✧*̥˚ 32
Suasana di situ tiba-tiba menjadi hening.Hanya bunyi deruan angin kedengaran.
'Kenapa kau bawa Irene ke sini?' Seungjun memberi isyarat mata kepada Yanan.
'Tak boleh ke?' Yanan membalas pandangan mata Seungjun. Ya , hanya mereka berdua yang faham akan isyarat mata itu.
Suasana itu lebih kekok bagi Seulrin kerana sekarang dia tidak lagi rapat dengan gadis itu , atau lebih tepat teman wanita Yanan.
"Oppa , Chae pergi dekat taman sana dengan Byungchan dulu boleh?" Chaeyoung bersuara .Sejujurnya , dia mahu keluar dari keadaan kekok itu sekarang.Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik di antara mereka berempat.
Seungjun mengangguk setuju.Byungchan dan Chaeyoung terus meninggalkan tempat itu dengan segera.
"Korang kenapa?" Yanan bertanya.Dia pelik kerana tiada siapa yang memulakan perbualan.Irene dan Seulrin juga kelihatan kekok.Seulrin langsung tidak memandang kearah pasangan itu.
"Kau buat apa kat sini, Yanan" Seulrin bertanya.Padahal dia sudah mengetahui tujuan Yanan datang ke sini.
Seungjun sudah memberitahu kepadanya awal tadi.
"Nak jumpa dengan Seungjun , dia kata nak cakap sesuatu" kata Yanan polos.Seulrin mengangguk.Seulrin memandang sekilas kearah pasangan itu.
Irene sedang memeluk lengan Yanan erat.
"Ha bagus juga kau ada dekat sini Seulrin. Kau boraklah dengan Irene dulu." Sebelum sempat Seulrin mengatakan sesuatu , Yanan sudah bertindak menarik Seungjun ke tempat lain.
"Seul, masuklah rumah . Sejuk dekat luar ni. Eomma aku tak ada!" Sempat Seungjun menjerit kepada Seulrin dari jauh.
Seulrin membuat isyarat 'OK' kepada Seungjun agar dia tidak risau.
Seulrin memandang wajah Irene sekilas.Setidaknya dia perlu mengajak Irene masuk ke dalam rumah.Dia tidaklah sekejam itu untuk membiarkan Irene tinggal berseorangan di luar.
" Irene , jomlah masuk." ajak Seulrin.Irene mengikuti Seulrin daripada belakang.
Irene mengambil tempat duduk di ruang tamu manakala Seulrin terus melangkah ke dapur.
Seulrin mahu mengambil dua cawan hot chocolate di dapur.Dia tahu bahawa pada setiap malam pasti Seungjun akan menyediakan hot chocolate kerana lelaki itu mempunyai masalah kesukaran untuk tidur.
Dia membawa dua cawan hot chocolate dan diberikan kepada Irene.
" Irene aku..."
--
"Seungjun , kau pasti ke nak buat macam ni?" Yanan memandang Seungjun tidak percaya.Seungjun mengangguk yakin
" Aku rasa cara ini lebih baik untuk Seulrin " tutur Seungjun perlahan.
"Chanyeol hyung tahu?" tanya Yanan.Wajah Seungjun ditenung tajam.Tetapi Seungjun hanya mendiamkan diri.Langit malam itu ditenung sepi.
Yanan akhirnya mengeluh.Kalau itu keputusan Seungjun , dia hanya mengikutinya.
--
Pada keesokkan harinya , seperti biasa Jihoon dan Seulrin akan berjalan ke sekolah bersama Seungjun.
Cuma pada hari ini , Seungjun kelihatan sedikit muram.Bukan Seulrin sahaja , malah Jihoon juga menyedari tentangnya.
"Seungjun , kau okey tak?" tanya Jihoon.Seungjun tidak menjawab.Dia mengelamun ke?
"Seungjun?" Seulrin memegang bahu Seungjun membuatkan bahunya terhincut akibat terkejut.Seungjun memandang Jihoon dan Seulrin terpinga-pinga.
" Kau ada masalah ke?" tabya Seulrin.Gadis itu sudah berpeluk tubuh memandang kearah Seungjun.
" Eh mana ada " Seungjun menafikannya.Tetapi mereka berdua tidak cukup bodoh lagi sehingga tidak menyedari perubahan lelaki itu.Seungjun jarang mengelamun!
"Ah hyung , dah sampai . Seul , aku pergi dulu. Jumpa dalam kelas nanti" Seungjun menyerabaikan rambut Seulrin sebelum berlari meninggalkan mereka bersua di hadapan pagar sekolah
Seulrin dan Jihoon memandang satu sama lain .
" Abang hantar adik sampai depan kelas bolehkan?" tanya Jihoon dan terus memeluk lengan kecil Seulrin seperti budak kecil.Tidak perlu Seulrin menjawab , pasti abangnya itu degil .Bukannya dia tidak kenal dengan Jihoon .Kata-kata lelaki itu semua kena dituruti.Senang kata keras kepala!
"Macam mana dengan Chanyeol?" Seulrin memandang abangnya dengan penuh tanda tanya. Bagaimana abangnya tahu dia melawat Chanyeol semalam?
" Dia demam dan adik tersepak kaki dia semalama hehe" Seulrin tertawa kekok.Dia masih berasa bersalah terhadap lelaki itu.
" Adik sepak kaki dia?" Jihoon tertawa mendengar kata-kata Seulrin.Pasti kaki lelaki itu lebam disepak Seulrin sebab dia juga pernah terkena sepakan Park Seulrin
Sakit dia tidak boleh dibawa main. Nak berjalan pun sakit.
"Abang tahu tak, Chaeyoung bercinta dengan Byungchan!" kata Seulrin teruja.Tangannya laju menepuk-nepuk lengan Jihoon sambil terlombat kecil kerana terlalu teruja.
" Tapi berita adik dah tunang lagi mengejutkan kan?" Jihoon berkata tenang. Nampaknya abangnya juga tahu tentang hubungan pasangan itu dan sekarang abangnya juga telah merosakkan mood baiknya.
Seulrin bukannya tidak dapat terima, dia cuma tidak selesa dengan gelaran 'tunang'. Seulrin terdiam .Mereka berdua langsung tidak mengeluarkan suara.
" Yah , apa jadi tu?" Jihoon menepuk-nepuk bahu Seulrin sambil matanya fokus memandang kearah kawasan yang sedang hangat menjadi tumpuan pelajar sekolah itu.
Seulrin turut memandang kearah kawasan itu.Kawasan itu bising dengan suara pelajar - pelajar sekolah mereka
"Jomlah, tak payah kisah" jawab Seulrin tenang.Namun Jihoon seperti tertarik dengan keadaan di situ. Mereka berdua mempunyai satu perangai yang sama iaitu tidak mahu mengetahui hal sekeliling.
Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian Jihoon di situ.Ada seseorang yang dia kenali
Tangan Seulrin ditarik menuju ke tempat itu.Seulrin hanya mampu mengikuti langkah Jihoon.Dengan kelebihan Jihoon mereka dapat melakui kerumunan orang ramai itu.
" Im Youngmin!" Seulrin memandang lelaki itu tidak percaya. Keadaannya sangat tidak terurus sekarang.Hujung bibirnya berdarah.Youngmin memandang Seulrin sambil tercungap-cungap.
Apa yang berlaku?
"Byungchan?" Lelaki itu sedang terduduk sambil meraup mukanya kasar.Rambutnya juga berserabai dan pipinya juga mempunyai kesan ditumbuk.
Seulrin terus berlari kearah Youngmin dan menarik tangan lelaki itu keluar dari kerumunan pelajar-pelajar itu.
Jihoon pasti akan menolong Byungchan.Jadi dia tidak risau.Dia menarik Youngmin masuk ke dalam ruang sakit.
Seulrin mengalihkan satu kerusi dan meletakkannya di hadapan Youngmin yang sudah terduduk di atas katil.
"Im Youngmin pandang aku" arah Seulrin tegas.Lelaki itu memandang Seulrin sekilas dan kembali memandang lantai.
" Luka kau okey tak?" tanya Seulrin.Dia sangat risau dengan keadaan Youngmin sekarang.Sejujurnya , dia tidak terlalu risaukan Byungchan tetapi baginya Youngmin lebih merisaukannya.
Bukan semua pelajar yang tahu tentang keadaan Youngmin sekarang. Youngmin baru sahaja pulih daripada pembedahan di perutnya akibat kemalangan jalan raya.
Pembedahannya dilakukan semasa cuti sekolah yang lepas.Oleh itu hanya teman rapatnya yang mengetahui tentangnya.
Tetapi Seulrin pelik.Kenapa Youngmin bergaduh dengan Choi Byungchan? Sedangkan Youngmin tidak suka bergaduh.Dia juga selalu habiskan masanya dengan buku sahaja.
Youngmin tidak menjawab.Perutnya dipegang.Dia terasa sedikit pedih.Dia masih merasa kesan daripada pembedahan itu.
"duduk dulu" Seulrin menolong lelaki itu supaya tidak berasa terlalu sakit.
" Kenapa kau gaduh ni?" tanya Seulrin sekali lagi.
Dia mahu mengetahui jawapan itu.Tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri.
Seulrin mengeluh kecil.Lain kali sahaja dia bertanya kepada Youngmin.Luka di bibirnya perlu dirawat terlebih dahulu.
Putik kapas diambil dan disapu ubat padanya.Seulrin mengoles putih kapas itu pada hujung bibir Youngmin yang sudah dibersihkan.
Selepas ini, dia perlu menelefon Cikgu Park untuk memaklumkan keadaan Youngmin dan membawanya ke hospital segera.
"Youngmin--" suara garau di belakang membuatkan mereka berdua menoleh ke belakang.
"Ouh Chanyeol" Seulrin menjauhi sedikit daripada badan Youngmin.Putik kapas itu dia masih memegangnya.
" Seulrin..." Chanyeol memandang mereka berdua bersilih ganti.Kedudukan Seulrin tadi memang sangat dekat dengan Youngmin.Hatinya tiba-tiba muncul perasaan yang tidak tenang.
"Seulrin bangun" arah Chanyeol.Seulrin memandang Chanyeol pelik.Youngmin yang faham akan keadaan Chanyeol sekarang bersuara.
"Seulrin bangunlah"
tutur Youngmin lembut.Seulrin memandang Youngmin pula.Seulrin akur.Setelah dia bangun , putik kapas yang ada pada tangan Seulrin diambil lalu Chanyeol pula yang menggantikannya duduk di kerusi itu
Chanyeol pula yang merawat luka di bibir Youngmin itu.Wajah lelaki itu ketat sahaja.Dia seperti tidak puas hati dengan sesuatu.
Youngmin yang berada di keadaan itu mula berasa kekok.
"Chanyeol kenapa?" Seulrin bersuara.Tetapi Chanyeol langsung tidak menjawabnya.
Lelaki itu seakan-akan marah padanya.
Dia mengambil tempat di sebelah Youngmin.Tiba-tiba Chanyeol kembali memandang dan menjelingnya.
"Lepasni Cikgu Park suruh aku teman kau pergi hospital." kata Chanyeol dingin.Youngmim teragak-agak mengangguk.
Chanyeol keluar daripada ruang sakit itu tanpa mengatakan apa-apa kepada Seulrin.Seulrin terpinga sendiri.Kenapa lelaki itu melayannya seperti dia tidak wujud?
"Park Seulrin , kau bodoh ke?" kata Youngmin setelah melihat muka Seulrin yang penuh dengan tanda tanya.
" Dia tunang kau kan? Mestilah dia jealous kalau tunang dia dekat dengan lelaki lain"
Seulrin terkelu.Chanyeol cemburu?
--
Kalau korang sedar , panggilan antara Jihoon dengan Seulrin aku dah tukar sebab aku kekok nak guna oppa ಥ‿ಥ .Harap harap panggilan tu tak terlalu pelik huehue.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top