam peti sejuk disebelah Miyoung tanpa menegurnya, seperti orang asing. Mereka terlalu dekat sehinggalah Miyoung sendiri dapat menghidu bau minyak wangi Sehun.
Bauan kacak.
Sehun duduk berdekatan kaunter dapur, berhadapan dengan Miyoung sekarang. Miyoung mulai menunduk kerana gementar. Baru dia mahu bersuara, Puan Bae terus menegurnya.
"Miyoung duduk la sini sementara, temankan Irene. Auntie tak kisah," ujar Puan Bae kepada Miyoung. Miyoung menoleh kearah lain.
Kelihatan ibu dan ayah Irene disana. Nampaknya, mereka memang sedang menunggu dia. Kening Miyoung hampir bertaut.
"Haah. Uncle pun setuju. Ini untuk keselamatan kamu juga," sambung Tuan Bae. Keselamatan?
Sah! Memang Irene dah bocorkan rahsia dia. Hish, budak bertuah! Miyoung memandang pula kearah Sehun yang masih tidak membuat sebarang eye contact dengannya. Sehun memang tak rasa bersalah atau apa?
Miyoung tersenyum kemudian menggeleng kecil. Dia cuba berkelakuan normal.
"Miyoung jangan risau. Kami dah tahu apa yang terjadi. Irene dah cerita tadi."
"Tak apa. Miyoung selamat dekat rumah. Miyoung tak nak susahkan uncle dengan auntie," balas Miyoung. Selamat sangat sampai hilang rumah. Puan Bae datang dan meraih tangan Miyoung.
"Kami mengalu-alukan kedatangan kamu. Duduklah sekejap je. Lepas kami yakin kamu selamat, kamu boleh kembali ke rumah. Kamu pun dah macam anak kami sendiri, Miyoung," rayu Puan Bae. Mata Miyoung berair sekarang.
Dia serba-salah lagi. Namun, pujuk rayu Puan Bae membuatkan dia tidak dapat menolak. Perlahan-lahan Miyoung mengangguk. Badannya dipeluk oleh Puan Bae.
"Bagus. Sekarang kamu duduk dulu. Biar auntie sediakan makanan,"
"Eh tak apa auntie Miyoung tak lapar—"
Sebaliknya, perut Miyoung menentang mentah-mentah penolakan gadis itu. Ketiga-tiga manusia didalam dapur itu tertawa. Miyoung memandang sekilas kearah Sehun yang tampak comel sekali ketika ketawa. Aish Miyoung! Kembali ke realiti! Tapi memang Sehun nampak comel sangat pun sekarang. Bila dia ketawa atau tersenyum, matanya akan menyepet dan membentuk seperti mini bulan sabit.
"Sit down, Miyoung. Auntie pasti sangat kamu tak lapar," sindir wanita itu. Miyoung menunduk malu sekarang.
Tak lama itu, sedang dia menghabiskan makanan, Tuan dan Puan Bae bangun untuk naik ke bilik.
"Kamu jangan risau. Sehun akan jaga kamu. Kalau nak apa-apa, minta je pada dia," kata Puan Bae seraya menghilang dari pandangan bersama suaminya.
Tinggal lah dia bersama Sehun sekarang. Miyoung terus bangun membawa pinggannya ke sinki untuk dibasuh.
"Aku hantar kau ke bilik," ujar Sehun, ringkas. Miyoung tak mengangguk mahupun menggeleng. Dia tak mahu keluarga Bae dengar pergaduhannya dengan Sehun. Itupun sekiranya pergaduhan itu terjadi.
Sehun mengekori Miyoung dari belakang, melihat Miyoung yang masih lagi sakit pada kakinya. Cara jalannya juga aneh.
"Kaki kau sakit lagi?" tanya Sehun. Miyoung menggeleng.
"Mian," ujar Sehun.
"Kenapa tiba-tiba jadi baik ni?" tanya Miyoung. Sehun tersenyum.
"Aku cuma peduli. Salah?"
"Salah sebab kau pernah cuba nak beli aku macam aku ni gadis tak ada maruah. Pernah kau terfikir tak apa perasaan ibu bapa aku kalau tahu yang ada orang sanggup beli anak diorang tapi bukannya cintakan anak gadis mereka! Pernah kau terfikir tak betapa sakitnya hati diorang bila tahu ada lelaki yang nak mainkan anak yang diorang kandung dan jaga sejak dari dalam kandungan?! Have you ever think about it just for once!" marah Miyoung namun nada suaranya masih dikawal.
Sehun berkerut. Dia tak menjawab sebaliknya hanya memerhati mata Miyoung yang sedang berair sekarang. Dia dah terlalu menyakiti Miyoung ke?
"Kau tahu aku bukan nak mainkan kau kan?"
"Macam mana aku nak tahu sedangkan kita baru berjumpa dan kau dah tunjuk perangai macam ni! I thought you were different—!" ujar Miyoung.
"Different from what?"
"Dahlah Sehun, aku penat. Jangan bercakap dengan aku," rayunya. Sehun menarik pergelangan tangan Miyoung, menghalang gadis itu daripada pergi.
"Miyoung apa yang aku perlu tahu supaya kau boleh terima aku? Kau beritahu je aku?" pinta Sehun. Miyoung melepaskan pegangan Sehun perlahan-lahan.
"Bukan masalah aku!"
"Miyoung. Kau percaya tak cinta pandang pertama?" Tanya Sehun. Pertanyaan itu membuatkan Miyoung kelu.
Dia percaya ke dengan semua ini? Entah. Miyoung tak tahu jawapannya. Tak nak tahu pun. Dia dah lamakan lupakan semua itu.
"Love is special, Miyoung. But first love... is everything. There's always a special place for a first love in someone's heart, including me and you. Tak semua orang beruntung untuk rasai cinta dalam hidup mereka. Aku tak tahu kalau aku ni bakal jadi cinta pertama kau atau tidak, tapi benarkan aku jadi cinta terakhir kau. Please?" rayu Sehun.
Permintaannya itu seolah-olah terdesak. Kalau Miyoung nak dia melutut sekarang pun, dia akan buat. Asalkan gadis itu menerimanya. Miyoung menggigit bibir bawahnya. Sayangnya, Miyoung menggeleng.
"I don't believe in love. Good luck trying to prove a point to me," ujar Miyoung dan terus menuju ke bilik Irene sambil menahan rasa sakitnya pada kaki. Sehun mengejarnya, takut Miyoung terjatuh.
Sebaik sahaja tombol pintu bilik Irene dipulas, Sehun kembali bersuara.
"Aku terima cabaran kau. Suatu hari nanti, kau akan percaya apa yang aku katakan. You'll fall for me, Miyoung. I promise you. I'll do anything to get you."
Miyoung menutup pintu tanpa menghiraukan kata-kata Sehun. Dia mengeluh perlahan. Sehun tu gila. Mana ada orang jatuh cinta pandang pertama akan jadi sebegitu.
...
Miyoung berguling-guling diatas katil memikirkan kata-kata Sehun tadi. Kalau Sehun tu psiko macam mana? Kalau Sehun tu ketua mafia macam mana?
Mana dia nak lari lagi? Sehun mesti boleh kejar dia walau dia berada dihujung dunia leper. Kalau dia lari ke Marikh pun, Sehun boleh kejar dengan roket. Kalau dia masuk ke lubang vakum pun, Sehun boleh tutup suis. Eh?
Seumur hidup, dia tak pernah berhadapan dengan lelaki seobses ini. Sehun terlalu lama bujang ke sampai nak buat Miyoung macam ni?
Tak mungkin. Orang sekaya dia pasti ramai gadis sekeliling pinggangnya. Argh! Fikir pasal Sehun buat Miyoung penat.
"Tak apa. Kita tengok hari ke depan. Lama-lama, mesti dia akan bosan bila aku tak layan. Ya, fikir positif."
...
Sehun mengeluh. Pintu bilik Irene dipandang. Dia kembali ke biliknya dengan wajah murung.
Lelaki itu terus duduk dihujung katil sambil meraup wajahnya. Dia tahu kelakuannya ini nampak seperti terdesak, tapi percayalah, Sehun tak pernah memikat gadis sebelum ini.
Meskipun separuh hidupnya dihabiskan dinegara orang asing itu, dia tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana gadis bermata biru. Bahkan separuh hidupnya digunakan untuk belajar dan selebihnya mencari ketenangan.
Sehun pun kadang-kadang bingung dengan seksualitinya. Dia tak suka perempuan ke? Tapi dia sama sekali tak bernafsu dengan lelaki. Baginya, kau pakailah apa-apa dibadan kau, dia tak akan pernah tertarik. Kau pakai bikini ke, beg beras ke, plastik sampah ke, peduli apa dia.
Dia hampir-hampir fikir yang dia memerlukan sesi terapi selepas habis masa belajarnya dulu. Dia sendiri fikir yang dia gila.
Namun semuanya berubah saat dia pulang ke Korea atas paksaan ayahnya. Katanya, Tuan Bae, pakciknya sendiri ingin menyerahkan syarikatnya kepada Sehun atas dasar percaya. Sehun tak boleh menolak atas sebab-sebab tertentu.
Keputusan yang awalnya Sehun fikir akan dia sesali, nampaknya mengubah hidupnya.
Kim Miyoung, gadis pertama yang membuatkan dia rasa, dia juga memiliki perasaan. Perasaan cinta yang selalu orang-orang katakan.
Dan Sehun ingin memiliki Miyoung buat dirinya sendiri, untuk selama-lamanya.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top