✧*̥˚ 35
••
Sejak kebelakangan ini , Chanyeol selalu menghabiskan masanya bersama Irene.Mungkin disebabkan oleh program pelajar pertukaran itu
Tetapi dia masih tidak puas hati apabila Irene sentiasa bersama lelaki itu.
Tunangnya bersama dengan perempuan lain kot!
Dan yang paling menyakitkan hatinya, Chanyeol langsung tidak cuba menegurnya selepas kejadian itu.
Tajam sahaja matanya mencerlung kearah pasangan yang sedang duduk tidak jauh dengannya.
Mereka sibuk membincangkan tentang sesuatu.Tidak habis-habis dibelek kertas-kertas yang ada dihadapan mereka.
"Seulrin, kau nak tengok dia sampai berlubang ke?" Seulrin menoleh kearah suara itu.Inseong dan Seungjun sedang memandang kearahnya dengan senyuman.
Seungjun mengambil tempat disebelah gadis itu dan Inseong di hadapan mereka.
"Kau jeles sangat ke?" usik Inseong.
"Ma--mana ada!"Seulrin menjawab malu.Mukanya sudah menjadi merah apabila dua orang lelaki itu mengusiknya.Seungjun sudah ketawa melihat perubahan wajah Seulrin.
"Inseong , aku bagitahu Sooyoung." kata Seulrin tidak puas hati.Muka Inseong berubah cuak.
Nampaknya , rahsia Inseong telah terbongkar kepada gadis itu.
Hanya disebabkan Inseong tersilap menghantar mesej kepada Seulrin, semuanya terbongkar.
Lelaki itu sukakan Park Sooyoung.
Nampaknya ahli kumpulannya iaitu KNK sudah mengetahui tentang hal itu termasuk Seungjun , kerana sepatutnya dia menghantar mesej itu ke dalam group chat KNK.
Perbualannya dengan Inseong dua hari lepas diimbas kembali
[ Jeong Inseong ]
Inseong , kau pergi dengan
aku eh kelas malam ni
7.40 pm
Kau nak mati ke Seungjun
7.40
Kau bagitahu Sooyoung
aku suka dia , aku left group ni
7.40
eh? Inseong kau suka
Sooyoung ke <3
7.41
eh
7.41
SEULRIN?
7.59
DAH AKU NAK BUNUH DIRI
7.59
AKU TAK NAK KAWAN
KAU SEULRIN
7.59
DAH AKU MURUNK
7.59
woi , jangan drama
sangat eh
7.59
bapak lama kau nak balas
8.00
speechless sangat ke dengan
kebodohan yang kau baru buat
8.00
pukul 8.30 aku tunggu
dekat taman
8.00
jangan ponteng kelas
8.01
seen
"Eh janganlah Seulrin" Lelaki itu menggeleng laju.Seungjun bagaikan menjadi orang tengah yang hanya memasang telinga mendengar pergaduhan di antara dua manusia ini
--
"Chanyeol , Chanyeol-- okey tak ?" Tangan Irene melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Chanyeol yang sudah mengelamun daripada tadi.
"Ah-- ouh , kenapa Irene" Chanyeol tersedar.Kertas pada tangan Irene itu dipandang.Irene mengeluh dan mengatakan semula ayatnya tadi
Irene mencuri pandang kearah tempat Chanyeol mengelamun
Ouh patutlah , Seulrin bersama Seungjun dan Inseong di situ.
Irene memandang wajah Chanyeol.Lelaki itu cemburu ke?
Sememangnya Chanyeol sukakan Seulrin ke?
"Hyun , lama lagi ke?" Tiba-tiba Yanan datang dan mengambil tempat duduk di hadapan mereka.Kedua belah tangannya ditongkatkan dagu dan dia merenung wajah Irene.
Irene tergelak kecil melihat wajah Yanan yang sudah masam .
"Sikit lagi." Irene membalas.Bibirnya tersenyum.Dia mula berasa bersalah terhadap lelaki itu.Lelaki itu selalu membuatkannya tersenyum tetapi dia masih tidak mampu untuk membalas perasaannya dengan betul .
"Lambat sangat la " Yanan merungut.Chanyeol disebelah hanya diam dan masih mencuri pandang kearah Seulrin.
Yanan menyedari tindakan Chanyeol itu dan dia mendapat idea.
Dia bangun daripada tempat duduknya dan menuju kearah tempat Seulrin .
Mereka bertiga berhenti berbual dan memandang kearah Yanan.
"Aku tahu apa yang kau rasa, Seulrin" kata Yanan.Seulrin terpinga-pinga.Apa yang dia rasa? Kenapa dengan Yanan ini?
Buang tabiat eh?
Yanan menarik tangan Seulrin menuju ke tempat duduk Chanyeol dan Irene.Lelaki ini nak buat apa?
"Saya mengumumkan anda semua boleh bersurai." Kertas-kertas di hadapannya dikemas lalu diberikan kepada Chanyeol , lalu dia menarik tangan Irene untuk beredar daripada situ.Irene yang masih keliru dengan tindakan Yanan itu mengambil beg galasnya dan mengikuti langkah lelaki itu.
Seulrin dibiarkan di situ berduaan bersama Chanyeol.
Kekok.
Mereka tidak pernah bercakap selepas pertengkaran itu.
"Nak saya tolong ? Saya pernah uruskan juga program ni" Seulrin menawar diri.Dia tersenyum tipis.Terlalu kekok.
"Ha-- boleh juga" Chanyeol mengangguk setuju.Terkejut dengan pelawaan Seulrin.
Seulrin mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu.
Seungjun dan Inseong memandang mereka berdua daripada jauh.
"Kau dah boleh lupakan dia?" tanya Inseong tiba-tiba.Wajah Seungjun ditenung
"Bukan mudah rupanya"Seungjun mengeluh .Tengkuknya digosok perlahan.Dia cuba untuk melupakan gadis itu tetapi makin kerap gadis itu bersama dia.
Inseong tersenyum kecil.
" Jihun hyung , ajak kita jumpa balik sekolah nanti . Dia baru balik daripada Jepun" Seungjun mengangguk.Seulrin dipandang semula .
"Ajaklah Seulrin sekali, mesti dia nak jumpa Jihun hyung sekali . Dah lama diorang tak jumpa" Seungjun hanya mengangguk.
Rancangannya dengan Yanan masih belum dilakukan.Timbul rasa ragu-ragu untuk meneruskan rancangan itu.
Rancangan yang melibatkan Seulrin dan Chanyeol
--
"Seulrin"
"Maafkan aku , aku tahu kau terasa"Lelaki ya g berada di hadapannya ini dijeling.
'Ouh tahu aku terasa , tapi langsung tak nak pujuk' monolog hatinya.
"Seulrin , kau tak maafkan aku ke?" Seulrin masih berdiam diri, tidak mahu menjawab soalan lelaki itu.Chanyeol melepaskan keluhan.
Seulrin memandang Chanyeol dan anak mata mereka bertemu.Dia seolah-olah hanyut di dalam pandangan mata lembut lelaki itu.
"Chanyeol , saya nak tanya." Seulrin berkata.Langsung tiada nada lembut yang dia gunakan seperti selalu.
"Awak tahukan Irene sukakan awak." Tajam sahaja anak mata gadis itu mencerlung kearah Chanyeol.
••
Aku cuba habiskan cerita ni sebelum chapter 50 ㅠㅠ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top