✧*̥˚ 34

••

" Na--nae?" Seungjun bersuara gagap memandang Cthanyeol .Baekhyun turut memandang Chanyeol.

Mamat ini kena sampuk ke?

Fikir Baekhyun.Rasanya otak Chanyeol ini masih waras kan?

"Jangan risau, aku waras lagi." ujar Chanyeol tanpa memandang Baekhyun , seakan-akan tahu apa yang difikirkan oleh Baekhyun.

Seungjun berdehem dan mengangguk.Dia bangun daripada tempat duduknya lalu keluar daripada bilik itu.

Setelah memastikan kelibat Seungjun sudah tidak kelihatan Baekhyun terus meluru kearah Chanyeol.

"Kau kenapa ?" tanya Baekhyun.Chanyeol dipandang pelik.Padahal lelaki ini sudah mengetahui bahawa Irene menyukainya.

" Adalah." Kenapa dia mahu berahsia?

--

"Percutian musim panas ada lagi tiga minggu kan?" tanya Jun .Seulrin mengangguk .Tempat duduk Youngmin yang kosong itu dipandang .Lelaki itu telah mendapat kebenaran untuk berehat selama lima hari.

"Kau tak teruja ke?" Jun memandang Seulrin yang hanya masam .Apa yang difikirkan gadis itu dia juga tidak tahu.

Pengumuman yang baru diberitahu oleh Hyunjin sebentar tadi membuatkan Seulrin hilang mood.Segalanya serabut.

"Lepas perbincangan, kita akan berkhemah di

"Kita bergabung dengan kelas Taeyeon sunbae." tutur Hyunjin.Kenapa dia tak sebut sahaja nama kelas itu.Dia ingat semua pelajar cukup mengenali semua orang di sekolah?

Tidak bagi Seulrin.

"Siapa kelas Taeyeon sunbae?" tanya Seulrin.Jun memandangnya.

"Kelas abang kau la Park Seulrin." Jun menggeleng.Dia tidak tahu kelas abangnya kah?

Seulrin mengangguk.Kemudian dia teringat sesuatu.

Bermakna kalau kelas Jihoon-- Chanyeol pun ada sekali!

Oh tidak...

"Jun aku tak nak pergi boleh tak?"Rambutnya habis berserabai akibat asyik meramas rambutnya sendiri.Jun menggeleng.Dahi Seulrin dijentik membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan.

"Park Seulrin , kau jangan mengada. Jangan lupa ada markah.Tiada alasan kukuh , tolak markah." kata-kata Jun itu membuatkan gadis itu terdiam

Dia tidak mahu markahnya ditolak hanya disebabkan dia tidak menyertai perkhemahan musim panas.

Wajahnya dibaringkan diatas meja dengan beralaskan lengannya.

"Aku tak suka lah."Seulrin merungut.Jun tergelak kecil melihat Seulrin.Sungguh gadis ini tidak mahu abangnya turut serta di dalam perkhemahan itu.

"Irene." suara daripada pintu hadapan membuatkan semua orang menoleh kearah itu.Seungjun.

Mereka memandang Seungjun dengan tertanya-tanya.Lagi-lagi dia memanggil nama Irene secara tiba-tiba.

"Ikut aku" kata Seungjun dingin lalu melangkah pergi meninggalkan kelas itu.Irene hanya mengikuti langkah Seungjun daripada belakang.

Kenapa Seungjun memanggil Irene?

--

seulrin pov

"Aku balik dengan Chanyeol ,korang pergi lah dulu" kataku kepada Seungjun dan Sooyoung.Seperti biasa aku menuju ke bilik musik untuk kelas piano.Eh-- ia boleh dikategorikan sebagai kelas ke?

Pintu bilik musik itu aku buka.Mataku membulat sebaik sahaja melihat Chanyeol dan Irene sedang duduk bersebelahan.

Akibat bunyi daripada pintu itu, Chanyeol memandang kearah aku.Terus dia bangun daripada duduknya dan menuju kepada aku.

"Seulrin, hari ini aku tak boleh ajar kau lah, aku busy sikit." Chanyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku terkilan.Sibuk apa? Jelas-jelas dia hanya duduk dengan Irene disitu!

" Tak boleh ke saya tengok je , lagipun Seungjun dah balik." Aku mengukirkan senyuman paksa.Tanpa dipelawa , aku terus menerjah masuk ke dalam bilik itu lalu duduk diatas kerusi yang disediakan khas untuk pemain piano.

Chanyeol memandang aku kekok dan aku memberinya isyarat untuk meneruskan apa yang mereka lakukan tadi.

Sebenarnya aku cukup geram sekarang ini. Kalau boleh dah lama Irene itu lunyai aku kerjakan.

Chanyeol kembali duduk di sebelah Irene.Cuma pada kali ini sedikit jauh.Chanyeol sememangnya duduk jarak dengan Irene , tetapi dia mengambil jarak yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Selama 10 minit , aku duduk di situ tanpa berbuat apa-apa.Aku sudah cukup bosan sekarang ini.Apa yang aku buat daripada tadi ialah merenung Chanyeol dan Irene yang sedang sibuk melakukan perkara yang aku sendiri tidak tahu.

Apabila Chanyeol memandang kearah aku, segera aku memuncungkan bibir dan memasamkan muka.

Tetapi dia langsung mengendahkan aku! Woah Park Chanyeol! Aku benci kau.

Tapi...

Kau hanyalah tunang khayalan

dan tanpa perasaan dia Park Seulrin :)

Kenapa aku marah? Aku tak tahu!

"Chanyeol tengok ini." Irene mula mendekatkan jarak mereka sedikit lalu Chanyeol memandang kearah fail yang ditunjukkan Irene.

Aku ini tunggul ke dekat sini?

Tapi aku yang pilih untuk tinggal di sini tadi.

Tanpa membuang masa , aku terus menggalas semula beg aku dan keluar daripada bilik musik itu.Pintu bilik itu saja aku memghempas kuat bagi dia tahu aku tengah marah.

Aku teremo ini kenapa...

Lantak lah , yang penting hatiku sedang menggelegak sekarang ini.

"Yah Park Seulrin!" Chanyeol menjerit daripada belakang tetapi aku memekakkan telinga dan mengabaikan panggilan lelaki itu.

Langkahku juga dipercepatkan menuruni  tangga.

"Seulrin!" Malangnya kaki Chanyeol yang terlalu panjang itu sempat mengejar aku.Tanganku dipegang dan menyebabkan badanku berpusing menghadap lelaki tinggi itu.

"Aku hantar kau." katanya lembut.

"Tak payah." jawabku kasar.Langsung tidak memandang matanya.Tangankh direntap daripada pegangannya.

Sampai sahaja di stesen bas , aku melihat kearah pintu pagar sekolah.Tiada kelibat Chanyeol disitu.

Dia langsung tak kejar aku? Okay Park Chanyeol.

Apa yang kau harapkan Park Seulrin?

••

hai! jangan lupa vomment . tekan tanda bintang tu tau!

btw , sesiapa fans stray kids atau hwang hyunjin bolehlah baca cerita baru gue tu ya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top