Chapter 20
Selepas beberapa minggu, Chorong terpaksa pulang ke rumah parents nya sebab ibunya memaksanya pulang. Sampai di rumah, ibunya sedikit terkejut kerana dia pulang bersama dua orang budak. Dia menceritakan semua yang terjadi kepadanya selama 5 tahun ini dan nasib meyebelahinya kerana ibunya boleh terimanya bersama anak anaknya. Malah, ibunya semakin rapat dan sayang kepada kembar itu. Chorong juga mempunyai kedai bunga dan cafe. Kedua kedai itu terletak bersebelahan. Apabila Chorong bekerja, ibunya akan menjaga anak anaknya dan apabila hari minggu kembar itu akan mengikutnya pergi ke kerja. Dia menjalani hidup seperti biasa dan dia akan memakai mask sepanjang masa kecuali di rumah. Cube and A Cube trainee juga akan datang membantunya apabila mereka mempunyai masa lapang. Mereka juga rapat dengan kembar tak seiras itu.
Sudah tiba musim hujan, kembar tak seiras itu pergi ke sekolah seperti biasa, dihantar oleh mommy mereka sendiri. Sampai di sekolah, mereka dipimpin oleh cikgu sehingga ke kelas.
@ Cafe
Dia mengikat rambut tak ubah seperti ekor kuda dan membuat kerja seperti biasa. Tiada satu pun pelanggan kerana hari masih pagi. Tetiba bell pintu berbunyi menandakan pelanggan datang. Matanya tertangkap satu tubuh yang amat dikenalinya dan dirinduinya. Dia berbuat seperti biasa dan lelaki itu juga tidak akan mengenalinya kerana separuh mukanya ditutupi mask. Selepas mengambil menu, dia ingin melangkah ke dapur tetapi lelaki itu menahan lengannya. Dia sudah berperang dengan kelopak matanya agar air mata yang ditahan dari tadi tidak mengalir di pipinya.
"Miss."
"Yes. Encik nak apa² lagi ke?"
"Tak. Saya just nak tanya, awak ok ke tak ni?"
"Huh? S-Saya ok."
"BTW cantik cincin awak."
"Thanks. Saya pergi dulu."
"Jap..."
Suho menariknya ke dalam pelukannya. Dia sedikit terkejut tetapi dia cuba untuk menenangkan dirinya. Tanpa dia sedari tangannya sudah melingkari pinggang Suho dan air mata yang ditahan telah mengalir ke pipi gebunya.
Setelah 10 minit berpelukkan, akhirnya Chorong menolak perlahan tubuh sasa itu. Dia mengesat air matanya dan tertunduk malu.
"Sorry. I'm just miss someone. Saya tengok awak seperti seseorang yang saya rindukan sebab itu lah saya peluk awak. Mianhae."
"Saya pun sama. Saya juga rindu seseorang. Sorry kalau saya emotional sangat. Mianhae."
Chorong kembali membuat kerjanya. Sebenarnya, Suho tahu perempuan itu ialah Chorong. Dia tahu Chorong masih tidak bersedia untuk berjumpanya. Baginya, dengan hanya melihat mata perempuan itu, dia sudah tahu bahawa perempuan itu ialah perempuan kesayangannya. Tambahan pula, dia melihat cincin di jari manis Chorong. Cincin itu ialah cincin yang diberinya semasa melamar Chorong 5 tahun lepas. Dia sudah melepaskan kerinduannya sedikit dengan memeluk Chorong. Dia juga tidak menyangka bahawa Chorong akan membalas pelukannya. Hanya dia sahaja yang tahu betapa gembiranya dapat peluk dengan Chorong selepas 5 tahun.
Jam menunjukkan pukul 2. Cafe dan kedai bunga dipenuhi pelanggan. Semua pekerja sibuk termasuk Chorong sekali. Kembar itu masih setia menunggu mommy mereka. Hujan lebat dan guruh ditambah dengan kilat melanda kota Seoul. Kembar itu berpelukkan satu sama lain. Chorong masih melayan pelanggan yang berteduh di dalam cafe nya dan terlupa bahawa kembarnya masih di sekolah menunggunya. Lebih parah, kedua dua orang itu takut kepada kilat. Mereka masih berpelukkan. Tetiba seorang lelaki datang menghampiri mereka.
"Kamu berdua kenapa? Mana ibu kamu?"
"M-mommy kami tak datang. Maybe dia busy." -Ji Young
"Kami takut. Hiks!" -Chae Young
"Lah. Ye ke. Meh uncle peluk korang. Kita tunggu sesama sampai mommy korang datang."
"Thank you uncle for help us." -Ji Young.
Suho duduk di antara kembar itu dan memeluk mereka berdua. Kembar itu juga memeluknya erat. Apabila guruh kedengaran, mereka memperatkan lagi pelukan mereka terhadap Suho. Diusap Suho belakang mereka. Setelah setengah jam menunggu, mommy mereka tidak muncul juga. Suho memutuskan untuk membawa mereka pulang ke rumah. Dia bertanya kepada Ji Young sama ada dia tahu alamat rumahnya dan plus Ji Young tahu kerana mommy nya pernah memberitahunya. Kereta Suho menuju ke arah rumah kembar itu. Setelah sampai, dia cuba untuk ingat kembali rumah yang tersergam indah di hadapannya sekarang ini. Dan akhirnya, dia ingat, dia pernah menghantar Chorong ke rumah ini 5 tahun lepas dan ini ialah rumah ibu bapa Chorong. Rumahnya masih sama dengan cat biru muda. Dia berfikir sejenak. Dia mengarahkan pandangannya ke arah kembar itu. Dia baru tahu bahawa kembar yang dibawanya ialah anaknya sendiri.
"Kalau boleh tahu....kamu berdua ni nama apa?"
"My name is Kim Ji Young. I'm 5 years old. And she's my cute little sister-"
"Kim Chae Young. I'm his twin. He's my annoying, care, kind, love, handsome brother and always help me when I need him ^^"
"Yah! Why the words (annoying) always in your book life."
"Cause you are my love oppa ^^"
Tekaanya tepat. Marga kembar itu ialah 'Kim' . Dia gembira akhirnya dia dapat berjumpa dengan anak anaknya. Tambahan pula, anaknya ialah anak kembar tak seiras dan mereka juga cantik dan handsome sepertinya dan Chorong. Dia sangat sedih kerana dia tidak dapat membesarkan anak anaknya bersama Chorong. Dia juga sedih kerana dia telah membiarkan Chorong membesarkan kedua anak anaknya seorang diri.
"Ji Young ah."
"Nae?"
"Kamu ada no.fon mommy kamu tak?"
"Ade."
"Bagi uncle boleh? Uncle harus beritahu mommy korang yang korang dah balik. Kalau tak mommy kamu risau."
"Ye lah."
"Lagi satu. Panggil uncle daddy boleh?"
"Sure if you want it."
"Yehet!"
........................
Seorang wanita terlihat berlari di tengah hujan sambil memegang beg tangannya untuk menutup kepalanya yang terdedah kepada hujan. Sampai di sekolah, matanya meliar mencari anak kembarnya. Tetapi hasilnya buruk, dia tidak jumpa anak kembarnya itu. Hatinya mula risau dan gelisah. Setelah 20 minit bermandi hujan, tubuhnya menjadi lemah dan badannya hampir jatuh ke tanah tetapi badannya sempat disambut oleh seorang lelaki. Dengan cepat lelaki itu, membawa masuk ke dalam keretanya. Dia memandu keretanya dengan laju menuju ke rumah Chorong. Sampai di rumah, dia mengangkat Chorong masuk ke dalam rumah dan memberitahu Mrs Park. Mrs Park juga kelihatan risau dengan keadaan Chorong. Dia tahu Chorong akan demam apabila terkena hujan dan dia akan mengambil masa 2 atau 3 hari. Dia masih tak sedarkan diri dan lelaki yang menolongnya tadi ialah bakal suaminya sendiri (5 tahun lepas), Suho. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Chorong. Ditatap muka perempuan itu dengan senyuman yang boleh membuatkan mana² perempuan cair dalam sekelip mata. Diusap pipi putih milik wanita itu dengan penuh kasih sayang.
"Sayang. Oppa rindu sangat dengan sayang. Lama oppa tunggu untuk berjumpa dengan sayang. Hmmm. Sayang makin cantik sekarang. Oppa dah tengok anak² kita. Comel. Ji Young handsome macam saya dan Chae Young cantik macam awak. Tak sangka kita dapat anak kembar. Sayang. Sayang tak rindu oppa ke?"
Tetiba air mata Chorong mengalir di pipi putihnya. Suho sedikit terkejut. Dengan cepat dia mengesat air mata yang mengalir itu. Dia memegang tangan Chorong erat.
"Sayang kenapa menangis ni. Tak cute la sayang oppa ni. Hmm? Oppa rasa, oppa perlu balik sebelum sayang sedar. Nanti, bila sayang dah ready, sayang datang jumpe oppa. Oppa akan selalu tunggu sayang datang. Saranghae."
Dikucupnya pipi wanita yang terbaring lemah itu. Dia bangun dari tempat duduknya dan mahu beredar dengan cepat dari situ. Tetapi tangannya masih digenggam erat oleh Chorong. Dia tidak mahu perempuan itu sedar sebelum dia pergi. Dia mengucup tangan lembut itu dan melepaskannya dengan perlahan. Akhirnya, kakinya melangkah keluar daripada bilik itu. Dia memberitahu Mrs Park terlebih dahulu dan memberitahu sesuatu kepada kembar itu dengan perlahan. Kembar itu terlihat mengangguk kepala mereka.
TBC
Yehet!! Finally, saya boleh updated lagi. Sorry sebab saya tak updated lama. Hope enjoy^^ BTW saya dah siapkan next chapter. Korang nak tak?? Kalau nak comment je.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top