✧*̥˚ 46

"Dah jom balik!" Sooyoung menjerit keriangan. Yang lain hanya tergelak melihat Sooyoung. Hari ini ialah hari terakhir perkhemahan ini.

"Park Sooyoung, kita ada satu aktiviti lagi !" jerit Cikgu Park daripada depan. Hal itu membuatkan mereka semua semakin galak mentertawakan Sooyoung.

Manakala wajah Sooyoung sudah cemberut.Dalam hatinya sudah mengeluarkan kata-kata tidak puas hati.

"Untuk aktiviti terakhir pada hari ini ialah bola beracun , semua orang sila memilih pasangan masing-masing dan bahagikan kepada dua kumpulan." arah Cikgu Park.

Byungchan dan Jun sudah awal-awal menghilangkan diri.Nampaknya mereka berpasangan.

"Jom Seulrin." Sooyoung sudah memeluk lengannya tetapi Seulrin seperti ragu-ragu.

"Tapi Sooyoung-"

"Dia partner aku." Serentak mereka berdua berpaling kearah suara garau itu.

Chanyeol.

Sooyoung memandang Seulrin tidak percaya.Betulkah apa yang dia dengar ? Seulrin diam. Dia tidak mahu mengatakan apa-apa

Seulrin menggaru kepalanya yang tidak gatal serta menundukkan wajahnya.

Bukan setakat Sooyoung , Seungjun Youngmin Baekhyun dan Yanan juga memandang mereka berdua tidak percaya.

"I still mad at you Park Seulrin and I still need an explaination about this." kata Yanan memandang tajam kearah Seulrin dan dia berlalu pergi bersama Irene. Irene sempat tersenyum nakal memandang kearah mereka berdua. Bukannya dia tidak nampak Chanyeol dan Seulrin semalam.

"Jom." Chanyeol memegang tangan Seulrin dan menarik tangannya kearah tempat aktiviti dilakukan.

"Weh aku nampak benda betul kan ?" kata Baekhyun yang masih terpana melihat perubahan antara Chanyeol dan Seulrin.

"Sooyoung , kau tak ada lagi partner kan?" Inseong memegang bahu Sooyoung membuatkan dia tersedar daripada khayalan tadi.

"Ha- ouh- tak ada lagi." Sooyoung membalas gagal dan dia tersenyum kekok.

"Jadi partner aku." ajak Inseong. Segaris senyuman terukir pada dibibirnya. Sooyoung ternganga. Dia tidak salah dengarkan ?

Hatinya sudah berdegup kencang. Dengan laju Sooyoung menerima pelawaan Inseong tadi. Mereka berdua terus melangkah pergi kearah padang.

"Saya kena jaga Youngmin, bye hyung." Seungjun terus melarikan diri dengan Youngmin dan meninggalkan Baekhyun berseorangan.

"Eh- aku tak ada partner lagi !"

--

Setelah semua aktiviti tamat , bermulalah acara penyampaian hadiah.Yang paling mengejutkan adalah hampir kesemua aktiviti kumpulan Jun yang memenangi pertandingan itu.

Jun juga tidak menyangka akan perkara itu. Kumpulannya juga dipilih sebagai kumpulan terbaik.

"Jadi tamatlah perkhemahan kita." Riuh-rendah apabila Cikgu Park merasmikan penutup bagi perkhemahan ini. Akhirnya mereka boleh bercuti !

"Pastikan jangan ada barang yang tertinggal di dalam bilik masing masing." pesan Cikgu Park sebelum mereka semua beredar.

--

"Seulrin, bagi aku kain itu?" pinta Irene daripada tempat duduk belakang. Sekarang mereka hanya duduk berdekatan. Sooyoung duduk di sebelah Seulrin manakala Yanan pasti akan duduk bersama Irene sebentar lagi.

Mereka sengaja menunggu lebih awal di dalam bas. Memandangkan yang lain masih sibuk mengemas manakala mereka sudah mengemas barang sejak malam tadi.

Mereka mahu mengajak Eunha tetapi katanya mempunyai hal dengan Baekhyun.

"Hyun~" Seulrin menggeleng perlahan. Dia sudah cukup mengenali suara itu. Lagi-lagi suaranya apabila merengek.

Seulrin memandang kearah Irene sekilas. Gadis itu sedang tersenyum menyambut teman lelakinya itu.

"Dia tak tegur kau pun." kata Sooyoung. Sebelum ini, setiap kali melihat wajah Seulrin pasti Yanan akan menegurnya tetapi pada kali ini tidak.

"Dia merajuk lagi itu." kata Seulrin tenang.Dia dah lali dengan perangai Yanan yang seperti anak kecil itu.

"Siapa kata aku merajuk?" Yanan mencelah.Seulrin memandang Yanan dan tersengih.Seulrin meneruskan kembali aktivitinya yang dilakukannya tadi.

Dia terlalu kusyuk menyusun beberapa barang peribadinya di dalam beg kecil sehingga dia sudah tidak sedar akan sekelilingnya.

"Sooyoung tolong pegang ini." Seulrin menghulurkan pelembap bibir dan pencuci mukanya kepada Sooyoung.Tanpa ada balasan, Sooyoung hanya menerimanya.

Seulrin mulai pelik. Biasanya, Sooyoung pasti akan merungut terlebih dahulu.

"Soo-" Seulrin menoleh kearah figura yang dianggap 'Sooyoung' itu. Mulutnya terkunci apabila wajah Chanyeol yang sedang tersenyum kearahnya memenuhi pandangan matanya.

"Iya." jawab Chanyeol ringkas.Seulrin kembali menundukkan pandangannya malu. Dia meneruskan aktivitinya yang tergendala tadi dengan perasaan malu.

Seulrin mengangkat pandangannya dan memandang sekeliling untuk mencari figura Sooyoung. Kelihatan Sooyoung sudah selamat duduk di tepi Inseong. Ya, dia mahu menyerang Sooyoung sekarang juga.

"Seulrin, pusing arah aku jap." arah Chanyeol. Seulrin hanya berdiam diri dan mengikuti arahan Chanyeol. Badannya berpusing menghadap kearah Chanyeol.

Chanyeol mengeluarkan baju sejuk daripada beg galasnya dan menyarungkannya pada Seulrin.

"Hari nak hujan." kata Chanyeol ringkas dan kembali menyandar pada kerusi.Wajah Seulrin membahang.

"Te- terima kasih." ucap Seulrin perlahan lalu dia terus menyumbat semua barangnya tadi kedalam beg kecil itu dan disimpan semula ke dalam beg lalu dia membuang pandangan ke luar tingkap. Dia cuba menghilangkan perasaan malu tadi.

--

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top