✧*̥˚ 50
Setelah meletakkan kereta, mereka beruda keluar daripada perut kereta. Dongdaemun Design Plaza. Sudah lama mereka tidak menjejakkan kaki ke sini.
Chanyeol memandang kearah Seulrin yang sedang termemung sambil badannya disandarkan pada kereta. Dia berjalan mendekati gadis itu.
"Seulrin, kau okey tak ni ?"Chanyeol membongkok badannya bagi menyamakan ketinggiannya dengan Seulrin. Memandang wajah gadis itu.
Seulrin melarikan pandangannya daripada Chanyeol. Dada lelaki itu ditolak lembut.
"Tak ada apa-apa." kata Seulrin. Dia mahu mengelak daripada perasaan ini. Perasaan yang membuatkan perasaannya terganggu sekarang.
Dia cuba untuk tidak menunjukkannya tetapi ia tidak berjaya.
Chanyeol mengeluh perlahan. Dia mulai risau melihat Seulrin yang tiba-tiba menjadi diam. Chanyeol mencapai tapak tangan kecil gadis itu dan digenggam erat sebelum mula berjalan.
"Seulrin." Chanyeol memanggil nama gadis itu lembut. Seulrin memandang mendongak kearah lelaki tinggi itu.
"Ingat peraturan nombor satu kita." kata Chanyeol. Dia memeluk bahu gadis itu supaya makin merapatinya dan memastikan gadis itu tidak berada dalam kesejukan.
Seulrin terdiam dan mengangguk.Seulrin memandang tanah. Rasa bersalah mula menguasai dirinya.
" Kalau ada masalah, jangan pendam. Tiada rahsia antara kita. Komunikasi yang paling penting." sambung Chanyeol. Seulrin mengigit bibir. Resah.
Ya, itu ialah salah satu peraturan yang perlu diikutinya. Mereka berdua telah berjanji antara satu sama lain.
"Maaf." akhirnya Seulrin mula bersuara.Perlahan saja suara itu meniti di bibirnya. Bahu Seulrin ditepuk perlahan. Chanyeol mengeleng perlahan mengatakan bahawa ia tidak mengapa.
"Sekarang cerita." kata Chanyeol lembut.
"Em... awak dengan Eunha..." Chanyeol hanya mendiamkan diri terlebih dahulu. Mendengar luahan daripada gadis itu terlebih dahulu.
"Saya ada dengar korang berdua bercinta... Ya saya tahu awak tak akan buat macam itu- tapi benda itu asyik buat saya berfikir- tapi saya tahu- hish susahlah." Seulrin menyerabutkan rambutnya. Wajahnya mengetat. Tidak tahu apa yang dia mahu katakan. Ayat pun sudah berterabur.
Tawa kecil kedengaran daripada mulut Chanyeol. Kelakar melihat telatah Seulrin yang sedang frustasi.
"Cemburu?" Chanyeol mengangkat kening. Bangga mungkin.
"Habis itu nak saya gembira ke? Ouh tunang saya ada rumor dengan perempuan lain." kata Seulrin sarkastik diikuti dengan ketawa palsu. Chanyeol disebelahnya dijeling.
"Lagi satu, saya ternampak mesej awak dengan Eunha- saya tak buka chat tapi masa saya pegang tadi- ya fahamlah kan." sambung Seulrin lagi. Pandangan matanya dilarikan daripada terus memandang kearah Chanyeol. Jelas kedengaran gadis itu mengeluh perlahan.
"Seulrin, kita cakap pasal ini lain kali boleh?" Chanyeol bergerak dan berdiri di hadapan Seulrin. Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Seulrin.
Seulrin diam. Sejujurnya dia tidak puas hati. Katanya komunikasi itu penting, tapi sekarang dia sedang mengelak untuk berbincang pula. Fikirannya sekarang sudah memikirkan pelbagai perkara.
Chanyeol sememangnya mempunyai hubungan dengan Eunha ke ? Ada sesuatu yang dia tidak tahu ke? Entahlah. Dia tidak tahu.
Seulrin hanya mengangguk tanda setuju. Dia mahu mereka menyelesaikan masalah ini sekarang juga. Tetapi Chanyeol kelihatan langsung tidak mahu menjelaskan perkara itu padanya.
Seulrin kembali mendiamkan diri. Dia masih tidak puas hati. Chanyeol mengeluh perlahan apabila dia melihat sekilas kearah Seulrin. Akhirnya mereka hanya berjalan-jalan disitu tanpa sebarang suara dan perbualan.
Seulrin terlebih dahulu masuk ke dalam perut kereta sambul menunggu Chanyeol. Katanya dia perlu pergi ke tandas dahulu.
Seulrin bermain dengan telefon miliknya. Setelah beberapa kali dia melihat gambar-gambar yang terpapar di Instagram, dia menutup telefon. Bosan. Butang radio ditekan bagi menceriakan suasana di dalam kereta itu.
Kenapa lama sangat Chanyeol pergi ke tandas ini ?
tok! tok!
Seulrin berpaling ke luar tingkap. Seulrin tersentak ke belakang apabila melihat Seungjun yang sedang tersenyum kearahnya. Seulrin membuka kunci pintu kereta dan keluar daripada perut kereta.
"Macam mana boleh ada dekat sini?" tanya Seulrin yang masih terkejut. Figura tinggi itu dilihat tidak percaya.
"Cepat ikut aku Seul." kata Seungjun pendek dan terus meninggalkan gadis itu di belakangnya.
"Ta-tapi Chanyeol... hish." Kalut Seulrin mengambil kunci kereta dan mengunci kereta itu untuk keselamatan. Kalau tidak memang akan dicuri kalau dibiarkan begitu sahaja. Kakinya laju melangkah bagi mengejar Seungjun yang sudah berada jauh di hadapannya.
"Jun, tak jawab lagi soalan aku." kata Seulrin tidak puas hati. Seungjun memperlahankan langkahnya untuk menyamakan langkah dengan gadis kecil itu.
"Tunggu dan lihat." kata Seungjun ringkas. Seulrin mencebik tidak puas hati. Mereka berjalan tanpa berbual. Seulrin mengambil peluang untuk melihat pemandangan yang berada di sekelilingnya. Semasa berjalan bersama Chanyeol tadi, dia tidak boleh fokus. Fikirannya asyik melayang pada Chanyeol dan Eunha.
"Seungjun..." kakinya semakin perlahan melangkah apabila melihat Chanyeol yang sedang memegang gitar pada tangannya dan melambai kearahnya sambil tersenyum. Walaupun wajahnya diterangi dengan cahaya bewarna warni, wajahnya masih jelas kelihatan. Seulrin memandang Seungjun dan Chanyeol bersilih ganti.
Seungjun memandang Seulrin dan mengangguk padanya. Bahunya ditepuk perlahan dan menyuruhnya untuk pergi kepada Chanyeol.
Sempat dia memandang kearah Eunha yang sedang berada di bangku berdekatan sambil memandang kearahnya sambil tersenyum gembira. Kakinya mula berjalan mendekati Chanyeol. Jarinya mula
bermain diatas gitar itu diikuti dengan suara garaunya.
Baby, I've been searching like everybody else
Can't say nothing different about myself
Sometimes I'm an angel and sometimes I'm cruel
And when it comes to love, I'm just another fool
Yes, I'll climb a mountain
I'm gonna swim the sea
There ain't no act of God, girl
Could keep you safe from me
My arms are reaching out
Out across this canyon
I'm asking you to be my true companion
True companion
True companion
So don't you dare and try to walk away
I've got my heart set on our wedding day
I've got this vision of a girl in white
Made my decision that it's you alright
When I take your hand
I'll watch my heart set sail
I'll take my trembling fingers
And I'll lift up your veil
Then I'll take you home
And with wild abandon
Make love to you just like a true companion
You are my true companion
I got a true companion
Oh, a true companion
"Park Seulrin." suara garau itu bersuara. Anak mata Seulrin bergetar. Air matanya sudah mengenang di tubir matanya. Dia menahan supaya tidak tumpah. Seulrin memandang kearah Chanyeol yang berada tidak jauh darinya.
Lelaki itu meletakkan gitar itu dan disandarkan pada dinding. Kakinya perlahan-lahan berjalan mendekati gadis itu.
"Would you marry me." Air mata yang ditahan akhirnya gugur juga. Chanyeol mengeluarkan kotak kecil di dalam poketnya. Dia membuka kotak itu dan mengambil seutas gelang daripada kotak itu lalu dihalakan pada Seulrin.
Seulrin tersenyum kecil. Air matanya tadi dilap lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat.
"Awak buat saya fikiran saya berserabut hari ini." luah Seulrin. Bahu Chanyeol ditepuk kuat tanda dia sememangnya tidak puas hati. Fikirannya terlalu berserabut hari ini. Rupa-rupanya ini yang dirancang oleh Chanyeol.
Pelukan itu dilepaskan. Chanyeol mengusap lembut rambut Seulrin sambil tersenyum kearahnya. Pergelangan tangan Seulrin diambil lalu dia memakaikan seutas gelang itu pada tangan gadis itu.
"Sekarang terang." kata Seulrin. Bibirnya dicebikkan. Dia masih memerlukan penerangan daripada Chanyeol. Mereka berdua memandang kearah Eunha dan Seungjun yang berada tidak jauh daripada mereka. Mereka berdua tersenyum kearah pasangan itu.
"Eunha cuma tolong saya rancangkan benda ini. Dia tolong saya pilih hadiah ini dan beri idea untuk lamar awak." Seulrin memandang Chanyeol tidak percaya. Chanyeol baru sahaja membahasakan dirinya 'saya-awak', dengannya kan ? Dia sudah tidak fokus dengan penerangan Chanyeol sekarang.
Seulrin tersenyum lebar. Sudah lama dia mahu Chanyeol mengubah panggilan itu tetapi dia tidak mahu memaksa Chanyeol.
"Tapi kenapa Seungjun boleh ada dekat sini sekali?" tanya Seulrin pelik. Boleh sahaja Eunha yang membawanya ke sini tadi.
"Awak tak tahu? Mereka berdua nak dating dekat sini juga." kata Chanyeol. Seulrin terkejut. Dia terus berpaling kearah Seungjun tajam.
"Park Seungjun!" jerit Seulrin tidak puas hati. Seungjun terus menarik tangan Eunha pergi daripada situ setelah mendengar suara jeritan Seulrin. Seungjun sengaja merahsiakan hubungannya dengan Eunha terlebih dahulu.
Tidak sangka selepas perkhemahan dahulu, dia menjadi semakin rapat dengan Eunha sehinggalah dia sudah menyimpan perasaan terhadap gadis itu.
"Jadi jawapan untuk soalan saya tadi?" Chanyeol mencelah. Seulrin kembali memandang Chanyeol dengan senyuman lebar. Seulrin menggeleng.
"Tak-taknak?" Chanyeol melepaskan pegangan tangan Seulrin dan mencekak pinggang.
"Hehe, nak gurau je. Yes!" Seulrin memeluk pinggang lelaki itu. Kepalanya disadarkan pada dada lelaki itu. Chanyeol tergelak kecil. Tangannya turut mengusap rambut panjang itu.
"Thanks my secret fiance."
--
The End.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
yey , akhirnya cerita ini habis 😭 cerita paling lama untuk aku habiskan. tiga tahun shshshshshs . okeh maafkan gue dengan ending ini. aku tak pandai buat ending huehue.
btw nanti aku nak publish fanfic renjun ! check on my acc later ! thank you pada semua yang baca dan vote cerita merepek ni babai !
『 My Secret Fiance | Park Chanyeol 』
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top