✧*̥˚ 14
••
" Annyeonghaseyo, saem." Seulrin menunduk sedikit sebaik saja memasuki bilik Ms.Lee iaitu guru musik.Dialah yang menjaga bilik musik dan menguruskan apa-apa acara tentang musik dan band sekolah.
"Eo, Seulrin.Kenapa nak jumpa saya"Ms.Lee menanggalkan cermin mata bulatnya lalu diletakkan di tepi meja.Dia terus memandang wajah Seulrin yang bedada di hadapannya sekarang
"Saya nak minta kebenaran saem untuk gunakan bilik musik tu, boleh tak?" tanya Seulrin tanpa teragak-agak.Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan berdiri di hadapan meja guru Ms.Lee
、seulrin pov
"Em dengan siapa?" tanyanya kembali
"Chanyeol sunbae"jawabku
Ms.Lee menganggukkan kepalanya seperti sedang berfikir.
"Boleh tapi setiap kali awak nak gunakan bilik musik tu Chanyeol mesti ada bersama dengan awak. Boleh?" matanya merenung anak mataku
"Nae, bole saem!"jawabku teruja.Akhirnya boleh juga aku main piano.Takdelah kena perli dengan Jihoon dah .Mentang-mentang aku main macam apa dia pergi perli aku fuh
"Kamsahamnida saem"aku mengucapkan terima kasih kepadanya lalu melangkah keluar daripada bilik itu.Tujuan aku sekarang pergi ke kelas Chanyeol.Okey sekarang aku ada 15 minit lagi sebelum waktu persekolahan bermula jadi baik aku cepat.
Sebaik sahaja aku sampai dihadapan kelas Chanyeol sunbae, beberapa mata di dalam kelas memerhati aku pelik .Sebelum aku sempat mencari kelibat Chanyeol, ada satu suara yang menegur aku terlebih dahulu.Jihoon
Sekali lagi aku terlupa yang Jihoon sama kelas dengan Chanyeol.
"Seul kenapa datang sini?"tanya Jihoon yang sedang berdiri tegak di hadapan aku.
"Em ada Chanyeol sunbae tak ?"Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Terasa taknak cakap tapi terpaksa cakap pft.
Jihoon mula memberi pandangan peliknya.Jangan keluar perangai detektif dia sudah.Tak pasal-pasal aku tak dapat jumpa pun Chanyeol
"Chanyeol oi"Jihoon menjerit memanggil nama Chanyeol selepas membuat wajah detektifnya .Rupanya saja nak buat aku gementar heh
Aku nampak Chanyeol berdiri dan berjalan kearah kami yang masih terpacak berdiri di depan pintu kelas ini.
"eo, Seulrin.Kenapa Jihoon?"Chanyeol memandang bersilih ganti setiap wajah kami berdua
"Tak tahu Seul nak jumpa kau"Jihoon terus pulang ke tempatnya semula untuk memberi ruang kepada kami berdua untuk lebih selesa.T etapi aku tahu dia memandang aku secara senyap-senyap
"Ms.Lee bagi saya gunakan tapi awak mesti ada dengan saya setiap kali saya gunakan"aku berkata dengan nada yang riang atau lebih tepat teruja
"Ha,baguslah.Nanti jumpa saya lepas balik sekolah dekat bilik musik"
macam mana aku nak bagitahu Seungjun pasal hal ni.Nak ke dia bagi?
"Biar saya yang bagitahu Seungjun.Jangan risau"katanya semula seolah-olah tahu apa yang aku fikirkan.Aku mengangguk laju dan meminta diri kepadanya untuk pulang ke kelas sebelum loceng berbunyi.
--
"Seul"panggil Sooyoung sebaik sahaja guru mata pelajaran sains keluar daripada kelas.
Aku memandang Sooyoung.Dia berjalan mendekati aku
" Balik ni--tak bolehlah aku ada hal"Aku memotong percakapan Sooyoung sebelum dia menghabiskan ayatnya.Aku memuncungkan bibir dan meminta maaf kepadanya
"Alaa"
"Sooyoung aku nak tanya"Perkara beberapa hari lepas mula bermain di fikiran.
"Tentang Chan--ouh aku gurau je hehe"Sooyoung pula yang memotong, mata aku terbeliak besar sebaik mendengar jawapan daripada mulut Sooyoung.
memang nak mati kena cili ke ape ha?
Tapi ada sesuatu yang pelik.Mata dia kelihatan gelisah
" Woi " Aku memandang Sooyoung.Ouh Sooyoung duduk dekat tempat Jun sekarang.
"Aku nak pergi tandas bai"Tiba tiba matanya keihatan dingin.Aku hanya memandang Sooyoung sehingga keluar daripada kelas.Pada masa yang sama Irene juga bangun dan keluar daripada kelas diikuti dengan Seungjun.Pft asal ramai sangat keluar kelas ni takde kerja ke.
Disebabkan bosan aku bangun lalu duduk di tempat Seungjun dan mengacau Youngmin membuat kerja sekolahnya.
"Youngmin, bagi tips nak jadi rajin macam kau"Tanya aku.Jeles juga aku tengok si Youngmin ni.Asyik melekat dengan buku je.
" Jadi macam aku"Sungguh ringkas jawapanmu wahai Im Youngmin.
"Ish"aku merengus.Dan sekarang baru aku terfikir, kenapa Sooyoung, Irene dan Seungjun keluar serentak dan secara tiba-tiba?
"Weh aku keluar kejap"aku memukul lengan Youngmin dan terus menuju keluar daripada kelas. Dekat mana diorang pergi tadi--arah kanan, dan itu menuju ke tempat--perjumpaan kami...
pondok dekat padang sekolah?
Aku terus berjalan kearah padang sekolah, memandangkan semua cikgu sedang bermesyuarat jadi takpekan?
" Tolonglah, Irene"Dan ia tepat, arah datangnya suara itu memang berdekatan pondok.Aku cuba berjalan mendekati pondok itu sedikit lagi supaya aku dapat mendengar dengan lebih jelas.Aku berselindungdi sebalik semak samun di belakang pondok
Memang tepat , Seungjun dan Sooyoung sekarang duduk berhadapan dengan Irene.Kenapa muka mereka tegang sangat?
"Aku tak boleh lepaskan Chanyeol macam tu je!" jerit Irene.Aku terkaku. Apa yang dah berlaku ni.
"Dia kawan kita, Irene" Untuk kali pertama, aku melihat Sooyoung menangis.Air matanya tidak berhenti jatuh.Kenapa Sooyoung menangis...
"Chanyeol bukan milik kau, Irene"Akhirnya Seungjun bersuara.Raut wajahnya masih tenang.Aku masih tidak faham apa yang mereka bualkan ni
"Aku tahu kau suka Seulrin, jadi ambik jelah dia!" aku terpaku, terdiam.ap--apa
" Kau diam Irene, dia milik Chanyeol. Dia dah bertunang!"Suara Seungjun naik seoktaf.
Apa yang mereka katakan ni... Aku dah bertunang? Aku milik Chanyeol? Seungjun suka aku?
'Kau dah bertunang dengan Chanyeol sunbae'
"tak--tak mungkin" mulutku ditekup.Kekuatan pada kakiku hilang, dan pada bila-bila masa saja aku boleh rebah.Perkara ini terlalu mengejut untuk aku terima dengan begitu saja
Tiba-tiba ada sepasang tangan yang melingkari pinggangku sebelum aku jatuh ke tanah.
"In-Inseong"aku tergagap memandang wajah Inseong yang tegang.Tidak ada langsung secalit senyuman pada wajahnya.
Dia pantas menarik aku pergi dari tempat itu tanpa berkata apa-apa
Sempat aku menoleh kebelakang dan--Irene tampar Seungjun.Sekali lagi aku kata dia TAMPAR Seungjun.Tak dia dah melampau, dia langsung bukan sepeeti Irene yang aku kenal.
Aku cuba untuk menarik tangan aku daripada pegangan Inseong tetapi dia terlalu kuat.
Inseong memberhentikan langkah dan memusingkan badannya menghadap aku
"Kenapa tarik aku macam tu je"kata aku mendatar.Tidak ada langsung sekarang perasaan untuk ketawa.
"Kau dah tahu kan" kata Inseong ringkas
"Kau dah tahu? Maknanya korang dah tahu tentang hal ni? Tentang aku dengan Chanyeol sunbae? Tunang? Sejak bila Inseong" kemarahanku semakin membuak-buak.Aku seperti orang bodoh yang tak tahu apa-apa
"Ya, aku dah tahu, kitorang dah tahu! Kau dah tunang sejak kecil Seulrin... dengan Chanyeol "suaranya semakin lembut, tangan kanannya memegang bahu aku.
"Kenapa korang tak bagitahu aku"Air mataku sudah bertakung, tunggu masa saja untuk ia jatuh
"Kenapa kau tarik aku tadi-- di--dia tampar Seungjun"Aku akhirnya menangis.Deras air mataku jatuh seperti hujan.Tak pernah aku rasa terseksa sampai macam ini.
"Kau tahu tak selama ni dia lindungi aku, dia jaga aku tapi bila dia kena tampar tadi--aku tak boleh nak lindungi dia"Perasaanku makin tidak boleh dikawal.Rasa bersalah terlalu berat untuk aku tanggung.Dia kawan aku, tapi aku tak dapat lindungi dia...
Badanku terasa lemah, tapi Inseong tetap memegang bahuku supaya aku tidak jatuh.
"Kau nak tahu tak...
Kalau boleh aku nak je peluk kau sekarang untuk tenangkan kau, tapi disebabkan Seungjun dah ugut untuk bunuh aku kalau aku sentuh kau--jadi kau tahu jelah"aku tergelak dalam tangisan dan Inseong tergelak kecil.
"So you want to hear the full explaination"Inseong tersenyum dan aku menyeka air mataku yang mengalir laju di pipi.
••
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top