029 + pelik°

Perlawanan antara pasukan Jaemin dan Renjun menjadi sengit , masing masing perbezaan 1 mata iaitu pasukan Jaemin mendahului setakat ini .

Jaehyun hanya tersenyum melihat kerenah adik kembar nya bertekak di tengah gelanggang . Johnny juga yang pergi menenangkan keadaan memandangkan dia yang mempelawa diri untuk jadi pengadil .

"Relaks lah brader . Game olok olok je ni"

Kata Johnny kepada Renjun . Semakin lebar senyuman Jaehyun melihat gelagat rakan baiknya yang tak kalah seperti budak sama umur dengan adiknya .

Setelah keadaan menjadi tenang semula , Renjun memanggil Jisung , Chenle dan Jeno yang dari tadi sengih memandang skrin telefon masing masing .

"Amboiii korang ni , ajak aku dan Jaemin main memalam ni tapi main telefon lak ek eleh"

Renjun berkata dengan gediknya . Jaemin pula tersengih memandang Renjun kerana perangai gediknya sudah merasuki badan Renjun . Pfft

•••

Telefon dicampak di atas bantal selepas chat agak panjang dengan someone . Kaki melangkah turun ke bawah demi meneguk segelas air .

Da nak hampir 11.00 malam tapi lelaki lelaki tak balik lagi . Setelah itu , dia kembali ke bilik dan mendarat atas katil .

TINGG !!

Tepat saja Hyojin baring atas katil , chat dari someone masuk . Pantas saja tangan Hyojin mencapai telefonnya .

"Chingusss nak meet esok ?"

Reply dari someone tu . Setakat ni , Hyojin tak rasa pape sebab baru je time ni chat dengan dia panjang .

Jadinya , Hyojin hanya membalas ok tanda setuju . Lantas , selimut di tarik sehingga paras dadanya .

Kereta yang dipandu oleh Johnny cepat saja memandu masuk ke halaman rumah rakannya , Jaehyun .

"Kau ni takleh ke bawa laju lagi ? Kalaulah kau tabrak rumah aku , mana taknye aku merempat kat tepi jalan haihh"

Kata Jaehyun kecewa dengan pemanduan Johnny lalu keluar dari perut kereta . Kunci di dalam poket diambil dan memasukkan ke dalam lubang kunci di pintu .

"Hyung bawa macam pemandu f1 ahh"

Kata Jaemin sambil menunjukkan thumbs up . Renjun menolak lemah kepala kembarnya kerana tahap high Jaemin da sampai .

Ni semua salah Jaehyun , dia pergi beli kopi espresso 8 shot buat apa . Tak memasal Jaemin dia jadi ketum lak memalam ni .

Pintu dikuak ke dalam melihat keadaan rumah sunyi sepi membuatkan Jaehyun terasa pelik . Biasanya Hyojin tidur lambat sikit sekitar 12.00-2.00 pagi gitu .

"Baby Hyojin da tidur keew ?"

Teriak Jaemin yang jalan sudah terhuyung hayang . Patutlah Jaemin tak boleh minum minuman beralkohol , minum kopi pun da macam orang mabuk minum arak dan ketum .

"Sshhhh Hyojin da tidur lertu"

Kata Renjun sambil menutup mulut Jaemin lalu menarik kembarnya ke bilik . Johnny pula tergelak tengok gelagat Jaemin .

Jarang sekali dia jumpa orang mabuk kopi sedangkan dia juga giler kopi tapi takdelah sampai mabuk begitu .

•••

Cahaya mula menembusi langsir bilik Hyojin membuat lenanya terganggu . Kemudian , cepat saja matanya celik kerana teringat yang pagi ni dia nak pergi jumpa someone .

Cepat saja dia bangun untuk pergi bersiap . Dress warna pastel bercorak bunga dipakai olehnya membuatkan dia nampak comel .

Sekali pintu biliknya dikuak oleh Jaehyun , terperanjat gadis itu . Abangnya agak terkejut dengan penampilan manis adik perempuannya .

"Wahhh , cepatnya bersiap macam tak sabar je nak hantar aku pergi airport"

Terus berubah air muka Hyojin apabila baru teringat yang harini abang sulungnya bakal berangkat semula ke Connecticut .

"Ya Tuhan , macam mana boleh lupa ?!"

Kata isi hati Hyojin yang hampir saja meletup dek baru teringat mengenai abangnya . Plan nak buat sarapan pun lupa , ni da macam kemaruk cinta pula .

"Eh bukan macam tu !"

Jawap Hyojin yang baru lepas melayan perasaannya . Terasa sayu saja hatinya melihat wajah abangnya yang tersenyum manis .

"Aikk aku nak balik baru kau nak bercakap dengan jelas ? Wahh ni tak adil"

Sinis saja kata Jaehyun . Bukan nak jadi savage tapi niat nak bergurau je . Gitu katanya .

Kemudiannya , Jaehyun keluar dari bilik adiknya turun ke bawah . Hyojin pula buntu , lama juga dia berdiri stastik .

Telefon yang sedang dicas , diambik lalu menghantar mesej kepada someone .

To : someone
From : Hyojin
Text : hm sorry , aku takleh datang harini . Aku lupa yang Jaehyun balik sana .

Sent.

Adalah rasa sedikit kecewa bila tak dapat jumpa dia . Sekali Jaemin memasuki bilik tanpa mengetuk pintu , berang Hyojin dibuatnya .

"Hyojinniee~~~ jom~~ Doyoung , kawan Jaehyun da sampai"

Beg tangan di ambil lalu menuruni tangga rumah , memang dorang ni takde kawan perempuan . Kekadang rasa bosan juga asyik kena hadap lelaki je .

•••

Selepas Jaehyun dan Johnny menaiki flight , mereka berempat termasuk Doyoung menuju pulang ke rumah .

Hyojin seperti biasa diam tak berkutik sambil memandang ke luar tingkap kereta . Jaemin di sebelah memandang adik perempuannya penuh berasa pelik , dia seakan berasakan sesuatu dihujung lubuk hatinya .

Ada sesuatu tak kena .

"Hyung , kenapa akhir akhir ni nampak hyung pakai baju yang agak mendedahkan dada eh ? Beberapa hari lepas pun , hyung post gambar kat ig muka sinis"

Renjun mempertikaikan kehidupan seketul Doyoung . Sejak bila Renjun suka sibuk hal orang ni ?

"Hyung tengok benda tak senonoh eh ?"

Renjun mengusik Doyoung yang sedang memandu . Lelaki berusia 24 tahun itu hampir saja menjentik dahi Renjun .

Rasanya tak lama lagi habis ff ni
Nguengg Sir Kyungsoo da lama tak muncul en ? Pergi bercuti lertu :3

+vote+comment+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top