°10

Hampir sebulan berlalu sejak aku balik bercuti dari Pulau Jeju. Tipulah kalau aku lupa macam tu aje kenangan semasa aku bercuti. Aku rasa dalam banyak-banyak percutian aku sebelum ni, bercuti di Pulau Jeju rasanya paling seronok.

Atau sebab dapat jumpa dengan Jungkook?

Aku terdiam. Cuba untuk tepis kata hati yang tiba-tiba menyampuk itu. Tapi jauh di sudut ruang hati yang lain mengeyakan.

Jungkook. Lepas dah balik Seoul sekali pun aku dah tak pernah terserempak dengan dia lagi. Kali terakhir jumpa dekat lobi hotel. Lepas tu tiada lagi Jungkook. Aku tak pernah lupa dia. Macam mana nak lupa kalau dialah orang yang sudi berhujah dekat aku?

Sekali lagi aku berterima kasih dekat dia. Aku rasa aku berjasa banyak dekat Jungkook. Sebabkan dia, aku mula bertoleransi dengan appa. Bila appa mula bunga-bunga nak memujuk sekali lagi, aku mula terima pujukkannya.

Aku dah nampak cahaya gembira di mata tua appa bila aku mula toleransi dengannya. Appa siap bagi cadangan supaya berhubung dengan bakal menantu pilihannya itu. Aku cuma ikut cakap appa.

Rasanya dah tiga minggu aku berhubung dengan lelaki tu. Tapi melalui chat jelah. Kadang-kadang tu dia hantar voicenote dekat aku. Suara dia hmm.. Maskulin tapi tak sesedap suara Jungkook. Heh.

Aku dapat rasa dia seorang yang sangat berdisiplin dan berpendirian melalui suaranya. Rupa dia? Aku tak tahu.

Sebab aku tak pernah tengok gambar dia lagi. Appa pernah nak tunjuk lagi sekali tapi aku tekad enggan. Sebab aku nak tengok rupa dia secara langsung.

Dan disebabkan itu, kami berdua setuju untuk berjumpa. Mula-mula aku rasa ragu. Ragu kalau aku masih tak cuba nak terima dia. Tapi aku tawakal aje. Bak kata seseorang tu, lebih baik cuba daripada tak mencuba.

Penolak pintu kafe itu kutolak. Dalam-dalam nafas digali. Sambil mata ligat memandang satu-satu pelanggan yang duduk di dalam kafe itu. Aku berdiri terpacak beberapa saat. Masih mencari. Katanya dia pakai kemeja biru gelap hari ni.

Bila aku nampak satu susuk badan tegap lelaki yang sedang duduk membelakang dariku, kaki maju ke depan sedikit. Aku tak terus pergi ke meja dia. Sebaliknya aku hidupkan telefon. Nak telefon dia untuk pastikan dialah lelaki tu.

Aku dengar panggilan bersambung. Pada masa yang sama lelaki yang duduk itu juga melihat telefonnya yang sedang berdering. Rasa nak terkeluar jantung bila nampak dia angkat panggilan itu. Sekalian suara maskulinnya bergema ditalian telefonku.

"Helo?"

Aku tak jawab. Biarkan dia dengan kebisuan. Aku beranikan diri untuk datang dekat ke mejanya. Kenapalah aku berdebar sangat ni?

Makin dekat, makin aku nampak dengan jelas susuk lelaki itu. Badan dia tegap, ya. Rambut dia pula hitam pekat. Digayakan dengan gaya dedah dahi. Bila aku dah berdiri di depan dia, kepalanya dipanggung untuk melihatku.

Reaksi aku? Pap! Terlepas telefon yang aku pegang. Selamat bercium dengan lantai. Tak kesah dengan telefon aku tu. Yang aku kesah sekarang ni manusia depan aku ni!

"Jungkook?"

Aku pandang dia tak berkelip. Dia yang dah agak dengan reaksi aku cuma senyum tepi. Sebelum dia bangkit dari duduk. Gara-gara penampilannya yang berubah seratus lapan puluh darjah itu, aku rasa dia sangat tinggi. Aku cuma paras dagu dia aje sekarang ni.

"Hai."

Tangannya disuakan kepadaku.

"Nice to meet you, love."

Rasa nak pengsan dengar ayat hujung.



•••

So um, hepi 100+ reads AWH THANKS 💜

Vote&love, thanksiee

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top