✧*̥˚ 47
Setelah dua jam perjalanan mereka tiba di pusat beli belah seperti yang dijanjikan.
Mereka telah berjanji untuk berkumpul setelah satu jam untuk makan bersama dan memberikan hadiah untuk permainan santa claus .
Seulrin hanya berdua bersama Chanyeol. Kawan-kawannya sudah berpakat untuk meninggalkan mereka berdua-duaan. Mahu sahaja Seulrin merungut sekarang terhadap mereka
"Seulrin yang ini comel." Chanyeol mengambil satu anak patung panda lalu ditayangkan tepat di hadapan wajahnya.
"Macam kau." sambungnya lagi . Wajah Seulrin terasa membahang sebaik sahaja mendengar pujian Chanyeol itu.Tangannya memukul lengan Chanyeol . Dia cuba menutup rasa malu tapi wajahnya tidak dapat menyorokkannya.
"Chanyeol, dekat mana awak simpan cincin saya itu?" tanya Seulrin. Dia sudah tidak dapat memendamnya. Sejak malam tadi dia asyik memikirkannya.
"Kenapa?" tanya Chanyeol semula, dia sengaja mahu bermain tarik tali dengan gadis itu. Baginya comel apabila Seulrin membuat wajah yang cemberut.
Seperti yang dikatakan Chanyeol tadi , wajah Seulrin menjadi cemberut setelah mendengar balasan daripadanya.
"Balik nanti aku bagi, boleh jumpa omma sekali." kata Chanyeol cuba memujuk gadis itu. Kata-kata Chanyeol itu menerima anggukan serta senyuman daripada Seulrin.
Setelah 50 minit , Seulrin dan Chanyeol mengambil keputusan untuk terus pergi ke tempat yang mereka janjikan untuk berkumpul lebih awal.
Subway menjadi tempat tujuan mereka. Sebaik sahaja mereka berdua tiba di hadapan Subway, mereka hanya berdiri statik dan memandang antara satu sama lain
'Diorang tak ada lagi.' kata Seulrin sambil menelek ke dalam kedai untuk mencari kelibat rakan-rakannya. Mereka mengambil keputusan untuk pergi ke kedai yang menjual haruman lilin
Kedai itu hanya berada tidak jauh daripada Subway. Seulrin juga ingin membelikan salah satu haruman lilin itu kepada Irene kerana Irene sangat menyukainya.
Seulrin membelek beberapa bekas lilin di hadapannya.Haruman Jasmin diambilnya dan terus diletakkan diatas kaunter untuk membuat pembayaran.
Seulrin berpaling kearah Chanyeol yang masih menjawab panggilan. Mungkin Baekhyun yang menelefonnya.
Seulrin memanggil Chanyeol dan membuat isyarat yang dia akan menunggu diluar kedai.Setelah mendapat anggukan daripada Chanyeol kakinya melangkah kearah luar kedai.
"Abang!" Seulrin melambai kearah Jihoon yang bersama dengan Daehwi dan Guanlin.
Mata Jihoon seakan meliar mencari pemilik suara yang memanggilnya. Nasib baik Daehwi sedar akan kehadiran Seulrin disitu dan terus berjalan kearahnya. Jihoon dan Guanlin hanya mengikutinya daripada belakang.
"Kau seorang diri ke Seulrin?" tanya Daehwi.
"Tak-"
"Dia dengan aku." Chanyeol tiba-tiba muncul disebelahnya. Serentak dengan itu Chanyeol menjadi perhatian ketiga-tiga lelaki itu termasuklah Seulrin
Jelas kelihatan wajah mereka bertiga tergamam. Lebih-lebih lagi Jihoon. Seulrin baru teringat , mereka semua merupakan rakan sekelas. Jadi mereka pasti terkejut melihat Chanyeol bersama Seulrin.
"Aku rasa aku dah nampak Sooyoung dekat sana." Chanyeol membisik kepada Seulrin sambil tangannya menunjuk kearah Subway.
"Abang , kitorang pergi dulu." kata Seulrin dan tanpa dia sedar dia telah memegang tapak tangan Chanyeol dan menariknya pergi daripada situ. Dia tidak mahu dibebel oleh Sooyoung akibat lewat.
Makin tergamam mereka bertiga melihat aksi yang baru terjadi dihadapan mereka. Lebih-lebih lagi yang memulakan aksi itu adalah Seulrin.
Bukan setakat mereka bertiga, Chanyeol juga terkejut dengan tindakan mengejut Seulrin itu.
Tiba sahaja dihadapan Subway itu mereka berhenti. Seulrin mengeluarkan telefon miliknya daripada poket seluar. Manakala sebelah tangannya masih lagi erat memegang tangan Chanyeol.
Chanyeol tertawa kecil melihat Seulrin yang fokus pada telefonnya. Sepertinya dia sedang berbalas mesej dengan Sooyoung.
"Kenapa...? " tanya Seulrin meleret. Chanyeol yang tiba-tiba tertawa itu menarik perhatiannya. Telefonnya kembali disimpan.
Mata Seulrin terpaku pada tangan kanannya yang masih mengenggam tangan Chanyeol. Seulrin terus menarik tangannya daripada pegangan itu setelah dia sedar.
Dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan Chanyeol.Ouh dia sudah malukan diri sendiri. Dalam hatinya sekarang sudah banyak makian dihadiahkan untuk dirinya sendiri.
"Jangan risau Seulrin , aku kau punya juga." kata Chanyeol tenang. Tangan lelaki itu kembali menarik tangan Seulrin semula.
Seulrin terpaku. Jantungnya berdetak seperti orang gila. Dia terlampau terkejut dan malu dengan kata-kata yang keluar daripada Chanyeol tadi.
Tetapi pada masa yang sama dia gembira-
Ingin sahaja Seulrin menjerit sekuat hatinya sekarang akibat terlalu malu. Bukannya sudah seperti tomato!
Melihat reaksi Seulrin yang sudah membahang itu membuatkan Chanyeol tersenyum kecil . Dia menarik lembut tangan Seulrin masuk ke dalam kedai itu. Kelihatan Sooyoung , Inseong , Youngmin dan Jun turut sudah berada disitu.
Keempat-empat mata itu setia memerhati Chanyeol dan Seulrin yang baru masuk ke dalam kedai.
Sooyoung nampaknya sedang tersenyum nakal tetapi dia masih cuba menyembunyikan reaksinya.
Seulrin mengambil tempat disebelah Jun dan diikuti dengan Chanyeol.
Setelah lima minit , Yanan dan Irene muncul. Mereka berdua sekarang sedang menadah telinga mendengar bebelan daripada Sooyoung.
Bila diingatkan semula , rasaya Sooyoung cukup takut dengan Yanan, tetapi melihat keadaan sekarang , keadaan sudah terbalik. Yanan sudah membuat muka cemberut. Dah bosan agaknya mendemgar bebelan Sooyoung.
Dengan kedatangan Baekhyun dan Seungjun yang terakhir , mereka mula mengambil pesanan.Dan untuk saat-saat yang telah ditunggukan.
Mereka semua mula memberikan hadiah kepada antara satu sama lain.
"Jun , terima kasih. Aku hargai sangat." Sooyoung tersenyum sambil menahan geram. Apabila dilihat, Jun hanya memberikannya sticky note yang berwarna kuning.
Meletus tawa mereka semua melihat hadiah milik Sooyoung.Manakala Jun sudah membuat muka bangga dan menunjukkan ibu jari.
"Jangan puji lebih-lebih." Jun berkata. Jun ini tak lama nak hidup agaknya. Jika berada di sekolah, sudah lama Jun akan dipukul olehnya.
Seulrin mengambil hadiah daripada Youngmin. Seperti sangkaan Seulrin , Youngmin sangat pandai memilih hadiah. Youngmin memberikanya dua buah buku nota kosong.
Walaupun dia sudah mempunyai lebih daripada sepuluh buku nota kosong, tetapi dia masih membelinya sekiranya ada peluang. Baginya buku-buku itu comel!
"Terima kasih Youngmin." bibirnya mengukirkan senyuman lebar.
--
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top