✧*̥˚ 25
••
"Erk , Park Seulrin" Yanan melambai-lambaikan tangannya di hadapah wajah Seulrin. Seulrin tersedar semula.
"Kau serius, tak main main?" tanya Seulrin semula , meminta kepastian. Rasanya dia tidak silap dengar.
" Ya " jawab Yanan sepatah dengan senyuman lebar di bibirnya.
" Ouh... " jawab Seulrin, anak matanya terus mengelak daripada bertentang mata dengan Yanan.
" Wae? Kenapa dengan Irene? " tanya Yanan pelik.Reaksi Seulrin tidak seperti yang dia jangka. Seulrin terlihat terkejut dan murung?
" Takde apa-apa pun" Seulrin dan Yanan mula melangkah keluar daripada kelas. Seulrin menutup pintu kelas dan terus melangkah.
" Kau pasti nak masuk kelab memasak? " tanya Seulrin sekali lagi, Yanan mengangguk teruja
" Tapi Irene kelab Rekaan Dalaman " aku tersenyum pada Yanan. Dia memang tak tahu Irene sudah menukar kelabnya. Pasti dia terlihat senarai nama ahli kelab yang lama
Yanan terus menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tersenyum.
" Tolong lah aku, aku nak kenal dengan dia" pujuk Yanan. Beria dia memegang lengan Seulrin lalu menggoyangkannya beberapa kali. Bibirnya juga dicebikkan.
Ya Tuhan , Kenapa perangai dia yang ni tak pernah berubah.
Seulrin mengeluh.Bagaimana dia mahu menolong sedangkan hubungan mereka sangat tidak baik sekarang.
" Tengoklah" balas Seulrin perlahan. Yanan melompat gembira . Seulrin menggeleng melihat kelakuan lelaki disebelahnya itu.
Bunyi hon kereta membuatkan mereka berdua memandang kearah itu.
Chanyeol sudah melambai dari dalam kereta dengan senyumannya.Yanan kembali serius.
" Siapa tu" bahu Seulrin ditepuk sedikit.
"Chanyeol sunbae" kata Seulrin
" Yanan jom, Chanyeol hyung kena cepat tu" secara tiba-tiba Seungjun muncul daripada belakang dan menolak bahu Seulrin perlahan agar pergi kepada Chanyeol.
Tanpa sempat Yanan mengatakan apa-apa seungjun sudah menarik tangan Yanan pergi dari situ.
Seulrin terus menuju kearah kereta Chanyeol yang elok berada berdekatan pagar depan sekolah.
Pintu masuk dibuka dan melabuhkan punggungnya.
" Yanan nama dia kan" tanya Chanyeol sebaik sahaja pintu ditutup.Seulrin mengangguk.Chanyeol memandang Seulrin seketika membuatkan Seulrin tidak selesa.
" Pakai tali pinggang" kata Chanyeol dan dia mula menghidupkan enjin semula.Muka Chanyeol terus dia mengelak pandangan.Terus dia memakai tali pinggang .
"Nak beli apa-apa tak? " Chanyeol bertanya. Laju Seulrin menggeleng.Dia masih malu dengan apa yang berlaku
"Jomlah teman aku sekali , nak beli hadiah untuk omma tapi aku taktahu nak beli apa" Seulrin hanya mengangguk.
Mereka berdua memasuki pusat beli belah yang berdekatan. Seulrin memerhati kawasan sekeliling sebelum menarik lengan baju Chanyeol masuk ke dalam satu buah kedai
Seulrin berhenti di bahagian anting-anting. Chanyeol hanya memerhatikan pergerakan Seulrin.Dia mana tahu cita rasa perempuan jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.
" yang ni" Seulrin menunjuk pada anting- anting yang mempunyai corak seperti rama-rama.
Selesai membayar , mereka berdua keluar daripada pusat beli belah itu. Chanyeol berhenti dan tiba tiba memegang tangan Seulrin. Habis merah muka Seulrin disebabkan tindakan Chanyeol yang mendadak itu.
Chanyeol mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar . Seulrin diam. Selepas telefonnya disimpan di dalam poket seluar dia masih tidak melepaskan pegangan itu.
Chanyeol terus menarik tangan Seulrin untuk melintas jalan raya .
Jantung Seulrin masih tidak boleh berdegup dengan normal. Jantungnya bagai hendak meletup
"Nah" Seulrin pelik.Kotak kecil pada tangan Chanyeol diambil dan dibuka
Seulrin memandang Chanyeol tidak percaya.
"Kau ambil je , jangan cakap banyak" terus Seulrin membatalkan niatnya untuk memberikan semula hadiah itu.Bila dia memilih hadiah ini?
Dalam diam dia mengukir senyuman.
--
Sampai sahaja di dalam perkarangan rumah Chanyeol , mereka disambut dengan pembantu rumahnya. Puan Park keluar apabila terdengar suara Chanyeol .
" Seul , sihat" tanya Puan Park lembut . Seulrin terus menyalam Puan Park .
"Sihat" Seulrin membalas dengan senyuman. Terbit rasa terkejut dalam dirinya kerana Puan Park memanggilnya dengan panggilan ' Seul' sedangkan hanya Seungjun sahaja yang memanggilnya begitu.
Mereka makan bersama-sama . Setelah itu , Puan Park menyuruh Seulrin masuk ke bilik Chanyeol untuk memberi ruang kepada mereka berdua.
" Kau masuk dulu , aku nak ambil biskut untuk kau" Seulrin mengangguk. Tombol pintu dipulas dan dia melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu.
Sedikit sebanyak dia terkejut dengan keadaan dalam bilik Chanyeol. Kemas dan teratur bukan seperti bilik abangnya. Meja belajarnya akan sentiasa bersepah.
Bilik lelaki ini dihiasi dengan perabot dan kertas dinding yang berwarna kelabu dan putih. Boleh dikatakan bilik ini cantik berkonsepkan minimalist.
Seulrin mula tertarik dengan bingkai gambar yang terletak di rak buku. Dia memerhatikan setiap satu bingkai gambar tersebut.
Gambar Chanyeol semasa kecil , dia bersama keluarganya dan Chanyeol bersama seorang budak perempuan? dan itu ialah Seul--
" Seulrin tolong aku jap" suara cemas Chanyeol membuatkan Seulrin berpaling dan berlari kearah pintu. Pintu dibuka dan kelihatan Chanyeol yang sedang cenas membawa dulang.Kalau tidak diambil mungkin gelas yang ada diatas dulang itu akan pecah
Mahu saja dia tergelak melihat Chanyeol. Terus dia mengambil dulang itu daripada Chanyeol lalu diletakkan diatas meja kecil.Mereka berdua duduk bersila .
" Em Chanyeol" panggil Seulrin bagi memecahkan suasana sunyi
Chanyeol memandangnya tanpa berkata apa-apa
"Gambar budak perempuan tu -- saya kan?"
Chanyeol memandang bingkai gambar itu lalu dia tersenyum.Tenang saja dia mengangguk.
"Aku dah tahu lama tentang hal ni , emm sejak aku umur 14 tahun rasanya" pernyataan Chanyeol itu membuatkan Seulrin ternganga.Sungguh tidak adil baginya.
"Kalau kau tahu awal awal pun takde apa yang kau boleh buat" sambung Chanyeol seperti tahu apa yang bermain di fikiran Seulrin. Bibirnya dicebikkan tanda tidak puas hati .
--
S
eulrin masuk ke dalam biliknya selepas makan malam, katil terus menjadi tujuan utamanya. Sungguh nikmat apabila dia dapat berbaring diatas katil .Hari yang penat baginya.
Berada di rumah Chanyeol sehingga petang, sampai saja di rumah dia perlu mengemas rumah kerana sepupunya , Taehyung mahu melawat mereka.
Telefonnya diambil dari atas meja lalu dia terlihat satu pemberitahuan.
" PARK CHANYEOL!"
" yahh Park Seulrin jangan menjerit!" jihoon menggeleng melihat adiknya, dia sudah dapat menjangka Seulrin akan menjerit setelah melihat gambar itu .Ya, dan Jihoon tersenyum.
--
aku dapat merasakan penulisan aku makin baku setelah pt3 ! TOLONG GUE , GUE DAH TAK SELESA NAK MENULIS, JADI MARI UNPUBLISH
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top