042 + epilogue°
[ lagu yang sangat sesuai untuk ff ni pfft ]
Kimchi jjigae , kimbap dan tonkatsu dihidangkan oleh Jaehyun di meja makan . Sudah lama mereka bertiga tidak makan masakan abang sulung .
"Aku baru je hidang , korang berdua kemain pecut turun ke bawah eh ? Ni mana Hyojin ?"
Kata Jaehyun sambil membetulkan pinggan berisi tonkatsu . Jaemin dan Renjun memandang satu sama lain , mulalah nak bergaduh tu siapa yang nak pergi panggil Hyojin .
"Haihh tak payahlah panggil . Biar aku je pergi , kalau tenung cenggitu sampai sabtu depan tak makan makan"
Kata Jaehyun lagi . Da masak sangat dengan perangai adik kembarnya . Maka Jaehyun terus menaiki tangga untuk ke bilik Hyojin .
TOKK TOKK !!
Laju saja pintu dibuka oleh adik perempuannya . Biasanya lambat sikit tapi ni laju semacam . Mungkin dia memang nak keluar .
"Makan jom"
Ajak Jaehyun dengan senyuman dan Hyojin pun membalasnya . Tangan kiri gadis itu mula merangkul lengan kanan Jaehyun disebabkan period pain mula menyerang sebaik saja dia membuka langkah .
"Aigoo kesiannya adik oppa sorang ni . Hati hati jalan"
Kata Jaehyun sambil membetulkan pegangan tangan Hyojin . Baik sungguhlah abang begini .
Setelah tiba di meja makan , Hyojin duduk di sebelah Jaemin berhadapan Jaehyun . Putih mata Hyojin melihat masakan yang terhidang di depan matanya .
Nampaknya , dapatlah dia melunaskan nafsu makan dek keinginan period . Tiga orang adik beradik lelaki Hyojin hanya memerhati sambil tersenyum melihatnya makan penuh selera .
. . . . . . . . . . . . . . . .
Hyojin POV
. . . . . . . . . . . . . . . .
Tidak lama selepas itu , sekolah bakal dibuka semula esok . Tak sabar rasanya nak jumpa dengan Chenle ! (◍•ᴗ•◍)❤
Buku buku yang diperlukan dimasukkan ke dalam beg sandang baru . Ecewahh memandangkan tahun ni hanya aku je yang bersekolah , semua beli baru ufufuf .
"Hyojin , sudah siap ke tu ?"
Renjun bertanya di luar bilik aku . Malas nak lelama , aku pun menyarungkan beg ke bahu lalu terus keluar dari bilik dengan senyuman .
"Omo omo sengih sengih pepagi ni lain macam eh ? Kes tak sabar nak jumpa Chenle ler tu . Dengar sini eh , kalau dia ada buat apa apa dengan Hyojin , cepat bagitahu aku . Biar aku pijak ...."
"Its ok , Renjun"
Cepat je aku memotong percakapannya . Taknaklah dia membebel lama pagi gini .
Harini semua escort aku ke sekolah , lorat nau . Macamlah aku ni budak 7 tahun baru nak menjejakkan kaki ke sekolah .
"Hyojin , ni aku sempat siapkan bekal kau . Aku buat penuh dengan kasih sayang yang tulus aku keluarkan dari hati berbunga ni"
Kata Jaemin yang sudah bersinar matanya . Sekali Renjun menyengol kepala Jaemin dengan muka menyampah .
Setelah tiba di depan pagar sch , ramai pelajar perempuan memperlahankan langkah untuk melihat keka...ehem kekacakan abang abang aku .
Da macam takde jantan lain pula kau nak tengok abang aku . Ada yang tersipu malu , ada gak yang mengambil gambar alahai perangai mengalahkan dispatch apatah lagi sasaeng .
"Hyojin masuk dulu"
"Belajar elok elok ye sayang~❤️"
Kata Jaemin dalam nada keemakan . Renjun hampir saja mendaratkan tangannya di bahu Jaemin . Jaehyun lak hanya mempu tersenyum .
Baru saja aku ingin memasuki bangunan sch , Sir Kyungsoo menyapa aku terlebih dahulu . Wahh aura tahun baru ni lain macam ye Sir .
"Selamat pagi Hyojin"
"Oh selamat pagi Sir"
Aku membalas sapaan Sir Kyungsoo sambil tersenyum manis . Aku baru perasan yang aku tak gugup lagi tak macam first time aku jumpa dia dulu .
"Saya nampak banyak perubahan kat awak . Tahniah ye ?"
"Terima kasih , sir"
Tetiber seorang lelaki mendekati kami berdua iaitu Jaehyun . Cemberut saja mukanya memandang Sir Kyungsoo .
"Hyojin , ni ke boyf kau ?"
Tak tahu malu langsung Jaehyun menanyakan aku . Ya Tuhan buat malu aku je di pagi yang indah ni .
"Boyf ? Maafkan saya Encik Jaehyun , saya bukan boyf Hyojin lagipun saya da nak kahwin da"
Speechless Jaehyun dibuatnya dan Hyojin turut sama disebabkan news bahawa Sir Kyungsoo akan berkahwin .
"Saya hanya anggap Hyojin ni macam adik saya sendiri dan tak lupa anak murid saya"
Kata Sir Kyungsoo lagi . Bertambah speechless lah Jaehyun dibuatnya . Jangan kata Jaehyun sorang je rasa malu , aku pun tengah malu ni .
"Hyojin ?"
Suara yang amat aku kenal...oh no Chenle . Segera aku berlari ke arahnya setelah meminta izin untuk beredar .
"Palli palli !"
Kata aku dalam keadaan terdesak menolak Chenle yang kelihatan kebingungan . Aku da risau kalau Jaehyun nampak ni .
"Sweetheart , Is everything ok ?"
Chenle berkata selepas kami tiba di kelas . Nasib baiklah ketiga tiga abang aku tak kejar sampai ke sini fuhh .
"Baiklah , kelas . Silakan duduk di tempat masing masing"
Erkkk jakkaman !? Sir Kyungsoo guru kelas aku ke tahun ni ? Oh goshhhh . Mesti Chenle akan menjadi lebih protective haihh .
"Selamat pagi semua . First of all , sebelum saya memulakan aktiviti pengurusan kelas . Saya nak mengundang awak semua untuk hadir ke majlis perkahwinan saya yang bakal berlangsung 2 minggu dari sekarang"
Eh pepagi da bagi pengumuman mengejut . Kad jemputan diagihkan terus aku melihat nama pengantin perempuannya .
Lee Nana .
Ok , dia macam kenal dan tak kenal . Whatever , yang penting Chenle takkan jadi protective macam abang abang aku .
Kemudian , pengurusan kelas dimulakan dengan menyusun tempat duduk . Walau apapun yang terjadi , aku tak kesah nak duduk mana pfft .
"Baiklah , Hyojin awak duduk depan sini . Chenle , awak duduk di tepi situ ye ?"
"Sir , saya da cop kerusi ni . Jadi , saya nak duduk sebelah Hyojin"
Chenle membantah dengan lagaknya . Sir Kyungsoo sudah tersenyum halus melihat kerenah Chenle .
"So dialah boyf kamu , Hyojin ?"
Terdiam aku dibuatnya . Chenle pun still relaks memandang wajah Sir Kyungsoo , dia macam unbothered dengan situasi sekarang tau .
"Baiklah , Zhong Chenle . Duduklah sebelah gf awak"
"Thank you so much"
Betul tak rasa terganggu dengan keadaan sekarang Chenle ni . Selamba badak saja dia ucap terima kasih .
•••
KRINGG !!
Tamat sudah sesi persekolahan , kami berdua berjalan berseiringan menuju ke pagar sekolah .
"Hm Hyojin , aku nak sangat kau jumpa dengan Daegal . Dia tak pernah jumpa mummy dia hm"
Aku da ketawa malu , tetiber je aku digelar mummy . Da ramai pandang aku , alahai aku masih innocent lagi untuk membuat perkara tu .
"Chenle , kau tahu waktu apa sekarang ?"
Jaemin yang tidak tahu datang dari mana berdiri di antara kami berdua dengan senyuman jahat terukir di bibirnya .
"Bwo- ?"
Jawap Chenle gigil . Renjun pula tetiber muncul di sebelah Jaemin dengan senyuman setan .
"Masa untuk red code"
Dan muncullah kayu besbol yang dipegang oleh Renjun . Cuak habis Chenle melihatnya dan aku pun sama cuak mengenangkan nasib boyf aku ni .
"Ayo listen up . No matter they say , ni matter what they do . We gon' resonate , resonate"
Ahh bagus sekali . Jaehyun muncul dibelakang Chenle , memang habis . Chenle di kepung oleh mereka bertiga .
"Korang ni tengok Chenle macam korang kelaparan pula . Macam nak sembelih dia pun ada"
Aku bersuara sebaik saja mereka bertiga semakin merapati Chenle . Hm senyuman dorang pun makin melebar .
"Memang kitorang nak sembelih dia pun"
Kata Renjun yang kedengaran setan sangat . Dahi Chenle sudah berkeringat habis aduhai .
"BWO ?!"
Jerit aku akibat terkejut . Semua pelajar yang lalu lalang disitu memandang kami berlima . Mampus .
T A M A T
Macam tak sesuai je kan ending nya ? Aku taktahulah macam mana nak bungkus ff ni hm sorry kalau tak best 🙁
Btw thankyou sangat2 kepada readers yang sanggup menunggu dan setia membaca ff ni yang sudah berusia 2 tahun lebih :')
Maaf sekiranya banyak sangat silap dan cacat celanya 🙏
Oleh itu , saya ingin memberitahu bahawa ff Haechan bergenre vampire akan menyusul selepas ini . So stay tuned love !
+vote+comment+
tysm lovies ! 💚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top