Wink
Angin laut meniup ke arah ku membuatkan rambut aku beterbangan ke udara , aku duduk memeluk lutut ku. Pemandangan laut dipantai busan sangat indah sehingga aku lupa yang hari suda senja
Sebenarnya aku kesini seorang diri , memandangkan hari ini sabtu dan aku tiada kelas jadi aku bercadang untuk meneroka ke busan.
Ramai yang cakap pantai busan sangat indah , maklumlah aku ni pencinta pantai. Jadinya aku kesini semata mata mau nikmati pemandangan yang bagaikan syurga ini sahaja.
aku mengajak black idle tapi mereka pulang ke rumah parents mereka masing- masing. hoseok oppa ? Hmm pergi temankan eomma jumpa someone
perjalanan dari seoul ke sini memakan masa selama sejam sahaja dengan menggunakan kapal terbang
" sorang je ke ? " aku lantas mendongak ke atas dan aku tergamam melihat wajah orang yang sedang memandang aku ini
" yo-yoongi! " lantas aku berdiri "apa awak buat dekat si-sini ? " soal ku dengan tergagap
" hoseok suruh aku teman kau kesini la, kau tau tak dari tadi pagi aku putar putar di busan ni semata mata cari kau. " jelas nya dengan nada sedikit marah
" mian, saya tak tahu pulak awak cari saya, lagipun kenapa awak tak call saya je, adduhh- " aku memegang dahiku , sakit akibat dijentik yoongi
" cuba kau tengok phone kau tu berkali kali aku dengan oppa kau call " marah yoongi
" kalau ye pun jangan la jentik dahi saya , sakit tau tak ! "
" dah kau pabo mestila aku jentik " kata yoongi lalu menjeling
Aku meraba raba kedalam beg sandangku dan mencari telefon bimbit ku, setelah ketemu aku membuka skrinnya . Aku mengetap bibir memandang 53 missedcall from oppa and unknown number
" dah tengok berapa misscall cik adikk~? " soal yoongi seakan memerli aku
" hehe mianhae saya tak dengar " balasku sambil tersengih memandangnya
" memang la kau tak dengar dah kau fokus sangat tengok pantai "
" aku pelik la dengan kau datang sini semata mata tengok pantai je ? Seoul pun ada pantai kan " bebelnya membuatkan telinga aku bernanah
" pantai seoul dengan pantai busan lain " terangku
" apa yang beza aku tengok sama je pun dua dua pantai " balas yoongi tidak ingin mengalah
Aku membiarkan yoongi membebel, makin aku layan nanti makin pulak dia bising. So lebih baik diamkan diri. Aku memandang semula ke arah laut.
" kau dah makan ke ni?" soal yoongi aku memandangnya dan tersenyum
" Dah ! Saya makan banyak sangat deka--"
" ikut sukahati kau je ye pergi makan, sedangkan aku snggup tahan lapar demi nak cari kau " potongnya , aku mula diselubungi rasa bersalah
" mian saya tak tahu pun, jom laa saya teman awak makan, lagipun saya masih lapar ni " ucapku dengan manja, yoongi memandang aku lama
" arasseo , nak makan kat mana kau tau tak tempat ni " soalnya
" tahu, lagipun saya dah search google sebelum ke sini so saya tahu mana tempat menarik patut dikunjungi " jelasku yoongi mengrollkan matanya
" semualaa kau tau dah jom aku lapar ni " yoongi berjalan mendahului aku
" ehh kejap! tunggu lah saya " jerit ku apabila yoongi mempercepatkan langkahnya
__________
Jam di tangan aku tilik suda pun pukul enam lebih , aku dengan yoongi masih melantak makan di restoran ni, aku tengok yoongi berselera betul makan, mungkin disebabkan seharian dia tidak dapat makan.
" perlahan lahan la makan, nanti tercekik pulak " tuturku setelah melihat mulut yoongi penuh dgn makanan
" kauffufufufturquejsh " balas yoongi sedikit pun aku tak faham org ni alien ke apa?
" awak ni. jangan laa bercakap, tengok! nasi bekas dari mulut awak dah tersembur ke arah saya " ujar ku sedikit geram
Yoongi memandang aku tajam , gelas berisi air di capai lalu dia teguk dengan rakus lalu diletakkan semula ke atas meja dengan kasar , aku menelan perit air liur ku.
" jangan laa pandang saya macam tu " kataku dengan perlahan, serius aku takut bila yoongi pandang aku mcam tu
" wae kau takut ke ? Kalau ikut kan hati memang aku culik kau ni dan jual dengan gangster gangster dekat busan ni " mata aku terbeliak
" kau nak ke aku jual kau ? " soalnya dengan serius, aku menundukkan kepala lalu menggeleng perlahan
" bagus, kalau macam tu jangan nakal-nakal " ucapnya sambil mengusap kepala aku.
Aku tertunduk malu.
" dah jom laa , aku dah kenyang " ucap yoongi lalu berdiri
" jadi makanan ni siapa yang bayar ? " tanyaku
" kau laa takkan aku pulak " aku mengeluh, dia makan banyak aku pulak yang bayar
" jangan nak mengata aku ye, kalau tak aku jual kau nanti " aku menggigit bibir, omo macam mana dia tahu ni.
Aku bingkas berdiri dan ke kaunter pembayaran , ahjumma itu tersenyum memandang aku dan yoongi. Ahh mesti dia ingat yoongi boyfriend aku ni.
Selesai membayar aku dengan yoongi keluar dari restoran dan menaiki teksi menuju ke airport untuk pulang ke seoul.
----------
Busan airport
Aku dengan yoongi menunggu dikerusi yang terdapat didalam airport itu, penerbangan kami ke seoul pukul 10 malam. Sekarang masih pukul 8 . Masih ada masa dua jam untuk menunggu.
" yoongi jom makan saya lapar la " tuturku, yoongi memandang aku lama
" kau ni tak reti kenyang ke, baru tadi kita makan haemin " balasnya
" alaaa saya lapar laa yoongi, awak tak kesian ke dengan saya " ujarku dengan mulut memuncung
" ihh budak ni nak kena jual betul, dah la jom " yoongi berdiri begitu juga dengan aku
" hehe gomawo " ucapku lalu memeluk lengannya.
Jangan tanya kenapa aku peluk okey, aku sendiri tak tahu kenapa. Tiba tiba je mood aku nak bermanja dengan yoongi.
Dapat aku lihat yoongi terkejut dengan kelakuan aku, dengan cepat aku lepaskan lengannya yang aku peluk tadi. Aku berjalan mendahuluinya
" hey tunggula aku " kata yoongi. Kaki aku berhenti melangkah aku pusingkan badan tapi kepala aku terhantuk pada sesuatu
" eish dia ni hati hati laa sikit " ucap nya lagi, aku tertawa halus, rupanya kepala aku terhantuk pada dada yoongi, nasib tak kuat. Kalau tidak tentu mamat ni membebel lagi
" mian saya tak sengaja, kita nak makan dekat mana " soal ku
" makan dekat burger king je la, aku teringin nak makan burger pulak " kata yoongi. Aku mengangguk setuju
Aku dengan yoongi pun melilau sekitar airport mencari kedai burger king itu, airport busan memang istimewah sangat sebab penuh dengan kedai kedai makanan hahaha
Setelah tempat yang kami ingin jejaki telah ditemui aku dengan yoongi lantas memesan, selesai memesan kami pun duduk di meja kosong yang terdapat disitu.
Sebaik sahaja aku berjaya duduk, dengan pantas aku membuka kertas burger itu dan memakannya, haha lapar sangat.
Yoongi sibuk menatap telefon pintarnya sambil tersengih sengih, aku angkat sedikit kepala cuba untuk melihat apa yang dia tengok. Namun gagal sebab telefonnya sudah pun dimasukkan kedalam poket seluarnya .
Dia pandang aku lalu tersenyum manis, aku terpaku sekejap.
" aigoo kuat makan betul la dia ni, patutlah pipi tu tembam " yoongi mencubit pipi ku dengan kuat
" auch sakitlah awak ni nanti pipi saya bengkak macam mana " kata ku
" pipi kau dah memang bengkak semula jadi pun hahahahaa" balas yoongi lalu tertawa jahat
Aku mencebik dan menjeling dia tajam
" comel betul la adik si jung ho seok ni " ucapnya lagi lalu mencuit hidungku
Tiba tiba sahaja aku rasakan pipi aku panas, mungkin malu sebab pujian yoongi itu. Entahlah . Dia puji tu ikhlas ke ataupun tidak. Tapi yang aku tahu aku gembira dapat dipuji comel hahaha
" eh burger kau dah habis ke ? " soal yoongi memandang tangan aku
Aku pun turut memandang tangan ku, aku baru perasan burger aku dah habis.
" nah makan laa burger aku " yoongi menyerahkan burger miliknya kepada aku
Aku menggeleng " takpela tu kan burger awak " kata aku
" makan je laa, lagipun aku masih kenyang ni " balasnya lagi
Yoongi membuka kertas pembalut burger itu dan menyerahkan kepada aku. Dengan cepat aku menyambut burger tu dan menggigit sedikit.
Yoongi tersenyum senyum melihat aku makan, dia menghirup air coke miliknya. Aku turut tersenyum memandangnya.
Entah kenapa harini aku kuat makan sangat sampaikan aku tak sedar burger aku dah habis. Tak pernah pun aku kuat makan macam ni. Mungkin sebab aku tengah bahagia kot.
" yoongi, Boleh saya tanya awak sesuatu tak ? " kataku dengan nada lembut
" tanya je " balas nya selamba
" perempuan yang tegur awak hari tu siapa ? " soal aku berhati hati
Yoongi memandang aku agak lama tanpa berkelip, dia mengeluh sekejap sebelum menjawab soalan aku
" dia la ex girlfriend aku " balasnya membuatkan aku terkedu.
Jadi sebab itu yoongi tidak menegur perempuan itu balik, sebab dia ex girlfriend yoongi. Sebab itu jugala yoongi tiba tiba emosi sampaikan menjerit dekat aku.
" mianhae saya tak tahu pun " tuturku lalu menunduk
" takpe, hmm makan laa cepat nanti tertinggal flight pulak " ucap yoongi. Aku cepat cepat menghabiskan burger itu lalu menghirup minumanku sampai habis
" Kaja, saya dah habis makan " kata ku lalu berdiri, yoongi mendongak memandang aku
" wuish cepat juga kau makan " ucap yoongi. Aku tersengih
" hehe ! Awak suruh cepat kan, takkan saya nak lambat lambat lagi " jelasku, yoongi berdiri lalu mengusap rambutku dengan kasar
" goodgirl hahahaha" kata nya lalu tertawa, aku mendengus geram. Habis rosak rambut aku dikerjakan yoongi.
" yahh ! Tengok apa awak dah buat " jeritku, yoongi berjalan meninggalkan aku. Dia sengaja endahkan aku.
" aish jinjja, yahh sunbae ! " jeritku lagi, langkah yoongi berhenti badannya dipusingkan menghadap aku
" Stop calling me sunbae, i dont like it " ujarnya
" saya tak selesa laa panggil panggil awak guna nama, macam tak sopan " ucapku sebaik berdiri disebelahnya
Yoongi mengetap bibirnya sambil kedua pipinya dikembungkan sedikit. Matanya dihalakan ke kiri, aku agak dia tengah memikirkan sesuatu
" kalau macam tu panggil saya Gi " kata yoongi, aku mengerutkan kening
" Gi ? " tanyaku hairan, banyak banyak nama boleh dia pilih kenapa harus gi??
" singkatan for yoongi ataupun chagi " kata nya acuh tak acuh lalu meninggalkan aku yang terkedu disini.
What ! Chagi ? Yoongi said chagi ?
" hey dah dah laa tu mengelamun " ucap yoongi menyedarkan aku daripada menghayal.
" nae changkamman " aku mengejar langkah yoongi
Sebaik sahaja aku berjaya mengejar dia, kami jalan beriringan aku mendongak memandang dia sekejap. Dia pun turut memandang aku
" call me gi okey " ucap yoongi lalu mengenyitkan sebelah matanya
Sekali lagi aku terpaku, hati aku tiba tiba berdegup dengan sangat sangat kencang. aku tundukkan kepala lalu tersenyum malu.
Kami pun berjalan menuju ke tempat menunggu...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top