✧*̥˚ 42
"Semua orang cukup?" tanya Cikgu Park. Setiap ketua kumpulan mengangguk menandakan ahli kumpulan mereka lengkap.
Sekarang adalah aktiviti wajib yang dilakukan apabila perkhemahan diadakan. Night walk !
"Okay , setiap orang akan ditinggalkan pada setiap pokok. Kamu semua akan ada tiga orang dalam setiap kumpulan. Jadi peringatan untuk semua , jangan keluar daripada kawasan asal. Semua faham?"
"Faham!" Semua pelajar menyahut. Semakin lama, semakin sedikit orang yang tinggal di tepi pantai itu . Seorang demi seorang masuk ke dalam hutan.
Seulrin hanya duduk mencangkung dan menunggu kehadiran ahli kumpulannya yang lain untuk datang.
Apabila dia mendengar tapak kaki yang menuju kearahnya, dia bangun. Wajahnya yang terukir senyuman tadi terus pudar apabila melihat Irene yang berdiri di hadapannya.
Mereka memandang antara satu sama lain kekok. Lehernya dipegang dan diusap. Haih, suasana antara mereka terlalu janggal.
"Korang!" suara sapaan daripada belakang membuatkan mereka berdua menoleh serentak.
Penyelamat mereka sudah tiba!
"Eh Seul dengan Hyun lah!" Yanan tersenyum lebar. Kedua-dua bahu gadis itu dipeluk. Seulrin menggeleng perlahan.
"Nampaknya aku ketualah kan." Yanan berkata bangga .
"Ketua berguna atau tak kau ini ?" Seulrin mencelah. Yanan memegang dadanya seolah-olah ditembak dengan kata-kata pedasnya. Dramatik lagi dia ni.
"Auch pedihnya." ujar Yanan seakan-akan tidak cukup nafas. Drama king sungguh!
"Pembahagian kumpulan sudah selesai, sila duduk dan tunggu selama 10 minit di tempat masing-masing .Kemudian kamu semua boleh meneruskan night walk!" suara garau itu memenuhi seluruh kawasan hutan itu.
Di dalam hutan itu mereka meletakkan beberapa alat pembesar suara agar mereka dapat mendengar arahan daripada luar hutan.
Mereka bertiga duduk dan berpandangan antara satu sama lain. Senyap dan sunyi. Seulrin juga cuba mengelak daripada berpandangan mata dengan Irene.
"Em, aku nak tanya sikit boleh?" Yanan memecahkan kesunyian antara mereka bertiga. Mereka berdua lantas mengangguk dan memberikan perhatian kepada Yanan.
"Korang berdua kawan baik kan? Seungjun pernah cakap dekat aku tentang korang bertiga masa aku dalam proses pindah ke sini." Mereka berdua terdiam. Apa yang mereka mahu menjawab? Dah putus kawan disebabkan seorang lelaki? Oh semestinya tidak!
Hal itu akan menjadi masalah besar memandangkan Irene dan Yanan sedang bercinta. Walaupun dia tahu Irene hanya sekadar mempergunakan Yanan tetapi dia tidak sanggup melihat Yanan sedih dengan kebenarannya.
Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya kepada Yanan.
"Kenapa kau tanya?" Seulrin cuba untuk menukar topik perbualan mereka. Kalau Yanan tetap bertanya tentang itu , mereka berdua pasti akan menemui jalan mati.
"Ouh, korang nampak tak rapat dan kekok." Yanan tersengih. Seulrin dan Irene bertentang mata sekilas dan mengelakkan pandangan semula.
"Yanan, sebelum night walk tu bermula, apa kata kau pergi ambik lampu suluh kecemasan, sebab yang aku punya ini dah nak habis bateri." Seulrin menunjukkan lampu suluhnya yang sudah berkelip-kelip.
Yanan mengangguk setuju dan bangun daripada situ meninggalkan mereka berdua. Seulrin memghembus nafas lega. Dia sempat menukar topik.
Dan sekarang tinggalah mereka berdua-duaan. Masing-masing diam tidak mengeluarkan suara.
Setelah beberapa saat berlalu Irene bersuara.
"Seulrin..." Irene memanggil. Seulrin mengangkat wajah dan memandang Irene. Sudah lama dia tidak bertegu sapa seperti ini dengan Irene.
"Ak- aku nak minta maaf dekat kau." kata Irene gagap. Walaupun dalam kegelapan , Seulrin masih mampu melihat wajah Irene yang sudah merah-kemerahan dengan suluhan cahaya bulan.
Seulrin terkejut. Betulkan apa yang dia dengar ? Irene meminta maaf terhadapnya ?
"Mungkin kau rasa pelikkan ."
"Selama ini mesti kau ada fikirkan. Aku bercinta dengan Yanan hanya untuk pergunakan dia.Ya, memang itu niat asal aku dan untuk dekatkan diri aku lagi dengan Chanyeol.'"
"Tapi bila aku dah mula bercinta dengan Yanan, aku rasa lain. Cara dia beri perhatian pada aku, cara dia layan aku- dan aku suka tengok dia senyum... Setiap perbuatan dia buat aku berdebar macam orang gila."
Irene diam sebelum mengambil nafas dalam untuk memulakan percakapannya semula.
Seulrin hanya diam , mendengar segala butir-butir kata yang dikeluarkan oleh Irene.
"Aku- dah mula sukakan Yanan." Irene memandang tepan anak mata Seulrin bersama senyuman manis di bibirnya.
Seulrin turut tersenyum. Sudah lama dia tidak melihat Irene tersenyum seperti itu .Bahu Irene ditepuk perlahan beberapa kali.
"Aku rasa macam orang bodoh pula." sambungnya.
"Aku sukakan Chanyeol sedangkan aku tahu dia sebenarnya tunang kau- dan aku tetap mahukan dia. Aku sanggup terima Yanan semata-mata nak dapatkan Chan-"
srtt !
Mereka berdua menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila melihat Yanan yang sedang berdiri dengan wajah yang- tidak dapat ditafsirkan.
Dia sudah mendengar semuanya. Dia dah tahu semuanya...
--
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top