Chapter 11

1 bulan kemudian ~

Seperti yang dijangkakan, Chorong telah pun mengandung anak Suho. Dia kini menetap di rumah ibu Ki Hyun. Mulanya dia berasa segan tapi setelah dipujuk oleh ibu Ki Hyun sendiri iaitu Puan Yoo, akhirnya dia mengalah dan tinggal di situ bersama ibu Ki Hyun. Mereka hanya tinggal berdua kerana Ki Hyun menetap di dorm manakala suami Puan Yoo sudah meninggal dunia. Ki Hyun ialah anak tunggal dan kerana itu Puan Yoo menginginkan Chorong tinggal bersamanya. Sekurang kurannya Puan Yoo mempunyai teman untuk berbual. Puan You juga sudah menganggap Chorong seperti anak sendiri. Chorong lebih memilih tinggal bersama ibu Ki Hyun kerana dia tidak mahu sesiapa tahu yang dia sedang mengandung anak Suho termasuk parents dia sendiri dan Apink member.

At Mini Kinnie garden ~

Garden tu terletak di belakang rumah Puan Yoo. Nama garden itu diberi oleh Ki Hyun kerana dia yang mencipta garden itu. Mini Kinnie Garden. Itu lah nama yang diberi. (Apa punya nama da. Lantaklah hehe) Seorang perempuan yang berikat rambut yang tak ubah seperti ekor kuda sedang menikmati pemandangan malam di situ sambil mengusap lembut perutnya yang menginjak satu bulan itu. Yang pasti dia sedang memikir bagaimana nasib anaknya apabila dilahirkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Tidak semena mena air matanya jatuh berguguran di atas rumput Mini Kinnie Garden tanpa dia sedari. Dia sedikit merapatkan baju sejuknya yang tebal untuk mehangatkan badannya. Sesekali dia mengetuk kepalanya yang tidak bersalah itu berkali kali kerana dia terfikir, mengapa lelaki yang dicintainya sanggup melakukan itu kepadanya. Semakin dia mengingatnya, semakin benci dia terhadap lelaki itu walaupun hakikatnya dia masih sayang lelaki yang bermarga Kim itu. Tetapi dia berusaha untuk membuang rasa sayang terhadap lelaki yang dianggap tidak berperikemanusiaan itu baginya. Hatinya masih sakit dan sampai sekarang 100% tidak terubat lagi. Dianggapnya, hidup ini tidak adil baginya. Kenapa semua ini harus terjadi kepadanya. Dia malu untuk berhadapan dengan semua orang dan dunia ini. Dia cuma seorang manusia biasa yang mampu berharap suatu hari nanti, keajaiban akan berlaku kepadanya. Lama juga dia menatap bintang di atas sana tanpa berkedip mata. Tetiba dia merasa seperti ada orang memegang kedua bahu kecilnya.

"Noona buat apa sorang2 di sini?"

"Taeyong? Ki Hyun? Noona ingat hantu handsome mana tadi sesat kat sini. Terkejut noona. Bila sampai?"

"Baru je. Masa nak balik sini terus g ambil Ki Hyun tadi. Dia cakap, dia dapat cuti 2 hari. Tak gitu bro?"

"Hmm. Betul la tu."

"Hmm. Mula la nak gaduh. Haishh korang ni. Cuba bebaik sikit. Ni tak, asal jumpa je nak gaduh."

"Mana ada. Taeyong yang start dulu."

"Woi monster. Mulut tu jaga sikit. Aku koyak kang baru tahu."

"Ada aku kisah."

"Dah dah. Hmm macam mana kamu Ki Hyun, suka jadi idol?"

"Suka tu memang suka. Tapi penat sikit la. Selalu tak cukup tido je. Tapi memang best gile jadi artis. Hmm? Cakap pasal idol kan, hari tu saya ada jumpa Apink dekat Melon Music Awards. Persembahan mereka, pergh! Caya lah. Tapi lagi best kalau noona ada sekali."

"Exo tak pegi kan?"

"Tak. Red Velvet yang tolong ambilkan trofi mereka."

Mereka tak sedar muka Chorong sudah totally change kerana dengan perkataan 'EXO'. Air matanya sudah mengalir. Taeyong dan Ki Hyun sudah memandangnya dengan perasaan bersalah yang menyelubungi mereka. Mereka sangat mengerti bagaimana perasaan Chorong.

"Emm. Nangis lagi -.- . Please la noona. Noona jangan fikir pasal lelaki tak guna tu. (Sedapnya ayat author cakap saya lelaki tak guna. Hehe Mian :-D)

"Ye lah. Nanti unnie cuba buang perasaan bodoh tu."

"Hmm ^^ macam ni la baru noona kitaorang. Tak gitu monster?"

Pltakk!

"Ambik kau. Sekali lagi kau cakap aku Monster, tak lama la hidup kau."

"Urgghh"

Mereka bertiga berpelukkan dengan mengukir senyum bahagia. Chorong sangat bersyukur ada donsaeng seperti mereka.

Han River ~

Seorang lelaki yang tak kurang handsome nya sedang termenung ke arah Sungai Han. Dia masih ingat sewaktu dia menengking dan memarahi Chorong. Penyesalannya yang tak pernah berakhir sampai sekarang bahkan wajah wanita kesayangannya itu masih segar di ingatannya. Kenapa dia buat begitu kepada Chorong? Pertanyaan itu masih tak berjawab malah sudah sebulan pertanyaan itu terngiang ngiang di mindanya. Dia berharap dapat memutarkan balik waktu dan dia tidak akan melakukan perkara yang keji lagi bodoh itu. Dia sedikit mengacak rambutnya. Dia sangat rindu yeojachingu kesayangannya yang selalu bermanja dan minta dipeluk apabila angin sejuk begini. Dia selalu membaca berita tentang Chorong dan Woohyun tiada sebarang hubungan tidak lebih dari kawan dan dia juga membaca tentang Chorong stop aktivitinya bersama Apink selama beberapa tahun dan itu membuatkan dia merasa dirinya terlalu bodoh kerana tidak mempercayai kata kata Chorong sebulan yang lalu. Dia juga membaca berita itu berulang kali. Author tertanya, Suho tak boring ke baca berita yang sama dan author rasa dia boleh menghafal setiap ayat itu dengan baik :-D.
Tidak disangka sangka, lelaki sepertinya juga boleh menangis.
Tetiba seorang memegang bahunya. Dia cepat² menghapus air matanya dengan lengannya. Hilang la MANLY dia nanti. Dia memaling mukanya ke arah manusia yang memegang bahunya. Dia mendapati seorang lelaki bertubuh tinggi, berkaca mata. Dia sangat kenal lelaki itu.

"Hun buat apa kat sini?"

"Hun nak menari. Ish hyung ni. Hun cari hyung la. Hyung tengok jam kul bape sekarang ni."

"Pukul 1 pagi. Kenapa?"

"Hyung boleh tanya kenapa. Hyung tak nak balik dorm ke. Atau hyung memang ada niat nak tido sini malam ni hah?"

"Kau rasa kau nak makan nasi ke, nak makan buku lima aku ni!"

"Ala hyung ni. Orang gurau je pun. Dah jom balik. Hyung tu belum mengisi perut hyung lagi hari ni. Badan pun kurus sekarang ni. Hun tengok pun risau."

"Hyung tak nak balik. Hyung tak lapar."

"Jangan la macam ni hyung. Nanti hyung sakit sape yang susah? Hun dengan 10 wolf tu juga yang susah. Sudah² la tu fikir Chorong noona. Dah jelas² semua ni salah hyung. Hyung terima la akibatnya."

"Hyung tahu tapi hyung rindu dia. Hun tolong hyung eh? Boleh la boleh la."

"Hun tak tahu noona kat mana. Macam mana Hun nak tolong hyung sedangkan Chorong noona pun entah ke mana. Dah² la tu menangis. Tak cukup dekat dorm, sini pun hyung nak nangis. Haishh! Tak faham la Hun."

"Hun. Hyung nak Chorong. Nak Chorong. Nak Chorong. Tolong la hyung."

"Ape ni hyung. Lebih pada budak kecil nak ice cream tahu tak. Goncang badan Hun bagai. Stop crying hyung. Kalau hyung nangis ce ni pun, Chorong noona bukannya nak balik sini."

"Tolong-"

Tetiba Suho pengsan. Dengan cepat tangan sasa Sehun memegang Suho dan memimpin Suho masuk dalam Lamborghini hitam miliknya. Dia terus memecut ke arah hospital dengan keadaan risau. Setelah menempuh jalan raya yang lenggang itu, akhirnya dia sampai tempat yang dituju. Dia memanggil beberapa nurse dan doktor menolongnya. Suho dibawa ke Emergency room. Sehun menunggu di luar dan menelefon member nya lain. Risau dibuatnya apabila melihat keadaan Suho tadi. Tidak lama kemudian member exo yang lain telah sampai di hospital. Dia cerita balik apa yang berlaku kepada leader kesayangannya mereka sebentar tadi.(apa punya ayat da :-D). Mereka semua risau kerana ia mungkin terjadinya effect semasa mereka ada show nanti. Untung mereka dapat cuti sebulan. Kalau tak memang teruk dikerjakan oleh LSM dan EXO-L. Tidak lama selepas itu, doktor keluar dan memberitahu mereka bahawa keadaan Suho stabil. Dia cuma gastrik je sebab tak makan 2 hari. Dia suka mengurung dirinya di dalam bilik dan dia juga susah nak makan selepas dia meninggalkan Chorong. Tiap² hari dia akan menangis. Kalau dalam sehari dia tak menangis memang tak sah. Nak makan pun kena tipu yang Chorong akan datang ke dorm exo. Kalau tak tipu macam tu, jangan harap la nak makan. Sebutir nasi pun belum tentu lagi. Suho pun bukan budak kecil yang boleh ditipu berkali kali dengan cakap benda yang sama. Member nya pun penat kerah otak kerana tak tahu nak tipu apa lagi untuk memastikan dia makan. Mereka juga buntu harus membuat apa untuk menjadikan leader mereka seperti dulu. Nak minta tolong Chorong pun, minah tu pun tak dapat dikesan sampai hari ni. Dah sebulan dia menghilangkan diri. Setelah doktor memberi lampu hijau, mereka terus serbu masuk bilik VIP dimana Suho ditempatkan di situ. Setelah berjumpa dengan Suho, Sehun meminta untuk keluar menenangkan fikirannya.

@ MA Garden ~

Garden tu kalau malam² memang cantik tahap gaban lah. Garden tu tak ramai sangat tahu dan dia mempunyai lampu colourful nya boleh membuat seseorang itu tenang. Sebab itu lah Sehun suka pergi situ. Tetiba dia ternampak kelibat seorang perempuan dari arah tepi. Walaupun dia melihat dari arah tepi, dia sangat kenal dengan dengan perempuan yang duduk tak jauh daripadanya itu. Dia segera mendapatkan perempuan itu.

"Noona?" Ujarnya dengan penuh keyakinan.

Hope enjoy!

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top