✧*̥˚ 23
••
Keadaan kembali bertukar menjadi hening.Rose diam terkaku.Ketiga-tiga pandangan mereka memandang kearah Chanyeol.
" gurau je " kata Chanyeol diselitkan dengan ketawa dihujung kata.Seulrin dalam diam melepaskan nafas lega
"ouh yeke, ingatkan betul tadi " Rose tersenyum kekok.Mengangguk dengan pernyataan Chanyeol tadi. Seungjun mengangguk kekok. Chanyeol sempat memandang reaksi Seungjun.
"Rose, kami pergi dulu" mata Seulrin memberi petunjuk kepada Chanyeol untuk pergi sekarang.
" Kenapa buat macam tu tadi" tanya Seulrin dan jelas dia sedikit geram dengan perbuatan Chanyeol tadi.
"Maaf" ringkas sahaja katanya.Chanyeol terus menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi dengan senyap.
Seulrin mengucapkan terima kasih kepada Chanyeol sebelum keluar daripada kereta .Chanyeol hanya mengangguk.
Seulrin keluar dan masuk ke dalam rumah.Sebaik sahaja dia memasuki pintu utama rumah, Jihoon memandangnya tanpa berkelip langsung.
"Park Jihoon jangan tanya" awal-awal lagi Seulrin sudah memberi amaran kepada Jihoon dan disebabkan itu Jihoon membatalkan niatnya.Kalau Seulrin memanggil namanya dengan nama panjang memang dia sedang serius
Tetapi hanya mulutnya yang mengikuti arahan Seulrin manakala badannya sudah bangun berlari anak kepada Seulrin, walaupun Seulrin hanya diam.Seulrin pergi ke dapur dia ikut ke dapur.Sampai di hadapan pintu bilik, Seulrin berdiri menghadap Jihoon.Jihoon pula tersengih
Seulrin menggeleng, sudah jelas dia tidak mahu memberitahu apa-apa kepada Jihoon.
"Eleh" Jihoon menjeling Seulrin dan masuk ke dalam biliknya.
" Kedekut!" jerit Jihoon tiba-tiba dari dalam biliknya.Seulrin hanya menggeleng melihat perangai abangnya itu, kenal sangat dengan perangai sifat ingin tahunya yang sangat tinggi.
Seulrin masuk ke dalam bilik dan mengambil tuala lalu menuju ke bilik air.
Setelah beberapa minit, Seulrin keluar.Buku berkulit hitam itu ditenung lama.
Dia mengambil buku hitam itu lalu dimasukkan semula ke dalam laci meja semula.
"Perlahan-lahan , selesakan diri dengan dia Seulrin"
--
"Seungjun jom, kau tak bertugas harini kan" ajak Sooyoung.Seungjun mengangguk lalu serentak mereka berdua memandang Seulrin yang masih berdiam diri.Mukanya langsung tidak diangkat daripada meja.Tangannya kekal mengalas mukanya.
Seungjun memandang Jun yang berada di sebelahnya namun Jun menggeleng tanda tidak tahu apa yang berlaku kepadanya.Tidak pernah pula Seulrin berkelakuan sebegitu
"Seulrin?" tiba tiba suara lelaki muncul daripada pintu hadapan kelas.Pandangan mereka semua terarah pada pintu kelas.Seulrin juga perlahan mengangkat wajahnya memandang suara itu
"Chanyeol sunbae, buat apa kat sini" Youngmin bersuara.
"Saya nak jumpa Seulrin"Sekali lagi mereka semua memandang kearah Seulrin.Dengan pandangan kosong Seulrin bangun dan berjalan kepada Chanyeol.Chanyeol terus memberi isyarat supaya pergi ke bilik musik dan dia berlalu pergi.
"Jun, Sooyoung aku pergi dulu.Jangan tunggu"kata Seulrin terlebih dahulu sebelum meninggalkan mereka.Mungkin mereka menyedari terdapat sedikit perubahan pada diri gadis itu.Bersikap sedikit dingin.
Seulrin memulas tombol pintu dan memasuki bilik itu.Sebaik sahaja dia memasuki bilik itu, Chanyeol sedang memegang bekal yang bewarna putih.
Chanyeol menyuruh Seulrin supaya duduk di hadapannya.Selimut di berikan kepada Seulrin supaya menutup bahagian kakinya
Bekal pada pegangannya diberikan kepada Seulrin.Ingatannya terus mengingati tentang botol air dan bekal makanan itu.
"Mak kau suruh aku jaga kau dekat sekolah" Chanyeol tersenyum, tetapi Seulrin menayangkan reaksi pelik.
"Jihoon kan,ada, Seungjun pun ada" Apabila nama Seungjun disebut senyuman Chanyeol luntur tetapi cepat dia cuba menyembunyikannya.
Jujur dia kata, dia sedikit cemburu dan sakit hati apabila nama Seungjun disebut dan dia juga tahu Seulrin sangat rapat dengan Seungjun.
Dia juga tahu tentang perasaan Seungjun kepada Seulrin tetapi apa yang dia boleh buat...
Menghalang Seungjun menyukai Seulrin, itu tentu tidak mungkin sebab setiap orang mempunyai hak tersendiri.
"Alah, aku tambahan la" sambung Chanyeol.Bekal makanan itu dibuka.
"Wah, nasi goreng. Mesti tak sedap kan"sengaja Seulrin mahu mengusik Chanyeol.Cemberut terus muka Chanyeol.
"Tak makan lagi dah nilai, bagi balik lah" Dengan bibir yang sudah dimuncungkan membuatkan makin galak Seulrin ketawa.
"Ish bergurau je. yang tu pun nak ambil serius" Seulrin menyuapkan sesudu nasi goreng itu ke dalam mulutnya.Chanyeol pula sudah sedia menanti apakah reaksi Seulrin.
"Hm, sedap , kalah Jihoon" Seulrin mengangguk memandang Chanyeol.Boleh tahan masakannya.Kalau nak dibandingkan dengan Jihoon, Chanyeol menang tanpa bertarung. Maaf Jihoon!
Senyuman Chanyeol mula sampai ke telinga.
"Masaklah lagi nanti" kata Seulrin kepada Chanyeol.Sudah separuh nasi goreng itu dihabiskan.
"Betul ni ?" soal Chanyeol teruja.Seulrin mengangguk.
"Balik nanti balik dengan aku, Eomma nak jumpa" terus tersedak Seulrin dibuatnya.Chanyeol segera menuangkan secawan air lalu diberikan kepadanya.Seulrin meneguk air sehingga kosong cawan itu.
"Eomma awak nak jumpa?" Tanya Seulrin sekali lagi. Chanyeol mengangguk polos.
'Matilah aku'
" Jangan risau, eomma aku tak makan manusia" sempat lagi Chanyeol bergurau sedangkan Seulrin bagai nak gila memikirkan hal itu.
Sebaik sahaja bunyi loceng berbunyi, Seulrin dan Chanyeol keluar daripada bilik musik dan melangkah ke kelas masing-masing.
Sebaik sahaja, Seulrin masuk ke dalam kelas, Seungjun menarik Seulrin keluar kelas.
Pintu hadapan kelas ditutup.
"Seul, bagitahu aku cepat" kata Seungjun.Melihat wajahnya saja , sudah tahu Seungjun sedang serius.
Seulrin terus menundukkan wajahnya memandang lantai.Timbul rasa bersalahnya kepada Seungjun dan Sooyoung kerana perubahan sikapnya tadi.
"Cuma, banyak kena fikir"Seulrin senyum.Terpaksa.Seungjun mengangguk. Memahami apa yang dikatakan oleh Seulrin.Bahu Seulrin dipegang.
"Balik nanti , jom singgah kedai biasa, aku belanja"kata Seungjun. Terus Seulrin memandang Seungjun dengan wajah ceria.
Tetapi sebaik sahaja dia teringat tentabg perjanjiannya dengan Chanyeol sebentar tadi, senyumannya pudar.
"Balik ni aku balik dengan Chanyeol, eomma dia nak jumpa"Dengan kekok Seulrin berkata.Kepala yang tidak gatal digaru.Senyuman Seungjun tadi juga pudar tetapi segera dia mengangguk.
"Tak apa, lain kali boleh" pujuk Seungjun.
"Masuk kelas, aku ada hal" arah Seungjun.Bahu Seulrin ditepuk perlahan dan ditolak masuk ke dalam kelas.Setelah Seulrin masuk ke dalam kelas, lantai ditenung dan tanpa sedar dia mengeluh.
••
gue tahu makin merepek, rasa nak unpub un ada 🐒
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top