Part 1

"SUGAR BABY?!"

Miyoung dan Seulgi menjerit dengan begitu kuat sehingga membuat pelanggan dan pekerja di dalam restoran Subway menoleh kearah mereka. Sandwich yang sedang dikunyah oleh salah satu pelanggan terkeluar semula dari mulut.

Irene menutup mukanya kerana malu. Dia menunduk. Manakala Miyoung dan Seulgi, mereka bangun dan meminta maaf kerana telah membuat bising. Selepas itu, mereka berdua mencubit lengan Irene dengan geram.

"Apa kau mengarut ni?! Otak letak dekat mana?! Lutut?!" marah Miyoung.

Irene merengek kesakitan.

"Aku ada baca artikel pasal tu je. Korang kenapa marah sangat ni? Dengki takde orang panggil baby?!" soalnya. Dia memandang Miyoung dan Seulgi secara bersilih ganti.

"Kau tahu tak maksud sugar baby tu apa?" soal Seulgi pula.

"Mestilah! Perempuan comel yang jadi girlfriend lelaki kaya kan? Hujung bulan dapat duit sebab jadi comel sangat," jawab Irene, yakin nak mampus.

Seulgi menepuk dahinya. Macam mana orang sekaya Irene boleh jadi begitu polos sebegini? Atau otak dia yang terlalu kotor?

"Rene, more than that. Kau janganlah buat kerja haram tu weh," celah Miyoung. Irene terkebil-kebil memandangnya.

"Ada lagi selain dari cute? Kena buat apa? Haram ke aku jadi cute? Dengkilah korang ni. Tulah aku suruh cari boyfriend kau tak nak. Kan dah sibuk nak suruh aku jangan buat itu inilah,"

Miyoung menggigit bibir. Tangannya dikepal dari memukul kepala Irene. Silap hari bulan, benjol kepala cantik Irene tu.

"Haish kitorang tak berminat pun! Yang kau pergi baca benda-benda macam tu kenapa?!" Seulgi bengang. Itu membuatkan Irene mencebik lagi. Apa salah dia?

Sandwichnya dimakan sebelum dia menjawab soalan mereka.

"Aku nak buat macam tu dengan Suho,"

Air yang diminum oleh Miyoung dan Seulgi tersembur. Mereka jatuh dan terbatuk-batuk. Sekali lagi, mereka menganggu ketenteraman awam. Kena minta maaf lagi. Miyoung naik semula dan duduk diatas kerusi. Dia rasa nak menangis. Sakit tekak dia.

"Jangan Rene kalau kau masih nak hidup," cadangnya.

"Wae? Suho tak suka orang comel macam aku ke? Baby gula secomel ni dia nak tolak?"

"BUKAN BABY GULA LAH!!" jerkah Seulgi.

"AKU KATA JANGAN TU JANGAN LAH! KAU NAK MATI KE?!" marah Miyoung pula. Seulgi menggosok belakang badan Miyoung untuk menenangkannya. Kali ketiga mereka kena minta maaf lagi.

Kalau buat sekali lagi, agaknya kena halau dengan pemilik Subway.

Irene terkejut dengan jerkahan Miyoung dan Seulgi. Dia terus mengangguk sahaja kerana tak mahu memperpanjangkan masalah. Tapi dia masih tak berpuas hati.

"Yelah! Apa-apa jelah!" balas Irene, kasar. Nanti tanya Suho jelah sugar baby tu apa.

Miyoung menghela nafas lega. Kalau Irene buat hal, memang dia sekeh kepala sahabatnya yang satu ini. Dan kalau Suho berani nak ambil kesempatan atas kebangangan Irene, dia akan sunatkan lelaki itu.

"Jadi ke nak sambut hari jadi kau ni?" soal Seulgi pula.

Irene mengangguk. Lupa pula dia pada majlis hari jadinya nanti. Semuanya sudah pun siap dirancang. Dia tersenyum misteri.

"Yelah. Hari jadi aku ibarat cuti rasmi tahu tak?"

"Kali ni buat dekat mana?" tanya Miyoung.

"Rumah," jawab Irene.

"Negara mana pulak?" soal Seulgi.

"Ireland?"

"New York?"

"London?"

"Spain?"

"Canada?"

"Dubai?"

"Indonesia?"

"Malaysia?"

Irene menggeleng. Kesemua jawapan rakan-rakannya itu salah. Dulu memang lah dia selalu buat majlis dirumahnya diluar negara, tapi tahun ni istimewa sikit.

"Rumah aku dekat sini lah, Korea."

Miyoung dan Seulgi ternganga. Mereka menekup mulut kerana tidak percaya.

Kenapa Irene yang pemalu ni tiba-tiba baik hati nak bagi orang datang rumah dia tahun ni?

Rumah Irene boleh dikatakan sebagai istana Korea. Keluasannya menakjubkan dan boleh memuatkan sepuluh buah rumah banglo orang bangsawan. Itu baru rumah, bukan halaman lagi.

Kawasan halaman rumah terbahagi kepada empat ruang. Satu ruang kosong, satu ruang untuk taman dengan kolam mandi yang luas, satu ruang golf dan satu lagi tempat memanah dan bermain kuda.

Ditambah lagi kawasan khas untuk pendaratan helikopter. Mereka juga mempunyai kawasan untuk pendaratan kapal terbang kecil. Tak boleh disebut lagi kekayaannya.

Miyoung dan Seulgi memang dah selalu melawat rumah Irene, cuma peliklah. Irene tak pernah suka orang luar datang rumah dia.

"Tetamu pun bertambah tahun ni," sambung Irene. Miyoung dan Seulgi memandang satu sama lain.

Mereka terus menekan dahi Irene dengan belakang tapak tangan untuk memeriksa suhu tubuh gadis itu.

"Tak demam, Gi." ujar Miyoung.

"Mungkin kepala dia terhantuk kot. Kau rasa kita patut bawa pergi hospital sekarang?"

"Aku setuju weh,"

"Hei aku tak sakitlah! Aku buat sebab Suho," jelas Irene. Miyoung dan Seulgi mendekat.

"Kenapa dia?"

"Suho kan suka orang yang merendah diri dan tak riak. Aku cuba la nak berubah,"

Miyoung dan Seulgi ternganga buat kali kedua. Sah! Sahabat mereka mereng. Omma! Selamatkan Irene dari kemerengan! Huaaaa..

"Merendah? More like rendah, pfft," ejek Miyoung. Seulgi ketawa dan berhigh five dengan Miyoung. Macam tak sedar diri pula.

"Korang dah ada baju tak? Korang kawan aku jadi kena pakai baju fancy daripada orang lain tau?" ujar Irene.

Seulgi menggaru belakang kepalanya. Serba-salah nak cakap. Dia bukan dari keluarga sultan seperti Irene. Dia cuma sederhana sahaja. Ibarat dia dan Miyoung duduk sekali, Irene duduk 100km tinggi diatas langit sana.

"Aku pakai baju tahun lepas jelah, Rene."

"Aku pun sama!" sahut Miyoung. Dia pun bukan dari keluarga kaya.

Irene mula tayangkan wajah tidak suka. Dia menepuk meja.

"Tak boleh! Kawan aku kena pakai baju cantik-cantik! Ikut aku shopping sekarang!"

Irene menarik Miyoung dan Seulgi menaiki kereta mewahnya. Mereka terus menuju ke shopping mall.

"Irene, aku tak nak menyusahkan kau lah," ujar Miyoung.

Serba-salah dia bila Irene selalu belanjakan duit untuk dia dan Seulgi tiap tahun. Bukan tiap tahun dah, tiap hari! Setiap kali majlis hari jadi Irene diadakan, dia dan Seulgi akan dapat satu gaun mahal secara percuma.

Bukannya dia tak suka, tapi ada rasa malu juga. Takkan selamanya dia nak bergantung pada Irene?

"Apa menyusahkan? Aku ikhlas la. Apa guna ada kawan kaya kalau tak nak guna? Korang ni pelik lah. Cuba jadi shameless sikit," bebel Irene.

Miyoung dan Seulgi mengerling satu sama lain. Mereka turutkan sahaja permintaan Irene. Daripada Irene terjebak dengan kawan-kawan mata duitan, baik mereka lindunginya.

Miyoung bermonolog didalam hati. Indahnya kalau hidup macam Irene. Tak perlu risau pasal duit.

Kalaulah dia boleh tukar hidup dia dengan Irene.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top