034 + rindu°
Setelah cukup dimarahi oleh Jaemin , mereka berdua hanya duduk di rumah milik keluarga Jung .
Chenle tak kepoh seperti selalu , dia asyik bermain dengan jari jemari Hyojin je . Seronok gamaknya .
"Chenle , aku nak tanya ni"
Soal Hyojin yang kelihatan ingin tahu . Teman lelakinya itu mula memandangnya dengan lembut dan fokus dengan apa yang bakal Hyojin bertanya .
"Kau tahukan...abang abang aku ni protective...kau..boleh ke hadap ?"
Chenle ketawa halus buat beberapa saat setelah mendengar soalan kekasihnya itu . Orang tanya , dia gelak pula :/
"Hyojin , aku bukan tak kenal dorang . Sejak aku berkawan dengan kau dan sejak tu juga aku tahu pasal abang kau...."
Chenle menjedakan ayatnya untuk mengambil nafas dulu . Soalan macam ni , jangan bawa main . Kena jawap bebetul , kasi nampak ikhlas .
"Tapi apa boleh aku buat kan ? Aku da suka kau . Kena jugalah relakan hati hadap brotective kau"
Ayat yang Chenle luahkan membuatkan Hyojin tersenyum tersimpuh malu . Ingatkan savage 24 jam rupanya manis juga orangnya .
Jarang sekali lelaki ni menunjukkan sisi manisnya depan kawan kawan dia . Bila da tunjuk , orang akan cair . Srs
"Takyah lah nak ber sweet dalam rumah kitorang . Rasa nak muntah pelangi je aku dengar"
Kata Renjun yang dari tadi memerhati adegan bersemut Chenle dan Hyojin . Jaemin pula sudah mabuk kopi selepas memarahi adik perempuannya plus Chenle . Oleh itu , Renjun memaksa Jaemin tidur daripada berlakunya situasi tidak diingini .
Jam dinding dikerling menunjukkan hampir pukul 7.00 malam , Renjun perhati saja Chenle . Da nak pukul 7.00 malam , masih tidak mahu pulang ka ?
"Oiii masa tamat . Da pergi balik , aku tak suka sangat kau lama lama kat sini . Buat mata aku berbulu je"
Perli Renjun sambil menyilangkan tangan di dada . Chenle tak banyak cakap , dia terus bangun dari sofa di ruang tamu .
Hyojin da menjeling Renjun lalu mengiringi Chenle ke pintu rumah . Dapatlah juga date walaupun tak macam date pfft .
"Kalau ada apa apa , call aku . Aku balik dulu"
Sempat Chenle memesan kepada Hyojin sambil tangannya mengusap lembut kepala gadis itu . Tak lupa senyuman manis juga ditayangkan ufufuf .
Hyojin hanya menunggu di pintu rumah sehingga sosok tubuh Chenle hilang dari pandangannya .
"Hyojin , masuk"
Tegas sekali suara Renjun memanggil adiknya masuk ke dalam rumah . Biasanya muka Hyojin takde perasaan tapi ni lain , dia hanya tersenyum sumbing dek mengenang dimana Chenle menjadi sweet dengannya hm .
"KYA CHENLE !"
Jaemin yang baru tersedar dari tidur segera menerjah turun ke ruang tamu . Renjun dan Hyojin terkejut mendengar jeritan mak mak Jaemin .
"MANA DIA ?!"
Jaemin mencari figura Chenle di segenap ruang rumah keluarganya . Renjun yang menyaksikan kegilaan Jaemin , hampir saja membaling cawan Ryan milik kembarnya itu kepada tuan empunya badan .
"Dia baru je balik . Kau lambat , baru je aku nak ajak kau belasah dia tadi"
Renjun tersenyum sinis berkata dengan tersenyum sinis sambil mata melirik ke arah Hyojin yang sudah cemas habis .
"Asal tak kejut aku ?! Aku geram sebenarnya tau . Nak je aku cubit ᶜᵘᵇⁱᵗ ᵖⁱᵖⁱ ᵈⁱᵃ ᵗᵘ !"
Ternganga jugalah untuk Renjun memahami ayat terakhir Jaemin yang seakan tergantung sepi .
"Korang...tak boleh...ke...jangan kongkong hidup Hyojin ? Chenle bukan nak buat apa2....pun dengan...Hyojin"
Kata Hyojin yang merenung tajam kedua dua abang kembarnya . Memang takde kerja lain ke selain ganggu hidup budak ni ?
•••
Televisyen di renung kosong , tetiber rasa bosan menyelubungi diri setelah cuti sekolah telah bermula seminggu lalu .
Puan Do dari dapur melihat anaknya seperti lost . Apa sajalah yang dia renung tu sampai tak berkedip mata ?
"Kyungsoo , ada apa apa yang nak kamu cerita dengan omma ?"
Puan Do memegang bahu anaknya lalu duduk di samping Kyungsoo . Manalah tahu ada masalah yang terpendam dalam hati .
"Eh omma heee Kyungsoo tetiber rindu sekolah pula"
Kata Kyungsoo bersama sengihan . Ya tuhan manis sungguh senyuman dia . Manalah tak ramai pelajar perempuan sekolah dia suka usya dia .
"Nampak sangat tempat kerja kamu tu suasananya lebih baik kan ?"
Soal Puan Do , bukan perli tapi soalan tu muncul dari fikirannya . Apa lagi , tanya sajalah .
"Bukan sebab suasananya omma tapi sebab Kyungsoo suka tengok macam macam gelagat pelajar sana . Ada yang jenis pendiam , ada yang protective sebab adik dan ada gak jenis yang kepoh . Eh banyaklah"
Panjang Kyungsoo terang kepada ibunya itu kenapa dia rindu ke sekolah . Jujurlah , dia tak pernah tengok pelajar sebegitu time bekerja di sekolah sebelum sekolah di Seoul .
Agak pelik tengok perangai pelajar tapi tulah yang membuatkan dia rindu bila da pencen nanti .
"Tapikan Kyungsoo taktahu kenapa Kyungsoo suka tengok satu pelajar ni . Dia pendiam betul dan abang abang dia semua protective habis . Ia membuatkan Kyungsoo sekali nak protect dia"
Ibunya hanya tersenyum melihat luahan Kyungsoo yang bersungguh bercerita . Salah satu sikap anaknya yang suka mengambil berat pasal orang lain walaupun orang tu takde kaitan dengan dia .
Tak lama lagi habislah ff ni :3
Btw aku ada published ff baru yang berjudul First Girl . Cast nya 97' Liners , Irene , IU dan Winwin .
Jemputlah baca 💚
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top