036 + kuiz°

Di pagi hari yang cukup indah , Renjun dan Jaemin tergesa gesa menyiapkan diri dengan buku tidak lepas dari tangan . Itulah , orang sudah suruh study tapi tetap memilih untuk terus berfoya dengan games . Kan da tergopoh baca buku .

Hyojin sudah terlebih dahulu siap , dia sempat menyiapkan sarapan untuk abang kembarnya , roti bakar pun sudah memadai berserta teh panas .

PINN ! PINN !

Terdengar kereta hon di depan rumah , Hyojin membuka langkah ke pintu rumah untuk melihat siapa . Kemungkinan Doyoung oppa ?

Chenle ?!

Kereta berjenama Tesla yang dipandu oleh pemandu keluarganya dan Chenle berada di tempat penumpang hadapan dipandang dengan penuh hairan . Teman lelakinya mula keluar dari kereta lalu berjalan ke arah Hyojin di pintu rumah dengan senyuman manis .

"Selamat pagi , Hyojin"

Semakin rancaklah jantung Hyojin berdegup melihat aura Chenle harini . Orang dalam hubungan ni , partner in crime dia akan nampak lain eh ? (In good way) . Tu yang makin sayang setiap hari ni .

"Oh ya ! Selamat pagi ahhh kau da breakfast ?"

Soal Hyojin prihatin . Membahang pipi dia melihat Chenle tersenyum kepadanya . Buat bersabar jelah jantung ye ?

"Da hm jomlah ke sekolah nanti lambat"

Takde angin takde ribut , Chenle tak bagi tahu pun nak jemput pagi ni semalam . Terbeliak mata Hyojin , malulah nak pergi sekolah bersama . Da lah masih baru lagi dalam hubungan , tak bersedia lagi untuk tunjuk kat budak sekolah .

"Hm jap eh ? Nak panggil dorang"

Hampir tersasul Hyojin berkata , maka dia berlari memasuki ke dalam rumah semula dan panggil abang kembarnya yang sedang menikmati sarapan . Eh awal turun .

"Jaemin Renjun , Chenle datang...dia ajak...sekali pergi sekolah"

Gagap Hyojin ingin meluahkan ayatnya . Renjun dan Jaemin memandang satu sama lain . Dalam keadaan terdesak pun , dorang masih nak jadi over protective aigoo .

"Ya Tuhan , lorat betul ye boyf kau ? Kita bukan takde kaki nak jalan ke sekolah"

Kelihatan Renjun tiada mood pagi ni , dia kata sambil membaca buku rujukan sejarah . Kalau boleh , Hyojin pun tak nak tumpang disebabkan malu tapi dia sudah datang , terpaksa jugalah . Takkan nak halau pula kan ?

"Senyaplah Renjun , at least kita datang sch awal sikit dan ada juga masa nak study"

Kata Jaemin memarahi Renjun . Selepas itu , mereka terus memasuki perut kereta berjenama Tesla setelah mengunci pintu rumah .

30 minit kemudian , mereka turun dari kereta . Mereka berempat jalan bersama ke kelas . Jaemin dan Renjun berada di sisi kiri kanan Hyojin sebab taknak dia jalan dengan Chenle .

Sedang mereka khusyuk membaca buku , Chenle menarik beg sandang Hyojin membuatkan gadis tu memasuki ke dalam rangkulan Chenle . Start da adegan sweet nya hm .

Renjun dan Jaemin pun tak perasan perkara tu , jadinya pasangan tu terus memasuki kelas tanpa menghiraukan kembar tersebut .

. . . . . . . . . . . . . . .
    Hyojin POV
. . . . . . . . . . . . . . .

Apabila kaki kami menjejaki lantai kelas , kebanyakan classmate mengauk bila melihat aku dalam rangkulan Chenle . Makin membahanglah pipi aku , jangan Chenle perasan sudah .

"Amboii korang kemain sweet lagi"

Tegur Nayeon sambil menyilangkan tangan di dada . Aku tak faham apa masalah dia sekarang ni ?

"Hiraukan dia je . Kau pergilah duduk"

Aku pun memandang Chenle dan menghadiahkan segaris senyuman kepadanya . Dia pun membalas senyuman aku . Jelingan tajam aku beri kepada Nayeon . Penyibuk je makcik ni , tahulah single abadi hmph !

Kemudian , aku mengeluarkan buku dari beg sandang untuk membuat persediaan sebelum kelas bermula . Jap ! Aku belum wish good luck kat abang aku lah ! Sepantas kilat , aku mengunlock skrin telefon lalu membuka ruangan group kami adik beradik .

Jung's Siblings
Jaemin , Jaehyun , Renjun and You

Jaehyun
Hwaiting adik kembarku ! 😊

You
Good luck ye korang ? Fighting haeyadwae !

Aku taktahulah dorang baca ke tidak tapi yang penting aku da wish . Aku pun menyimpan telefon di dalam meja dan melakukan regangan sedikit .

"Selamat pagi semua"

Dengan senyuman , Sir Kyungsoo memasuki kelas . Erkk setahu aku dia tak ajar kelas aku...hm

"Selamat pagi Sir !"

Ucap kami semua . Wahh berseri saja muka dia , macam ada something je . Tah tah dia da nak kahwin ? Uwu .

"Cikgu sastera awak semua tidak ada untuk beberapa hari disebabkan beliau menjadi pengawas peperiksaan di sekolah lain . Jadinya harini saya menggantikan dia"

Kami semua mengangguk tapi dalam hati happy lah juga pfft . Tipulah tak happy kalau cikgu subjek kena relief .

"Jadi , saya ingin membuat pop kuiz . Soalan tak susah , harini kita berseronok je"

Pada mula da muram da muka , ingatkan nak bagi pop kuiz pasal sastera . Nasib baik dia bagi kuiz lain . Takde lah murung pepagi ni .

"Tapi saya akan panggil sesiapa saja untuk menjawap kuiz"

Apakah ??? Makin gelisah hati aku mendengar katanya . Aku tengok kawan sekitar aku , cuak habis dorang tapi Chenle nampak tenang je .

"Soalan pertama...."

"Sir ! Boleh saya duduk di meja sebelah Hyojin ? Saya tak berapa dengarlah"

Chenle mengangkat tangan dan meminta kebenaran untuk berpindah tempat memandangkan meja sebelah aku , empunya badan tidak hadir disebabkan demam .

"Boleh tapi jangan nak main usya usya eh ? My eyes on you two"

Sir Kyungsoo membuatkan sign peace dari matanya ke kami berdua . Sir macam tahu je yang kami ni couple ? Dari mana dia tahu ?

"Apakah nama syarikat teknologi terbesar di Korea Selatan? . Kalau kamu semua taktahu , baik pindah alam bunian"

Amboii Sir da pandai ajar bergurau pula . Aku pun menjeling jeling Chenle , aku jeling bukan taktahu jawapan tapi saja je nak tengok dia . Hehe

Tapi aku tertangkap sebab curi pandang dia . Chenle da tersengih , aku pula da tahan malu . Adoii kantoii .

"ʰʸᵒʲⁱⁿ , ʲᵒᵐ ᵇᵉᵗ . ˢⁱᵃᵖᵃ ᵏᵃˡᵃʰ ᵏᵉⁿᵃ ᵏⁱˢˢ ᵖⁱᵖⁱ"

Terjungkit jungkit kening kanannya . Amboii mencabar aku eh ? Eii kenapalah meja kami jarak , aku nak tepuk bahu dia tu .

"Awak berdua sedap ye berisik . Hyojin , apa jawapannya ?"

Ya Tuhan , kenapalah aku ? Sempat aku menjeling Chenle lalu berdiri untuk menjawap soalan Sir Kyungsoo .

"Samsung , Sir"

"Betul ! Tahniah ! Hyojin sini , saya nak bagi hadiah"

Eh tadi takde pun kata ada hadiah ? Aku pun membuka langkah berjalan menuju ke Sir Kyungsoo . Apa agaknya hadiahnya ?

Tiba saja di meja guru , Sir Kyungsoo mengeluarkan bungkusan plastik bercorak bunga yang berisi biskut cip coklat .

Tapi ada sticky note kat bungkusan tu , aku nak baca tapi baik balik kat tempat aku dulu . Sudah duduk tu , aku pun baca dalam hati .

"Tahniah , Hyojin ! Awak memang terbaik ^^ Saya harap awak banyak bercakap ye lepasni ?

p/s : Mak sir kirim salam kat awak"

What.....Sir Kyungsoo cerita pasal aku kat mak dia ke ? Tetiber aku rasa tertanya pula , perlu ke nak cerita kat orang lain ? Aku bukanlah sesiapa .

Panjangnya chap ni :3
Hehe saja nak bagi 'screen time' sikit kat watak lain huhu 💗

+vote+comment+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top