✧*̥˚ 9
••
"semua pelajar sila siapkan kerja tambahan pada muka surat 175. Terima kasih"kata terakhir Mr. Nam Joohyuk sebelum keluar daripada kelas.
Sebut saja namanya, Nam Joohyuk. Pasti saja semua akan kenal.Dia antara lelaki tertampan di sekolah .Tidak mustahil Mr.Nam boleh ada kelab peminat sendiri.
Aku memandang Jun yang berada di sebelah aku dan aku perasan dari tadi dia asyik curi pandang aku.Seperti ada sesuatu yang hendak diperkatakan.
"Cakap jelah" naik muak pulak aku tengok dia ni. Mulut macam nak bercakap lepastu tutup balik. Ada jugak aku jahit mulut tu. Sampai berpeluh dahi.
"Yanan"satu nama itu terpancul daripada mulut Jun. Jap kenapa dengan semua orang ni. Macam takut sangat dengan dia. Daripada gaya Jun pun aku dah dapat tahu yang dia ni pun gerun dengan Yanan.
"Cuba kau jelaskan apa sebenarnya yang KORANG semua takut sangat dengan Yanan" saja aku tekankan sedikit perkataan itu.Akhirnya terluah juga apa yang selalu bermain di fikiran aku ni.
"Kau betul-betul tak tahu"Jun cuak.Matanya membulat dengan tangannya menekup mulut.hek
"kau ingat Seulrin ni tahu ke perkembangan sekolah? Cuti pun kene orang lain ingatkan."Youngmin mencelah dan tangannya masih ligat menyalin segala nota.Budak pandai kan.
"haah baru aku ingat"aku menayang muka kosong pada Jun.、
"Masa dia pertama kali masuk sekolah ni, Geng Jimin ada terlanggar Yanan tu. Kau tahu jelahkan Geng Jimin tu kan ramai orang takut Tak lari dengan perkataan membuli tu-- ye eh?" Seulrin memotong.Jun menepuk dahi.Stress pulak dia bercakap dengan aku ni.Semua pasal sekolah tak tahu
" ye Seulrin"sambung Jun.Jun diam seketika untuk mengambil nafas sebelum mula bercerita kembali.
"Diorang boleh bergaduh dekat luar sekolah tapi yang paling mustahil aku tak boleh percaya-- Yanan boleh kalahkan mereka 4 orang macamtu je sampai geng Jimin tak berani nak kacau dia dah.Ha untuk pengetahuan kau geng Jimin tu ade 7 orang tapi lagi sorang tu bukan macam diorang.Dia baik sikit lagi dua orang dah kerja."sempat lagi dia menyelitkan maklumat pasal geng Jimin tu.
"Kebetulan ada seorang pelajar sekolah kita nampak jadi dia rakam dan hantar dalam laman web sekolah."Jun mengambil nafas semula.Aku mengangguk dan cuba nak proses balik semua ayat ayat Jun
" KAU BIAR BETUL!"seraya aku menjerit Jun menarik aku duduk kembali dan mengetuk kepala aku
"aduh kau tau tak sakit"aku memegang kepala dan menjeling Jun.Taguna betul.
tapi aku masih tak boleh nak percaya apa yang aku dengar tadi.Tak mungkin Yanan boleh kalahkan 4 orang sekali gus.
wah dia betul betul berubah kecuali senyuman dia dan cara percakapan dia.Memang sah-sah comel.
"Sekarang jelaskan kenapa kau tiba-tiba rapat dengan Yanan" soal Jun dengan mata yang semakin mengecil dan memandang aku tajam.
"em--betul nak tahu"tanya aku untuk kepastian. Tapi mesti sah-sah dia nak tahu kan.
Dia mengangguk laju. Aku memandang Seungjun sekilas di hadapan. Langsung tak nak menoleh kearah aku. Dia punya marah takdi jangan cakap la. Lepas je Jihoon dan Guanlin pergi dari kelas aku, dia pula muncul dan bebel dekat aku dan Yanan.
Kitorang memang tadah telinga jelah dengar semua yang dia cakap. Akhirnya dia ambil nafas dan tarik tangan aku masuk kelas tinggalkan Yanan yang terpinga pinga dekat situ.
Sempat lagi dia bebel pasal keadaan Yanan yang tak terurus tu.
" kitorang kawan baik sejak sekolah menengah gred 1 .Tapi Yanan tu aku kenal masa sekolah rendah lagi."aku menjawab sambil menggaru kepala yang tidak gatal
"KAU BIAR BETUL!" tak sekarang ni dia pulak yang terkejut beruk.
tangannya aku tarik supaya duduk dan kepalanya aku ketuk. Cakap orang tak sedar diri sungguh si Jun ni.
tiba tiba aku terdengar ada seseorang duduk disebelah aku.Aku memandang ke tepi. Sooyoung?
Kenapa pulak secara terkejut datang sini. Biasanya dia tak akan berganjak dari tempat duduk dia ni.
"Kau sihat tak datang sini?"tanya Jun.Mungkin dia pun pelik dengan kelakuan Sooyoung. Sebab satu kelas dah tahu dia sememangnya sayang nak mampus dengan meja dan kerusi dia tu.
"Aku rasa Irene tu pelik lah"Dahiku berkerut. Kenapa dengan Irene?
"Dia asyik pandang luar tingkap je.Tak layan aku langsung" Irene ade masalah ke yang dia tak bagitahu.
"Em Seulrin aku nak cakap sesuatu dengan kau" ha sejak bila dia pandai mintak izin nak cakap pape ni.
Dia seperti beri isyarat mata dengan Jun dan Jun pun mengangguk.
"Woi ketua kelas aku dengan Seulrin nak pergi tandas" pergh bahasa mulut Sooyoung ni memang nak kene cili ke
Nasiblah Hyunjin tu jenis yang lembut, prihatin, bukan panas baran--k aku terpuji dia.
Hyunjin hanya mengangguk--dan Seungjun aku nampak dia pandang aku risau
Sampai di hadapan perpustakaan, langkah Sooyoung terhenti. Kalau nak pergi tandas memang kene lalu perpustakaan dulu lepastu turun bawah tandas perempuan dan naik atas tandas lelaki.Tapi memang jarang pelajar lalu guna tangga ni
"Kau kenapa berhenti" kata aku. Sooyoung memalingkan tubuhnya menghadap aku.
"Aku cuma nak cakap--dan kau jangan terkejut" ape pulak dia merepek ni.
"Kau dah bertunang dengan Chanyeol sunbae "kata Sooyoung senafas. dan pada waktu itu--
••
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top