012 + call°
. . . . . . . . . . . . .
Hyojin POV
. . . . . . . . . . . . .
Aduhh Mr.Hans ni buat aku penat je lah pastu da lah Jaemin kata nak hantar makanan tapi langsung tak hantar .
Aku kebulur tahu tak kat atas ?! Da alang alang si kucing tu lepas dari tangan aku lari ke dapur , baik aku ikut je .
Sempat pandang kat ruang tamu , tah pape je perangai main tutup mata . Gay gamaknya euw .
"Eo ? Hyojin baby nak makan ?"
Aku buat jijik kat Jaehyun . Orang dalam rumah ni memang ada masalah eh ? Kalau ye broken dengan awek , jangan sampai panggil aku baby segala bagai tu .
"Duduklah . Jap aku ambikkan"
Aku menahan lengannya dengan pantas sebab nak halang dia . Asyik Jaehyun je buat semua benda untuk aku , tak nak banyakkan jasa hurhur .
Aku mengambil pinggan dan senduk nasi serta stu pedas lalu duduk di meja pantri .
"APA KENA KAU NI HUH ? JANGANLAH TUTUP MATA AKU !"
Jeno memarahi Renjun pastu struggle menanggalkan tangan Renjun dari matanya . Walaupun aku sibuk makan tapi telinga aku pasang huhu .
"WEHH AKU DA BUTA ! AKU TAKKAN NAMPAK KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI ! TOLONG AKU HUAAA"
Pe kena kawan Jaemin lagi sorang tu ? Kena tutup mata , katanya da buta . Halah halah bodoq tu simpan sikit .
KRINGG !
Incoming call from Zhong Chenle.
Da pula dia call aku time gini ? Tengah makan bro , takde hari lain ke nak call ? Alahai grr
"Yow Hyojin . Jaemin mana ?"
"...."
"Hello ? nihao ?"
Maka aku menekan loud speaker , alang alang dorang masih bergelut . Baik bagi si Chenle dengar pergaduhan tu .
"KAU TAK BUTALAH ! AKU TUTUP MATA KAU...!"
"Ohh...papelah ok , bye"
Bagus . Setelah habis makan dan basuh pinggan , aku ambik Mr.Hans bawa main kat laman belakang .
"Meow~"
Haihh Mr.Hans jela kawan jantan aku kalau macam Chenle tu , Jaemin dan Renjun tak berapa kesah sebab Chenle tu ada Jisung -_-
"Eh unnie , sorang je ke ? Mana Renjun oppa ?"
Ok , ni jiran aku . Nama dia Lee Ji Ah , berumur 14 tahun . Well , dia peminat si Renjun cuma mamat tu je jual mahal dengan peminat peminatnya .
Mohon mampus awal :)
"Aah sorang je . Renjun oppa tengah bergelut dengan kawan dia"
"Bwo ? Bergelut ? Dia ok tak ? Cedera ke ? Nak Ji Ah tolong hentikan ke ?"
Kali kedua , aku buat muka jijik tapi kalini dengan Ji Ah . Amboi kemain risau lagi ye ? Kain yang nak sidai tu kena risaukan dulu , kang kena marah nangis -_-
"Its ok , Ji Ah . They're will be fine so dont worry"
"Hm oklah , Ji Ah pergi dulu . Nanti kirim salam sayang kat Renjun oppa tau ehee"
Dia bukan takat cakap je tau malah siap bagi muahh gitu gitu suruh bagi kat Renjun . Dia tak pernah rasa bertepuk sebelah tangan ke apa ?
Da banyak kali sebenarnya dia confess tapi tetap ditolak juga oleh Renjun . Whatever lah asalkan aku bahagia .
KRINGG !
Eo ? Nombor tak dikenali . Siapa ni ? Kalau Nayeon ni alahai malas betul nak angkat . Dulu dia selalu tukar nombor katanya nak menghantui hidup aku dengan kata kata ugutan .
Well aku tak kesah sebab gue ada abang abang yang giler babi protective . The power of OPPAH .
"Yobosaeyo . Nugusaeyo ?"
"Ohh Hyojin , ni saya Kyungsoo saem . Lupa nak bagi tahu yang esok saya kena latih awak berempat selepas waktu rehat sebab petang saya ada meeting"
"Ohh saem...ok"
"Bagi tahu yang lain sekali ye ? Terima kasih"
And then aku terus tekan button off . Dari mana pulalah dia dapat nombor phone aku ni ? Alahai isy !
•••
Kaki melangkah ke tandas untuk tukar baju , ada lagi beberapa minit lagi sebelum latihan bermula .
Nasib baik Kyungsoo saem da cakap awal awal kat cikgu lain yang kami ada latihan . Selepas tukar , baru je nak ke gelanggang basketball terserempak pula dengan Nayeon .
"Woahh tengoklah siapa di sini hehehe"
Nayeon menyilangkan tangan di dada dengan sengihan turut serta kawan dua orang dia tu .
Dengan malasnya , aku jalan melepasi mereka tapi alangkah kejamnya manusia , dia tahan tangan aku . Segera aku tepis dengan kasar .
"Dengar sini , aku tak nak eh kau dekat dengan Jeno"
"Apa masalahnya aku dekat dengan dia en ? Lagipun kami berkawan baik sejak azali lagi"
Aku saja nak sakitkan hati dia hm tanpa aku sedar yang aku da tercakap seperti biasa . Peningkatan dalam berkomunikasi ufufuf
"Kya.."
"Noona !"
Tak sempat kawan Nayeon habis berkata kata , Jisung datang berlari ke arah aku . Bagus juga dia datang , boleh aku blah dari sini .
"Eo ? Jisung"
"Cepatlah latihan da nak start tu"
Lalu Jisung menarik tangan dan kami berlari bersama ke gelanggang basketball . Woahh semua da ada termasuk Kyungsoo saem .
"Mana awak pergi Hyojin ?"
Soal Kyungsoo saem sambil bercekak pinggang tapi aku senyap serta tunduk pandang lantai .
"Ohh saem tadi Nayeon tahan dia"
"Haihh ok , mari mulakan latihan . Sekarang lari keliling gelanggang ni 10 round"
Terkejut semua bila dengar kena lari 10 round . Ada giler ke ? Nak patah kaki gini ahh adehh
"Saem banyak nau"
"Kita bukannya berlatih kat padang . Gelanggang ni bukan sebesar padang pun , lari je lah"
Tanpa banyak soal , kami berlari juga . Tah lah sampai round kelapan , perut aku rasa senak sesangat .
Guess what ? Kaki aku jadi lemah dan jatuh terjelopok atas lantai gelanggang sambil menekan perut .
"HYOJIN !"
"BABY !"
Agak agaknya siapalah manusia yang panggil baby tu ? 😂
Gedik je nak panggil baby alahai pfft btw ambiklah hadiah dari gue 🌚👇
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top