✧*̥˚ 36
Seulrin merenung tajam anak mata Chanyeol . Lelaki itu menundukkan pandangannya.Lehernya dipegang.
"Chanyeol, saya tanya awak ni." tutur Seulrin tegas.
"Em tahu." terbeliak mata Seulrin selepas mendengar kata-kata Chanyeol itu.
Dan dia masih melakukan kerja itu bersama Irene ?
"Awak yang pilih ? " tanya Seulrin sekali lagi. Kali ini muka Seulrin sudah berubah menjadi ketat. Langsung tiada secalit senyuman di bibirnya.
Chanyeol mengangguk perlahan.Lelaki ini mula berasa tidak senang duduk . Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi.
"dan" Chanyeol memandang Seulrin pelik . dan apa ?
" dan ? " Gadis itu terkilan .Lelaki ini masih tidak fahamkah ? Dia ini bengap ke bodoh.
Menggelegak panas hatinya sekarang.
" Tiada apa-apa " Seulrin meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.Chanyeol masih lagi terpana. Tiba-tiba mood gadis di hadapannya berubah mendadak.
Mereka melakukan kerja itu tanpa sebarang percakapan sehingga loceng yang menandakan habisnya waktu rehat berbunyi.
Seulrin terus mengemas kertas-kertas tadi dan dimasukkan ke dalam fail semula.Baru dia mahu berganjak pergi , Chanyeol menahan tangannya.
" Balik dengan aku." ujar Chanyeol seperti memujuk.Seulrin memandang wajah Chanyeol kosong.
" Saya tak nak ." Seulrin melepaskan pegangan tangannya dari Chanyeol dan melangkah pergi.
Chanyeol berdiri dan memandang kelibat gadis itu yang semakin menghilang.
Kenapa dengan gadis itu?
Dia ada silap cakap ke?
--
Bukk!
Kuat Seulrin menghempas dua buka nota itu diatas meja.Satu kelas menjadi senyap dan memandang kearah Seulrin.
Seulrin melabuhkan punggung dan terus menongkat dagu memandang ke luar tingkap.
Mereka memandang Seulrin dengan terkejut sebab mereka tidak pernah melihat Seulrin menjadi marah atau mengamuk.
Jun yang berada di sebelahnya sudah kecut kerut.
' Kenapa dengan Seulrin ? ' Jun bertanya kepada Sooyoung dengan isyarat mata tetapi Sooyoung menggeleng.Dia juga tidak tahu.
Seungjun masih tidak masuk ke kelas kerana Cikgu Lee memanggilnya ke bilik guru.
Seulrin masih ralit memandang ke luar tingkap.Dia mahu menenangkan hatinya.
Dia dah Chanyeol masing-masing tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain. Tetapi kenapa dia marah Chanyeol rapat dengan Irene ?
Kepalanya juga pening dengan semua ini.
Hyunjin berdehem supaya mereka semua memberi perhatian terhadapnya .
"Surat kebenaran sila hantar sebelum balik nanti ya.Sesiapa yang tak hantar terus ditolak markah." Dengan itu satu kelas mula mengeluh . Manakala beberapa orang pelajar mula kecoh kerana tidak membawa surat kebenaran itu dan salah seorang pelajar itu ialah Jun.
Sebelum cikgu memasuki kelas , Jun dijadikan mangsa untuk pergi ke perpustakaan untuk membuat salinan surat itu .
"Seulrin." Seulrin menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil . Yanan sedang berdiri di pintu belakang kelasnya. Seulrin mengangkat kening. Berani dia keluar kelas ?
"Apa ?" Seulrin bangun daripada tempat duduknya dan menuju kearah Yanan.Suaranya didengari satu kelas kerana mereka tiba-tibaenjadi senyap setelah menyedari kehadiran Yanan.
Semasa mereka baru sahaja mengetahui tentang hubungan Irene dan Yanan , langsung mereka tidak mahu percaya .
Yanan menarik tangan Seulrin keluar daripada kelas .Pintu belakang kelas itu ditutup kemas .
"Kau pergi lawatan itu kan ? " Seulrin mengangguk . Tiba-tiba lelaki itu tersenyum manis .Pasti ada perkara yang dia mahu minta.
" Duduk dengan aku nanti boleh ?" Tanya Yanab sambil lengan Seulrin digoyang-goyangkan manja . Agak dah . Pasti ada sesuatu.
Tapi...
"Kau kelas lain kan ?" tanya Seulrin .Wajah Yanan dipandang pelik.Kelas mereka berlainan tetapi mengapa dia bertanya sedangkan dia sudah tahu bahawa kelasnya bergabung dengan kelas Jihoon.
"Kau tak tahu ke ? Kelas aku kan ramai jadi cikgu terpaksa tolak beberapa orang dan masuk kelas kau " terang Yanan. Seulrin mengangguk faham . Maksudnya kemungkinan besar Inseong juga boleh kan ?
Senyumannya melebar . Pergaduhannya dengan Chanyeol tadi terus hilang dari ingatannya.
Ya , dia sangat suka jika Inseong menyertai mereka . Dia sudah cukup rapat dan selesa dengan Inseong sehinggakan mereka banyak berkongsi rahsia . Dan Inseong tidak terlalu protective seperti Seungjun uhuk .
Dia tidak sabar !
--
"Seul " panggil Seungjun .Seulrin berhenti menulis dan mengangkat wajahnya memandang Seungjun.
"Jihun hyung" Mendengar nama itu sahaja sudah membuatkan gadis itu tersenyum.
"Eo! Kenapa kenapa ?" tanya Seulrin teruja . Seungjun tertawa kecil . Rindu juga dia dengan Jihun .
" Dia dah balik daripada Jepun." ujar Seungjun . Seulrin terus mengeluarkan telefonnya daripada poket .
Mujur sahaja tiada cikgu yang masuk pada subjek Bahasa Inggeris kerana cuti sakit.
Seungjun pula hanya merenung Seulrin yang sedang bermain dengan telefonnya. Pastinya dia sedang bermesej dengan Jihun .
"Jun , Jun petang ini!" kata Seulrin teruja. Tangan Seungjun yang diletakkan di atas meja gadis itu dipukul berkali-kali . Jun yang berada di sisi Seulrin pula memandang gadis itu pelik.
Keliru mungkin . Nama panggilan Seungjun dengan dirinya sama . Haih.
Terus Seungjun menarik tangannya kembali . Merah tapak tangannya dipukul oleh Seulrin . Perasaan teruja gadis ini tidak boleh dibawa main . Dia main pukul saja semua benda yang ada disekelilingnya.
"Simpan telefon itu Seulrin." arah Seungjun tegas dengan wajahnya yang sudah cemberut kerana dipukul gadis itu tadi. Seulrin mencebik tidak puas hati .
Setelah itu , Seulrin menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket .
"Aku ikut tau!"
--
Seulrin memandang sekelilingnya sekali lagi . Peluh sudah membasahi dahinya. Mana Yanan ini ?
Seungjun pun sudah berpeluh menunggu rakannya itu . Inseong juga pergi bersama dengan mereka tetapi dia terpaksa pergi terlebih dahulu apabila mendapat panggilan daripada Jihun .
" Sorry lambat . Cikgu aku tak benarkan keluar selagi tak siap." Yanan menjerit daripada jauh . Seulrin tergamam. Kenapa dia menjerit ? Mahu saja Seulrin menepuk dahi lelaki itu .
"Cepatlah!" Seulrin menjerit daripada jauh . Lengan baju Seungjun terus ditarik keluar daripada pintu pagar sekolah , meninggalkan Yanan yang masih ketinggalan di belakang.
Sampai sahaja di kafe , Seulrin mula mencari-cari kelibat Jihun . Tetapi langsung tidak kelihatan.
"Park Seulrin sinilah!" Seulrin menoleh . Seungjun memanggilnya daripada luar . Seulrin tersengih . Nampaknya dia salah masuk kafe. Seungjun menggeleng perlahan .Ada - ada saja perangai dia ini.
"Jihun oppa!" Seulrin melambai-lambai tangannya sebaik sahaja melihat kelibat Jihun yang sudah bersama dengan Inseong dan Heejun .
Oh Heejun . Dia juga merupakan kawan Inseong dan Seungjun , cuma dia belajar di sekolah yang lain . Mereka berjalan kearah mereka bertiga.
Seulrin terus mendakap tubuh Jihun yang tinggi lampai itu . Rindu sungguh dia terhadap lelaki ini. Daripada kecil dia yang menjaga dia dan Jihoon jika ibu bapanya tiada di rumah . Sekarang dia baru sahaja habis melanjutkan pelajarannya di Jepun .
"Aku ada dekat sini juga Seulrin" celah Heejun . Seulrin tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya.
"Youjin dengan Dongwon ada hal. Tak boleh join ." kata Jihun . Seulrin mengangguk faham.
" Seungjun , kau pergi order" arah Jihun . Seungjun mencebik . Asyik-asyik dia sahaja yang kena .
--
hai ! maaf lama tak update , tiba tiba kena writer block :) sebelum tu seya nak kenalkan cast yang baru . aku tahu ramai yang tak kenal seungjun dan inseong kan ? ramai yang gelar diorang monster group sebab ketinggian diorang semua 180 keatas dan Seungjun paling tinggi , aku masukkan tinggi diorang sekali la HAHAHA
so here we go!
Park Seungjun
( he changed him name to Park Seoham )
192
Jeong Inseong
185
Oh Heejun
180
Kim Jihun
187
dan ini mereka semua ! KNK . uri keunakeun boys uwu . ada sorang member diorang dah keluar disebabkan panic disorder iaitu kim youjin ( still support him ! ) dan mereka telah pindah syarikat daripada YNB ke 202 , jadi ada sorang lagi yang masuk KNK untuk gantikan youjin
Lee Dongwon !
185
Kim Youjin
186
— still waiting for their comeback !
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top