✧*̥˚ 8

••

"KAN AKU DAH KATA TADI!"

ya tuhan siapa yang menjerit macan tu.sudu yang jatuh dari genggaman aku tadi aku ambil semula.

aku melihat sekeliling ,semua pelajar di kantin berpusu-pusu pergi kearah suara itu kecuali yang berada semeja dengan aku.

hati aku tergerak hendak melihat.aku pelik.biasanya aku tak ambil kisah

sudu aku letak semula dan berjalan laju kearah suara itu.panggilan mereka dan jihoon aku abaikan.hati aku tergerak untuk tahu .

di depan kelas 2-A .kebanyakan pelajar mengelilingi koridor itu.disebablan badan aku yang kecil ni ,aku menyelit antara pelajar-pelajar itu.aku ternampak seorang lelaki daripada tepi yang sedang memegang kolar

tak--dia nampak macam...

jangan cakap yang tu...

wajahnya dari tepi memang kelihatan sama seperti dulu.

"hehe terima kasih tolong yanan"

nama pelajar itu kembali menyergah ingatan aku.

aku berlari kearah dua orang pelajar itu, bisikan para pelajar makin kuat.Apa aku kesah

dia memandang aku dan dahinya berkerut.aku tak tahu apa yang dia fikirkan . aku tepis tangan dia daripada baju pelajar lelaki itu dan menarik tangannya keluar daripada kawasan pelajar pelajar itu.kuat aku menarik tangan dia tanpa sedar arah tuju aku .Dan aku baru sedar aku berada di tangga menuju ke rooftop.

dia langsung tidak melawan apabila aku menarik tangannya dan hanya mengikuti langkahku.

" ya--yanan .yang ni memang kau kan" aku bertanya ,ya aku tergagap.dia berdiri menghadap aku.aku harap yang ini dia .aku nak junpa dengan dia balik

mukanya daripada bengis perlahan lahan mengukir senyuman.

"seulrin.aku jumpa kau balik"aku terpana .tanpa sedar aku memegang kedua-dua lengannya dan melompat keriangan.

"kenapa baru sekarang nak jumpa aku!"aku sedikit marah padanya.aku mencebikkan bibir

dia jugalah kawan baik aku semasa sekolah menengah.aku,seungjun dan dia.

"tapi--kenapa kau nampak lain macam"aku memandang dia dari atas ke bawah.bajunya selekeh.atau lagi senang, tidak terurus .dia juga nampak seperti gangster sekolah.

"em maafkan aku"dia memegang belakang lehernya sambil tersenyum.

aku macam tak percaya.disebabkan dia dulu seorang pelajar yang sangat baik.

aku berkawan dengan dia kerana aku pernah menyelamatkannya semasa dibuli oleh beberapa orang pelajar lelaki.tetapi sekarang--ia dah terbalik.

jadi mungkin dialah badboy yang inseong cakap tu .lagipun aku tahu dia baru berpindah ke sini.macam manalah aku tak dapat cam ni dekat depan makmal tu.

" yanan"aku memanggil namanya.

"em"

"boleh kau berubah"aku memandang kedalam anak matanya.sebab--aku tak suka dia jadi macam ni.aku nak dia yang dulu.

dia terdiam.

"aku boleh dan aku akan cuba"aku mengukirkan senyuman mendengar jawapannya.

"lagipun aku berubah jadi macam tu disebabkan kau"dengan segera dia mendapat pukulan dari aku di kepala.

"kau yang pindah pastu nak cakap disebabkan aku.nak kene tampar ke"aku menjelingnya.

"halah jomlah balik kelas.dah nak habis rehat.dan aku janji tak ponteng kelas"dia meletakkan sebelah tangannya memeluk bahuku dan sebelah tangannya lagi seperti mengangkat ikrar untuk bersumpah.

••

seram.pelik.semua pandangan yang seangkatan dengan itu diberikan pada aku sekarang.mungkin sebab aku berjalan dengan yanan?

"seulrin!"aku menoleh kebelakang apabila mendengar suara orang memanggil.

sooyoung dan irene berlari cemas kearah aku.mukanya nampak cemas.

" seung-seungjun"aku menepuk dahi mendengar nama seungjun.dia mesti mengamuk lagi! Huwaa macam mana ni.Dahlah baru kene marah tadi...

" dia-- kau kenapa"aku memandang irene dan sooyoung pelik kerana mereka kelihatan takut-takut.mereka berdua menunduk.tangan sooyoung mengenggam tangan irene.pahal dua orang ni.aku melihat yanan.

ouh patutlah, yanan pandang diorang semacam je.irene pun aku tengok dah berpeluh dahi.

"woi janganlah takut"kata aku.

" seungjun mana woi!mampus dia mengamuk dekat aku kang"kaki aku tergetar bukan sebab yanan tapi seungjun.

"dia cari kau dekat taman mini"jawab sooyoung.

"yanan.kau ikut aku dan hadap seungjun mengamuk sebab hal ni bermula daripada kau"aku mencubit lengannya dan menariknya pergi.

" sakitlah"dia menepuk-nepuk lengannya yang dicubit.

"sooyoung!irene! masuk kelas dulu.aku masuk kelas sebelum habis rehat!"aku menjerit sambil memandang sekilas ke belakang.jelas mereka mengurut dada tanda lega.

"aku taknak hadap seungjun"yanan menggelengkan kepalanya beberapa kali dan cuba untuk berhenti tapi aku tetap menariknya.

kami berdua dah masak sangat dengan perangai seungjun.tak boleh nak aku hilang kejap--sejujurnya jihoon pun lebih kurang sama tapi yang peliknya dia tak cari aku pun ;-;

kau tak tahu macam mana seungjun tu marah--

"seul!"aku menghentikan langkah sebaik nampak seungjun dan sekarang dia sedang berjalan kearah kami berdua.aku dengan segera menyorok di belakan badan Yanan.memandangkan badan aku lagi kecil.

Seungjun berdiri di hadapan Yanan.Aku hanya mampu mendiamkan diri .Seungjun sudahpun memberi pandangan maut kepada Yanan.

"hai ju-jun"sapa Yanan walaupun sedikit gagap.Pada waktu itu, dahi Seungjun berkerut.

"Yanan?" teka Seungjun.Yanan mengangguk gembira.

"ha kau bawak Seul pergi mana"seperti yang dijangka dia tidak akan terpangaruh untuk menukar topik malah marahkan Yanan dan langsung tak menyapa Yanan.Dahla baru jumpa ehek .

"dia--Aku eksaited jumpa Yanan je.Dahla masatu dia tengah buat masa--"Yanan menekup mulut aku sebelum aku menghabiskan kata-kata.

Agaknya Yanan dah tahu Seungjun ni Ketua Pengawas sebabtu tak bagi aku beritahu Seungjun ni.Tak pasal-pasal dia kena denda bawak baldi berisi air pusing satu sekolah

" Kau, Yanan .Balik nanti aku sapa kau.Pergi masuk kelas sekarang.Aku nak ronda jap"kata Seungjun.

" tak berubah perangai"kata Yanan perlahan.Aku tergelak kecil.HAHAAHAHAH memang tak pernah berubah.

"kau bawak Seul masuk kelas elok elok kalau tak aku kejar kau sampai lubang cacing"Seungjun memberi amaran.Kau jangan ingat Seungjun tak buat.Kalau dia cakap dia buat, dia akan buat.

Dia pernah cakap dekat Jihoon yang dia akan makan 3 ulas bawang putih kalau kalah

Dan dia betul-betul makan dengan muka takda perasaan tu.Masatu aku dengan Jihoon hanya mampu menahan ketawa .Tetapi akhirnya gelak ketawa aku terburai jugak (;

••

"kau duduk mana sekarang"

"rumah lama aku.tapi mak ayah aku takda diorang ada hal lagi dekat China tu"

aku mengangguk.Aku bercakap dengan dia pun memang kena mendongak habis.Tapi takdelah macam aku cakap dengab Seungjun.Sakit kepala aku sebab asyik mendongak je bila bercakap dengan dia

Susahlah kawan tinggi-tunggi ni-_- .Tak silap Yanan ni 187 .Aku fade up
dengan orang tinggi macam galah ni.Mentang-mentang aku ni pendek

"seul"aku memandang ke depan atau lebih tepat lagi di hadapan pintu kelas aku.Jihoon bersama guanlin.budak budak perempuan kelas aku semua duduk fokus dekat jihoon dan guanlin.termasuk budak kelas lain jugak.

"eo hoon"jihoon bergerak kearah kami.

"Yanan nanti datanglah rumah.Eomma mesti nak jumpa"Jihoon menyerabaikan rambut Yanan.Yanan tersenyum malu dan mengangguk

"eh apa ni?napa tak bagi tahu pun dekat Seul yang Yanan pindah"aku memandang Jihoon tajam

Selalu rahsiakan pada aku tentang perkara yang macam ni

Aku sempat mengerling ke dalam kelas aku,mereka diam tak terkata.Kenapa diorang takut sangat dengan Yanan?

『❀❀』

PENTAGON Yanan🌸

Hwangmintae berryyyys_ peachyjungs exobts_ksf03

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top