✧*̥˚ 26
" Wen Junhui " Sudah kali ketiga Seulrin memanggil lelaki ini tetapi dia masih tidak menjawab. Apa yang lelaki ini tenungkan sampai orang panggil pun tak dengar.
Disebabkan geram , Seulrin menepuk bahu Junhui . Terkejut lelaki itu disebabkan pukulan Seulrin itu.
" Sakitlah " lelaki itu merungut sambil memegang bahunya
" Aku nak minta tolong ni "kata Seulrin . Junhui pula hanya memandang Seulrin menunggu apa yang hendak dikatakan oleh gadis itu .
" Kau kelab Rekaan Dalaman kan ? " tanya Seulrin dengan berhati - hati . Junhui mengiyakan .
" Tolong daftar nama Yanan dalam kelab tu boleh " kata Seulrin senafas. Junhui terdiam . Dia mengaku dia masih mempunyai sedikit perasaan gerun terhadap Yanan .
" Boleh tak ni ? " Seulrin bertanya sekali lagi .
" Dia takut lah tu " Youngmin yang sedang membaca buku bersuara .
" Mana ada ! " Junhui menjeling Youngmin yang berada di hadapannya. Seulrin tergelak kecil
" Okey , nanti aku inform dekat Guanlin sunbae "
" Semua beri perhatian " suara Hwang Hyunjin yang berada di hadapan kelas membuatkan semua orang mula memberikan perhatian .
" Hyunjin !" Byungchan memanggil nama lelaki itu kuat . Apabila satu kelas mula memandangnya , dia melepaskan tawa .
Mereka yang berada di kelas itu sudah lali dengan perangai Choi Byungchan yang memang gemar mengusik orang lain.
Tanpa menghiraukan gelak tawa Byungchan seorang diri , mereka mula fokus kepada Hyunjin semula.
" Korang semua mesti tahu kan musim panas dah nak dekat " sebaik sahaja Hyunjin berkata begitu , satu kelas mula mengeluh .
" Jadi aku nak setiap orang cadangkan satu aktiviti yang boleh kita lakukan "
" Tapi pada tahun ini berbeza sedikit , sebab kita akan bergabung dengan satu kelas yang akan ditentukan oleh Cikgu Lee. " sambung Hyunjin .Berita mengejutkan ini membuatkan mereka lebih malas menyertai aktiviti yang wajib diadakan setiap kali cuti musim panas.
Jikalau mereka bergabung dengan kelas senior . Sudah pasti mereka harus menjaga setiap perilaku mereka dan tidak boleh terlalu bebas .
Seulrin juga makin resah dengan berita itu . Dia sebolehnya tidak mahu kelasnya bergabung dengan kelas Chanyeol . Pasti dia akan dikawal teruk kerana Jihoon pasti akan sentiasa bersamanya
" Dan kelebihan pada tahun ni , aktiviti yang paling menarik akan mendapat penghawa dingin yang baru dan masa rehat akan dipanjangkan ! " Hyunjin menghabiskan ayatnya dengan perasaan teruja dan senyuman .
Tetapi ia langsung tidak mendapat reaksi .
" Bersyukur lah woi " Hyunjin menjeling geram mereka lalu kembali ke tempatnya .
" Apa yang kau nak buat " tanya Jun kepada Seulrin . Gadis itu pula masih terpinga - pinga . Otaknya kering memikirkan idea.
" Aku nak buat aktiviti sehari je , tak menganggu cuti aku " sambung Jun lagi . Ada benarnya juga kata Jun itu .
" Cuti kau terbongkang atas katil je kan" celah Seungjun yang baru masuk ke dalam kelas . Mungkin baru menyelesaikan tugasnya di bilik pengawas.
" Apa lagi aku nak buat " Jun cuba mempertahankan diri
" Baca buku " sekali lagi Youngmin mencelah , dan pada kali ini Jun terdiam dan memandang Youngmin tajam .
"Kau rasa apa aktiviti yang paling singkat " tanya Seulrin . Dia pun malas mahu menyertai aktiviti ini seharian .
" Berkelah " cadang Jun .Lantas itu, laju sahaja tangan Seulrin mencatat idea itu .
"Eh tu idea aku la!" Jun merengek tidaj puas hati tetapi Seulrin hanya mengabaikannya . Siapa suruh dia mencadangkannya ? Memang akan dicurilah ideanya .
Peraturan yang paling ketat adalah setiap pelajar tidak boleh mencadangkan idea yang sama.
" Eh Seulrin " Byungchan menegur Seulrin dengan senyuman.
" Apa" balas Seulrin tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Jom teman aku jap " Seulrin pelik . Sejak bila Choi Byungchan ni pandai nak ajak berteman bila keluar kelas . Waktu rehat pun selalu bersendirian.
" Kau nak buat apa dengan dia ? Kalau setakat nak kenakan dia baik tak payah " Seungjun menegur .Byungchan mula membuat muka
"Senakal-nakal aku pun , aku tak pernah kenekan orang la" jawab Byungchan dengan muka yang sudah masam mencuka
" Yelah yelah , Jom Byungchan " Seulrin bangun daripada tempat duduknya .Kertas itu sempat dilipat dan diberikan kepada Hyunjin. Byungchan mengatakan kepada Hyunjin dia mahu keluar seketika dan Hyunjin hanya mengangguk setelah melihat Seulrin disisinya .Maknanya Byungchan selamat dibawah jagaan gadis itu.Kalau tidak pasti lelaki ini akan merayau ke tempat lain .
Byungchan berjalan di hadapan Seulrin .Mereka berjalan tanpa mengeluarkan suara langsung .Byungchan terhenti di hadapan bilik pengawas.Seulrin mula pelik . Kenapa Byungchan berhenti di hadapan bilik ini ?
Tetapi tanda tanya yang bermain di fikirannya dibiarkan tidak dijawab.Seulrin hanya memerhatikan tindakan Byungchan yang sedang mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya.
Tiba-tiba , pintu bilik pengawas dibuka dan wajah Chanyeol muncul dari celah pintu sambil tersenyum . Byungchan yang menerjah masuk ke dalam bilik pengawas itu membuatkan Seulrin bertambah terkejut.
'Selamba betul lelaki ni terjah bilik pengawas '
Kemudian Seulrin memandang wajah Chanyeol yang masih setia berdiri di hadapan pintu .Chanyeol membuat isyarat untuk dia masuk ke dalam.
Seulrin hanya mengikuti arahan Chanyeol .Sebaik sahaja dia masuk , Byungchan sudah terlelap di atas sofa yang disediakan tetapi hanya untuk seketika dia terlelap kerana Baekhyun tiba - tiba muncul dan membaling bantal kearah Byungchan.
"Yah ! Byun Baekhyun " Byungchan menjerit dan cuba membaling bantal kearah Baekhyun semula tetapi sasarannya tidak mengena sebaliknya bantal itu terkena fail - fail di atas meja Chanyeol.
Fail-fail yang yang jatuh itu dipandang sepi oleh mereka berempat. Baekhyun dan Byungchan sudah pun menelan air liur. Wajah Chanyeol pada ketika itu kosong .Mereka berdua mengelak daripada bertentang mata dengan Chanyeol.
Seolah - olah faham dengan situasi itu sekarang , Seulrin mengajak Chanyeol untuk keluar daripada bilik itu segera.Chanyeol diam dan mengikuti langkah Seulrin.
Sebaik sahaja pintu ditutup , mereka berdua bergegas mengutip balik fail-fail yang jatuh itu.Pantang sungguh Chanyeol apabila kerjanya dan barangnya disentuh
Buat kali pertama, Chanyeol tidak bercakap dan mengatakan apa- apa dahulu kepada Seulrin.Pada sebelum ini,pasti Chanyeol yang akan memulakan perbualan terlebih dahulu
"Chanyeol" Seulrin bersuara cuba memulakan perbualan diantara mereka
"Apa korang buat dalam bilik pengawas tu ? Bukan ke sekarang waktu belajar" Itu yang sentiasa menjadi tanda tanya padanya .Baekhyun,Chanyeol dan Seungjun lebih banyak meluangkan masa di dalam bilik pengawas itu pada waktu rehat berbanding kantin dan tempat lain.Kadang-kang pada waktu pembelajaran mereka akan pergi ke bilik pengawas itu.
"Acara musim panas makin dekat, Sukan haritu pun terpaksa tangguh , jadi banyak benda kitorang kena urus dan atur semula dengan Cikgu Lee" Sedikit sebanyak wajah Chanyeol sudah beransur tenang.Tanpa mereka sedar , mereka sampai di hadapan perpustakaan
Kalau Cikgu Lee sibuk dengan persiapan acara musim panas jadi kemungkinan besar tiada guru yang akan masuk ke kelas.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Setelah itu , Seulrin mula teringat tujuan pertama dia apabila tiba di hadapan bilik pengawas itu.Choi Byungchan! Ya , dia yang mengikuti Byungchan sampai ke sana.
"Jap patutnya saya dengan Byungchan sekarang kan ?"Aku memandang Chanyeol yang masih tenang memilih buku di rak yang paling atas
"Aku suruh" kata Chanyeol .Langsung tidak memalingkan wajahnya memandang Seulrin
"Dia sepupu aku"jawab Chanyeol sekali lagi
"Ja--jadi dia tahu pasal kita?"Seulrin mula cuak .Chanyeol mengangguk sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya
Seulrin terdiam.
"Aku bawak kau datang sini sebab nak minta tolong"Seulrin memandang Chanyeol pelik
"Tolong analisis data ni , aku lembap sikit IT ni , jangan risau aku dah bagitahu dekat Cikgu Lee" terang Chanyeol.
"Tapi Byungchan...?" Seulrin mula teringat bahawa Choi Byungchan sekarang adalah di bawah jagaannya
"Aku suruh Baekhyun hantar dia balik kelas" Seulrin mengangguk setuju.
" Okey , jadi kita duduk dekat dengan rak hujung tu " Chanyeol mengangguk mengikuti arahan Seulrin .
" Sebelum kelas malam kau start jumpa aku dekat depan sekolah"
--
Chanyeol setia berdiri menghadap dinding itu menunggu kehadiran Seulrin.
Sudah beberapa kali jam tangannya ditelek . Sedaya upaya dia cuba mengelak titisan hujan yang hampir mengenainya.
Berdiri berdekatan dinding itu pastinya akan terkena tempias hujan
Titis -titis hujan yang makin lebat mendarat diatas permukaan bumi ini ditenung.
"Maaf lambat , kene kunci pintu kelas" Seulrin tiba di hadapan Chanyeol dengan keadaan yang tercungap-cungap.Kemungkinan Seulrin berlari kerana tidak mahu Chanyeol menunggu lama.
"Seulrin" Chanyeol memanggil nama gadis itu. Teragak-agak dia mahu menyatakan perkara itu.
Setelah nafasnya sudah teratur , wajah Chanyeol dipandang tenang sambil itu Seulrim cuba merapatkan badannya sedikit ke dinding untuk mengelak titisan hujan
" Aku minta tolong sangat , aku nak expose pasal kita" kata-kata Chanyeol itu membuatkan Seulrin terdiam.
Perasaannya bercampur baur. Lelaki ini juga telah mengatakan kepadanya untuk menunggu aku menerimanya.
"Chanyeol , kita dah berbincang tentang ini kan" Seulrin mula bersuara tegas.
" Seulrin aku-- aku terpaksa , tolonglah aku " melalui nada suaranya jelas kedengaran dia seperti terdesak.
Tetapi untuk apa ? Apa kebaikan yang akan dia dapat kalau beritahu semua orang ?
" Chanyeol kau sendiri--
" Okey , maaf sebab paksa kau " suaranya makin perlahan. Senyuman dibibirnya jelas palsu dan kelihatan dia kecawa .Chanyeol memegang lehernya dan menunduk ke bawah.
"Maafkan aku " Chanyeol mengambil beg galasnya yang diletakkan di tepi dan terus selamba berjalan di bawah titisan hujan yang sedang lebat jatuh ke permukaan bumi.
" Yah , Park Chanyeol" kuat Seulrin menjerit nama lelaki itu tetapi dia langsung tidak menoleh. Baru sahaja dia mahu mengejar Chanyeol tetapi terhenti apabila Baekhyun memegang lengannya . Wajah Baekhyun dipandang
Baekhyun menggeleng .
" Tapi dia-- saya mesti ikut dia " sekali lagi dia cuba melepaskan pegangan Baekhyun untuk mengejar Chanyeol namun gagal.
" Kau nak Jihoon marah ke ?" Apabila nama Jihoon meniti di bibir Baekhyun , pergerakan Seulrin terhenti.
Sudah pasti dia akan dimarah dengan teruk , lagi-lagi dia tidak memghadirkan diri ke kelas malam jika dia mengejar Chanyeol.
" pergi masuk kelas , aku uruskan mamat tu" Seulrin mengangguk , menurut arahan Baekhyun.
--
dah aku penad nak edit banyak kali dan aku rasa part ni terlalu panjang dan membosankan , cerita ni makin meleret jadi aku nak cepatkan untuk habis , gue tak reti buat scene suwit hek
dah banyak kali aku baca tapi masih terhibur 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top