✧*̥˚ 44
"Seulrin, kau ada nampak Yanan ke?" Irene memegang tangan aku. Anak matanya jelas kelihatan cemas.
Sekarang cikgu sudah memberikan kebenaran untuk semua pelajar pulang ke bilik masing-masing.
Aku menggeleng perlahan. Jelas riak wajah Irene kecewa mendengar jawapan daripada aku. Aku mengigit bibir.
"Panggilan telefon aku pun dia tak jawab..." kata Irene perlahan. Rambutnya ditolak kebelakang. Kepalanya mula berserabut memikirkan keadaan Yanan. Aku dan Sooyoung memandang Irene serba salah.
Bahunya aku pegang.
"Aku yakin dia ada dalam bilik dia je." kata Sooyoung cuba menenangkannya .
Tanpa sebarang perbualan , kami terus memasuki bilik. Fikiran masing-masing sudah melayang memikirkan masalah yang tiba-tiba menimpa.
Ya, memang salah aku juga tidak memberitahunya terlebih dahulu. Kalau tidak, Yanan tidak akan mengambil keputusan untum menghilangkan diri.
Kami bertiga terus melakukan hal masing-masing. Tetapi hal yang kami lakukan hanyalah duduk dan termenung.
Sebaik sahaja bunyi pintu dibuka kedengaran , aku terus memandang kearah itu. Wajah Eunha terpancul di sebalik pintu.
"Korang." Eunha memanggil. Serentak kami bertiga menumpukan perhatian kearah Eunha.
"Ada apa-apa yang terjadi dekat Yanan ke?" soalan daripada Eunha membuat aku tersentak. Aku terus berdiri dan memandang Eunha.
"Eonnie ada nampak dia ke ?" tanya aku separa terdesak. Eunha mengangguk, menandakan dia memang ada berjumpa dengan Yanan
"Dekat mana ?"
end pov
--
Seulrin dan Irene menarik nafas lega sebaik sahaja mereka melihat kelibat Yanan yang sedang terbaring di tengah padang itu.
Tempat yang sering disebut oleh Yanan sejak petang tadi iaitu padang yang berdekatan dengan padang golf. Katanya waktu malam nanti pasti cantik kerana pasti banyak bintang yang berkelipan di situ
Seulrin menepuk bahu Irene perlahan .Memberi petanda kepada gadis itu untuk mengambil masa berbual dengan Yanan serta memberi ruang kepada gadis itu untuk bercakap dengannya.
Irene memandang Seulrin dan Seulrin tersenyum kecil. Dia cuba memberikan kekuatan kepadanya.
Kaki Irene perlahan-lahan melangkah kearah Yanan. Dia sebaik mungkin tidak mengeluarkan bunyi.
Dia tidak mahu Yanan terganggu.
Sebaik sahaja Irene tiba berdekatan dengan Yanan , Irene perlahan-lahan cuba mengambil posisi yang selesa untuk duduk.
Irene merenung lama wajah Yanan yang sedang menutup wajah kacaknya itu dengan tangan kirinya.
"Aku tahu kau ada dekat situ Hyun." Irene tersentak apabila perlahan sahaja Yanan mengeluarkan suara.
Irene mengigit bibir dan menunduk kepalanya. Dia berasa semakin serba-salah terhadap lelaki ini.
"Yanan..." Irene mula bercakap.
"Maafkan saya." Senyap. Langsung tiada kata-kata yang keluar daripada Yanan.
"Saya betul-betul minta maaf..." Irene sudah menahan tangisannya. Suaranya juga sudah mula menjadi serak basah.
"Pada mulanya memang saya gunakan awak... tapi semua itu dah berubah."
"Saya betul-betul sukakan awak Yanan." Irene sudah mula mengalirkan air matanya. Cepat-cepat dia mengesat air matanya semula
"Yanan, saya tahu saya ini jahat- tapi saya memang dah mula sukakan awak."
Irene memandang Yanan sebak. Langsung tiada respon daripada lelaki itu. Dia hanya senyap tanpa ada balasan. Tangannya perlahan-lahan diangkat untuk memegang tangan kanan lelaki itu. Tetapi dia tiada keyakinan . Niatnya terbatal. Dia meletakkan semula tangannya.
"Maafkan saya Yanan sebab dah gunakan perasaan awak." kata Irene sambil tersenyum paksa.
Irene mengambil keputusan untuk memberikan Yanan masa. Dia patut pergi.
Baru sahaja dia mahu bangun daripada kedudukannya , ada satu tangan yang menarik pergelangan tangannya dan membuatkan Irene terduduk kembali.
Yanan bangun dan duduk bersila di hadapan Irene . Tetapi Yanan mengelak daripada memandang wajah Irene.
"Yanan- awak menangis ke ?" Irene melihat wajah Yanan yang sudah kemerahan. Irene tergelak kecil.
Walaupun dalam kegelapan tetapi cahaya malap daripada lampu jalan sudah cukup untuk dia melihat wajah lelaki itu.
Tanpa mengatakan apa-apa , Irene terus mendakap tubuh lelaki itu erat.
"Yanan, saya sukakan awak." bisik Irene perlahan. Yanan tergelak kecil mendengar pengakuan gadis itu. Sejak bila Bae Joohyun menjadi berani?
Sekurang-kurangnya hatinya cukup berdebar sekarang. Buat kali pertama Irene mengatakan perasaannya pada Yanan.
--
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top