Part 12
Sehun ketawa terkekeh-kekeh didalam mimpinya. Perutnya digosok. Bibirnya dimuncungkan. Badannya bergerak-gerak. Tangannya tergapai-gapai ingin mencapai sesuatu.
gedebush!
Tak semena-mena, Sehun jatuh dari katil saat cuba mengejar Miyoung didalam mimpi. Dia mengaduh kesakitan. Air liur basi ditepi pipi dilap dengan tangan. Busuk.
Sehun menggosok kepalanya yang terhantuk itu. Dia rasanya ada lupa sesuatu. Apa ya?
Sehun bergegas ke bilik air untuk mencuci muka. Sambil-sambil tu, dia merenung wajahnya didalam cermin. Masih kacak dan bergaya. Cukup sesuai untuk menggoda perempuan. Hm. Cakap pasal perempuan, semalam Sehun ada bawa balik seseorang kan? Siapa ya?
"Miyoung!"
Sehun bergergas keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Benar sangkaan dia. Miyoung masih ada. Tapi gadis itu masih lagi tidur dengan nyenyak diatas sofa dan tak berganjak langsung.
Cuma kepalanya sahaja yang terdongak keatas. Habis rambutnya kusut serupa pontianak.
"Budak ni. Aku kata kejut aku. Boleh pula dia tidur," rungut Sehun.
Dia mendekati Miyoung dan menggoyang bahu gadis itu.
"Miyoung, bangun!" perintahnya.
Miyoung merengek. Tidurnya terganggu. Baru kali ini dia dapat tidur diatas katil seselesa ini. Katil dekat rumah dia tu dah uzur sangat. Kalau silap lompat, boleh runtuh.
Tapi dia tengah tidur atas sofa sekarang ni, bukannya tilam. Sehun bercekak pinggang. Dia dah jadi sugar daddy betul ke ni?
Masalahnya bukan sugar daddy yang itu. Ini dah macam jadi bapak kepada Miyoung. Daddy lah tu kan?
Sehun menarik mata Miyoung ke tepi untuk menganggunya. Tapi ianya ditepis oleh gadis itu. Miyoung terus mengubah posisi tidurnya.
"Kejap lah Irene. Cepat-cepat bukan jodoh lari pun.." balas Miyoung dan menolak muka Sehun agar menjauh.
"Miyoung. Ini bukannya masa untuk tidur. Aku lapar ni," kata Sehun.
Miyoung berdeham sahaja. Dia menolak muka Sehun agar menjauhinya sekali lagi. Lantas, Sehun terus mendukung Miyoung tanpa berbasa-basi lagi dan membuatkan Miyoung tersedar sepenuhnya.
Dia meronta minta dilepaskan. Miyoung melihat Sehun membawanya menuju ke bilik lelaki itu. Makin kalut dia dibuatnya.
"Kau nak buat apa?! Jangan-"
Sehun terus membawa Miyoung ke tandas. Dia menurunkan gadis itu disana. Pintu tandas dibuka.
"-bunuh aku? Eh?"
"Masuk sekarang sebelum aku kencing depan kau.."
"Ugutan macam apa ni?! Pengotor!" jerit Miyoung. Dia terus masuk dan mengunci pintu tandas.
"Basuh muka kau," Sehun mulai mengarahnya. Sehun bukan apa. Dia tak suka orang yang lewat bangun pagi. Dia tak suka pandang orang yang masih lagi selekeh pada waktu pagi sedangkan hal itu yang akan memberi kesan pada emosi mereka untuk sepanjang hari.
Miyoung akur. Dia mengikat rambutnya tanpa menggunakan getah rambut dan terus membasuh muka. Baru sahaja dia nak keluar, Sehun bersuara lagi.
"Gosok gigi kau tu dulu. Jangan harap kau boleh keluar sebelum gosok gigi. Guna berus gigi aku punya,"
"Bukannya aku nak cium kau pun nanti-" Miyoung terhenti, sedar yang dia tersilap cakap lagi.
Miyoung terus mengerling kearah sinki. Ada satu berus gigi sahaja disana. Dia rasa geli sekarang. Berus gigi Sehun dipegang. Walaupun Sehun tak ada rabies, tapi kotor lah. Kan benda dalaman.
"Bukan guna berus gigi aku. Berus gigi dalam rak belakang cermin," Sehun menyampuk.
Macam tahu-tahu je yang Miyoung bengap. Dia terus membuka rak dibelakang cermin. Ada beberapa berus gigi baru yang belum digunakan tersidai elok didalamnya seperti yang dilihat dikedai serbaneka.
Selesai menggosok gigi, dia meletakkan berus giginya ke dalam cawan yang sama dengan Sehun. Miyoung memandang sekitar tandas tersebut. Mewah sangat ni. Kalah rumah sewanya. Mana telefon ya? Baru nak flex kekayaan.
Miyoung memandang mangkuk jamban Sehun yang berwarna emas itu. Mulutnya ternganga. Kerana perasaan ingin tahu, Miyoung menarik batang flush dengan kuat sehingga hujungnya patah. Urat saraf didalam otak Miyoung terputus rasanya sekarang. Bahagian yang patah itu berada didalam tangannya sekarang.
'Arghhhh!!! Aku nak buat apa ni? Matilah aku! Mesti benda alah ni mahal. Kalau dia suruh bayar macam mana?'
Miyoung berlari didalam bilik air dengan cemas. Dia kalut. Dia tak tahu macam mana nak sambungkan bahagian yang rosak itu. Kalau Sehun minta dia bayar dengan badan, apa dia nak buat?
Miyoung mula terbayang senario dirinya diikat diatas katil dengan Sehun yang sedang melibas rotan seperti dalam Fifty Shades of Grey. Dia meneguk air liur. Ada tak alat teleportasi dalam tandas mahal ni?
"Belum siap ke? Kau guna tandas ke buat tandas?" sindir Sehun.
Miyoung yang terperanjat secara tak sengaja menjatuhkan bahagian yang rosak itu ke dalam lubang jamban. Dia tak bergerak. Tangannya maju dan mundur untuk mengambilnya. Dia rasa nak menangis.
"Miyoung!"
Pintu tandas diketuk-ketuk oleh Sehun. Miyoung menutup mangkuk tandas dan membuka pintu dengan tenang. Dia cuba berlagak biasa.
"Dah."
"Tepilah. Aku nak kencing,"
Badan Miyoung ditolak. Miyoung menjerit didalam hati. Dia sudah pun melutut dihadapan pintu tandas.
Kukunya digigit. Tak lama selepas itu, Sehun pun keluar.
Dia pelik saat melihat Miyoung yang masih berada disini.
"Kau buat apa lagi dekat sini?"
Miyoung terperanjat. Dia cuba mencari alasan.
"Pergi masak sekarang. Aku kena pergi pejabat kejap lagi."
"Ouh. Yeke? Okey."
Miyoung berlari cepat menuju ke dapur. Sehun menggeleng-geleng kecil. Dia menoleh semula ke belakang kerana Miyoung asyik memandang ke sana tadi. Gadis itu ada letak kamera untuk skodeng dia ke? Hm. Hehe.
Sehun sampai didapur dan melihat Miyoung yang sedang kalut mencari sesuatu. Kuali ditangannya itu dipegang dengan erat. Reaksi wajahnya pula risau.
"Kau kenapa?"
Kuali ditangan Miyoung terlepas. Dia terus mengutipnya dan memegangnya.
"Aku.. cari kuali," Jawabnya.
"Cari kuali?"
Miyoung diam. Dia ni memang tak boleh menipu agaknya.
"Kau ada buat salah dengan aku kan?" Teka Sehun. Makin yakin Sehun bila tengok mata Miyoung yang tak keruan.
"Bagitahulah. Aku tak marah,"
"Macam mana nak bagitahu nanti kau marah?"
"Kan aku cakap aku tak marah,"
"Maksud kau tak marah tu nanti kau marahlah,"
Sehun mengeluh. Dia menatap sahaja Miyoung tanpa berkata apa-apa.
"Kau letak kamera dalam tandas sebab nak skodeng aku tapi lepas tu kau rasa bersalah kan?" ujar Sehun. Miyoung tersedak.
"Gi-gila ke?!"
"Kan. Aku pun rasa benda tu gila. Kenapa nak skodeng kalau boleh mintak?"
"Aku tak desperate sangatlah nak tengok! Aku cuma dah patahkan batang flush tandas kau tu. Lepastu aku terlempar pulak dalam lubang tandas. Maaf. Nanti aku ganti!" jelas Miyoung kerana terlalu cemas. Dia juga tak mahu dianggap sebagai gadis yang gatal.
"Itu je?" Soal Sehun, sedikit kecewa. Ingatkan betul lah Miyoung letak kamera. Dia tak kisah pun sebenarnya.
"Iya.. Kau tak marah?"
"Kan aku dah cakap aku takkan marah."
'Aku marah sebab kau tak jadi skodeng aku je,' monolog Sehun dalam hati.
"Tapi aku kan dah rosakkan barang rumah kau?"
"Btw toilet tu tak perlukan flusher pun lah. Kan automatik."
"Automatik?"
"Bila kau angkat je punggung, automatik dia flush sendiri."
Miyoung tercengang.
"Dahtu letak benda tu kenapa?!" marahnya.
"Hiasan?"
Jawapan Sehun buatkan Miyoung bengang. Dia dah risaukan benda tak penting lah ni?
Sehun ketawa seperti orang kaya.
"Comel pulak kau ni bila kalut tadi. Agaknya aku kena pura-pura rosakkan barang lah untuk tengok kau macam tu lagi," usik Sehun.
"Tak lucu."
Miyoung memasamkan mukanya. Dia kesal.
"Kecewa aku kau tak jadi skodeng. Baru nak tunjuk abs."
"Kalau aku ketuk kepala kau dengan kuali ni, hospital pun tak dapat selamatkan kau!"
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top