✧*̥˚ 10

••

"Kau dah bertunang--dengan Chanyeol sunbae"kata Sooyoung senafas. dan pada waktu itu--

Nafasku naik turun.Terasa sesuatu yang sesak di dada.Ape benda yang Sooyoung merepek ni! Kan aku dah pernah cakap aku tak suka orang yang main main!

"ka--kau okey tak Seulrin?"Sooyoung mula cemas dan memegang kedua-dua bahu aku.

" Seulrin!"Seungjun datang kearah aku dan memeluk aku.Belakang badanku ditepuk lembut.

Nafasku beransur ansur teratur.Mataku terasa ingin terpejam kerana tepukan itu.Kepala aku pening--

"Sooyoung kau masuk kelas dan ambil beg dia--aku akan uruskan Seulrin"suaranya hanya samar-samar aku dengar.Kakiku mula menjadi lemah longlai. Seperti tiada tenaga bahu memijak bumi ini.

Badanku diangkat Seungjun dari belakang.piggyback.aku mengeratkan pelukan pada leher Seungjun.

"gomawo--"kata aku berbisik sebelum mataku terpejam rapat .

••

author pov

Wajah Seulrin ditatap lama.Baru dia hendak cuba untuk meninggalkan gadis ini kerana ada pengantinya yang akan menjaga gadis di depan mata dia ini.

Tetapi sebaik saja, dia tiada di sisi gadis itu. Sudah terbalik jadinya.Makin risau dia dengan gadis ini.

Nasib baik Seungjun tiba tiba rasa tidak sedap hati dan cuba mengejar Seulrin dan Sooyoung untuk ke tandas.

Mujur dia sempat menyelamatkan gadis itu sebelum rebah ke tanah.

Rambutnya diusap perlahan dan melepaskan satu keluhan berat.

tok tok

Seungjun memalingkan wajah kearah pintu hadapan bilik kesihatan

"eo hyung"Seungjun segera bangun dari kerusi di sisi katil.

"macam mana dengan Seulrin"lelaki itu memberi tatapan risau kepada Seulrin Sungguh dia terasa hendak menjaga gadis itu. Tetapi biarlah kawan rapatnya saja yang menjaga.Lagipun mesti akan timbul tanda tanya pada Seulrin jika dia yang menjaganya.

"dia okey cuma dia rasa panic tadi. Seul ni bahaya sikit kalau panic sebab dia boleh sesak nafas disebabkan perkara yang membuatkan dia terkejut sangat"lelaki mengangguk perlahan. Wajahnya ditenung.

"Seungjun teruslah jaga dia"

"eh hyung taknak jaga ke?"tanya Seungjun pelik

"Mungkin dia tak patut tahu sekarang"Lelaki itu mengukir senyuman sebelum meninggalkan bilik rawatan.

••

"kau esok rehat dekat rumah je"kata Seungjun.Tangannya memeluk erat lengan Seulrin.

"tap--dengar cakap aku"potong Seungjun.Wajah pucat gadis itu ditenung.Walaupun tak rela tetapi dia anggukkan sahaja.

dan kata-kata Sooyoung kembali menerjah benak fikirannya.

Wajah Seungjun dipandang penuh risau.Dia taknak percaya perkara seperti itu.Seolah-olah seperti dalam drama

"Jun"nama Seungjun dipanggil Seulrin

"tentang yang Sooyoung cakap-- benda tu tak betul" lagi sekali kata-kata Seulrin dipotong.

"dia nak bergurau"jawab Seungjun sekali lagi.Seperti tahu apa yang gadis itu fikirkan.

"tapikan macam mana dengan kelas.Aku bertugas harini"langkah Seulrin terhenti.Baru dia teringat bahawa dia perlu bertugas harini bersama Youngmin, Minghao dan Jisoo.Jihoon juga pasti akan menolongnya bersama untuk bertugas.

"Jihoon, Sooyoung dan Irene dah ambil alih tugas kau.Hyung cakap dia akan tolong diorang dan kau kene balik ke rumah sampai baring atas katil.Tak boleh berhenti di mana mana"Seungjun berkata seperti memberi amaran .

Baru saja Seulrin ingat nak berhenti dekat satu kedai untuk membeli beberapa pencuci mulut.

••

" Seungjun masuklah" Puan Park mempelawa Seungjun masuk.Lengan Seulrin masih lagi dipegang kemas

"apa jadi dekat sekolah sampai boleh pengsan tu.Terkejut appa dengar bila Mr.Nam bagitahu"Tuan Park ataupun Mr.Park bertanya dan pandangannya memandang mereka berdua

Mr.Park Jaehan, guru fizik di sekolah itu.Sebelum ini memang Tuan Park pernah mengajak Jihoon dan Seulrin termasuk Seungjun untuk hanya menumpangnya saja

tetapi ditolak dengan alasan Seulrin nak singgah kedai untuk membeli makanan lepas hbis sekolah.

"hehe"soalan itu Seulrin cuba untuk tidak menjawab.Seungjun pula hanya senyum memandang Tuan Park.

"Seungjun boleh ke bawak Seul naik atas ni ?"tanya Puan Park

" boleh je"Seungjun meletakkan tangan Seulrin diafas bahunya untuk memapahnya naik ke atas.

Puan Park dan Tuan Park tersenyum memandang Seungjun dan Seulrin.Lega hatinya melihat Seungjun sentiasa berada di sisi Seulrin pada setiap masa dia susah atau senang.

Pada mulanya, niat Puan Park hendak mengahwinkan Seungjun dengan Seulrin selepas tamat sekolah tetapi disebabkan anak gadisnya yang terikat dengan suatu perhubungan dan perjanjian dia membatalkan niat.

Ya, perhubungan dan perjanjian itu dilakukan tanpa pengetahuan Seulrin

••

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top